Pendidikan, bahasa dan masa depan Malaysia
Kesan-kesan buruk akta-akta pendidikan dan cara mengatasinya.
Oleh:  zainal abidin bin abdul wahid.

    Apa sebenarnya makna dan implikasi menjadikan malaysia sebagai pusat cemerlang serantau, dalam bidang pendidikan?
    Tujuan kementerian pendidikan ini adalah baik. Kita mesti cuba meningkatkan kewibawaan Malaysia dalam bidang pendidikan. Bagi sesebuah negara, lazimnya, penanaman modal yang terbaik ialah dalam bidang pendidikan kerana ia selalunya memberi keuntungan dari segi jangka panjang.
Tetapi Malaysia mempunyai kedudukan yang agak luarbiasa dalam hal ini. Oleh kerana Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang keturunan,  pendidikan –bukan sahaja merupa kan kegiatan menyampaikan dan menyebarkan ilmu pengetahuan tetapi juga sebagai alat untuk menyatupadukan warganegaranya yang berbilang keturunan. Bahasa pengantar utama sistem pendidikan  Malaysia juga memainkan peranan yang sama. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan Malaysia . Bahasa Melayu adalah teras kepada kebudayaan melayu kebudayaan Bumiputra menjadi teras kepada kebudayaan kebangsaan Malaysia. Jadi  bahasa Melayu adalah asas penting kepada keperibadian atau jatidiri kebangsaan Malaysia.
     Oleh itu, apabila Malaysia hendak dijadikan pusat kecemerlangan pendidikan serantau, ini bermakna kementerian pendidikan hendak memberi tempat yang utama kepada bahasa Inggeris.  Pusat kecemerlangan serantau bermakna Malaysia hendak menarik pelajar-pelajar dari negara-negara Asia Tenggara sekurang-kurangnyauntuk belajara di negara ini. Untuk menarik pelajar-pelajar dari negara serantau belajar di Malaysia maka sudah tentulah bahasa pengantarnya bahasa inggeris. Kebanyakan  pelajar-pelajar vietnam, thai,mynmar dan lain-lain lagi tidak akan datang belajar di Malaysia kalau bahasa pengantar institusi pendidikannya bahasa Melayu. Kebenaran pendapat ini nyata kalau kita lihat jumlah pelajar dari negara tersebut yang kini belajar di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA ) kita. Kalau adapun, jumlahnya sangat sikit.
     Oleh itu, apabila kementerian pendidikan menyatakan ia hendak menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan serantau, sebenarnya ia bertujuan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar di kebanyakkan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS ). Itulah sebabnya kerajaan meluluskan  akta IPTS di bulan januari 1996 yang baru lalu.
     Akta IPTA 1996 membolehkan penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar di IPTS di negara kita ini. Oleh kerana sekarang ini pun (1996), jumlah IPTS yang beraliran inggeris ialah lebih daripada 250 buah maka ini bermakna penggunaan bahasa inggeris adalah meluas. Selain dari itu, kementerian pendidikan juga menghendaki IPTA seperti universiti kebangsaan Malaysia , universiti malaya, universiti sains Malaysia , universiti pertanian Malaysia dan lain-lain memperluaskan penggunaan bahasa inggeris. Misalnya, naib canselor sebuah IPTA telah mengarahkan tenaga pengajarnya menggunakan bahasa inggeris sebanyak 40% dalam pengajarannya. Adalah dilaporkan bahawa naib canselor sebuah IPTA yang lain telah mengeluarkan arahan bahawa kalau ada seorang pelajar yang tidak tahu bahasa Melayu dalam sesuatu kuliah, maka kuliah itu hendaklah diberi dalam bahasa inggeris. Sebuah IPTA  yang lain pula telah menerbitkan berita rasminya dalam bahasa inggeris.
     Melihat gejala-gejala yang ada sekarang, sistem pendidikan negara yang berasaskan penyata razak dan laporan rahman talib yang  hendak menjadikan bahasa Melayu bahasa pengantar utama akan terkandas. Tidak lama lagi, Malaysia akan mempunyai dua aliran pendidikan diperingkat pendidikan tinggi iaitu aliran melayu dan aliran inggeris. Selepas itu, kedudukan pendidikan aliran melayu akan terancam dengan lebih hebat  lagi.

Cuba kita renung ke hadapan kemunculan senario berikut:
(i)     IPTS aliran inggeris akan terusberkembang kerana kementerian pendidikan hendak
        menjadikan  Malaysia pusat kecemerlangan serantau dalam bidang pendidikan .
(ii)     Lanjutan kepada kenyataan perdana menteri Malaysia hendak menukar b pengantar di
        universiti-universiti dari b Melayu ke b inggeris bagi beberapa kursus sains dan teknologi,
        maka  perkembangan Bahasa Melayu telah terjejas. Penggunaan b inggeris bertambah meluas.
(iii)   Kenyataan-kenyataan perdana menteri dan menteri pendidikan yang terlalu menitikberatkan
        perimustahaknya bahasa inggeris telah menimbulkan berbagai kesan yang tidak baik bagi
        Bahasa Melayu ssebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dan pendidikan aliran Melayu.

Misalnya:
(a)     Pihak swasta telah mula mengenepikan penggunaan Bahasa Melayu.
Pihak swasta telah mula mengutamakan lulusan universiti yang beraliran inggerais dari luar negeri dan meminggirkan siswazah aliran Melayu dari universiti tempatan. Ini bermakna nilai ekonomibm telah merosot.
    Seorang pensyarah disebuah universiti tempatan telah meminta kebenaran daripada ketua jabatannya untuk untuk memberi kuliah dalam bahasa inggeris kerana perdana menteri telah membenarkannya.
    Jabatan-jabatan kerajaan juga telah mula memberi tempat yang lebih kepada bahasa inggeris.
Seorang pegawai kanan kerajaan telah menyatakan bahawa soal bahasa sudah tidak penting lagi. Kenyataan dibuat dalam satu persidangan antarabangsa.
Perkembangan sekolah-sekolah rendah dan menengah aliran inggeris. Dan banyak contoh-contoh yang lain.
    Semua ini akan menyebabkan sikap ramai warganegara Melayu terhadap peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi dan bahasa ilmu menjadi pudar. Apabila nilai ekonomi Bahasa Melayu bertambah merosot maka IPTA dan sekolah-sekolah aliran Melayu akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pelajar atau murid. Ibu bapa akan berpendapat lebih baik memasukkan anak mereka ke sekolah  aliran inggeris supaya lebih senang mencari kerja nanti. Keadaan yang seakan ini telah berlaku sebelum peristiwa 13 mei 1969 dahulu. Pada masa itu, beberapa sekolah Melayu terpaksa ditutup kerana kekurangan murid yang masuk darjah satu. Kalau sekolah kebangsaan mula ditutup, apakah nasib guru-guru sekolah kebangsaan nanti?.
    Bayaran belajar di IPTS-IPTS ini adalah mahal. Kebanyakkan ibubapa Bumiputra tidak mampu. Jadi jumlah siswazah bukan Bumiputra akan menjadi bertambah tinggi. Sudah tentulah pendapatan mereka juga akan bertambah besar. Bumiputra yang cuma mempunyai lebih kurang 20% kekayaan ekonomi negara akann menjadi lebih terhimpit. Ketidakseimbangan ekonomi yang timbul akan menjejaskan kestabilan negara. Perkauman akan muncul semula dengan lebih jelas  dan mengancam. Perselisihan antara kaum mungkin timbul. Keamanan tidak akan dapat dijamin. Selain dari itu adakah boleh kita mengharapkan IPTS, terutama cawangan universiti luar negeri atau rakan kembar universiti- universiti barat dan china - mengamalkan falsafah pendidikan negara di kampus-kampus induk merekea  di Malaysia ini. Tidakkah lebih besar kemungkinan bahawaip-IPTS ini akan cuba mewujudkan disini suasana kampus kampus induk meereka universiti di negara-negara barat dan china?. Dapatkah kita membayangkan , misalnya cawangan universiti sydeydi pulau pinang memupuk dan memperkembangkan pembangunan rohani, apabila kampus induknya di sydney tidak mempunyai falsafah yang sedemikian?
    Kita, rakyat Malaysia, mestilah waspada dan berhati-hati terutamanaya pemimpin-pemimpin politik. Dalam negara yang berbilang keturunan seperti Malaysia, pembangunan tidak semestinya bermakna kemajuan. Pembangunan di Malaysia mestilah diasaskan kepada keaadilan dan kesaksamaan. Kalau tidak, IPTA kan mengakibatkan ketidakseimbangan. Berkaitan dengan ini, kewujudan cuma (5) peratus sahaja pelajar Bumiputra dalam 250 IPTS yang beraliran inggeris itu adalah satu contooh pembangunan yang tidak diserati oleh keadilan dankesaksamaan.
Oleh itu, tidak ada maknanya bagi Malaysia menjadi pusat pendidikan cemerlang serantau kalau rakyatnya yang berbilang keturunan tidak membangun dengan seimbang, tidak bersatupadu dan tidak mempunyai satu bangsa Malaysia yang berteraskan unsur-unsur kebangsaan Malaysia juga kan terjejas.

Petaling jaya 18hb,september 1996
 
 

Bahasa Melayu, pendidikan aliran Melayu dan pemartabatannya.

Kedudukan pada masa kini.
    Pada masa ini pendidikan di Malaysia boleh dikatakan tertakluk kepada Akta pendidikan 1995, Akta universiti dan kolej universiti 1995, Akta majlis pendidikan tinggi negara1996, Akta institusi pendidikan tinggi swasta 1996.
    Kedudukan Akta-Akta ini dari segi undang-undang perlembagaan belum begitu jelas.
Adalah dilaporkan bahawadianatara empat Akta ini ada yang belum mendapat tandatangan agong dan ada yang belum diwartakan,sungguhpun kempat-empat Akta ini telah diluluskan oleh dewan rakyat dan dewan negara. Ada lapan institisi pendidikan tinggi awam(IPTA) di Malaysia. Jumlah pelajarnyalebih kurang 50,000. 55% daripadanya adalh Bumiputra. Universiti islam antarabangsa tidak termasuk dalam IPTA. Kemudain ada 282 institusi pengajian swasta (IPTS). 250 daripada IPIS ini beraliran inggeris. Dalam 250 aliran inggeris ini, cuma ada 5% sahaja pelajar Bumiputra.
 
 

Implikasi dasar pendidikan
    Kesan Akta-Akta pendidikan ini agak buruk terhadap pendidikan aliran Melayu, bahasa  dan bangsa Melayu serta perpaduan keangsaan. Tetapi Akta-Akta ini adalah cuma satu sebab timbulnya keadaan yang buruk itu, tidak kurang pentingnya ialah kenyaataan pemimpin-pemimpin negara terhadap keunggulan bahasa inggeris. Misalnya kenyataan perdana menteri Malaysia di tahun 1994 yang hendak menukarkan bahasa pengantar di universiti-universiti di Malaysia dari Bahasa Melayu ke bahasa inggeris dalam kursus-kursus tertentu dalam bidang sains dan teknologi telah membawa kesan yang tidak diingini. Misalnya sikap orang-orang yang kurang yakin tentang atauoun yang tidak mahukan Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, telah menangguk diair yang keruh.
    Sebagai contoh yang nyata, seorang pensyarah di universiti Malaya telah meminta kebenaran dari ketua jabatannya untuk memberi kuliah dalam bahasa inggeris kerana katanya perdana menteri telah membenarkan. Seorang naib canselor sebuah IPTA telah mengarahkan supaya 40% daripada kuliah di universiti beliau diberi dalam bahasa inggeris.seorang naib canselor yang lain pula telah mengatakan kepada tenaga pengajardi universitinya bahawa jika ada seorang pelajar yang tidak tahu Bahasa Melayu dalam sesuatu kuliah, maka kuliah itu hendaklah diberi dalam bahasa inggeris .
Akta-Akta pendidikan yang empat itu akan mengakibatkan perkembangan yang tidak diingini, khususnya dalam bidang-bidang yang berikut:
(a)   Akta-Akta ini akan memjejaskan perkembangan Bahasa Melayu.
(b) Akta-Akta ini akan merosotkan nilai ekonomi Bahasa Melayu.
(c) Akta-Akta ini akan menjejaskan taraf Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
(d) Akta-Akta ini akan menjejaskan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan.
(e) Akta-Akta ini akan menyukarkan pelajar, terutama pelajar bbu dari segi memahami kuliah.
(f) Akta-Akta ini akan memburukkan lagi ketidakseimbangan dari sgi penyediaan tenaga iktisas di kalangan Bumiputra dan Bukan Bumiputra .
(g) Akta-Akta ini akan memperluaskan lagi jurang ketidak seimbangan ekonomi antara kaum.
(h) Akta-Akta ini akan mengurangkan kemungkinan pergaulan antara kaum, dan ini akan menyulitkan perpaduan kebangsaan.
(i) Akta-Akta ini akan mengakibatkan munculnya dua kumpulan terpelajar:
1. Aliran kebangsan
2. Aliran inggeris
Ini juga akan menjejaskan perpaduan bangsa Malaysia

    IPTS akan dikuasai oleh golongan swasta yang lazimnya berhaluan kepada keuntungan. IPTS akan menekankan pengajaran dan bukan penyelididkan kerana pengajaran adalah menguntungkan.
IPTS seperti prime college yang mengadakan sistem berkembar dengan universiti-universiti di republik rakyat china atau china komunis akan membolehkanrakyat Malaysia keturunan cina belajar dari darajah satu sekolah rendah sehingga mendapat ijazah dari universiti-universiti di negara china menerusi bahasa cina semata-mata.

Langkah-langkag untuk mengatasi masalah.
1. Memperbaiki kaedah mengajar bahasa inggeris supaya IPTA lebih berkesan. Adalah menghairankan kalau anggota pasukan keselamatan amerika syarikat (american peace corps) boleh menguasai Bahasa Melayu dalam tempoh 6 bulan dan kemudiannya mengajar dalam Bahasa Melayu, tetapi pelajar-pelajar kita yang diwajibkan belajar bahasa inggeris sebagai matapelajaran wajib selama 11 tahun, tidak dapat bertutur dengan memuaskan selepas 11 tahun itu. Orang Australia baru (new australian) belajar dan mengauasai bahasa inggeris dalam tempoh 2 tahun  sambil bekerja biasanya sepenuh masa. Jadi nampaknya kaedah mengajar bahasa inggeris sekarang ini sangat kurang berkesan.
2. Mempertingkatkan cara dan kaedah pengajaran sains dan matematik di sekolah.
3. Memperbaiki cara khidmat dan gaji tenaga pengajar universiti dan guru di sekolah.
4. Menungkatkan penulisan dan penterjemahan buku-buku dan makalah makalah ilmiah dan kegiatan-kegoiatan yang berkaitan seperti penyuntingan.
5. Mengadakan perbincangan yang diatur secara ulang tetap di antra pengajar, pelajar dan pentadbir universiti dan diantara universiti, kerajaan dan pihak swasta. Tujuannya ialah untuk membincangkan kelemahan dan kekuatan dan cara-cara mengatasi kelemahan serta memperkukuhkan kekuatan. Juga mengkaji perkembangan-perkembangan baru yang memanfaatkan.
6. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan dan bahasa rasmi denagn tegas. Jika ini dilakukan maka pihak swasta akan memberi perhatian yang berat terhadap peripentingnya Bahasa Melayu dan seterusnya Bahasa Melayu akan mempunyai nilai ekonomi yang lebih terjamin.

    Tujuan pokok yang wajar diperjuangkan oleh rakyat Malaysia yang cintakan bahasa kenbangsaan dan bahasa rasmi negara, yang prihatin terhadap perrpaduan kebangsaan dan penubuhan satu bangsa Melayu ialah meminda Akta-Akta pendidikan yang empat itu supaya isa sebenarnya boleh menjamin Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi yang tunggal dan bahasa pengantar utama yang bermartabat. Sementara itu , kementerian pendidikan hendaklah mengawasi pemberian kebenaran kepada IPTS untuk beroperasi dengan mengenakan syarat-syarat yang tertentu.
    Misalnya, tiap-tiapip hendaklah menyediakan saatu rancanagn yang rasmi untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama menerusi tempoh-tempoh tertentu. Rancangan ini hendaklah memperakukan bahawa dalam tempoh 3 tahun, misalnya, IPTS yang berkenaan akan menggunakan Bahasa Melayu dalam 15% kuliahnya. Dalam tahun yang ke4, peratusan kuliah dalam Bahasa Melayu menjadi 30% hinggalah peratusan kuliah ini meningkat menjadi 75%.
    Demikian juga dalam bidang tenaga pegajar. Selepas IPTA bereoperasi 3 tahun dari sekarang, maka perlulah ada sekurang-kurangya 10% tenaga pengajar bahasa. Dan ini akn meningkat dari setahun kesetahun hingga di tahu ke 8, tenaga pengajar bahasa akan mencapai 50%.
    Perancangan yang sama hendaklah juga dibuat oleh IPTS yang berkenaan tentang pelajar. Selepas 3 tahun, pelajar bahasa hendaklah berjumlah tidak kurang daripada 10%. Dan ini ditambah tiap-tiap tahun hingga IPTA menjadi 50%.
    Satu badan yang mengawasi perkembangan tiap-tiap IPTS yang telah diberi lesen dengan syarat-syarat dia tas hendaklah diwujudkan. Syarat-syarat ini dikenakan dia atas hendaklah diwujudkan. Syarat-syarat ini dikenakan kepada semua IPTS jika kita sebenarnya hendak mewujudkan perpaduan kebangsaan dan penubuhan satu bangsa Malaysia yang berjatidirikan kebudayaan kebangsaan Malaysia yang berteraskan kebudayaan Bumiputra.
    Satu lagi cadangan yang boleh dipertimbangkan ialah penubuhan sebuah yayasan kebangsan yang menggabungkan yayasan-yayasan Bumiputra yang ada dan juga menarik golongan korporat bahasa yang lain supaya menyumbangkan kepada yayasan ini demi kepentingan pendidikan bahasa seluruhnya.

Petaling jaya  ogos-september 1996

 


BALIK