Make your own free website on Tripod.com

CERITA HIDUP (1)

 

HIDUPKU MASIH RAHSIA

Assalamualaikum...

Ku ingin menceritakanseba sedikit mengenai hidupku....jeton

Tatkala ku mendengar nyanyian allahyarham sudirman, 'salam terakhir' airmataku turut sama mengalir bersama syahdu lirik itu. Sesungguhnya sebuah kehidupan yang dilalui ini memerlukan pengorbanan yang amat besar dan perjuangan yang tiada hentinya. Sesungguhnya ketentuan itu adalah sesuatu yang telah pasti menjadi milik insan didunia ini. Sesungguhnya juga setiap ujian dari Allah s.w.t adalah sesuatu rahmat dan nikmat yang tak terhingga kepada insan di dunia ini. Pengesahan doktor pakar beberapa bulan yang lalu telah mengesahklan aku menghidap sejenis tumor yang amat kronik. Sehingga kini kuharap jiwaku akan tabah dan kental mengharunginya. Tanda-tanda kesakitan dan kepayahan telah mula kurasai. Namun kutahu ketentuan itu adalah sesuatu yang pasti. Hari-hari yang berlalu meninggalkan dilema yang tak kunjung padam dalam diriku. Masih kuteruskan perjalanan hidup seperti seadanya,melakukan aktiviti seharian seperti biasa bersama teman-temanku. Kurahsiakn segalanya pada keluarga yang tersayang. Cukup sudah pengorbanan ibu dan mereka yang berbudi kepadaku, cukup sudah derita yang kukongsi bersama mereka. kini rahsia ini biarku kusimpan hingga akhirnya.Begitu juga si dia yang benar kusayangi dan cintai, keakrabanku bersamanya setahun lebih yang lalu menghalangku mendedahkan rahsia ini. Sudah jatuh ditimpa tangga , rupanya si dia rupanya menyintai gadia lain yang lebih cantik, muda dan baik dariku. Aku tak mahu pendedahan penyakitku menjadikan dirinya hipokrit melayanku dengan baiknya atas dasar simpati. Percayalah walau disakiti berulang kali,sehingga kini kuteruskan bersamanya dalam senang dan duka, ku bantu seadanya dengan kemampuan yang kerdil ini. Semoga suatu hari si dia akan tahu keikhlasanku bersamanya. Kukuatkan semangat untuk tidak memikirkan kegagalan dan kekecewaan yang sedang dan bakal aku alami. Kususun kekuatan untuk bertarung dengan saat yang pasti menjemputku entah bila. Entah bila sempat kusampaikan salamku untuk mereka yang pernah kusayang. Antara airmata dan kegembiraan itulah antara kenangan yang tak akan kulupa dan mungkin kepada mereka yang pernah bersama akan merasainya juga. Untuk si dia 'patah tumbuh hilang berganti' pasti suatu hari apa yang kau cari selama ini akan kau temui. Pintaku kunjungi aku dirumah abadi, taburkan haruman kasih dengan bacaan suci menemani aku dirumah sepi. Sekian dahulu untuk kali ini,

wassalam

JETON

BALIK