Make your own free website on Tripod.com
SABAH BARU KE ARAH WAWASAN NEGARA
 

    Gagasan Sabah Baru telah dicetuskan melalui manifesto Barisan Nasional  semasa pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sabah pada tahun 1994. Pelancarannya sebagai agenda politik bukan sahaja telah berjaya menarik perhatian umum, tetapi juga membawa kepada suatu perubahan yang akhirnya memenangkan pihak BN. Ketika ini, ia juga turut menarik beberapa pihak untuk membahaskannya. Sebagai contoh, Program Diskusi Sabah Baru, anjuran bersama Jabatan Ketua Menteri Sabah, IDS,IKD,UPKR dan BTN Sabah telah berlangsung pada 4-6 Julai 1994 di Labuan. Begitu juga “seminar Agenda Pembangunan Sabah Abad 21” telah dianjurkan oleh ABIM Sabah pada Jun, 1994. Selain itu, tersiar juga tulisan-tulisan rencana, seperti melalui uangan “cetusan Minda” dalam majalah Wadah (DBP Cawangan Sabah) keluaran Disember 1994, di bawah tajuk “Agenda Pembangunan Sabah Abad 21” yang telah saya tulis sendiri. Kesemua perkembangan ini membuktikan bahawa gagasan baru ini sedang mendapat sambutan yang positif.
     Melihat akan kenyataan ini, ada kemungkinan besar gagasan ini akan di angkat menjadi suatu wawasan perdana di peringkat negeri Sabah. Ketika ini, para pemimpin politik dan kerajaan negeri dengan gabungan kerajaan pusat sedang berusaha memastikan agar gagasan ini tidak tinggal sebagai kata-kata mulut yang digembar-gemburkan hanya dalam suasana-suasana tertentu, seperti pilihan raya dan sambutan hari-hari kebesaran. mereka ingin melihat ia akna menjadi suatu realiti. Atas harapan inilah Gagasan Sabah Baru perlu diperturunkan dari lapisan teratas hingga difahami, dikongi dan didukungi bersama oleh semua lapisan rakyat Malaysia di Sabah. Sekiranya gagasan ini dapat menyemarakkan rakyat Malaysia di Sabah, maka Sabah Baru akan menjadi tunggak serta teras perjuangan kita bersama dalam mengorak langkah yang berani dan tegas ke arah memunculkan Negeri Sabah sebagai negeri yang moden dan maju dalam konteks negara Malaysia.
     Untuk memungkinkan kita bersama-sama dengan Gagasan Sabah Baru pertama sekali kita perlu tahu secara lebih dekat. “Apakah itu Gagasan Sabah Baru?” kita perlu ekurang-kurangnya tahu gagasan ini dari segi konsepnya dan apa pula intipatinya? Apakah matlamatnya? Apakah telah difikirkan akan strategi-strategi bagaimana untuk mencapai objektif-objektifnya? Adakah para pengubalnya telah mengambilkira kemungkinan cabaran-cabaran yang perlu di atasi bagi merealisasikan Sabah Baru?
     Dari satu segi, tabii menimbulkan pelbagai persoalan dalam menangani konsep Sabah Baru bukanlah suatu perkara yang baru. ia merupakan sebahagian daripada fitrah manusia. Kita sedang memberi satu respon yang positif terhadap satu panggilan kepada perkara-perkara yang agak baru. Menerima akna hakikat ini, proses bagi memahami dan meyakinkan diri tentang gagasan baru ini perlu mendapat galakan dan layanan positif daripada semua pihak. khususnya pihak atasan dan yang berkuasa. fenomena perlu dilihat sebagai petanda yang baik kerana rakyat edang menunjukkan usaha serius mereka ke arah menghalusi gagasan besar ini. Fenomena ini juga mengambarkan masyarakat kita telah mencapai satu tahap perkembangan yang lebih kedepan, mungkin hasil pendidikan yang telah dilaksanakan selama ini. Kalau begitu, bukan ia suatu kejayaan bagi pihak perancang program pendidikan negara? bukankah ini merupakan sat daripada matlamat konse pendemokrasian pendidikan ke arah pembangunan rakyat yang maju? Selain itu,  persoalan-persoalan yang hampir sama juga telah diajukan semasa rakyat berusa mendekati wawasan 2020.
     Bagi menjawab persoalan-perslan yang diajukan di atas, beberapa sumber telah dimanfaatkan. Walau bagaimanapun, bahan rujukan utama adalah. “Laporan Program Diskusi Sabah baru: Satu cetusan minda kearah Merealisasikan Satu Wawasan yang Murni Menjelang 2000” (IDS, 1994). Buku kecil ini memuatkan antaranya : Manifesto Barisan nasional, kenyataan Ahbar YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji sakaran dandai, Ketua Menteri Sabah (18 Mac 1994). Konsep perjuangan mengwujudkan sabah baru dan YAB Datu Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, pandangan-pandangan terhadap beberapa aspek tentang Sabah baru serta Rumusan Bengkel Plan Tindakan untuk menjayakan Sabah Baru.
     Berasaskan sumber-sumber rasmi beberapa isu penting tentang Gagasan Sabah Baru boleh diketengahkan. Pertama, mungkin kita boelh merumuskan suatu kenyataan misi Sabah Baru sebagai berikut:-

satu Usaha merubah sabah daripada sebuah negeri yang mempunyai kekayaan sumbar yang besar, tetapi mundur, kepada sebuah negeri yang maju dan moden menjelang tahun 2000, melalui pembangunan ekonomi, perpaduan kaum dan integrasi nasional. perubahan strategik akan membawanya bersama-sama dalam negara dalam pembangunan arus perdana ke arah menjayakan Wawasan 2020.   

 Dilihat dari sudut cabaran-cabaran yang perlu ditangani bagi menjayakan Sabah Baru, sembilan cabaran utama boleh diketengahkan. Cabaran-cabaran yang dmaksudkan adalah seperti berikut;

Mewujudkan Barisan Pemimpin Yang Berwibawa Pada Setiap Peringkat Masyarakat.
Pemimpin yang mempinyai sifat-sifat yang unggul, seperti berilmu, bermoral, berkeyakinan, amanah dan berwawasan, adalah diperlukan untuk menjayakan Sabah Baru. Pemimpin yang amanah membawa maksud ia bukan sahaja bertanggungjawab, tetapi juga mempunyai akauntabiliti yang tinggi. Begitu juga, emngamalkan pengurusan yang tulus perlu dimantapkan bagi meningkatkan lagi keyakinan rakyat terhadap pemimpin mereka.

Membangunkan Dan Memperkukuhkan Kedudukan Ekonomi.
Pembangunan infrasturktur dan sumber-sumber alam perl diranang dengan baik seagai asas pembangunan ekonomi. Aspek-aspek pengekstrasian dan kegiatan peningkatan hiliran perlu diutamakan bagi menyongsong kemajuan dan pemodenan pengurusan dan penggunaan teknologi yang terkini. Begitu juga, kerjasama dengan neger-negeri lain serta negara-negara perlu dipergiatkan untuk menarik pelaburan daripada luar.

Membasmi Kemiskinan
Mengurangkan kadar kemiskinan, khususnya di luar bandar, melalui peningkatan kadar pendapatan kapitan dan penyediaan prasarana-prasarana kehidupan asasi. Usaha ini juga adalah untuk menjayakan penagihan kekayaan negeri agar keadilan sosial menjadi suatu kenyataan.

Mengubah Sikap Masyarakat
membawa kepada perubahan paradigma dan membentuk minda yang betul agar rakyat bersama-ama pemimpin berjuang menikkan martabat agama, bangsa dan negara. sifat-sifat parokial hendaklah digantikan dengan sifat-sifat negarawan.

Mewujudkan Kestabilan Politik Melalui Amalan Politik Bermoral
Memperjuangkan pemantapan budaya berpolitik bersih, cekap an amanah, serta mengamalkan konsep perkongsian kuasa politik.

Meningkatkan Perpaduan Antara Suku Kaum
Mewujudkan badan perunding kaum dan menjadikan rumpun melayu sebagai asas perpaduan kaum Bumiputera Sabah. memantapkan penggunaan Bahasa Melayu, mengurangkan persatuan-persatuan berunsurkan perkauman serta menggalakkan kahwin campur yang positif. Mempertahankan amalan kebebasan agama dan keharmonian sosio-budaya.

Memantapkan Proses Integras Nasional
memperbanyakkan serta memperluaskan program-pogram ke arah kejayaan proses integrasi nasional. Program-program ini meliputi aspek-aspek politik, pentadbiran, fizikal, sosial dan pendidikan.

Menyediakan Tenaga Manusia Yang Mahir Dan Erketrampilan Tinggi
menggunakan proses pendidikan dari peringkat rendah hinggalah ke universiti bagi menjayaakan penyediaan tenaga manusia yang mahir dengan ketrampilan yang tinggi untuk emenuhi keperluan sektor perindustrian moden

Menjayakan Wawasan Negara
Semua lapan cabaran sebelum ini adalah berperanan sebagai prasarana untuk membawa masyarakat Sabah agar bersama-sama dalam arus perdana pembangunan negara ke arah merealisasikan Wawasan 2020.

     Wawasan negara bukan lagi suatu yang asing. ketika ini ia telah menjadi buah mulut semua lapisan rakyat Malaysia. Walaubagaimana pun bagi membantu perbincangan kita, diperturunkan semula kenyataan misinya sebagai;

    menjelang tahun 2020, negara Malaysia akan menjadi sebuah negara industri yang moden dan maju dianggotai oleh masyarakat yang bersatu padu, berkeyakinan tinggi serta mengamalkan niali-nilai moral dan etika yang kukuh. Masyarakat moden ini mengamalkan budaya demiokrasi yang matang dan mempunyai ciri-ciri liberal lagi toleran, penyayang, progresif dan saintifik. ekonomi yang teguh, berdaya saing serta tangkas, membolehkan masyarakatnya mengamalkan keadilan ekonomi untuk kesejahteraan semua.

 Melihat akan kenyataan misi negara, amat nyata sekali Gagasan Sabah Baru telah dirangka agar ia  selari dengan wawasan negara. antara persamaan yang boelh diketengahkan adalah kedua-duanya berusaha:

merubah keadaan masyarakat yang sedia ada kedapa sebuah masyarakat industri moden. Masyarakat sabah akan berubah bersama-sama dengan negara untuk menjadi negara bertaraf negara maju. Ketika itu, masyarakata yang menganggotai negeri dan negara adalah terdiri daripada mereka yang merdeka, berkeyakinan tinggi, progesif dan saintifik.

mengajak masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum yang mengamalkan agama dan buadaya yang berbeza, merapatkan jurang perbezaan mereka dan bersatu padu dibawah panji Bnagsa Malaysia. melalui konsep Bangsa Malaysia tren-tre ke arah chauvanisme, ekstremisme dan parokialisme  dapat dilunturkan dan digantikan dengan sifat-sifat negarawan yang liberal, toleran serta penyayang.

mewujudkan pemimin dan rakyat yang bermoral dan beretika tinggi berasaskan nilai-nilai agama. budaya masyarakat yang berprinsipkan nilai-nilai agama akan membendungnya dari terjerumus ke dalam jebak konsumerisme material yang melunturkan sifat-sifat manusiawi.

membangunkan tenaga pekerja yang mahir lagi cekap bagi menangani keperluan kepesatan perkembangan sektor perindustrian, Perediaan ini juga memungkinkan kita  menjadi masyarakat pesaing yang berwibawa di pentas dunia paa aad ke -21.

 membangunkan kekuatan ekonoomi agar kekayaan negara dapat diagihkan untuk membawa keadilan ekonomi, kemakmuran dan kesejahteraan bersama.

mengangkat maruah dan martabat bangsa dan negara.

     satu analisis ringkas yang memperkenalkan secar dekat  Gagasan Sabah Baru dan membandingkannya dengan wawasan negara telah diuahakan sebagai langkah awal untuk emncetuskan perbincangan yang lebih terperinci dan mendalam. Apa yang diperturunkan dalam misi ini ternyata memihak kepada suatu kesimpulan bahawa memang terdapat banyak persamaan antara kedua-duanya. Labih adri itu, saya kira  Gagasan Sabah Baru berkemungkinan besar telah dirangka berpandukan Wawasan negara.
     Ketika ini, satu analisis yang lebih kritis tidak munasabah kerana perbahasan  Gagasan Sabah Baru masih diperingkat awal. Pada hemat penulis apa yang patut diutamakan adalah usaha-usaha ke arah memperjelaskan lagi agar ia medapat  sambutan yang meluas. Dengan itu, gagasan baru ini mungkin dapat difahami dan diterima dengan lebih yakin di kalangan khalayak ramai. Cadangan ini dibuat atas keyakinan bahawa sebahagian besar daripada intipati serta hasrat yang etrsirat mempunyai kesamaan dengan wawasan negara. Suatu analisis serta penilaian yang kritis terhadap konsep serta implementasinya perlu dibuat satu ketika nanti.
     Walaupun dari segi konsep dan intipati  Gagasan Sabah Baru telah diperkenalkan secara dekat, namun penghadamannya perlu diperkukuhkan lagi sehingga ia menjadi wawasan tera perjuangan rakyat malaysa di Sabah. Selanjutnya, konsep-konsep yang terkandung dalam Sabah Bar perlu diterjemahkan menjadi dasar-dasar pembangunan yang onkrit.  Dasr-dasar ini ini pula perlu menyerlahkan pelan-pelan tindakan strategik yang praktis. Ada diantaranya yang bersifat jangka masa panang dan pendek. Rancangan besar ini tiak akan menjadi kenyatana sekiranya pasukan-pasukan yan merancang dan melaksanakan tidak komited. Begitu juga, kita ebagai rakyat Malaysia perlu bersama-sama menyumbang tenaga, kepakaran dan pengalaman agar proes implimentasinya berjalan dengan lancar dan kemas. Gagasan Sabah Baru, sebenarnya bukanlah kepunyaan parti-parti politik sahaja. I apaad akhinya sepatutnya menjadi satu lagi daripada khazanah negari dan negara kita. Akhir kata, masa depan sesebuah masyarakatterleta pada tangannya sendiri, maka sama-samalah kita menjuruskannya kepada sesuatu yang diredhai oleh Allah SWT.


BALIK