Make your own free website on Tripod.com
IMIGRAN DI TANAH MELAYU
 

IMIGRAN CINA

Imigran cina yang datang ke malaya kebanyakannya berasal dari daerah Kwantung dan Fukien. Mereka terdiri dari beberapa suku kaum dan berturur dalam bahasa yang berbeza seperti Hokien dari kawasan Amoy, Teochew dari Swatow, kantonis dari Canton,macao dan Hong Kong dan Hainan dari pulau Hainan. Matlamat mereka  ke Malaya untuk cari wangdan membaawnya kembali ke China. Pada tahun 1851 seramai 2500 hingga 3000 orang imigran ini tiba di Melaka manakala pada tahun 1854 seramai 2000 hingga 3000 tiba di Pulau Pinang,Wilayah Wellesley,Siam dan negeri melayu yang lain seperti Melaka, perak , selangor dan johor. Mereka bekerja sebagai pelombong, pembantu rumah, bantu perdagangan dan bekerja di ladang-ladang gambir dan lada hitam.

Kebanyakkan mereka datang menaiki kapal atau jong dalam keadaan berhimpit-himpit mengikut angin monsun pada bulan Januari dan Mac ke Malaya dan kembali  semula ke China pada bulan April dan Mei. Bagi imigran yang tidak mampu membayar perbelanjaan pelayaran meereka akan diserahkan kepada majikan yang sanggup membayarnya dan menyediakan makanan, miniman, sedikit perbelanjaan untuk menggunting rambut dan sedikit barng mewah. Sesetengah imigran khasnya yang terlibat dalam perdagangan akan dapat mengumpul $40 hingga $50 yang dapat menampung kehidupan mereka di China beberapa lama . sebaliknya kebanyakkan buruh yang bekerja sebagai pelombong atau peladang mendapat gaji yang tidak mencukupi samada untuk membayaar pinjaman, membeli candu, minum arak, perjudian dan habis di rumah pelacuran. Dikatakan 50% daripada 200 orang pekerja lombong di lembah Kinta adalah penghisap bertujuan untuk menghilangkan sakit kepala, pitam, ,suka-suka,seks dan tunuan perubatan. Kebersihan diri dan tempat tinggal juga diabaikan oleh majikan menyebabkna mereka menghidapi pelabagai penyakit seperti malaria, kencing manis dan sebagainya sehingga membawa kepada maut.

Imigran yang baru datang ke Malaya pula akan dipakasa untuk menyertai mana-man kongsi gelap bagi melindungi imigran di  Malaya diantaranya seperti Ghee Hin dan Hai San yang melibatkan Kantonos dan puak Kheh di Sinagapura, Melaka dan Pulau Pinang. Majoriti merka menghisap candu, mencuri, merompak dan ada yang membunuh. Segelintir sahaja yang terdiri daripada pemilik ladang. Imigran yang enggan menyertai mana-mana kongsi gelap tersebut akan dikurung sehingga menerima atau akan dibunuh. Kedua-dua persatuan ini tidak bersefahaman dalam pelbagai aspek. pengaruh pertubuhan ini menimblukan keadaan yang tidak tenteranm di malaya seperti peristi wai larut namun bagi sesetengah imigran kongsi gelap ini menjadi faktor penting dalam kehidupan buruh cina di malaya. sebelum campurtangan british pembesar melayu berurusan dengan kapital cina dalam menguruskan perladangan. kapital cina dikenali sebagai kangcu atau pemilik sungai yang diberi kuasa membuka ladang-ladang gambir atau lada hitam yang telah ditetapkan daam surat sungai seperti surat sungai skudai pada tahun 1883 di Johor perkembangan ini menyebabkan ramai pelombong sdari singapura berpindah ke johor berkerja diladang tersebut yang menawarkan gaji yang lebih baik. pada tahun 1813 dan 1814. kangchu ini membuka tanah dan membangunkannya dengan bantuan saudara, pekerja dan pengikutnya. tempat ini dikenali sebagai kangkar yangmembolehkan kangcu memonopoli pelbagai cukai diantaranya cukai dalam perjudian pajak gadai, perlabuhan dan candu. didapati imigran banyak membantu dalam perkembangan perladangan dimalaya teta[pi kebajikan mereka diabaikan oleh pihak majikan dari aspek kesihatan , tempat tinggal dan pembverian gaji yang tidak adil.
 
 
 

INDIA

pada tahu 1867 negeri-negeri selat iaitu singapura pulau pinang dan melaka adalah dibawah kuasa british di india dan memathui undang-undang yang sama. keadaan ini emnyebabkan buruh Tamil dari india selatan atau sebagai Chulia datang ke pulau-pinang bekerja selama  satu atau dua tahun. mereka ke negari selat pada bulan ogos dan september menaiki pengangkutan laut seperti kapal atau perahu layar dari perlabuhan Madras seperti Nagore, nagapatam, carricca selama enam atau tujuh hari. mereka bekerja diestet-estet tebu, ibu kayu dan kelapa milik orang eropah. pada awalnya kedatang  mereka tidak dikala sehinggalah beralkunya lebihan muatan yang melebihi teluk bengal. dengan ini melalui pada tahu 1857 dan 1859 kerajaan india meluluskan undang-undang mengawak kapal yang tiada lesen tidak dibenarkan membaw penumpang tempatan dan menyediakan makan minum imigran tersebut.

 pemilik kapal edagang akan diberikan komisysen oleh majikan untuk emncari pekerja melalui spekulai dan meminjamkan wang perbelanjaan pelayaran kepada mereka yang tidak mampu. mereka mendapat layanan yang buruk terutama dalam pemberian gaji dan kesihatan. menurut Sir Andrew Clarke di singapra paa ahu 1873 2/3 daripada estet di wilayah Wellesly buruh yang dihantar kehospital hanya menanti saat mati. keadaan  ini mengwujudkan ordinan negari selat 1876 dan akta orang-orang india 1877 bagi menawal imigran india di negeri selat dan memastikan mereka membuat perjanjian kontrak bekerja tidajk lebih tiga tahun dan gaji sebanyak 12 sen sehari, mendapat pemeriksaan perubata dan layanan baik dalam hal-hal yang lain. orninan perlindungan imigran tidak membenrkan buruh bekerja lebih dari enam hari seminggu atau lebih sepuluh jam sehari atau  lebih enam jam tanpa rehat. sekiranya kerja lebh masa mereka dibayar emngikut lamanya bekerjka. kebanyakan buruh  ini tidak terlibat dalam pertanian dan ilmu pengetahuan yang amat rendah.

 rata-rata memperlihatkan layanan buruk terhadap buruh india antaranya memberi beras sekali dalam sebulan emnyebabkan 2/3  daripada mereka kelaparan sebelum sampai setengah bulan. ini menyebabkan  mereka makan apa=apa saja yang dijumpai seperti buah tebu dan sebagainya. ini mehirkan sifat malas dan tidak bersemangat dalam kehidupan. tetapi menurut Mr. lam kehiduan mereka di malaya lebih baik daripada di India. majikan susah mendapat buruh yang dapat menyelesaikan tempoh kontrak kebanyakan mereka melarikan diri ke wilayah ayang memberi gaji tinggi sepertui ke perak,  yang menawarkan gaji sebanyak 35 sehari. misalnya 1883 seramai 567 dan 1884 serami 586 ergi keperak. pada tahun 1883 kerajaan india membenarkan imigran berada dalam perlindungan negeri-negeri selat contohnya seramai 1191 kulu di estet tebu dan di wilayah weslley mengenakan hukuman kepada pekerja.  ordinan ini menyebabkan majikan mesti menyediak rumah penginapan yang sesuai dan lengkap dan dapat menghadkan masa buruh bekerja selama tidak lebih 20 hari dalam sebulan pinjaman terhad untuk membayar hutang pelayaran, bayaran perjalana ke perlabuhan wang hantar ke india. pinjaman tidak melebihoi 12 ringgit dan pemotongan tidak lebih seringgit. buruh tidak boleh bekerja lebi dari enam harui seminggu atau 9 jam sehari. bekerja selama setahun gaji akan ditingkatkan kepada 14 sen sehari.
 


BALIK KE HALAMAN HADAPAN