Make your own free website on Tripod.com
MAJALAH AL-FAJ'R PKPMS

DISKRIMINASI TERHADAP ALIRAN SASTERA

Kemajuan dan perkembangan teknologi maklumat sekarang seolah-olah telah meningkatkan kefahaman para ibubapa terhadap pendidikan sains dan teknologi. Kemasukan pelajar ke IPTA aliran sains (termasuk aliran asasi dan matrikulasi) adalah lebih ramai berbanding aliran sastera . Hinggakan IPTS yang mendapatkan francais heboh diperkatakan pada masa sekarang. Walaupun pada satu tika USM pernah mengemukakan pandangan cemas apabila dikampus utamanya adalah lebih ramai aliran sastera. Namun, pelajar dikampus cawangannya di Perak dan Kelantan malah dibeberapa buah lagi institusinya tidak boleh diperkatakan kurang pelajar aliran sains. Apatah lagi kampus cawangan Perak adalah kejuruteraan yang pastinya mengutamakan aliran sains dan Kampus Kelantan iaitu teknologi dan perubatan terletak disana. Jadi adakah pelajar sastera diterima masuk untuk belajar bidang ini, pastinya TIDAK. Mari kita imbas pemikiran masyarakat terhadap perbandingan antara aliran sains dan aliran sastera ini. Mayarakat akan melihat bahawa pelajar aliran sains yang mendapat keputusan pangkat dua adalah lebih pandai berbanding pelajar aliran sastera yang mendapat pangkat satu. Walhal perbezaan mata pelajaran ini hanyalah empat mata pelajaran sahaja itupun kalau keempat-empat mata pelajaran itu cemerlang. Pelajar aliran sains adalah lebih mudah diterima diperingkat asasi dan matrikulasi berbanding aliran sastera walaupun aliran sains ini mendapat pangkat dua. Bukanlah bermaksud cuba mempertikaikan aliran sains tetapi kedudukan 60:40 adalah satu diskriminasi terhadap pelajar aliran sastera yang bilangan pelajarnya adalah lebih ramai diperingkat SPM dan STPM (PMR tidak terlibat kerana belum ada penentuan aliran). Apakah salahnya sekiranya kedudukan ini 50:50, bukankah ia dianggap adil. Namun, pasti ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan ini atas alasan mempertahankan diri dan kelompoknya (aliran sains). Sekiranya dilihat aspek ini sebenarnya tidak pernah dibezakan sejak dahulu. Pengwujudan Madrasah al Hadi dan madrasah al-Masyhur pernah mengajar mata pelajar sains, sastera, agama dan perdagangan. Tidak pernah wujud sejak dahulu perbezaan antara kedua-dua bidang ini. Namun perbezaan agak ketara sekarang apabila pengistilahan telah mula digunakan (aliran sains dan aliran sastera). Rupanya kita masih lagi terkongkong dengan tradisi barat yang menekankan aspek dualism. Cuba kita imbau tentang kedudukan 60:40 ini pada masa sekarang dan pada masa akan datang. Satu kerisauan akan wujud apabila kelak sekiranya ia diteruskan jua, aliran ini akan mengakibatkan mereka yang terlibat dalam aspek falsafah, sastera, perdagangan, ekonomi, sejarah, geografi, bahasa dan lain-lain lagi makin berkurangan. Cuba kita nilai sebagai contohnya,sekiranya pada tahun pertama sesuatu institusi menerima 1000 pelajar dan 600 adalah aliran sains manakala sastera 400. tahun kedua pasti bilangan ini adalah 1200 sains dan sastera masih 800 dan tahun ketiga 1800 sains dan sastera 1200. Ini bermakna, dua tahun sains menyamai tiga tahun sastera. aliran sastera makin lama makin berkurangan walau peratus dan nilainya statik. Sekian Wassalam

Oleh;
Madzani @ Saidie Nusa
Dinakan@rocketmail.com


SAMBUNGAN