Make your own free website on Tripod.com
MAJALAH AL-FAJ'R PKPMS

Bab Pengenalan "Pembinaan Kualiti Diri:Model dan Stretegi"
Oleh : Amin Senin

Tahniah kepada penulis kerana telah berjaya menulis sebuah buku yang akan menjadi rujukan kepada semua lapisan masyarakat kelak. Sebelum menghuraikan lebih lanjut lagi, ulasan ini adalah berdasarkan kepada pembacaan pembaca dan kefahaman yang ada dengan pembacaan yang lain dan pemikiran sebagai pelajar serta masih lagi cetek daripada bidang pemikiran. Membincangkan tentang Kualiti Diri, penulis membawa gambaran bahawa permintaan terhadap program keagamaan seperti seminar, kursus, ceramah dan qiammullail dan seumpamanya adalah menarik minat masyarakat yang membawa kepada ketidakmampuan penganjur untuk memenuhi semua permintaan. Satu 'hiperbola masyarakat' diperbincangkan. Ramai para remaja lebih meminati hal-hal yang menyeronokkan berbanding program yang dianjurkan kecuali satu desakan yang datang daripada mereka. Ini bermakna penulis mungkin merujuk kepada golongan yang lebih 'dewasa' sebagai objektif perbincangan ketika menyatakan perkara ini. Seharusnya kefahaman tentang golongan yang meliputi semua peringkat harus diperbincangkan juga. Mungkin sebagai Pengarah BTN membawa dirinya sebagai pembicara golongan yang pernah mengikuti kursus tetapi sukar untuk golongan ke pub, karaoke, kelab malam, pawagam, taman-taman, resort dan sebagainya. Ke'profesional'an belum tentu akan dapat mengubah seseorang manusia yang telah sebati dengan dirinya sendiri. Malah ia akan berupa satu penjualan yang tidak terbatas. Ke'pandai'an peribadi sekarang telah diperdagangkan semata-mata periuk nasi yang belum pasti menjamin keberkesanan untuk orang lain. Persepsi individu adalah berbeza dan kompleks dan ini seharusnya tidak dinilai sebagai 'semuanya baik'. Kita imbas keadaan semasa iaitu apabila pembicara motivasi akan mengenakan upah beribu ringgit semata-mata kerana mengeluarkan suara hanya selama sejam ( atau kurang ). Malah bukan itu saja, aspek agama jua tersentuh dalam konteks ini apabila tahun 1997, heboh diperkatakan penceramah Ehwal Islam menerima beribu ringgit untuk tayangan selama sejam. Sesuatu yang memalukan apabila agama diperdagangkan sedemikian rupa dan ia seolah menggambarkan penceramah yang berbicara di atas pentas tersebut seperti pelacur yang menerima bayaran selepas satu-satu adegan yang belum pasti akan memuaskan semua pihak. Harus juga dihuraikan bahawa walaupun pemikiran Islam amat sedikit dan tidak dikupas dengan lebih mendalam ia adalah satu bahagian utama dalam pengilmuan. Sarjana Islam pernah menterjemahkan tulisan latin untuk pengkajian terdahulu. Namun, sekarang konsep itu telah pudar kerana kita sering menganggap bahawa bahan dari barat itu adalah satu bahan yang harus dikaji dahulu sebelum diguna walaupun sebelumnya telah ada pengkajian terhadapnya dan didapati benar. Aspek keaslian sebenarnya terletak pada penulisan yang benar-benar ikhlas dan memahami apa yang ditulisnya dan bukan sekadar mengambil cetak bahan dari orang lain. Begitu juga bila kita cuba mengupas tentang idea-idea utama hak orang lain perlulah pemahaman yang lebih mendalam. Bila mana kita membicarakan gerakan Islam masa kini, penerangan lanjut harus dinyatakan tentang bentuk dan jenis gerakan Islam masa kina dan berbezaannya pada masa lampau. Ada ketikanya kita akan terperangkap dengan penerangan ini kerana gerakan Islam pada masa lampau lebih dominan berbanding masa sekarang. Oleh itu, gerakan Islam yang bagaimana yang cuba diterangkan haruslah menepati definisinya. Model atau bentuk peta minda seakan serupa dan mempunyai ciri yang sama , Perbezaan ini masih ada. Bila membicarakan model bentuk fizikalnya masih ada tetapi bila membicarakan peta minda bentuk fizikal telah terlahr melalui lakaran sama ada di atas kertas, batu, dinding mahupun dedaun. Adakalanya peta minda atau model yang kita bentangkan tidak akan memahamkan semua pihak. Namun, cukuplah sekadar memahamkan sebahagian besar pembaca yang cuba memahaminya. Penerangan lebih lanjut akan dapat memahamkan pihak yang belum faham atau kabur dengan penjelasan kiat justeru sifatnya yang terlalu ringkas. Walaupun mengenepikan aspek yang tidak kritikal. Perlu dsebutkan jua aspek tersebut kerana aspek ini kadang kala membawa pengertian yang berbeza dan sama. Unsur-unsur yang lebih penting akhirnya akan lebih merumitkan penerangan sekirany aspek yang tidak kritikal diabaikan terus. Tanpa mengetahui suasana jua adalah satu situasi yang agak kritikal. Kita ambil contoh Abdullah Munsyi ketika pengembaraannya ke Kelantan, ia menyatakan bahawa kaum lelakinya adalah pemalas kerana hanya duduk melihat dan menjahit pukat sahaja , walhal ia tak memahami situasi iaitu pada masa kedatangannya adalah musim tengkujuh yang menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut untuk menangkap ikan atas alasan keselamatan. Lantaran itu, seperti 'nila setitik rosak susu sebelanga'kerana salah tafsir tentang maka seluruh masyarakat Kelantan telah dianggap malas dan bodoh (satu istilah yang keterlaluan). Ketika menerangkan susunan idea, penyusunan diharapkan bukanlah bersifat subjektif iaitu dari A ke B, B ke C, C ke D, D ke E dan seterusnya. Namun penyusunan yang terhad juga akan menyebabkan penulisan adalah kabur dan tak jelas matlamat, Setakat ini penulis begitu baik dalam penyusunan ideanya walaupun ketika menerangkan secara pengenalan tentang idealisme seperti ia telah terperangkap dengan istilah. Idealisme tidak boleh ditakrifkan perkaitan secara langsung dengan agama. Aspek ini juag membolehkan manusia itu punya kemampuan untuk berubh walaupun dalam tempoh sesaat. Lantaran itu, apabila seseorang tida mempunyai idealisme belum tentu lagi akan cepet berasa bosan . ini bergantung dengn diri seseorang dan kekuatan peribadinya. Apatah lagi menbicarakan tentang keadaan prinsip yang tak hidup dalam vakum. Namun, prinsip masih boleh hidup dalam 'kapsul masa' tetapi dalam keadaan yang amat memilukan dan mendukacitakan. Ini lah yang dialami oleh bangsa sekarang yang berada di dalam kapsul masa terperangkap tetapi terus memahami masa. Ketika United State melancarkn roket ke bulan ramai diantara ulama mengiyakan pendaratan ini dan ada yang membantah hal ini, Bagi mereka yang mengiyakan, ia setakat mengiyakan saja tetapi belum ada alternatif untuk membuatnya terlebih dahulu. Kerisauan untuk membuat sesuatu yang baru dan lebih radikal telah menghalang banyak manusia. Lihat saja Columbus ketika ia menjelajah ke lautan pasifik dan bertemu Red Indian (cadangannya ke India tetapi bertemu India berkulit merah (cerah)). Ia terhalang oleh golongan gereja. Hanya keberaniannya untuk melakukan ssatu yang baru telah membuahkan hasil hinggakan Amerika dipunyamilikkan. Bagaimana wanita memandu kereta, ramai yang tidak bersetuju tetpi setelah berkembang maka ia diterima oleh masyarakat. Bagaimana pula dengan Presiden wanita, Pengarah wanita. Wal hal perkara ini telah diperjelaskn oleh 'Kaum Muda' di Malaysia. Perubahan yang sebenar memmerlukan sesutu yang tulin dan boleh dianggap revolusi dan bukan sekadar bualan mulut yang manis. Walaupun seseorang tidak dibenar dan tidak mahu menjadi mangsa perubahan, tetapi hakikat sebenarnya ia telah menjadi magsa ersebut apabia ia melibatkan diri dengan perubahan yang dianjurkannya. Maka ia sebahagian mangsa tersebut. Revolusi Indonesia tida pernah menjanjikan kemenangan dan tidak mengharapkan seseorang menjadi mangsa tetapi apabila ia berlaku mangsa tetap ada dan kemenagan taua kekalahan tetap berlaku seolah olah ia adalah bola yang bergolek dengan arah dituju akhirnya ia jua menjadi mangsa bergolek terus kerana ia bulat. Sesungguhnya buku ini pda tahap pengenalan telah menerangkan serba sedikit tentang isi buku ini, dengan membaca pengenalan (mukaddimah) buku ini kita telah dapat membaca apa yang hendak dsampaikan oleh penulis dan dengan ini juga kita akn dapat memahami situasi yang cuba hendak dihuraikan.

Sekian. Wassalam

Madzani @ Saidie Nusa


SAMBUNGAN