Make your own free website on Tripod.com
KHABAR DARI SEMENANJUNG
 

    Alhamdulillah, keluaran kedua Majalah Al-Faj’r telah dapat diterbitkan dengan seadanya. Ketika ini PKPMS masih lagi berusaha untuk memperbaiki pengisian dalam majalah ini. Sumbangan saudara/i amatlah diharapkan untuk mengisi ruangan yang disediakan. Berikan idea anda untuk dikongsi bersama. Manakala bagi mereka yang mahu memiliki Majalah ini secara koleksi bolehlah mengirimkan 12 sampul surat beralamat sendiri dan dilekatkan setem kepada;
 

    Halaman PKPMS masih lagi dalam pembinaan dan sekarang pelbagai aspek boleh didapati terutama untuk pelajar (SPM dan STPM terutamanya) dan masyarakat umum.
     Saudara/i sekalian, bulan Jun ini adalah bulan penuh dengan aksi Bola Sepak Dunia, manakala bole sepak Malaysia iaitu Liga M juga diteruskan. Namun, Liga M taklah sehebat Piala dunia. kutipan tiket makin berkurangan. Masyarakat lebih minat melihat pemain dunia dari melihat perkembangan pemain tempatan. Satu hal yang menarik ialah ‘berjaga malam’, bukanlah satu perkara yang mudah untuk kita berjaga malam apatah lagi bangun waktu malam. Namun, bagi mereka yang telah terbiasa pastinya kebolehan untuk menunaikan ‘Qiammullail’ amat bermakna selain menonton siaran bola sepak yang membezakan kita dengan Perancis selama tujuh jam.
     Suatu yang menarik dalam kehidupan kampus ialah ketidakterikatan pelajar dengan masa. Kita yang merancang masa dan kita yang wajar menunaikannya. Berjaga malam akan dibalas dengan tidur sebelah pagi, ramai dikalangan pelajar yang mengantuk apabila berada dimedan kuliah apatah lagi bertemu dengan pansyarah yang ‘syok sendiri’ dihadapan pembesar suara, pastinya tertidur itu adalah satu biasa bagi pelajar yang ‘mengantuk’. Namun, itu masih lagi dipulangkan kepada kita untuk menentukan sama ada nak tidur atau nak belajar yang penting peperiksaan kita mampu menjawab dengan betul dan tepat.
     Membicarakan pula tentang pengurusan masa kampus, adalah menjadi kebiasaan bagi pelajar untuk menyebut terlalu sibuk dan bukan pelajar saja tetapi sesiapa juga yang melihat masa seakan suntuk untuk mereka. Masa hanya ada 24 jam bagi seorang dan akan sentiasa sama. Masyarakat kampus terutama UM ini istilah sibuk memang biasa terutama bagi mereka yang telah sampai ke tahun akhir. Tugasan mingguan perlu disiapkan apatah lagi dengan Latihan Ilmiah atau kertas projek yang perlu juga disiapkan sebelum meninggalkan alam universiti. Kalau tidak, alamatnya kita masih lagi meneruskan pengajian sehinggalah selesai tugasan yang diberikan. Bagi mereka yang telah menyedari hakikat ini dan perancangan masa yang dibuat maka ada yang merasa bersalah apabila menyebut “saya terlalu sibuk”. Bukan sebagai satu alasan semata tetapi dalam kehidupan kampus yang masa pembelajaran kita rancang sendiri, adalah tidak adil jika kita mengatakan masa ‘tiada’. Maknanya kita telah gagal dalam perancangan dan gagal dalam perancangan bermakna kita sedang merancang kegagalan atau kekecewaan.
      Masa pembelajaran telah sampai ke minggu ke lima atau ke empat tetapi seolah-olah tak terasa dengan masa yang rasanya terlalu pantas untuk dihitungkan apatah lagi kita akan di’sibuk’kan dengan tugasan yang diserahkan kepada kita. Tetapi adakah dengan ini kita akan memberikan alasan “saya terlalu sibuk” hinggakan kita tak sanggup meluangkan sedikit masa untuk satu amalan atau satu kegiatan yang membawa faedah kepada kita dan orang lain. Kalau kita sanggup berjaga malam untuk menonton bola tetapi tak sanggup berjaga untuk ‘qiammullail’ pastinya ada sesuatu yang tak kena kepada kita. Dan sebaliknya pula seolah-olah kita telah kerugian kerana tak dapat melihat sesuatu yang ulung kali diadakan. Begitu juga dengan apa yang kita anggap lepak atau berjalan-jalan di pekan atau bandar atau kesupermarket-supermarket tetapi kita tak sanggup untuk menghadiri atau melibatkan diri dalam  kegiatan yang boleh membawa faedah kepada kita dan orang lain. Dan sebaliknya pula kita seakan berasa kerugian jika kita terlepas jualan murah atau melihat gelagat manusia yang ulung kali juga kita lihat. Jadi bagaimana dengan pengurusan masa diri kita, adakah ia telah menepati kehendak kita atau kita telah merasakan kita telah mengikut rentak orang lain...? satu persoalan yang wajar kita jawab sendiri.
     Jun telah semakin hampir kepenghujungnya, adakah kita telah siap sedia dalam perancangan kita untuk berada di bulan Julai. Apakah lagi khabar berita di bulan Julai ini. Sedangkan bulan Jun saja telah banyak peristiwa telah berlaku dan kita tak dapat menerima perkembangannya lalu kita tinggalkan isu yang ada dan kita bawa isu yang baru pula. Sebagai menutupi isu yang tak akan terjawab pada bulan ini. Masyarakat kampus pula bulan Julai dinantikan kerana banyak lagi aktiviti telah dirancang akan dilaksanakan. karnival Rakan Muda, interaksi dan Pameran masih lagi belum selasai dan Julai adalah bulan dinantikan. Bagi pelajar yang mendapat Pinjaman atau Biasiswa bulan julai adalah penentu sama ada bantuan akan disalurkan pada bulan ini atau akan disalurkan pada bulan ogos nanti. dan sekiranya tak disalurkan bulan Julai pastinya perancangan Julai akan berubah dan bulan yang penuh debaran adalah Ogos. Adakah masyaraat ini akan menanti sahaja tanpa ada tindakan susualan. pastinya ada tetapi ia terpulang dengan seseorang kerana ia yang merancang kehidupannya disini. siapa lagi yang nak merancang kerana kaum keluarga telah berada diluar kampus dan jauh. Rakan-rakan yang ada juga turut sama merancang untuk dirinya. Maka diri sendirilah yang merancang untuk diri kita.
     Mari kita renungkan perancangan yang kita telah buat dan keberkesanannya. Renungan ini bukanlah untuk direnung sahaja tetapi haruslah diambil tindakan susulan untuk menutupi kelemahan yang ada dan yang telah kita cipta sendiri. walaupun ada diantara perancangan ini yang telah membawa akibat kepada kita sebagaimana pemain bola sepak yang merancang untuk menyumbatkan gol ke gawang lawan tetapi siapa menyangka ia akan menjaringkan gol di gawang sendiri (sekiranya tahun 1994 pasti ia telah dibunuh).
     Buat adik-adik yang mengambil peperiksaan PMR, SPM dan STPM dan peperiksaan lain (kampus dan lain-lain) diucapkan selamat belajar dan merancang masa anda dengan ‘BAIK’. Moga pertemuan kita akan membuahkan hasil di IPT ini.

Sekian. Wassalam.

“Khabar Dari Universiti Malaya”

Yang jauh merantau
 

MADZANI @ SAIDIE NUSA


BALIK