Make your own free website on Tripod.com
Matrikulasi Sains :
Kegusaran memasuki Universiti Malaya.

     Halangan pada sebuah kapal ialah laut dan angin yang menghasilkan gelora, halangan pada burung dari terbang laju ialah angin dan udara. Namun, tanpa lautan dan angin serta udara kapal tak akan belayar, burung takkan hidup. satu polimik yang terus menghantui pelajar lepasan SPM ialah kemana selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) sekiranya pelajar sastera pastinya melangkah ke alam pra universiti di tingkatan enam adalah satu dari jalan yang membolehkan mereka memasuki IPT sekiranya halangan ditembusi. Tetapi bagaimana pula halnya dengan pelajar aliran Sains, pastinya kegusaran untuk memasuki tingkatan enam adalah satu kepastian dengan mata pelajaran yang dirasakan susah dan sukar ditembusi tanpa usaha yang tulin. Matrikulasi Sains di IPT adalah satu jalan yang menemukan mereka dengan alam kampus. Kuota untuk bumiputera amat mengembirakan pelajar Islam,
 Sebelum SPM mereka telah mengisi borang UPU, Mei  keputusan telah keluar. Bagi pelajar Islam Sabah keputusan diperolehi dan memuaskan namun ada diantara mereka yang agak risau untuk memilih UM sebagai pilihan utama. satu persoalan yang sukar dijawab, selain dinyatakan oleh semua dindividu secara perbadi. 17 Jun 1998, Palajar matrikulasi UM yang ditempatkan di kondominium mewah tetapi belum siap telah hangat diperkata terutama yang berada di pihak francais.
     Saya (penulis) tak pasti kenapa pilihan untuk memilih UM adalah pilihan yang terakhir setelah USM, UKM, UPM, UUM dan IPTA lain menjadi pilihan yang utama. Namun, satu pihak masyarakat bukan Islam telah membuat UM sebagai pilihan utama. Adakah atas sebab-sebab tertentu maka UM bukan pilihan terbaik. Saya akan cuba menghuraikan kelebihan UM dan penerimaan masuk pelajar ke UM.
     Mungkin agregat 12 ke bawah adalah satu pencapaian yang terlalu tinggi pada pelajar bumiputera yang rata-rata hanya mampu mencapai 12 agregat ke atas dan bukan ke bawah menyebabkan guru-guru dan rakan-rakan lebih mendorong memasuki IPTA lain. Kenyataan NC pada awal Jun berkenaan agregat, adalah tidak penting kerana dengan 12 ke atas masih lagi diterima oleh pihak pendaftar walaupun terpaksa belajar di luar kampus.  Sepatutnya usaha untuk mencapai lebih baik dari ini haruslah dianggap halangan dan dugaan semata, sebagaimana laut dan angin tadi. tanpa matlamat yang pasti, kejayaan  dicita hanya mampu dipertengahan jalan sahaja. 12 agregat ke atas haruslah dipastikan didapati. rasanya tak salah kalau ‘berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian”. usaha yang kita buat pastinya akan membuahkan hasil yang memberangsangkan. Maka agregat 12 sebenarnya tak menjadi masalah kepada kita, yang pasti kita dapat memasuki menara gading. Maka, jadikan cabaran ini tersahut.
     Universiti Malaya,Universiti elit!. Satu pernyataan yang tidak tepat malah meleset sama sekali. Universiti Malay agak unik kerana ia masih sanggup menerima pelajar istimewa (cacat) sebagai pelajar sepenuh masa tanpa banyak bicara. Pelajar yang diterima masuk tidak dikira aspek keturunannya, yang penting usahanya. Sekiranya keelitan yang dikira pastinya universiti lain juga akan bertindak demikian kerana masih terdapat juga kelemahan di UM tetapi seperti satu lapisan dan lapisan ia dilindungi seperti juga yang dikatakan oleh seorang pensyarah Sejarah iaitu “Melaka tidak sempurna tetapi adunan semua aspek telah melengkapkannya”. Begitu juga dengan UM ia tidaklah lengkap tetapi adunan pelajar, pekerja, pentadbiran, pensyarah dan adunan lain ia dianggap lengkap. Walaupun Majalah antarabangsa meletakkan UM lebih tinggi berbanding IPTA lain adalah kerana UM amat memahami dan menitikberatkan kualiti. Kehidupan kampusnya bagaikan sebuah ‘negara kecil’. Semua aspek dipraktikkan dengan cara tersendiri. Kedudukannya yang berhampiran bandar kosmopolitan dengan pelbagai kerenah manusia menjadikan ia pusat interaksi antara mahasiswa dan masyarakat luar. Keberaniannya, terutama persatuan-persatuannya yang sanggup melakukan apa saja untuk menghadapi halangan termasuklah melalui tindakan radikal. keelitannya telah menjadi ingauan buruk bagi sesiapa yang memilih UM sebagai pilihan utama dalam proses pemilihan akhirnya bilangan yang ada hanya kurang dari yang dikehendaki. Mengikut Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid, pelajar bumiputera di IPTS hanya ada 5% saja daripada + 80000. Manakala di IPTA hanya ada 55% daripada + 50000. Jadi dimanakah pelaar bumiputera dan bagaimanakah apabila mencapai tahun 2020 nanti apabila bilangan ini statik.
     Kewangan!. pasti ini adalah isu utama dalam perbicaraan para pelajar. Sekiranya dibandingkan dengan IPT yang telah mengambil francais pastinya bayaran yuran UM adalah lebih rendah berbanding IPT lain. Untuk perhatian pelajar pengkorporatan IPT akan dilakukan secara menyeluruh dan pastinya para pelajar tidak terlepas untuk menghadapinya. Sepatutnya yuran tidak menjadi masalah lagi kerana pihak penaja sama ada pinjaman ataupun biasiswa pastinya punya peruntukan etrtentu yang mampu melangsaikan yuran pengajian. Pelbagai penaja terdapat di IPT, bukan satu dua saja tetapi berpuluh-puluh. Peruntukan kerajaan terhadap bidang pembelajaran amat tinggi dan ini boleh dimanfaatkan oleh pelajar untuk membayar yuran, yang menting ialah memohon apa saja bentuk penaja kemudian bolehlah membuat pilihan sekiranya dibenarkan. Di UM pengkorporatan  lebih ditumpukan pada pentadbiran dan pengurusan sebenarnya walaupun adanya peningkatan yuran tetapi ia adalah secara berperingkat sehinggakan ia seolah-olah tidak dirasai oleh pelajar, kerana ia ditutupi oleh biasiswa atau pinjaman.
     Penginapan sebenarnya masih lagi dalam pemulihan dan pembinaan serta penyediaan tempat. 75% dalam kampus cuba dicapai. walaupun sara hidup adalah terlalu tinggi. Tetapi dengan amalan sederhana dalam kehidupan akan memastikan tidak ada pelajar akan tercicir selain kemalasan yang menghantui pelajar. UM masih lagi mengamalkan cara asrama bagi pelajar yang tinggal di dalam kampus. Makan minum terjamin, kecuali pelajar ingin menghadapi kehidupan yang lebih mencabar di luar kampus. Kehidupan luar menjagar kita untuk lebih memahami masyarakat. Makan minum di Asrama adalah dengan menggunakan kad apabila mengambil makanan. cara pelaksanaannya adalah berbeza daripada USM, UKM dan IPT lain. Bagi pelajar yang mendapat asrama ia tak perlu risau lagi dengan istilah kebuluran. Setakat ini belum ada lagi kes kebuluran di UM. Bantuan Tabung PMUM dan Tabung Bakti pasti boleh membantu pelajarnya apabila menhadapi permasalahan seperti ini. Bagi pelajar yang telah ada pinjaman dan biasiswa masih boleh lagi mengeluarkan wang maksimum RM300 sebagai pendahuluan.
     Berdasarkan ini pastinya banyak lagi persoalan yang akan timbul dan sukar dijawab kali ini. Semua persoalan bolehlah ditujukan kepada Madzani untuk diperbincangkan. Pelbagai aspek lagi akan disentuh pada keluaran akan datang tentang masyarakat dan suasana UM. Nantikan keluaran akan datang.

Sekian. Wassalam.

Belajar dan merantau

Madzani @ Saidie Nusa.


BALIK