PENDIDIKAN BAHASA DAN MASA DEPAN MALAYSIA

APAKAH KESAN AKTA-KATA PENDIDIKAN 1995 DAN 1996 TERHADAP PENDIDIKDAN ALIRAN MELAYU DAN KEDUDUDKAN EKONOMI BANGSA MELAYU SERTA KEBUDAYAAN KEBANGSAAN?
Zainal Abidin Abdul Wahid

Diselenggara bersama persatuan kebangsaan pelajar islam malaysia dan persatuan linguistik malaysia

Pendahuluan
     Dalam bulan Disember 1995 dan Januari 1996, parlimen Malaysia telah meluluskan tiga Akta baru berkenaan dengan Pendidikan dan meminda Akta Universiti dan kolej Universiti . Akta-Akta  baru ini ialah Akta Pendidikan 1995,Akta institusi Pendidikan tinggi swasta 1996 dan Akta majlis Pendidikan tinggi negara 1996. Pindan kepada Akta Universiti dan kolej Universiti dibuat pada bulan Disember 1995 dan ia sekarangdikenali sebagai Akta Universiti dan kolej Universiti 1995.     Keempat-empat Akta ini merupakan satu perkembangan baru  dalam dunia Pendidikan di Malaysia , malangnya perkembangan baru ini akan membawa kesan buruk lagi merbahaya kepada Pendidikan aliran Malaysia dan peranannya sebagai alat untuk membina satu bangsa Malaysia dan perpaduan kebangsaan. Akta-Akta Pendidikan uyang baru ini juga akan menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa raasmi dan bahasa ilmu. Seterusnya Akta-Akta ini telah pun mula dan akan terus merosotkan nilai ekonomi Bahasa Melayu .

Bagaimanakah caranya Akta-Akta Pendidikan 1995 dan 1996 ini boleh merosakkan perpaduan kebangssan dan menyukarakan pembentukan satu bangsa Malaysia ?
     Dalam satu penerbitan awal tentang pendidikan ,Bahasa dan masa depan Malaysia telah diterangkan bagaimana Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain sebagai bahasa pengantar secar besar-besaran telah mengurangkan penggunaan bahasa Melayu (bahasa kebangsaan) dan seterusnya menjejasakn peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. Akta-Akta pendidikan 1995 dan 1996 telah membolehkan penggunaan Bahasa Inggeris dengan meluas (iaitu di 250 institusi pendidikan tinggi swasta dan kemungkinan besar penubuhan cawangan universiti luar negeri serta  sekolah menengah aliran inggeris) dan penerusan 1290 buah buah sekolah rendah jenis kebangsasn cina dan 550 buah sekolah rendah jenis kebangsaan tamil serta pengekalan 60 buah sekolah menengah bebas cina.
     Perlu diingat bahawa terdapat lesbih kurang 70 buah sekolah menengah cina ini dahulu yang telah ditawarkan oleh kerajaan supaya menjadi sekolah menengah kebangsan dengan mendapat bantuan kewangan kerajaan mengikut tujuan akta pelajaran 1961. Lebih kurang 10 buah sekolah menengah cina ini menjadsi sekolah menengah kebangsaan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Selebihnya (60 buah lagi) tidak mahu menyertai sistem pendidikan kebangsan. Oleh itu mereka dianggap sebagai di luar sistem pendidikan kebangsaan. Enam puluhbuah sekolah ini merupakan salah satu lambang perjuangan seerakan pendidikan cina di Malaysia dan bertentangan dengan dasar peklajaran kebangsaan. Merka dikenali sebagai sekolah menengah bebas cina. Jadi apabila akhbar the star melaporkan pada Disember 1995 yang bmenteri pendidikan telah memberi jaminan tentang penerusan 60 buah sekolah menengah bebas cina ini, maka IPTA sungguh mendukacitakan. Menurut the star, mentri pendidikan berkata, ‘…. The government had already given its assurance that thea existence of vernacular and chinese independent schools nshould be maintained.’
 “….kerajaan telah memberi jaminan bahawa kewujudan sekolah-sekolah bukan beraliran  kebangsaan dan sekolah bebas cina akan dikekalkan.”(the star 13?12?95)
segala ini beramakna warganegara Malaysia keturunan cina boleh belajar di sekolah rendah jenis kebangsaan cina selama 6 tahun kemudian masuk ke 60 buah sekolah menengah bebas cina selama 5 atau6 tahun seterusnya masuk ke prime college kuala lumpur sebuah IPTS yang mempunyai rancangan berkemabar dengan bebrapa buah universiti di negar china komunis dan menamatkan pelajaran peraingkat universitinya di negara tersebut. Besar kemungkinan langkah prime college ini akn diikuti oleh IPTS yang lain. Dari darajah satu sekolah rendah hingga ke universiti selama leaabih kurang 17 tahun warganegara Malaysia keturunan cina ini boleh belajar meanaerusi bahasa cina sebagai bahasa pengantar. Adakah ini car hendak mewujudkan perapaduan kebnagsaan? Adalkah ini car hendak menubuhkan satu bangsa Malaysia ?
     keadaan yang hampir sama akan dicetuskan oleh 250 buah IPTS cawangan universiti luar negeri dan sekolah aliran inggerias yang sudahpun wujud dan nampknya berkembang, yang umumnya akan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Dalam keadaan seperti ini apakah akan terajadi kepada peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan? Dan bahasa  rasmi?bahasa ilmu?bahasa kebangsaan? Apakah nasib pelajar dan siswazah aliran Melayu ? bagaiman pula masa depan guru-guru sekolah kebangsaan?
 
Apakah kesan Akta Pendidikan ini terhadap peranan Bahasa Melayu dan Pendidikan Melayu sebagai teras kepada kebudayaan kebangsaan?
     Akta-Akta pendidikan ini memberi ruang yang sangat luas kepada Bahasa Inggeris . lebih kurang 250 daripada 282 IPTS yang wujud sekarng ini (1996) menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Contoh IPTS yang besar ialah kolej tunku abdul rahman (KTAR), kolej sunway, kolej damansara utama (KDU) di selangor dan kolej antarabangsa di pulau pinang. Akta-Akta pendidikan ini mengekalkan kewujudan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (1290) dan sekolah rendah jenis kebangsan tamil (550 buah) bukan itu saja menteri pendidikan telah memberi jaminan bahawa sekolah menengah bebas Cina yang 60 buah itu juga akan dikekalkan . (lihat kenyataan menteri pendidikan dalam thea star 13 Disembear 1995). Sebelum Akta-Akta pendidikan ini diluludskan kewujudan secara kekal sam bebas Cina taidak dijamin oleh kerajaan. Selain dari itu Akta-Akta ini juga membolehkan universiti –universiti luara negeri membuka cawangan di Malaysia . kebanyakan cawangan universiti luar negeri (CUL) ini akan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Perlu diingat bahawa prime collegea sebuah IPTS di kula lumpur mempunyai sisteam pengajian berkembar deangan universiti –universiti di republik rakyat china atau china komunis. Denagn kewujudan seakolah dan IPTS yang bukan beraliran kebangsaan ini secar besarn maka peranan bahasa Melayu dan pendidikan aliran keabangsaan yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantara utama untuk menjadi teras kepada kebudayaaan kebangsaan akan terbatas dan terajejasa. Padahal dasar kebudayaan kebangsaan kita menyatakan bahawa kebudayaan kebangsaan hendaklah berteraskan kebudayaan Bumiputra ,bahasa Melayu pula adalah asas penting kepada kebudayaan Bumiputra.
     Dalam keadaan yang diwujudkan oleh Akta-Akta pendidikan ini, deangan tekanan yang begitu kuat kepada penggunaan Bahasa Inggeris dan dengan merosotnya niali ekonomi bahasa Melayu apakah mungkin bahasa Melayu dan kebudayaan Bumiputra menjadi tears kepada kebudayaan kebnagsaan ? tipis sekali. Kecualilah kalau Akta-Akta pendidikan ini dipinda dan bahasa Melayu sebenarnya menjadi bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan sebagaimana yang dikehendaki oleh laporan razak dan laporan rahman talib dahulu.
 
Apakah kesan Akta-Akta Pendidikan 1995-1996 terhadap kedudukan ekonomi bumiputra dan perpaduan kebangsaan?
     Dalam risalah yang terdahulu telah nditerangkan bagaiman fasal 17 akta pendidikan 1995 dan fasal 41 akta institusi pendidikan tinggi sw 1996 membolehkan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dengan begitu meluas. Daripada 282 IPTS di tahun 1996 lebih kurang 250 menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Di antara IPTS yang besar ialah kolej tunku abdul rahman, kolej sunway ,kolej damansara utama institusi teknologi lim kok wing di selangor dan kolej antarabangsa di pulau pinang. Jumlah pelajar di dalam 250 IPTS ini cukup bear. Tatapi jumlah pelajar bumiputra di dalam IPTS ini cuma 5% sahaja. Kebanyakkan IPTS ini mempunyai program berkembar denagn universiti-universiti di luar negeri seperti di amerika syarikat, britain dan australia. Sebenarnya IPTS ini adalah universiti yang menjalankan kursus tahun satu ataupun tahun satu dan dua bagi universiti-universiti yang berkembar atau mempunyai hubungan khas denagn mereka. Jadi apabila dikatakan cuma 5% sahaja jumlah pelajar bumiputra di IPTS ini bermakna pelajar yang menuntut di peringkat universiti .
    Sekarang kita mempunyai lapan institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) iaitu universiti kebangsaan malaysia ,universiti malaya, universiti sains malaysia , universiti pertaniam malaysia , universiti teknologi malaysia , universiti utara malaysia ,universiti malaysia sarawak dan universiti malaysia sabah. Sungguhpun kemasukan pelajar kolej kelapan buah IPTA ini berkuota, iaitu 55% bumiputra dan 45% bukan bumiputra tetapi peratus golongan ikhtisas atau profesional bumiputra masih jauh ketainggalan. Misalnya selepas 20 tahun dasar ekonomi baru (1971-1990,
    Ini bermakna denagn rancangan khas di bawah DEB seperti menghantar pelajar bumiputra belajar di luar negeri dengan jumlah yang besar, kita masih tidak dapat menghasilkan golongan ikhtisas bumiputra yang melambangkan nisbah penduduk pada masa DEB dibuat, iaitu jumlah penduduk bumiputra sekarang ini (1995)dengan kelonggaran yang diberi oleh akta-akta pendidikan  1995/1996 itu? Perlu diingat bahawa Akta-Akta p ini juga membolehkan  penubuhan cawangan universiti di luar negeri di negara kita ini. Universiti sydney dari australia telahpun menunjukkan minat yang besar. Demikian juga beberapa universiti lain dari Britain dan Amerika Syarikat. Semua cawangan universiti luar negeri yang seperti ini akan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Sepertimana IPTS yang lain: yuran mereka tinggi. Oleh itu kebanyakkan bumiputra tidak mampu memasaukinya. Dalam pada itu jumlah pelajar bumiputra di amerika syarikat telah menurun . pada tahun 1983 jumlah pelajar bumiputra daripada keseluruhan yang datang dari malaysia ialah 68%.pada tahun 1994 jumlah itu telah menurun kepad 40%. Jadi denagn lumrahnya perkembangan IPTS peratus ikhtisas bumiputra yang sudah memangpun rendah akan menurun.seterusnya kedudukan ekonomi bumiputra juga akan terjejas. Ketidakseimbangan akan menjadi lebih besar. Dengan itu perpaduan kebangsaan akan sukar dicapai.
     Ada pemimpin-pemimpin negara kita yang menyatakan bahawa kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa rasmi Malaysia adalah terjamin kerana ia telah dimeteraikan dalam perlembagaan Malaysia . betulkah ini?

Ulasan
     Lazimnya pendapat yang diatas ini adalh betul jika pemimpin-pemimpin negara dan rakyatnya  menghoramati dan mencintai bahasa Melayu dan rakyatnya menghoramati dan mencintai bahasa Melayu dengan eertikata yang sebenarnya. Tetapi kalau pemimpin-pemimpin negara yang berjawatan tinggi  serta sebahagian daripada warga negara Malaysia sendiri begitu mendewa-dewakan bahasa inggeris maka orang ramai akan menjadi serba salah. Keadaan menjadi bertambah runcing apabila ada pegawai kerajaan menganggap soal bahasa itu tidak penting. Seterusnya apabila terdapat di kalangan pihak swasta kecenderungan untuk mengambil tenaga kerja bumiputra dari kalangan siswazah bumiputra lulusan luar negeri maka siswazah bumiputra lulusan universiti-universiti tempatan akan menjadi masalah.kalau keadan ini dibiarkan berlanjutan maka sikap terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa kebnagsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu akan terjejas. Malahan telahpun mula berlaku.nilai ekonomi Bahasa Melayu sekarang (1996) sudah merosot. Keadaan inilah yang telah berlaku di singapura.apabila nilai ekonomi Bahasa Melayu jatuh di singapura, sekolah melayu seperti sekolah sang nila utama menghadapi masalah.akhirnya sekarang tidak ada lagi sekolah aliran melayu di singapura. Apa yang amat perlu kita ketahui dan fahami ialah nasib malang yang menimpa Bahasa Melayu di singapura berlaku atau terjadi dalam keadaan di mana Bahasa Melayu termeterai sebagai bahasa kebangsaan singapura dan salah satu daripada bahasa rasmi negara itu.
    Oleh itu kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu di Malaysia masih perlu diperjuangkan . segala Akta-Akta pendidikan yang boleh dimenjejaskan keduudkan dan peranan Bahasa Melayu perlu dipinda dengan segera, sebelum nasi menjadi bubur. Rakyat Malaysia ,terutamanya pemimpin dan ahli-ahli UMNO, hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh agar perwakilan ke perhimpunan Agung UMNO di bulan Oktober 1996 ini akn memperjuangkan pendaulatan Bahasa Melayu dalam ertikata yang sebenarnya.

Penutup
     Apa yang  dinyatakan diatas adalah akibat-akibat buruk yang akan dicetuskan oleh Akta-Akta pendidikan yang telah diluluskan oleh kerajaan dua pada bulan Disember 1995 dan dua ladi di bulan januari 1996. Banyak lagi akibat-akibat yang tidak menguntungkan bahasa Melayu daan perpaduan kebnagsaan akan taimbul. Silalah fikirkan tentang kesan –kesan bangsa dan bahasa Melayu juga neagar Malaysia di masa sekarng dan akan datang . marilah kita bersama-sama berjumpa dan merayu kepada pemimpin-pemimpin UMNO di semua peraingkat terautamanya yang di pertua atau Presiden UMNO dan menteri pendidikan agar sudilah mereka kiranya meminda  bahasa Melayu sebenarnya menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama. Semoga nilai ekonomi bahasa Melayu tidak merosot agar pelajar dan siswazah aliran Melayu  mendapat temapat yang terjamin dalam usaha mencari pekerjaan baik dalam kerajaan atau pun swasta. Semoga Allah merestui dan memberkati usaha kita.


BALIK