PENGENALAN
Buku ini cuba menganalisis asal usul dan fungsi mitos tentang peribumi
yang malasa dari abad ke 16 hingga 20 di Filipina dan Indonesia. Pendekatan
metodologisnya melalui unsur pengetahuan. Fungsi mitos sebagai unsur
yang penting dalam ideologi kolonial digambarkan denggan mengambil contoh-contoh
sejarah dan sosiologi. Dalam konteks ini ada ideologi daripada kelompok
yang dikuasai yang disebut Manheim sebagai ideologi mutlak dan ideologi
khusus. Ianya boleh diklasifikasikan menjadi empat kelompok utama iaitu
ideologi konservatif, ideologi revormis, ideologi revolusioner dan ideologi
tandingan. dAlam pengwujudan sejarah yang empiris, ideologi kolonial memanfaatkan
gagasan tentang peribumi malas untuk membenarkan amalan penindasan dan
ketidakadilan dalam mobilasi tenaga kerja di negara jajahan. Ia menggambarkan
tentang citra negatif tentang peribumi dan masyarakat mereka yang membenarkan
dan mencari alasan penaklukan dan penguasaan Eropah terhadap wilayah tersebut.
Ia juga memesongkan unsur-unsur kenyataan sosial dan manusia ini untuk
menjamin ideologi yang sesuai dengan keperluan mereka. Rangkuman fikiran
yang disusun yang membentuk gambaran tentang masyarakat peribumi akan ditunjukkan
dalam bab-bab selanjutnya. Ciri-ciri kapitalisme Weber menekankan pengejaran
keuntungan yang sentiasa diperbaharui dengan pelbagai cara oleh pengusaha
kapitalis secara terus menerus dan rasional. Dorongan terhadap pendapatan
menurutnya pengejaran pendapatan , wang dan sebanyak mungkin wang tidak
ada kaitannya dengan kapitalisme . suatu usaha yang berhasil memisahkan
intisari kapitalisme yang telah dilakukan oleh Amintore, Fanfami yang membandingkannya
dengan semangat pra kapitalisme. Ia beranggapan bahawa semangat kapitalisme
ttidak menentukan batasaan apa saja dalam penggunaan cara yang menurut
hukum untuk memperolehi kekayaan dan tiak ada pengekangan bukan ekonomi
yang dibenarkan untuk merintangi perolehan keuntungan. Semangat pra
kapitalisme menilai kerja sesuatu barang menurut kos pengeluaran sementara
semangat kapitalisme menilai kos barang berdasarkan permintaan wang. Konsep
Fanfami tentang ciri-ciri kapitalisme barasal dari Eropah. Ia mendefinisikan
kapitalisme sebagai sistem yang modal atau utama yang dicirikan oleh tenaga
kerja bebas, disertai dengan persaingan yang tidak dikendalikan. Kredit
yang luas, bank-bank menjadi maju, erjadinya perkembangan industri dan
pasaran dunia menjadi satu.
Kapitalisme moden pada abad ke 19 di Jawa tidak didasarkan
kepada tenaga kerja bebas. Dalam definisi Fanfami tenaga kerja bebas adalah
suatu ciri sejarah daripada sejarah Eropah. Sebab itu kapitalisme di Jawa
meski menjadi didasarkan kepada tenaga kerja bebas di Belanda tetapi ia
tidak berlangsung di Jawa. Maka bentuk yang berbeza ini disebut sebagai
kapitalisme kolonial. Dalam hal ini Malaysia, Indonesia dan Filipina merupakan
sesuatu yang bertentangan daripada kapitalisme di Eropah. Ideologi
di barat dilahirkan daripada konflik diantara konflik di asia. Tetapi ideologi
kapitalisme kolonial merupakan idea yang menyeluruh daripada kekuasaan
barat yang menguasai jajahannya. Pemburukan ideologi peribumi dan
sejarah masyarakat adalah berkisar daripada khayalan yang tidak senonoh
dan kebohongan serta pengetahuan tentang tingkah laku. Clive Day dalam
perbandingannya terhadap kebaikan pertahanan Belanda dengan pertahan
peribumi cenderung memandang bahawa pertahana peribumi hanya sesuai untuk
maksud kejahatan. Furnival menggambarkan ideologi kolonialisme baru suatu
ideologi yang mengakui keperluan meningkatkan kesejahteraan peribumi
dan akhirnya untuk kemerdekaan negara. Beliau juga memandang dunia barat
moden sebagai orang tengah tunggak yang menentukan nasib Malaysia, malah
membenarkan kolonialisme barat dengan cara memutarbelitkan sejarah. Orientasi
ini telah memusatkan perhatian pada suatu bidang iaitu kepentingan kekuasaan
kolonial dan menyembunyikan perhatian yang berhubung dengan kepentingan
penduduk peribumi. Pendapat tentang peribumi Asia semasa kolonial dibicarakan
dibawah pengaruh ideologi dikalangan ilmuan mahupun orang awam. Iaiatu
mereka yang berasal dari negara barat yang mengasaskan sistem kolonial
yang menguasai fikiran dunia jajahan. Penerapan pngaruh ideologi ini telah
mengakibatkan amalan diskriminasi dalam lapangan kerja masyarakat Melayu
yang man sejmlah kajian telah menolak orang Melayu kerana negananggap mereka
adalah orang yang pemalas. Semua ini berasal darii persepsi kolonial tentang
masyarakat Melayu. Sisitem status kolonial merupakan ciptaan baru kapitalis
kolonial perinciannya bebeza menurut sistem yang menguasai tetapi pada
umumnya sistem status tersebut sama sahaja. Dalam sistem ekonomi, keadaan
asia orang pada lapisan menengah dan peribumi dilapisan bawah, manakal
pada lapisan moral pula, orang Eropah dianggap paling berbudaya diikuti
orang asia asing dan kemudian peribumi.
Penguasaan kolonial terhadap ekonomi pengeluaran, sistem pendidikan,
hbungan luar negeri, kebudayaan dan lain-lain telah menghilangkan kebebasan
rakyat Malaysia, Indonesia dan Filipina dalam menentukan dorongan
mereka sendiri dan reaksi dalam hal-hal yang berkaitan. Namun begitu setelah
kemerdekaan iaitu setelah dinding kolonialisme telah dihancurkan bekas
tanah jajahan memperolehi lebih banyak peradaban barat, kerana itu sifat
masyarakat Asia Tenggara. Secara relatifnya adalah statik disebabkan kkerana
penjajah. Kolonialisme telah memisahkan negara ini antara satu sama lain.
Dan sebahagian besar daripada barat secara sekeseluruhannya. Kemalasan
yang dinyatakan oleh penjajah tidak dimaksudkan untuk keseluruhan penduduk
peribumi ini kerana pendapat peribumi tidak diambil kira, sebaliknya hanya
ditafsirkan olejh penjajah sahaja. Penulis kolonial ini sebaliknya menulis
tentang peribumi secara membuta tuli sahaja, tanpa memikirkan kebaikan
dan kesan pendapat yang diutarakan oleh mereka itu. Disini dapat dilihat
bahawa faktor utama kedatangan penjajah adalah untuk mendapatkan wilayah
bagi keperluan disamping mengeksploitasi ekonomi di tanah jajahan, dengan
sebab itulah dinyatakan peribumi itu malas. Mereka menganggap mereka superior,
bagi memakmurkan tanah jajahan. Penghancuran kebanggan peribumi dianggap
keperluan sebab itulah dilakukan pencemaran terhadap watak peribumi, steriotaip
dan prasangka terhadap kelompok lain telah menjadi perkara biasa dalam
sejarah manusia. Kapitalis Inggeris yang mnenyukai citra menyimpang
tetntang kelas pekerja tidak merendahkan agama, ras, bahaasa dan kebiasaan
pekerja kerana ia merasai itu adalah milik mereka bersama. Penyerapan pemerintahan
kolonial ke atas penduduk tanah jajahan mempnyai kesan terhadap jenis citra
peribumi dan sistem yang lain yang terlalu bergantung pada kolonial. Dikatakan
juga bahawa orang-orang asia tidak mempunyai inisiatif setelah kelompok
usahawan peribumi disisihkan oleh kolonialisme. Aspek kolonialisme ini
akan dibincangkan selanjutnya.
BAB 1
Selama empat hingga lima abad yang lalu para pengamat asing telah memiliki pendapat yang pasti tentang masyarakat Melayu. Orang-orang Melayu sendiri juga telah memiliki pendapat tentang siapakah mereka tetapi hal ini tidak dinyatakan secara langsung. Tulisan terawal tentang orang Melayu telah ditulis oleh Tome Pires. Menurut beliau, mereka (orang Melayu) adalah bangsa yang pencemburu kerana para isteri orang-orang penting tidak pernah telihat dimuka umum. Selepas satu abad kekuasaan Portugis dimelaka yang merupakan seorang pegawai Portugis telah menghuraikan penampilan dan pakaian orang Melayu seterusnya beliau menyatakan bahawa kebanyakan mereka menyenangkan, nakal dan sanggat ceroboh. Mereka juga berakal dan cerdas tetapi mengabaikan pelajaran dan sastera. Beliau juga membnadingkan perlakuan golongan bangsawan dengan rakyat biasa. Emnurutnya para bangsawan mengisi waktu dengan menyabung ayam dan muzik manakala rakyat biasa memanfaatkan waktu dengan ketrampilan teknik untuk memperolehi pendapatan. ada sesetengah tokoh yang mempunyai persepsi yang kurang baik terhadap orang Melayu. Salah seorang tokoh adalah John Francis Gamelli Careri yang datang kemelaka pada 1665 beliau menyatakan orang-orang Melayu (Minangkabau) yang beragama Islam adalah para pencuri yang handal manakala DE Vellez Guirrero seorang kapten Portugis menyatakan orang Melayu biadap. Tetapi kesemua pendapat ini dinafikan oleh Francois Valentyn (Belanda) yang menyatakan orang Melayu lincah, lucu, cerdik, berbakat dan yang paling sopan santun dari dunia timur. Sir Stanford Raffles yang merupakan leftenan Inggeris telah menyatakan bahawa orang Melayu tidak memperolehi tingkat pengembangan intelktual yang tinggi. Ini adalh kerana baginya tidak ada sistem undang-undang yang ditetapkan dengan baik dan diterima umum menyebabkan punca utama kemerosotan perwatakan orang Melayu. Ini dapat dilihat apabila erdapatnya perselisihan dalam pentadbiran dan juga berlaku peperangan dinatara suku dan perebutan takhta dan lain-lain lagi. Raffles juga mempunyai ciri pembawaan yang lain iaitu menganggap bahawa orang Melayu itu malas contohnya ketika mempunyai beras mereka tidak bekerja kerana tiada rangsangan untuk terus mencari rezeki. Selain itu beliau juga menyatakan bahawa orang Melayu suka membalas dendam. Keris telah diggunakan sebagai alat perkelahian. Orang Melayu juga peka terhadap hinaan dan benci pada perdamaian yang dipaksakan oleh pihak lain.
Bab2
Imej Orang Melayu dimata Inggeris Pada Akhir Abad ke-19 dan Abad ke-20
Perubahan terhadap orang Melayu banyak berlaku setelah kedatangan kekuasaan inggeris dimalaya. Baik Sweettanham mahupun Clifford menyebut perubahan-perubahan tersebut dan mengganggapnya sebagai kemajuan penting. Ciri-ciri yang dikemukan oleh Sweettenham adalah sama yang diutarakan oleh Raffles. Tetapi beliau telah menambah iaitu orang Melayu mempunyai sifat enggan bekerja dan sorang muslim yang fatalis yang sangat mempercayai tahayul disamping itu orang-orang Melayu juga mempunyai ciri-ciri kesetiaan khususnya kepada pemerintah, ramah tamah, bermurah hati tetpi mempunyai sifat boiros. Bagi Clliford beliau membandingkan masyarakat Melayu pantai barat dengan pantai timur. Penduduk dipantai barat dianggap bodoh, lemah dan beradab manakala masyarakat Melayu pantai timur kurang beradab. Seterusnya clifford membandingkan masyarakat Melayu Terengganu dan Pahang menurut beliau orang dari pahang berfikiran maju tentang ketenteraan suka bercinta dan gemar bersabung ayam. Ini menampakkan masyarakat ini tidak beragama tidak intelek dan anggkuh. Mereka juga sanggup memberi kesetiaan luar biasa kepada para pemimpin. Manakala tentang masyarakat Melayu Terengganu beliau menyatakan bahawa mereka ini sukakan kedamaian dan suka bekerja tetapi kurang memberi kesetiaan kepada pemerintahan. Terdapat satu lagi pengamatan yang dilakukan oleh clifford mengenai Psikologi masyarakat Melayu. Umumnya mereka mampu mengembangkan kelainan Psiko-patologi yang disebut latah. Latah ini berlaku tanpa disedari. Orang yang melatah suka meniru gaya orang yang mengusiknya dan sering disertai bahasa yang tidak sopan ada kalanya latah ini berlangsung selama berjam-jam sehingga orang yang melatah keletihan untuk mengakhiri tentang penyampaian tantang berbagai-bagai pandangan asing tentang masyarakat Melayu dapat dicatat satu hal yang disampaikan oleh salah seorang ilmuan inggeris iaitu Sir Richard Winsted. Antara beberap cara yang disebutnya meliputi ketidakaslian dikalangan masyarakat Melayu, kebanggan terhadap bangsa mereka. Kemampuan menyesuaikan diri dan yang pentingnya jolokan kemalasan yang tidak patut diberikan.
Bab3
IMEJ ORANG FILIPINA ANTARA ABAD KE-17 HINGGA ABAD KE-19
Dalam perbinmcangan ini orang filipina juag telah digambarkan secara
negatif oleh orang Sepanyol dan para pelancong Eropah yang lain. Caceri,
menulis tentang masyarakat Filipina setelah mengunjungi Filipina tahun
1696 mengatakan bahawa penduduk Filipina menyerupai masyarakat Melayu darisegi
kedangkalan pandangan mereka. Menurut Careri lagi tentang orang Bisaya
ia berpendapat bahawa mereka menjadi malas sejak orang sepanyol menguasai
mereka. Katanya “kemalasan merekalah yang membuat mereka nampak tidak banyak
akal, mereka sepenuhnya kecanduan terhadap hal ini, jika dalam perjalanan
mereka menemukan duri terkena kaki mereka, mereka tidak membongkok untuk
membuangnya ke luar jalan agar orang lain tidak menginjaknya”. Seterusnya
, Sarjan Perancis, Le Gentil dalam catatannya ketiak berkunjung ke Filipina
abad ke-18 mengatakan bahawa orang Filipina suka bermalas-malas, bersenang-senang
dan tidak bercita-cita tinggi. Ia juga merupakan salah seorang pengamat
awal yang menyalahkan penduduk tropika yang berkelakuan buruk terhadap
tuan-tuan kolonial mereka. Ia juga menyalahkan orang Filipina yang dikatakan
harus dipersalahkan kerana mencetuskan suasana kejatuhan moral. Dalam konteks
ini Gaspor De San Agustin dalam suratnya kepada rakannya di Sepanyol (1720)
telah dengan bersemangat telah meluluskan perwatakan orang Filipina dengan
30 ciri negatif. Disini ia menyamakan masyarakat filipina dengan
penduduk lain dari India Timur dimana dia menggolongkan masyarakat Filipina
sebagai mereka ini tidak dapat dipercayai, dungu, malas, gemar melancong
melalui sngai, lat dan danau. Mereka juga dikatakan sebagai malas kerana
apabila mereka membuka pintu, mereka tidak pernah menutupnya, kalau mereka
mengambil alat mereka tidak pernah memulangkannya ke tempat asal dan kemalasan
mereka lebh ketara dilihat apabila mereka menerima bayaran awal, mereka
akan meninggalkan pekerjaan-pekerjaan dan meninggalkannya. Dalam hubungan
ini banyak lagi pelukisan perlakuan masyarakat Filipina yang digambarkan
secara negatif oleh padri Gaspor De San.
Namun dalam hal ini tidak ketinggalan jgaaaaaaaaaaaaa San Agustin
menyebut ciri-ciri positif orang-orang Filipina. Dia menggambarkan orang
Filipina sebagai bagus dalam kerajinan tangan mereka membuat perahu dan
bertindak sebagai pelaut, askar dan penyelam. Mereka membuat mesin, bedil
meriam dan loceng. Mereka menghasilkan makanan utama dan perkhidmaan bagi
orang-orang Sepanyol. Hasil pertanian mereka amat menguntungkan Sepanyol
di Manila. Nyatakan disini san Agustin tidak melebih-lebihkan ciri positif
orang-orang Filipina ini sebaliknya lebih berminat dalam menokojk menambah
tentang kemalasan peribumi Filipina ini. Dalam tropika perbincangan ini
apa yang menarik ialah mengenai permasalahan perwatakan bangsa merupakabn
pokok perbincangan di kalngan orang sepanyol sendiri. Disini, baik orang
Inggeris mahupun Belanda tidak membincangkan pokok masalah tersebut ole
itu Juan Jose Delgano yang mengujungi Filipina tahun 1711, dan Historianya,,
yang ditulis tahun 1751-54 dan Sinibeldo De Mas dalam Informe De Las Islas
Filifinasnya (1842) mengulas dan membantah beberapa tanggapan San Agustin
yang menyamaratakan sikap masyarakat Filipina dalam soal pinjam-meminjam,
tentang tingkah laku anak-anak muada yang mengabdi dalam biara, ia berpendapat
orang Sepanyol sendiri yang melakukan di negara mereka semndiri, ketika
masih muda seperti orang Filipina ang bekerja di biara dan serta hal yang
sama juga terjadi dalam hal menutup pintu.
Dalam menilai masyarakat Filipina yang malas Mac Micking sering
mendapat kecaman kerana pandangannya yang menentang orang Sepanyol. Beliau
adalah pedagang inggeris. Ia cukup kritis terhadap kekuasaan Sepanyol
di Filipina serta kritis dalam berbagai-bagai tulisan orang Sepanyol tentang
orang Filipina. Beliau dengan buku-bukunya tentang Filipina diterbitkan
di London tahun 1951, berpendapat bahawa perwatakan peribumi Hindi, terdapat
begitu banyak hal yang baik, meskipun mereka telah lama memiliki nama yang
buruk, tentang perwatakan dan gambaran mereka yang berasal dari mulut orang
Sepanyol yang sangat malas menyelidiki di luar rumahtangga mereka atau
paling jauh melewati benteng kota mereka. dAlam hal ini, Mac Micking menggolongkan
ketahanan perbadi dan kesatan rohani masyarakat filipina lebih tinggi daripada
orang Melayu yang disaksikan di Jawa/Singapura. Namn ia menjelaskan bahawa
kemalasamn orang Filipina disebabkan oleh iklim yang panas.
Seterusnay, dalam ulasan beliau , Mac Micking berkta bahawa dalam
iklim tropika, unsur masyarakat adalah seragam, dan sangat berlainan dengan
orang-orang yang berasal dari suatu negara dengan iklim seperti britain.
Beliau berkata demikian kerana adalah wajar bagi penduduk peribumi yang
dikatakan malas kerana kebiasaan mereka masih dalam batas yang mungkin
bagi kewujudan mereka. Ini kerana setelah mereka bekerja di bawah cahaya
matahari yang terik membakar mereka adalah wajar kemudiannya dimalam hari
berehat. Namun disini Sir John Bowring, bekas gabenor Hong Kong tetap menolak
pendapat penulis Eropah yang menganggap masyarakat Filipina rajin. Ia mengecam
orang Filipina dan menganggap bahawa kemunduran negeri itu akibat kemalasan
mereka. Dalam hubungan ini jelaslah betapa ketidak selarasan para penulis
dalam meletakkan/melebalkan m,asyarakat peribumi Filipina ini, dimana nyatanya
wujud kepelbagaian pendapat dalam konteks mitos peribumi malas di bumi
Filipina ini.
BAB 4
IMEJ ORANG JAWA SEJAK ABAD KE 18 HINGGA ABAD KE 20
Sebagaimana halnya tentang masyarakat Melayu dan filipina, tidak ketinggalan jga masyarakat jawa juga dilebalkan sebagai peribumi malas kemalasan mereka semakin meluas sejak kekuasaan kolonial Belanda berkembang di pula itu menjelang abad ke-19. Dalam hal ini, gagasan tentang masyarakat jawa yang malas tampil setelah sistem tanaman paksa oleh Van Den Bosch diterapkan pada peribumi. Begitu juga dengan perlaksanaan sistem tanaman paksa 1930 itu maka banyak pendapat negatif tentang sifat orang jawa yang malas sering diperkatakan. Kesan daripada itulah maka tidak hairan masyarakat jawa yang dianggap malas oleh kolonial Belanda sudah sebati dalam fikiran para penulis lain. Dalam hal ini tema tentang masyarakat jawa yang malas dalam lingkungan kolonial Belanda berfungsi sebagai unsur utama ideologi kolonial. Dalam konteks ini sisitem tanaman paksa mengakibatkan beberap perlakuan kejam. 20 tahun pemerasan terhadap peribumi semakin meningkat akibatnya merosakkan masyarakat jawa. Ini kerana sistem itu tidak adil seperti petani etrpakssa menanam tanaman jualan yang dianjurkan oleh kolonial, masa penanaman ialah selama 240 hari mengakibatkan mereka tidak dapat memperuntukkan masa untuk tanaman makanan mereka selain itu peribumi juga tidak berpeluang untuk bersuara untuk menanam tanaman pilihan mereka. Akibat daripada keadaan ini wujud situasi keadaan yang nampak tidak selasa oleh kolonial Barat iaitu Belanda dimana mereka dengan mudah melemparkan lebal bahawa peribumi Jawa sebagai masyarakat yang malas. Dalam hal ini perkara penting yang perlu diketahui ialah kemalasan orang jawa itu adalah bertepatan dan wajar dengan tindakannya kerana ia dapat dinyatakan dengan Novelis terkenal pengkritik tanaman paksa Edward Douwes Dekker (Max Havelaan 1860) diman dekker menentang tema tentang peribumi yang malas. Dimana penindasan den perlakuan buruk terhadap penduduk peribumi, melibatkan mereka menjadi lesu ketika melakukan hal-hal yang dipaksakan. Dalam hal ini menurut Dekker, ketika pemerintah kolonial Belanda mengatakan bahaw mereka memerlukan kopi, orang Jawa tidak menjawab, ini kerana mereka tidak mempunyai kopi. Ia kemdian dipaksa menanamnya tanpa imbalan atas jerih payahnya. Dalam hal ini reaksi masyarakat Jawa yang acuh tak acuh terhadap kerja paksa merupakan protes diam-diam terhadap politik pemerintah Belanda yang memaksa mereka menannam berbagai tanaman wang. Pemaksaan ini dibat kerana penduduk Eropah ditanah jajahan tidak bersedia sebagai pekerja ladang. Dengan ini maka tidak hairanlah kenapa penduduk peribumi dianggap sebagai peribumi yang malas. Ini kerana protes yang digambarkan oleh masyarakat Jawa seperti tahun 1917, dua orang Raden dibuang ke Edau kerana kesalahannya mengabaikan tanaman kopi. Seterusnya 1706 pemimpin Jawa dibuang kepulau Buru dengan alasan ‘malas’ dan seorang pemimpin sumedang dicabuk dengan rotan dan dihukum lima tahun penjara 1805 kerana melalaikan pengurusan ladang Belanda. Daripada penjelasan ini jelaslah protes yang ditunjukkan oleh peribumi Jawa sebagai tanda menentang tindakan kolonial itu rupanya telah dianggap dan disalah tafsirkan sebagai penduduk peribumi yang malas. Namun dalam perbincangan ini terdapat juga pandangan Barat seperti Muntingle yang menolak tanggapan malas terhadap peribumi Jawa ini. Ini kerana menurut muntinghe menegaskan bahawa orang-orang Eropah dengan adil apa pun tidak cekap untuk bercucuk tanam dibawah iklim tropika. Ketidaksediaan penduduk Eropah inilah yang membuat pemerintah kolonial mengerah tenaga kerja periibumi yang enggan di ajak, dan keengganan inilah yang dipandang sebagai kemalasan.
Bab 5
Banyak definisi malas dikemukan dan banyak kekeliruan muncul daripad
definisi kemalasan yang ditaburkan keatas orang melayu ditanah melayu.
Terdapat beberap tokoh eropah yang mempunyai pendapat tersendiri dalam
mentafsir sifat orang melayu. Kemalasan didesfinisikan sebagai tidak hasrat
dan kekuatan untuk bekerja. Seseorang yang digolongkan malas ia berkebiasaan
dan terus meners mengambil sikap itu. Contohnya ketua keluarga yang dipecat
akan memenuhi masanya dengan tidur, mengunjungi teman, bekerja beberapa
jam dalam seminggu. Pendapatannya tidak cukup untuk dirinya.
Bagi Jose Rizal, mendefinisikan kemalasan sebagai “keuntaan terhadap
kerja yang kecil, kurang kegiatan”. Pemalas ialah orang yang menolak segal
kerja. Mereka orang yang memilih pekerjaan kerana ia mampu seperti pelajar
lepasan universiti bukanlah malas. Orang melayu memperolehi jolokan malas
kerana tidak mahu menjadi alat dalam sistem perdagangan kapitalisme kolonial.
Situasi inilah yang memaparkan orang melayu malas. Orang Melatu tidak mahu
menjadi tiang yang menyangga untuk kesenangan orang Eropah. Mereka tidak
mahu menjalin hubungan fungsional dengan orang eropah. Orang Melayu amat
menghindari jenis kerja yang menghisap darah zaman kolonial contoh oarng
Melayu di Province Wellesley yang menyatakan pemudanya tidak terlibat dalam
perdagangan kolonial yang kebanyakannya berniaga yang mana bertentangan
dengan orang Islam. Daripada kegiatan barat sendiri, ada menunjukkan bahaw
orang Melayu bagus dalam kerjanya, bukan apa yang dikatakan oleh penjajah.
Cintohnya orang Melayu sebagai pengawas yang baik, ahli bomba orang-orang
Melayu Jawa, dan pekerja yang bagus yang tidak menimbulkan kecelakaan dalam
menguruskan terowong sebelim 15 tahun. Orang Melayu amat bagus dalam kerja
yang bukan dibawah penjajah seperti kerja-kerja hutan, kerja ukur dalam
kayu, mereka ada ketabahan yang tinggi , orang melay selalu bersih dan
santun. Orang Melayu bukan sahaja rajin malkah mereka pandai/cerdik dalaminteraksi
mereka dengan alam. Kerana orang Melayu tidak suka bekerja dibawah kolonial
yang menjatuhkan maruah mereka maka orang Melayu telah dilebalkan pemalas.
Winstedt menyatakan bahawa masyarakat Melayu akan rajin apabila minatnya
timbul. Daripada apa yang diertikan kepada masyarakat Melayu yang malas
adalah tidak tepat, kerana dapat dilihat erti kerajinan itu bermaksud kemahuan
bekerja pada tingkat yang tidak mewarnai dalam lingkungan kapitalis kolonial.
Tuduhan kemalasan Melayu bukan disebabkan oleh kemalasan yang sebenarnya
sebaliknya disebabkan penolakan mereka untuk bekerja sebagai buruh ladang,
dan ketidakadilan mereka dalam kegiatan ekonomi kapitalis serta yang dikuasai
oleh kolonial.
Bab 6
Penjajah bersifat mengaut segala keuntungan yang ada di tanah jajahannya contohnya di Indonesia kerja berat dipaksa tanpa mengambil tahu hal ehwal kesihatan dan kemunduran pekeraja. Kehidupan manusia (pekerja) dan kesihatan adalah perkara ke dua. Sikap penjajah diMalay terhadap pekerja yang sama . buruh-buruh dari Cina dan india yang datang kesini dibawah kekuasaan penjajah, Bruh India dan Cina dicambuk, makanan tidak teratur, dan mereka dikurung pada malamnya untuk menghalang daripada mereka lari. Htang yang ditanggung oleh pekerja menyebabkan mereka betambah sengsara. Kebijaksanaan penjajah telah mengeksploitasi tenaga pekerja sepenuhnya dan sengaha mengujudkan utang yang banyak. Penyelewengan kontrak berlaku menyebabkan pekerja tidak dapat lari dari cengkaman hutang, dan kekal bekerja disitu. Daripada laporan 1890 pekerja di negeri-negeri selat dan negeri-negeri malayu bekerja selama 360 hari, menyebabkan mereka tidak ada masa rehat yang cukup, menyebabkan ketidakseimbanagn yang membawa maut. Pekerja tidak bebas, mereka dikurung enam petang hingga enam pagi. Rawatan kesihatan yang sempurna dan serangan daripada haiwan liar menyebabkan pekerja semakin _____ masalah gaji yang sedikit menyebabkan mereka tidak dapat menabung gaji . penjajah juga untung dari segi penjualan candu dan perjudian dan tuak. Isabella Bird mengambarkan kehidupan masyarakat cina yang hidup melaat kedatangan pekerja ke Tanah Melayu telah menimbulkan banyak masalah. Daripada laporan The Straits Settlements and Federated malay state opium committee report 1908 menyatakan bahawa seperuh daripada tenaga kerja cina belajar menghisap candu setelah datang ke Malaya yang bermula dari rumah pelacuran. Mereka menganggap candu baik untuk kesihatan dan meguatkan nafsu seks dan banyak manfaatnya. Tetapi yang untung alam hal ini adalah kolonial. Mereka memonopoli aspek pengedaran, perusahaan dan penjualan candu. Laporan buku biru ____ negeri-negeri selat menunjukkan pada 1902 pendapatan candu sahaja sebanyak $19, 983, 054. Manakala pendapatan Malaya dibawah penjajah sebahagian nesarnya berasal dari candu. Selain candu ketagihan minuman keras oleh buruh India juga menguntungkan kolonial. Begitu juga buruh India, masalah lebih terus dihadapi di ladang-ladang yang banyak penyakit, cirit-birit, sikap penjajah terhadap pekerja di lombong dan di ladang menyebabkan orang Melayu lebih senang tinggal didesa dengan pekerjaan tradisional. Panndangan kolonial yang berat sebelah telah meletakkanb kaum Melayu sebagai malas yang menjatuhkan identiti Melayu.
BAB 7
Bab ketujuh ini Syed Hussien al-Attas lebih banyak mengambil petikan
daripada buku Jose Rizal iaitu La Solidaridad. Sebagaimana yang diungkapkannya
pada awal perbincangan iaitu sebagai menghormati karya Rizal. Ketika ini
perbicaraan masih lagi berkisar tentang istilah kemalasan yang diselewengkan
dan disalahgunakan iaitu ia mengambil istilah Rizal “Kurang mencintai pekerjaan,
kurang kegiatan”. Dengan mengambil bukti dari buku Rizal maka Syed Hussien
al-Attas cuba menerangkan bahawa sebenarnya kemalasan peribumi adalah satu
mitos berdasarkan keadaan iklim, alam dan faktor manusia itu
sendiri yang menjadi punca keterbelakangan dan anarki atau kekacauan. Untuk
membicarakan ini, Syed Hussien al-Attas menerangkan iklim yang panas memerlukan
istirehat berbanding iklim sejuk yang mendorong untuk melakukan pekerjaan.
Lantaran itu, orang Eropah di kawasan tropika lebih banyak pembantu peribumi
dari melakukan sendiri pekerjaan, mereka ini lebih suka meminum alkohol.
dengan cuaca panas, kesukaan orang Eropah adalah meninggalkan kerja dan
mencari kawasan berair dan berehat. Sebagai mengukuhkan kenyataan ini ia
mengambil petikan Rizal yang menerangkan tentang kemalasan pegawai atasan
yang bekerja di pejabat yang datang jam sepuluh dan balik sebelum jam dua
belas dan dibandingkan dengan jurutulis yang datang jam lapan dan balik
jam satu. Pertanyaan yang sama juga diajukan pada masyarakat cina
yang berdagang dan jarang menguruskan pertanian. Pada Rizal kecenderngan
malas itu adalah bersifat menyeluruh atau sejagat mahupun universal. Dan
tertakluk dengan hukum alam yang sekiranya diabaikan akan memusnahkan manusia
itu sendiri yang mana manusia bukanlah mesin yang bekerja untuk kepuasan
orang lain. Kenyataan ini terlalu pedas untuk diterima oleh pihak Eropah
atau sebagai kolonial di Filipina. Pada Rizal kejahatan yang sebenar-benar
amat besar ialah dengan memperbesar-besarkan kemalasan orang Filipina.
Sebenarnya kemalasan masyarakat Filipina adalah kesan dan bukan punca utama
keterbelakangan mereka. Ini dibuktikan dengan jelas apabila dikatakan masyarakat
Filipina telah berdagang dengan aktif dengan cina dengan mengambil catatan
Pigafetta dan Magellan yang berdagang di Samar dan takjub dengan sopan
santun dan kebaikan budi penduduk Filipina. Dan mempunyai kekuatan apabila
bertempur dengan Aceh pada 1539. Melalui catatan ini dikatakan Filipina
sebenarnya makmur. Menurut Syed Hussien al-Attas Rizal mengambil petikan
dari Morga, Chirino, Colin, Argensola dan lainnya sebagai membuktikan pernyataan
Rizal. Dan menyatakan kedatangan Kristian adalah punca kemalasan masyarakat
Filipina yang rajin semasa mengamalkan animisme atau menyembah berhala.
Menurut Rizal lagi keterbelakangan masyarakat adalah disebabkan peperangan
yang berlanjutan dan kerusuhan di dalam negeri yang berlarutan. Peperangan
ini adalah untuk memperlemahkan kekuasaan Sepanyol sebagaimana kenyataan
San Agustin dalam buku Rizal.. Sepanyol terpaksa mempertahankan diri dan
menyaingi jirannya Belanda dan membuat kapal besar dengan mengambil masyarakat
peribumi untuk dimanfaatkan. Jelas disini Syed Hussien al-Attas telah cuba
menerangkan bahawa ada aspek tentang kerajinan masyarakat Filipina dan
kemalasan itu adalah satu penipuan semata-mata yang diperbesar-besarkan.
Selain itu Syed Hussien al-Attas mengatakan bahawa orang Sepanyol menyiksa
6000 orang Filipina selama tiga bulan.
Ketika membicarakan buku Rizal tidak dapat lari ialah konsep
encomenderos, iaitu pemilikan tanah oleh orang-orang Sepanyol dengan hak
pajak dan upti. Orang-orang Filipina dijual sebagai hamba, digantung dan
wanitanya ditindas dan menderita dan ramai yang kematian anak kerana penyakit
yang sukar dirawat selain kesan binatang buas dan berbisa. Bencana ini
dikatakan seolah-olah dibenarkan oleh kolonial dan dibiarkan sahaja kesan
kekejaman encomenderos. Peristiwa ini dibuktikan dengan penulisan-penulisan
sejarah. Dan atas alasan itu dikatakan tidak ada satu manusia pun yang
akan sanggup bekerja sekiranya ia tahu bahawa ia melakukan kerja bodoh
dengan memenatkan dirinya untuk kesenangan orang lain.
Seketika lagi Rizal mengambil faktor lain iaitu kehancuran motivasi
untuk bekerja. Ini adalah disebabkan ketidaktahuan selok belok pengurusan
dan dokumen yang tidak tahu tentang dokumen dan perlukan sogokan
untuk mendapatkan sesuatu dokumen. Dan ini ditambah lagi dengan rahib dan
biara ang sentiasa menyabarkan mereka. Lantaran itu, masyarakat Filipina
akan tetap miskin walaupun tanahnya subur. Dan dalam masa ini negara-negara
lain telah membangun dengan kemerdekaan yang dicapai.. Rizal tidak menafikan
kemalasan penguasa yang tidak mahu membuat kerja kasar dan membiarkan rakyat
biasa melakukannya dan mereka ini dianggap oleh orang Filipina sebagai
Tila ka Kastila (kamu seperti orang Sepanyol). Pelbagai faktor yang membataskan
mereka untuk bekerja dan hilang motivasi iaitu seperti adanya pembatasan
kebebasan individu dan takut dituduh pemberontak. Ini kerana tiadanya bantuan
dari pemerintah melainkan mahukan sesuatu keuntungan dan memberikan segala
kesan buruk kepada peribumi. Apatah lagi alam yang memusnahkan tanaman
mereka. Melalui konsep ini maka terdapat tiga yang diterangkan tadi iaitu
iklim, kemudian manusia itu sendiri dan faktor alam.
Masyarakat Filipina diberikan pendidikan yang kasar dan mematahkan
semangat. Berkemungkinan Syed Hussien al-Attas cuba menerangkan tentang
Tila ka kastila tadi. Atas alasabn masyarakat Filipina dikehendaki mengetahui
bahasa Sepanyol. Ini bagaikan menghilangkan maruah mereka sendiri di negara
asal mereka. Gereja juga memainkan peranan dalam membentuk kemalasan ini
dengan hanya berdoa sahaja.
Namun pada akhir bab ini Syed Hussien al-Attas menyatakan bahawa
ia amat berbeza pendapat dengan Rizal dan Syed Hussien al-Attas membahasakan
kita sebagai merujuk masyarakat Melayu. Ia merujuk pada masa pendudukan
Jepun iaitu membuktikan orang-orang Inggeris yang tidak mahu bekerja bagi
orang Jepun. Ia merujuk juga dengan kemalasan masyarakat Filipina
adalah terdesak dengan keadaan yang menekan motivasi mereka. Serta pemberontakan,
peperangan, kegiatan katipunan, kekacauan dan sebagainya. dan semua ini
adalah petunjuk bahawa kemalasan tidak sepenuhnya melumpuhkan masyarakat
Filipina. Dan kemalasan ini adalah disebabkan apa yang diterangkan
tadi pada awal bab. Dengan menganggap orang-orang Sepanyol yang malas,
menindas dan tidak adil. Dan semua ini hanya di Manila manakala di Wilayah
lainnya masyarakat ini adalah tekun, ramah, baik hati dan banyak
akal. Dan menyatakan bahawa kemalasan masyarakat Filipina puncanya adalah
besi kezaliman, konsep kapitalis, meletakkan mereka pada kegerejaan yang
tinggi selain kebencian pada Sepanyol dan kehinaan pihak lain. Yang menyebabkan
mereka sering atau lebih suka tuduh menuduh. Walaupun gabenor Filipina
Don Pedro Sarrio lebih menyukai pendeta Sepanyol lantaran menyabarkan kaum
yang gelisah semasa peperangan, hasutan dan pemberontakan.
BAB 8
IMEJ PENJAJAH DAN KAJIAN TENTANG WATAK NASIONAL
Pada bab ini Syed Hussien Al-Attas cuba menerangkan tentang watak nasional walhal penceritaan ini telah ada pada bab sebelumnya. Ia cuba menerangkan imej atau citra yang negatif yang digambarkan oleh kolonial secara sepintas lalu tanpa mengambil kira keseluruhan atau universalnya. Pada kolonial mereka ini atau lebih tepat peribumi adalah kalangan yang malas, bodoh, licik, keanak-anakan dan bukan ilmuan. Tetapi yang menulis itu adalh rahib, pegawai pemerintah, pemilik ladang, pelaut, tentera, penulis perjalanan popular dan pelancong. Dengan mengambil idea Clive Daya yang terpengaruh dengan penulisan ini mengatakan ada beberapa kelemahan iaitu;
1. Kekeliruan penyamarataan
2. Pentafsiran peristiwa diluar konteks yang benar
3. Tidak ada ketegasan
4. Prasangka
5. Dominasi pemikiran
Penulisan ini dikatakan menghina masyarakat yang dikatakan suka menghisap
candu tanpa mengetahui bahawa pembekal candu ini adalah Inggeris dan belanda
kepada masyarakat Malaya dan Indonesia. Syed Hussien Al-Attas menyatakan
kajian watak ini amat penting dan ini diterangkan oleh Ruth Benedict, G.
Gorer, Margaret Mead, G. Bateson, ralph Linton dan Abram Kardiner selain
itu Ibn Khaldun. Dan Syed Hussien Al-Attas lebih menyetujui pandangan Ibn
Khaldun walaupun Ibn Khaldun lebih menceritakan waatak di Afrika Selatan
kerana Ibn Khaldun membuat perbezaan antara budaya negeri yang berbeza.
Berfikir, merasakan dan bereaksi merupakan satu kebudayaan yang dipersetujui
oleh Syed Hussien Al-Attas berdasarkan kenyataan Ibn Khaldun. Bereaksi
dengan kelompok nasional, keadaan dan permasalahan dan negeri-negeri lain.
Merasakan nilai-nilai yang menguatkan kebudayaan, dipejuangkan dan berfikir
tentang bidang yang belum banyak dikupas.. pada Syed Hussien Al-Attas adalah
tidak tepat sesuatu kajian di Asia Tenggara apabila melupakan orang Burma
dan landasan agama Buddha mereka. Gambaran-gambaran negatif lebih ditumpukan
oleh watak penjajah ini kepada watak nasional dengan menganggap mereka
sebagai tidak suka susah, mudah tersinggung, suka bertindak kasar beramai-ramai,
penciplak, peniru fikiran dan kebudayaan, menganggur, setia pada pemimpin,
sopan-santun, moral lemah, kurang motivasi untuk mengejar kekayaan, curang
dan pintar. Sebanarnya peribumi adalah korban yang potensial yang boleh
dimanfaatkan apabila perlu lantaran penyakit kekacauan fikiran yang dicetuskan
oleh kolonial. Dengan menyogoknya dengan “orang Melayu yang Malas”
dan Syed Hussien Al-Attas pula mengatakan bahawa orang cina adalah mereka
yang “dapat disogok” dan masyarakat Inia yang “ penakut dan penipu” semua
ini adalah sama sahaja atau stereotaip atau seragam tanpa ada pembaharuan
daan perubahan. Pada Syed Hussien Al-Attas ideologi atau fahaman atau sistem
ilmu pengetahuan dan kepercayaan adalah gaya berfikir kelompok penguasa
yang cemas laantaran sealu diperangi dan cubaan mereka mengekalkan kekuasaan
mereka.
Imej atau citra masyarakat dibentuk oleh pengkaji Eropah. Namuan
tidak dinafikan aa yang memuji seperti Bowrey yang memuji kemakmuran Kedah
dan sultannya yang adil, jujur, beradab, pendamai dan suka bersahabat walaupun
dengan Inggeris. Walaupun begitu Bowrey tidak menyukai India Keling yang
licik dan jahat dan menyetujui pemerangan atas mereka. Bugis dipuji oleh
Raffles kerana mereka boleh dimanfaatkan untuk membantu Inggeris dalam
peperangan. Pada asasnya Eropah lebih suka mengaut keuntungan dan membuat
serangan politik, ekonomi, sosial dan ketenteraan. Penafian imej ini cuba
diterangkan oleh Syed Hussien Al-Attas dengan mempersoalkan pernyataan
Raffles iaitu pada Raffles orang Melayu malas dan tidak suka bekerja
kalau telah memperlehinya. Walhal peperangan yang berterusan melibatkan
orang Melayu. Oleh kerana itu, dikatakan masyarakat Melayu adalah masyarakat
yang paling banyak menghadapi peperangan. Sama ada dari Portgis, Belanda,
siam, acheh dan bugis selain Inggeris. Raffles tidak daapatr menghilangkan
kebiasaan penyamarataan kerana kemalasan itu hanya ada pada pembesar sahaja
dan bukan rakyat seluruhnya. Penceritaan inilah yang tiak memiliki landasan
ilmiah yang benar. Dan Raffles hanya menceritakan kelompok dan bukan etnik
atau bangsa itu tetapi memandang seluruhnya.
Syed Hussien Al-Attas amat membantah tentang pemberian watak
nasional sebagai malas, licik, ganas dan sebagainya. Penulisan Vaughan
pada 1857, cuba menerangkan kenyataan ini dan dihargai oleh masyarakat
Eropah tetapi telah dinafikan oleh pihak kolonial ini keran menurut Vaughan
masyarakat melayu adalah berani, patuh, jujur, tekun dan bekerjasama dengan
mengadakan gotong-royong. Tetapi ketekunan ini disamakan dengan keserakahan
oleh kolonial. Raffles dan Sir William Norris mengatakan agama Islam adalah
agama Perompak ketika menjatuhkan hukuman orang Melayu dan mencercanya.
Begitu juga halnya diIndonesia. Penyamarataan yang melulu daan kesalahfahaman
budaya dan ketidak kesungguhan inilah yang dijadikan asas watak nasional.
Tanpa memikirkan emosi, logik, pemahaman, prasyarat yang mesti ada seperti
sikap objektif, pengetahuan berasaskan ilmu, pengetahuan berasaskan data
yang tepat. Ini kerana pada asasnya orang Melayu mempunyai rahsia ketenangan
yang sebenar-benarnya iaitu bekerja bermati-matian kemudian berehat sebanar-benar
rehat. Laantaran kerehatan ini adalah kerana mereka telah mengalami pengerahan
tenaga fizikal yang melebihi kemampuan biasa dan apabila kerehatan dipeolehi
maka kerehatan itu adalah itirehat yang nyata kerehatan. Tetapi ini
seringkali diputarbelitkan dan pada Syed Hussien Al-Attas ini adalah satu
sifat (memutarbelitkan) yang kurang ajar. Lantaran pemutarbelit ini adalah
orang melayu dikatakan mahu bersantai atau berehat tanpa memperlihatkn
perasaan cemas walhal orang Eropah sendiri berehat tanpa melakukan kerja
tetapi tidak dikatakan pemalas, dikatakan watak nasional Melyu tidaak suka
kerja tetap walhal mereka telah melakukan pekrjaan tetapi sebagai petani,
nelayan dan sebagainya berasaskan pengetahuan mereka. Namun mereka ini
dieksploitasi menyebabkan ada yang melarikan diri selain dirosakkan oleh
cand yang dibawa oleh orang Eropah.
Ketika membicarakan masyarakat Filipina apa yang ada dikatakan
bahawa masyarakat Filipina amat seram dengan orang kulit putih sehinggakan
kanak-kanak boleh menangis ketika melihat paderi sendiri. Lantaran mereka
terseksa kesan encomenderos dan pemaksaan melakukan kerja kasar sebagaimana
yang diterangkan oleh Sinibaldo De Mas, San Agustin, dan Morga. Dan penulisan
Rizal sekali lagi dipetik oleh Syed Hussien Al-Attas dalam bukunya untuk
menjelaskan kenyataan ini. Di Indonesia penindasan Belanda atau VOC dan
penguasa peribumi menyebabkan tidak adanya pengembangan kemajuan
masyarakat kerana penekanan, kemiskinan dan peperangan. Pada Syed Hussien
Al-Attas masyarakat Jawa seperti umat lain yang menyukai kebebasan memiliki
dan meemberi kekayaan mereka sendiri. Lantaran tiadanya dorongan maka mereka
ini diperzalimkan tanpa perasaan. Mereka ini menjadi sasaran eksploitasi
koloniaal dan ini menyebabkan watak ini memprotes diam-diam. Kerana itu
ketika orang Jawa dibawa ke Malaya pada abad 19 orang Inggeris memuji kerana
kerajinan mereka. Nyatanya disini terdapat beberapa percanggahan pandangan
antara orang Jawa dibumi sendiri dan orang jawa dibumi orang lain. Dan
mereka tidak ditafsirkan malas dan tidak menghisaap candu dan minum tuak.
Lantaran itu, imej atau citra yng memberi alasan kemalasan pada watak nasional
adalah satu penipuan yang jelas pada Syed Hussien Al-Attas kerana masyarakat
ditafsirkaan tidak mahu berterima kasih, angkuh, kasar, fanatisme dan sebagainya.
BAB 9
KONSEP KERAJINAN DAN KEMALASAN DIKALANGAN ORANG MELAYU
Para penulis kolonial Eropah senang sekali membicarakan peristiwa
sensasi tentang kehidupan peribumi sebagai sebahagian daripada berbagai-bagai
usaha mereka untuk menggambarkan sifat masyarakat peribumi. Dalam hal ini,
ilmuan kolonial amatur yang cenderung membuat berbagai-bagai penilaian
yang tidak berasas tentang masyarakat peribumi, sejarah, kebudayaan dan
agamanya. Contohnya pernyataan Raffles yang tanpa bukti menganggap Islam
alat pemecahbelah persatuan suku Melayu. Ia menganggap masyarakat Melayu
dahulu tentulah satu bangsa, berbicara satu bahasa memelihara watak dan
adat istiadat mereka semua negara kepulauan yang mencakupi Filipina, Sumatera
dan Irian Barat. Disini menurut beliau agama Hindu dan Islam menyababkan
kepelbagaian yang lebih jauh kesanya mengakibatkan tidak ada sistem undang-undang
yang diterapkan dengan baik dan seragam. Dalam hal ini jika raffles benar-benar
seorang ilmuan sejati, sudah tentu ia dapat membizakan perbezaan suku,
bahasa , politik dan agama masyarakat melayutelah ada jauh sebelum pengislaman
daerah tersebut. Sebaliknya Islam melakukan penyatuan yang mennakjubkan,
baik secara politik mahupun menurut Islam. Di Filipina, Malaysia dan Indonesia,
Islam telah berfungsi sebagai alat yang menyatukan masyaraklat di wilayah
tersebut yang sebelumnya telah terbahagi kepad beberapa golongan kenyataannya,
Islamlah yang pertama kali menerapan sistem indang-undang bersama. Nyatanya
disini pernyataan raffles terhadap Islam dibuat berdasarkan ketidaktahuan
tentang kenyataan dan sikap intipati terhadapnya.
Daripada tinjauan yang dibuat didapati bahawa ilmuan eropah kolonial
nyatanya terlalu asyik untuk menonjolkan sifat buruk dikalangan penguasa
peribumi. Kenyataan ini jelasnya terbukti apabial perlakuakn beberapa Raja
yang zalim di daerah ini sering disebut-sebut dan diungkapkan contohnya
Susuhunan Mataram, Aangkurat I, yang menggantikan ayahnya tahun 1646,
menghukum mati komanden pengawal ayahnya dan seluruh keluarganya.seterusnya
Masden pula menguisahkan kekejaman Iskandar Muda, Sultan acheh yang mangkat
pada tahun 1636 dan yang menyumbat ibunya sendiri dalam penjara dengan
tujuan berkomplot, dan menganiayanya. Ia membunuh anak saudaranya dan lain-lain
lagi. Semua peristiwa ini dicatat. Tetapi, apa yang telah dikerjakan oleh
para ilmuan kolonial Eropah adalah penggambaran yang seimabang tentang
para penguasa peribumi secara keseluruhan dan juga gambaran yang sama tentang
para pengasa kolonial mereka sediri. Kezaliman, penindasan dan ketidak
adilan bebepara penguasa ini disembunyikan daripada perbahasan mereka sedangkan
hal pengasa peribumi digembar-gemburkan. Nyatanya disini bahawa semua peristiwa
diungkap dalam penafsiran yang berat sebelah.
Gambaran tentang masyarakat peribumi dan para penguasa yang dicipta
oleh ahli sejarahwan dan mengamat kolonial dapat dianggap kezaliman , ketidakstabilan,
anarki, keterbelakangan, dan ketiada undang-undang dalam konteks ini ada
suatu unsur kebenaran didalamnya, tetapi tidak mewakili seluruh gambaran.
Lagi pula, kolonialisme barat juga memperkenalkan bentuknya sendiri tentang
kezaliman, ketidakstabilan, anarki, kemundurran dan tidak adanya undang-undang.
Dalam masyarakat peribumi undang-undang sedikit sebanyak dikuatkuasakan
ada bagi sebahagian besar penduduk, meskipun kadang-kadang ada penguasa
yang zalim dan bermaharajalela. Namun hal yang sama jua terjadi dibawah
kekuasaan kolonial Eroopah. Ini terbukti dengan gelagat tuan Bean,
seorang pegawai kanan Inggeris yang dikirimkan ke Melaka. Sebagai komander
pasukan tentera India. Perlakuannya yang dianggap kejam serta tidak bermoral
telah dilukiskan oleh Abdullah Abdul Kadir Munsyi (1797-1854) disini
ia menyaksikan perlakuan Tuan Bean seperti ia banyak menghabiskan masanya
dengan menyaksikan aliran darah manusia”. Selain itu dia juga suka mencolek
anak-anak tempatan dengan membawa mereka berpasang-pasangan dan memaksa
mereka bergaduh dan bertumbuk hingga kesakitan. Namun terdapat banyak sekali
perlakuanya yang tidak bermoral., tetapi dalam konteks ini Abdullah cukp
bistari dan menyaring penilaian tentang watak orang Inggeris ini, dengan
tidak menganggapnya sebagai watak seluruh orang Inggeris. Menurut Abdullah
Abdul Kadir Munsyi khususnya Raflles kerana ia sangat memuji pemerintahan
Inggeris. Oleh sebab itu pada pandangan Abdullah, inilah antara puncanya
ang menyebabkan mengapa para ilmuan kolonial Inggeris sanggup menyebarkan
karyanya dengan melebalkan masyarakat peribumi melayu sebagai pemalas.
Namun, dengan tegasnya Abdullah menyatakan bahawa sifat-sifat malas, kejam,
zalim, tiada undang-undang, periompakanm, pembunuhan dan perompakan jelas
terdapat dalam kelompok penguasa kolonial, dengan ini begitu jga halnya
di kalangan kelompok penguasa peribumi.
Seterusnya, dalam perbincangan ini juga tuduhan malas bagi penduduk
peribumi oleh orang Belanda, Sepanyol dan inggeris, seperti yang telah
diperlihatkan itu tidak mempunyai alasan yang nyata. Dalam konteks ini
para penguasa peribumi tidak pernah mengecap malas masyarakat mereka, sekalipun
beberapa diantaranya hanya canquistodores kolonial. Alasanya bahawa mereka
sedar akan sistem peribumi, yang sangat ketekunan dan kerja. Begitu juga
catatan sejarah yang menekankan nilai kerja dan ketekunan jarang ditemui.
Kerana kebanyakan nilai ini disebarkan secara lisan, dan kerana kemalasan
belum pernah dirasai sebagai suatu masalah dalam masyarakat peribumi sebelum
kolonial. Sebagai contoh untuk penubuhan ialah undang-undang sungai Ujung
dimana undang-undang merupakan intisari hukum adat Sungai Ujung Negeri
Sembilan yang penduduknya berasal dari masyarakat Minangkabau, Sumatera.
Dalam konteks ini daripada undang-undang tersebt melalui fasal 113 ada
menenkankan niali kerja dan ketekunan. Melalui fasal 99 digolongkan akan
kejahatan ke dalam adu ayam dan perjudian, minm-minum, menghisap
candu, kemalasan dan menghindari pekerjaan. Landasan falsafajh daripada
intisari ini merupakan perpaduaj antara islam dan adat iaiatu hukum adat,
sebelum abad ke-16, jika tidak lebih awal lagi naskhah yang ditulis ini
bermula dari abad ke-18. Namun yang menjadi persoalan dan diluar dugaan
disini ialah bahawa naskhah tersebut dirum,uskan dalam tempoh sebelum kedatangan
kolonial.
Sehubungan itu, pada dasarnya nilai-nilai yang diketengahkan
oleh undang-undang tersebut adalah hal yang biasa bagi dunia Melayu
dimana masyarakat Melayu sangat mencela kemalasan. Begitu juga dalam masyarakat
Melayu adalah suatu keaiaiban apabila dikatakan pemalas, sehingga mereka
mengatakan bahawa seorang yang dapat menundukkan kegemaran malasnya adalah
seorang yang berani. Namun dalam hal ini Abdullah menghubungkan kemalasan
orang-orang Melayu dengan Penguasa Melayu dan hamba raja. Abdullah mencatatkan
bahawa kemalasan lelaki Melayu di Pahang, Kelantan dan Terengganu dikaitkan
dengan kehidupan mereka yang penuh ketakutan terhadap penguasa mereka.
Ketiadaan undang-undang dari majlis pemerintah telah menghasilkan kemalasan
dan menghilangkan dorongan untuk bekerja serta mengumpul kekayaan. Dalam
hal ini punca kemalasan adalah akibat dari tekanan dan kekejaman para Raja
dan tokoh penting itu. Penduduk berasa tidak berguna untuk bekerja keras
dan memungut keuntungan yang kemudiannya akan dirampas. Sebaliknya mereka
lebih senang hidup dalam kemiskinan dan menderita.
Disini Abdullah menjelaskan mengenai penganiayaan itu secara
terperinci, dimana rakyat yang mempunyai rumah yang besar, ladang atau
tanah beberap petak sahaja maka Raja pasti menghubunginya. Diceritakan
bahawa Raja sering meminta dan meminjam pada orang tersebut dan jika orang
itu menolak permintaan Raja tersebut maka raja akan merampas kekayaan mereka.
Namun apa yang menyedihkan disini ialah raja tidak pernah membayar kembali
setiap apa yang diminta itu. Dalam hubungan ini lebih buruk lagi sekiranya
orang itu melawan maka orang tersebut akan dibunuh atau didenda. Jelaslah
disini bahawa daripada gambaran peribumi ini maka tidak hairanlah timbul
rasa tidak puas yang akhirnya melahirkan tindakan dimana rakyat tidak mahu
berusaha dan bekerja untuk mencari harta. Ini memandangkan harta yang dikumpul
itu sudah pasti tidak memberi sebarang keuntungan kepada mereka. Sebaliknya
Raja yang bertindak menguasai harta mereka. Daripada kenyataan ini dapatlah
dikatakan bahawa kemalasan orang Melayu itu adalah merupakan satu mitos
sebaliknya pada hakikatnya bukan hanya orang Melayu sahaja akan bertindak
sedemikian sebaliknya semua bangsa dan berkeadaan demikian apabila
situasi demikian berlaku ke atas mereka.
BAB 10
REVOLUSI MENTAL DAN KEMALASAN ORANG MELAYU
Revolui mental adalah sebuah buku terbitan UMNO (United Malayan National
Organization yang dihasilkan oleh 14 penulis. Revolusi mental di definisikan
sebagai satu perubahan sikap, nilai dan falsafah sosial masyarakat tertentu
yang bertujuan mengubah pemikiran , pandangan dan tingkah laku masyarakat
bagi mengadaptasikan diri dengan peredaran zaman dan merebut peluang yang
sedia ada.
Dalam buku ini menyatakan ,beberapa ciri masyarakat Melayu seperti
berikut:-
1. Tidak jujur kepada diri sendiri
2. Tidak melihat kesalahan sendiri
3. Kurang keberanian
4. Sedia berkorban di bawah pimpinan yang baik
5. Patuh pada undang-undang selagi agama tidak diganggu
6. Tidak berfikir secara rasional
7. Tidak tunjukkan disiplin dan ketepatan waktu
8. Tidak tunjukkan semangat kekerasan
9. Suka membazir
Hal ini turut memaparkan buku Revolusi mental gagal memberi pandangan
yang tepat dan jitu terhadap ungkapan “masyarakat Melayu malas”.secara
kasarnya ia menghindari isu kemalasan orang Melayu tetapi masih berbelah
bahagi. Namun begitu pemaparan secara negatif masyarakat Melayu hanyalah
untuk memberi kesedaran dan keinsafan agar masyarakat Melayu dapat mengubah
keadaan hidup mereka kesan daripada belenggu kolonialisme. Dalam buku tersebut
juga turut dinyatakan tidak semua ciri Melayu itu adalah buruk. Clifford
menyatakan orang Melayu adalah golongan yang tidak menguntungkan
kerana tidak menyediakan tenaga kerja manakala bagi Revolusi mental ,ia
menyetujui pendapat ini dengan menghuraikan sumbangan para imigran
Cina. Sumbangan orang Melayu diperkecilkan tetapi orang Melayulah yang
mengurus negeri menjadi anggota polis, pengeluar bahan makanan dan sebagainya.
Bagi pihak kolonial mereka tidak memberi penumpuan kepada sumbangan
orang Melayu. Tanpa sokongan orang Melayu dan pemimpin Melayu sukar bagi
mereka menyempurnakan tujuan mereka. Revolusi mental amat tidak menerima
sistem kasta kapitalisme kolonial.
Dalam dua bahagian dinyatakan orang Inggeris menuduh masyarakat
Melayu malas sedangkan mereka membawa pekerja dari India dan China
untuk memonopoli sumber mentah, lantaran itulah orang Melayu menjadi
miskin di negeri sendiri. Buku Revolusi mental merupakna idealogi yang
menyimpang daripada Parti Melayu dan memberi kekeliruan tentang kapitalisme
kolonial . parti Melayu menyalahkan masyarakat Melayu yang diungkapkan
oleh pemimpin Melayu. Mereka menyesali sikap masyarakat Melayu luar bandar
yang mengharapkan para pemimpin bagi meyelesaikan konflik yang dihadapi.
Masyarakat luar bandar haruslah membantu diri sendiri. Dalam bab ini juga
dinyatakn buku Revolusi mental dapat dijelaskan dengan kemiskinan intelektual
para penulisnya. Pemaparan watak orang Melayu secara negatif oleh Revolusi
mental adalah salah kerana ia dibuat tanpa pengamatan dan penelitian yang
bijak. Memang ada sikap tersebut pada masyarakat Melayu tetapi tidak
semua lapisan masyarakatnya bersikap demikian.
Terdapat beberapa permasalahan dalam Revolusi mental dan 3 penjelasan
pokok bagi menjawab persoalan ini:
1. Pemimpin anggap masyarakat Melayu mempunyai sikap negatif
2. Pemimpin hindari diri daripada tanggungjawab terhadap kesalahan
pemerintah dalam usaha majukan masyarakat Melayu.
3. Peningkatan taraf ekonomi masyarakat Melayu secara umum.
Mahathir bin Mohamad mengupas tentang kehebatan orang Cina menyatakan
lingkungan geografi mendorong perkembangan sifat Melayu-lemah. Melayu
tinggal di pedalaman dan di Lembah sungai kerana tanaman mudah hidup.
Namun segala yang dikerjakan oleh orang Melayu dapat dibuat dengan lebih
baik lagi oleh orang Cina yang mempunyai banyak pengalaman dan penderitaan
hidup di negeri asal mereka. Orang Melayu juga telah disingkirkan dari
bidang perniagaan . ini ditambah lagi dengan keadaan masa selepas masa
kemerdekaan.kemunduran orang Melayu disebabkan oleh kebaikan dan perasaan
rendah diri orang Melayu. Golongan pendatang yang datang ke Tanah Melayu
tidak mempedulikan perasaan sopan santun dan ini menyebabkan bangsa Melayu
terpaksa mengalah. Orang Melayu lebih mudah berterus terang dengan golongan
dalam kelompoknya. Mahathir turut menyatakan amuk adalah bahagian penting
perwatakan orang Melayu yang melambangkan ungkapan fizikal luar dari pertentangan
dalam tubuh orang Melayu yang disebabkan oleh ketaatannya yang kekal
terhadap peraturan dan tatacara kehidupan.
Dalam aspek seumpama ini Mahathir menggunakan sejumlah alasan
lingkungan dan sosiologi. Namun begitu buku ini merupakan pembelaan yang
beralasan tentang perlindungan konstitesional orang Melayu. Mahathir juga
menganggap masyarakat Melayu sebagai fatalistik dan tidak memiliki bentuk
keberanian yang positif. Dinyatakan juga orang Melayu tidak mengharagai
waktu dengan membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah seperti bersembang
kosong. Sikap ini mempunyai akibat terhadap orang Melayu. Berhubung dengan
kemalasan, Mahathir tidak menjelaskannya secara tepat dan lebih senang
menyatakan orang Melayu tidak mampu untuk bekerja keras. Kekuatan yang
ada pada orang Melayu sering terbatas. Hal ini sebahagian di sebabkan oleh
sikap tidak peduli dan ketidakacuhan . Mahathir turut menyatakan bahawa
masyarakat Melayu sukar diubah.
Secara keselurauhannya, komentar yang dicurahkan dalam buku tersebut
mendorong kita menganggap pandangan Mahathir tentang kemampuan orang Melayu
untuk bekerja keras sebagai hal yang negatif. Walaupun ada kemunduran masyarakat
Melayu yang disebabkan oleh kekuatan Inggeris, Mahathir menghargai
beberapa pandangan yang baik tentang orang Inggeris. Orang Inggeris dikatakan
cekap menjalankan tugas. Jelas dalam dunia mentalnya tidak
ada perubahan daripada pemikiran kolonial.
Bab11
PENYIMPANGAN WATAK ORANG MELAYU.
Memberi kritikan terhadap para penulis Revolusi mental dan
Mahathir menganggap bahawa penulis tersebut kurang wawasan tentang ilmu
kemasyarakatan, dan ketidakkenalan mereka dengan Sejarah Melayu. Kesalahan
besar pertama yang dibuat oleh Revolusi mental adalah cara memandang sistem
nilai Melayu sebagaimana yang di praktiskan oleh komuniti dalm bentuk tunggal,
seragam dan serba sama. Kemalasan lebih jelas dikalangan kelas penguasa
dalam masyarakat Melayu traditional daripada dikalangan rakyatnya. Revolusi
mental yang menyatakan masyarakat Melayu malas adalah dipengaruhi
oleh kapitalisme kolonialisme. Sifat kemalasan dalam seluruh individu harus
dibezakan daripada keputusan untuk menghindari pekerjaan tertentu kerana
hasil yang berhubungan dengan wang. dalam Revolusi Mental pula tidak pernah
dinyatakan masyarakat Melayu itu malas, mereka berpendapat masyarakat Cina
bekerja keras namun kemalasan dikalangan orang Cina dapat dilihat dikalangan
tuan punya tanah Cina yang membeli sejumlah bidang tanah dan menjaganya
tanpa mengerjakannya apa-apa diatasnya semata-semata menanti harganya naik.
Gambaran Revolusi mental yang negatif terhadap masyarakat Melayu adalah
tidak kena pada tempatnya. Revolusi mental memanfaatkan bebearapa pepatah
Melayu yang mengutarakan sifat-sifat negatif seperti” hangat-hangat tahi
ayam” digunakan untuk membuktikan masyarakat Melayu tidak mempunyai kekerasan
bekerja. Namun begitu ada juga pepatah yang berbentuk nasihat
seperti “genggam bara api biar sampai jadi arang” yang menunjukkan kecekalan
hati. Oleh kerana itu pepatah dalam bahasa Melayu menurut apa adanya tidak
dapat digunakan untuk membuat ciri suatu watak. Pilihan pepatah Melayu
dalam Revolusi mental adalah berat sebelah . hal yang sama boleh dikatakan
tentang ketepatan waktu di kalangan masyarakat Melayu pada masa lalu. Ketepatan
waktu mekanis yang ditentukan oleh jam tidak ada, kerana sifat masyarakat
tersebut dan tidak ada jam pada masa tersebut. Kaum Melayu pada zaman sebelum
kolonial dan selepasn kolonial selalu tepat dalam beribadah khususnya solat
subuh dan maghrib. Revolusi Mental dan Mahathir keliru menuduh masyarakat
Melayu yang tidak mempunyai penghargaan terhadap waktu dan ketetapan dengan
memilih contoh tersebut dalam kehidupan yang tidak memerlukan ketepatan
waktu.
Ciriciri negatif tentang watak Melayu yang dikaji oleh Mahathir
merupakan penilaian yang salah tafsir. Misalnya ia menganggap bahawa masyarakat
Melayu berterus terang hanya kepada orang yang boleh dipercayai , dalam
hal ini semua masyarakat memilih sikap ini. Pendapat yang berlebih-lebihan
atau salah tafsir yang lain adalah penilaian Mahathir tentang amuk . gejala
amuk ini tidak terbatas kepada masyarakat Melayu sahaja. Orang-orang Cina
dan India telah dikenali sebagai pembunuh anggota keluarga mereka dalanm
keadaan sakit jiwa. Gejala ini merosot di kalangan masyarakat Melayu kerana
perubahan sejarah. Jika kita menyamaratakan watak sesuatu masyarakat berdasarkan
tindakan segelintir orang,maka ia adalah satu kesalahan. Masyarakat Melayu
cenderung mencuri kerana beberapa beberapa orang diantaranya mencuri, orang-orang
Melayu malas kerana sebahagian mereka bersikap demikian. Mahathir dan Revolusi
Mental cuba mengkaji tentang watak nasional yang membingungkan para pemikir
dalam ilmu-ilmu sosial adalah dalam memberikan definisi tentang watak nasional.
Kesulitan dalam mendefinisikan watak nasional disebabkan ada kewajaran
bahawa terdapat banyak golongan dalam masyarakat. Ciri-ciri yang terpilih
oleh Mahathir dan Revolusi Mental sama sekali bukan watak nasional. Sejarah
dan keadaan kaum Melayu sekarang bertentangan dengan penonjolan bahawa
mereka tidak mampu bekerja keras, tidak memiliki disiplin dan tepat
waktu, senang berbual-bual kosong dan sebagainya. Terdapat sedikit
kelemahan dalam buku Revousi mental dan Mahathir. Penulis buku Mitos peribumi
malas membuat kritikan yang terperinci dan terpisah tentang revolusi mental
di Malaya. Namun anggapan Mahathir tentang rendahnya mutu buku bangsa Melayu
memerlukan komentar. Apa yang dikatakannya adalah samar. Sebagai kesimpulannya,
dapatlah dinyatakan bahawa pendapat Revolusi Mental mahupun Mahathir telah
melukiskan gambaran yang keliru tentang masyarakat Melayu. Paling
hebat gambaran ini mencerminkan kehidupan kaum elit yang berkuasa dan sama
sekali bukan cerminan masyarakat Melayu.
BAB 12
KEHILANGAN GOLONGAN PEDAGANG PERIBUMI
Masyarakat Filipina , Jawa dan Melayu mempunyai golongan pedagang yang
kemudianya lenyap oleh kolonialisme Eropah. Proses pemusnahan tersebut
bermula pada awal abad ke-16 dengan kedatangan orang Portugis. Dalam bab
ini ia memberi tumpuan kepada pedagang Melayu dan jawa. Golongan pedagang
bermaksud komuniti pedagang yang mengimport dan mengeksport komoditi atas
dasar menyendiri, menyediakan modal sendiri, membiayai urusniaga, mengatur
kapal secara besar-besaran dan menggunakan kapal yang paling maju pada
waktu itu untk ketempat-tempat yang jauh. Orang Melayu dimaksudkan suku
bangsa yang berasal dari Sumatera yang menggunakan bahasa ibunda mereka
yang sekarang dianggap sebagai bahasa Melayu dan bahasa indonesia. Orang
Jawa menunjukkan suku bangsa dari pulau Jawa yang bahas ibundanya adalah
bahasa Jawa. Kedah, Johor Pattani dikatakan sebagai kota-kota dagang dan
penduduk-pendudk Johor banyak berdagang di Banda, maluku. Perdagangan orang
Melayu yang meningkat di Makasar, disebabkan berbagai-bagai tindakan Portugis
di Melaka. Duarta Barbosa berkata bahawa kota Melaka adalah
perlabuhan laut yang terkaya dengan jumlah pedagang besar yang terbanyak
dan penuh kegiatan perkapalan dan perdaganagn di seluruh dunia. Kemunduran
dan tersisihnya golongan pedagang Melayu dan Jawa untuk melakukan
perdagangan antarabangsa secara menyendiri ada korelasinya dengan kekuatan
Eropah ditempat yang bersangkutan. Pada akhir abad 18, golongan pedagang
peribumi diantara pedagang besar antarabangsa yang mendiri, membiayai kegiatan
dan mengatur perkapalan sendiri.
Keberkesanan perdagangan orang Jawa dan Melayu dapat dinilai
daripada kenyataan bahawa para pedagang asing bergantung kepada mereka
untuk perkapalanya. Petunjuk lain adalah kedudukan para pedagang cina sebelum
kolonial ini. Mereka tidak menepati kedudukan pengantara yang kuat dalam
struktur perdagangan. Menurut Schrieke pedagang Jawa dan Melayu yang juga
mengangkut rempah ratus ke Melaka dan menjadi komoditi. Oleh kerana itu,
orang Melayu dan Jawa pada masa itu telah memiliki golongan pedagang yang
kuat dan sangat menguasai pelayaran. Sihorelt menyebut orang-orang yang
mendayung perahu di Makasar ke kepulauan Maluku hampir semuanya orang Melayu
dari Patanni, Johor dan Makasar. Peranan orang Jawa dan Melayu dalam perdagangan
pada masa itu jelas, bahasa Melayu bahasa pengantar, bahasa rasmi dalam
urusniaga dan surat menyurat, diplomatik, jelas menunjukkan luasnya pengaruh
Melayu dalam perdagangan dan perniagaan.
Penyingkiran golongan pedagang Melayu dan Jawa merupakan proses
yang bertahap bermula pada abad ke –17 oleh Belanda di Indonesia dalam
kehadiran orang Portugis di Malaya. Pada abad ke 18 perdagangan Melayu
dan Jawa berpusat di Riau yang berjkemungkinan merupakan pusat perdagangan
dan perlabuhan dagang penting yang terakhir diurus oleh penguasa peribumi
dan para pedagang. Jangkauan wilayah pedagangan peribumi yang langsung
terbatas pada daerah kepulauan. Kemerosotan pedagang Jawa disebabkan oleh
penguasa Mataram membatasi kegiatan perdagangan rakyatnya. Ia melarang
rakyat Jawa belayar ke luar negeri dan menguasai sendiri usaha eksport
dan import. Para pedagang Jawa banyak meninggalkan Mataram dan monopoli
Belanda yang berikutnya dan penguasaan ke atas daerah mempercepatkan proses
penyingkiran. Selain itu perang Mataram pada abad ke 17 menyebabkan
kehancuran kota dan memusnahkan perdagangan dan ini sedikit sebanyak memusnahkan
golongan pedagang Jawa.
Negeri Melayu di Semenanjung juga mempengaruhi golongan pedagang
Melayu. Adalah antara Johor dan syarikat Hindia Belanda yang mengizinkan
belanda melakukan memonopoli dagang untuk berbagaibagai komoditi penting
sepanjang pantai Siak dengan jumlah perahu tanpa batas dan tiada cukai
dikenakan. Perubahan penting yang dapat dilihat oleh golongan pedagang
mendiri yang berkuasa disebabkan kejatuhan sebuah negara seperti Melaka
dan Mataram. Penyingkiran tersebut disebabkan kekuatan Belanda yang meluas
dan terus menerus menindas yang pada akhirnya membinasakan sejumlah negara
di indonesia. Monopoli Belanda untuk membeli dan menjual bebagai komoditi
penting. Mengakibatkan golongan pedagang menjadi tidak berguna. Penguasa
peribumi tempatan dan kaum bangsawan menjadi alat syarikat Belanda. Peranan
sultan juga menjadi punca kepada lenyapnya golongan pedagang peribumi yang
bertindak sebagai orang tengah untuk menjual komoditi kepada syarikat asing.
In dapat dilihat kepada tindakan sultan Banten yang menjual barang dengan
harga yang lebih tinggi berbanding dengan harga asal. Masyarakat peribumi
dianggap asing dalam bidang perusahaan dan perniagaan . perusahaan dan
perniagaan membentuk konsep kapitalis kolonial yang menyangkut ketekunan
masyarakat yang tidak memilliki golongan tersebut dianggap malas. Ini merupakan
unsur pokok dalam sistem kolonial yang tidak membahagi kekuasaan dengan
peribumi dalam hal kepentingan sosial yang besar seperti kekuatan ekonomi.
PENGOLAHAN ISI
Dalam konteks perbincangan ini dengan jelasnya dapatlah disifatkan bahawa Mitos Peribumi Malas yang diusulkan oleh pengarang buku ini nyatanya terdapat kebenarannya. Ini dikatakan demikian memandangkan terdapat beberapa bukti yang menjelaskan bahawa kemalasaan yang dilabelkan kepada peribumi Melayu dirantau Asia itu adalah tidak berasas. Penjelasan ini jelas terbukti melalui beberapa pandangan tokoh yang dimuatkan dalam buki ini. Sebelum itu perlu dijelaskan bahawa sesungguhnya penulis kolonial Eropah sememangnya amat senang sekali membicarakan tentang peristiwa sensasi, mengembar-gemburkan kemalasan peribumi Melayu di Asia semata-mata untuk mengangkat martabat bangsa Eropah itu sendiri. Kenyataan ini demikian sifatnya, lantaran mereka hanya melihat kemalasan itu dari aspek yang sempit sahaja. Dalam hal ini mereka seharusnya memandang secara global sebelum melabelkan kemalasan itu. Dalam hubungan ini, sifat malas itu merupakan fitrah semulajadi yang ada pada setiap manusia. Namun persoalannya disini mengapa peribumi Melayu sahaja diletakkan sebagai peribumi yang malas? Jelaslah disini bahawa berlaku yang ketidakadilan dalam mengklafikasikan sesuatu bangsa dimukabumi ini. Ini kerana,kajian dan pandangan mereka berteraskan hak mereka sebagai penjajah yang menganggap diri mereka itu mampu untuk menjatuhkan maruah sesuatu bangsa dengan sewenang-wenangnya. Justeru itu, perbincangan ini dilakukan demi menyatakan bahawa kemalasan itu hanyalah mitos Barat semata-mata. Gambaran seumpama ini dipaparkan secara prejudis oleh penulis kolonial Barat. Contohnya, Raffles dimana apabila membincangkan konsep kerajinan dan kemalasan dikalangan orang Melayu adalah gambaran bahawa menurut beliau kedatangan agama Hindu dan Islam dikatakan menyebabkan kepelbagaian yang lebih jauh. Nyatanya disini Raffles tidak dapat membezakan perbezaan antara suku, bahasa, politik dan agama masyarakat Melayu di rantau ini. Sebaliknya dengan sewenang-wenangnya telah menganggap Islam sebagai alat yang memecahbelahkan masyarakat. Namun sebaliknya dalam konteks ini Islam sebenarnya melakukan penyatuan yang menakjubkan baik secara politik mahupun menurut Islam ini terbukti di Indonesia, Malaysia dan Filipina. Islam telah bertindak sebagai alat menyatukan masyarakat di wilayah tersebut yang sebelum itu berpecah belah. Kenyataannya, Islamlah yang pertama sekali menerapkan sistem undang-undang bersama. Maka terbuktilah bahawa penilaian Raffles terhadap Islam dibuat berdasarkan ketidakfahamannya tentang kenyataan dan sikap intipati terhadapnya. Seterusnya daripada tinjauan yang dibuat didapati para ilmuan Eropah nyatanya terlalu asyik untuk menonjolkan sifat buruk dikalangan penguasa peribumi. Ini terbukti beberapa perlakuan raja yang zalim didaerah sering disebut-sebut dan diungkapnya seperti yang pernah dibicarakan pada awal perbincangan tentang buku ini. Dalam konteks ini apa yang dilakukan oleh para ilmuan Eropah adalah penggambaran yang tidak seimbang tentang para penguasa peribumi dan penguasa kolonial. Ini terbukti kezaliman, penindasan dan ketidakadilan beberapa penguasa kolonial disembunyikan daripada pembahasan mereka sedangkan hal penguasa peribumi digembar-gemburkan. Ternyatalah disini terdapat pentafsiran yang berat sebelah. Sebagai contoh perlakuan Tuan Bean yang dilukiskan oleh Abdullah Abdul Kadir Munsyi (1797-1854) dimana Tuan Bean seorang pegawai kanan Inggeris yang dikirimkan ke Melaka sebagai komander pasukan tentera India menurut Abdullah, beliau digambarkan sebagai seorang pegawai yang tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan dimana ia banyak menghabiskan masanya dengan menyaksikan aliran darah manusia seperti ia suka menculik anak-anak tempatan dengan menyuruhnya bergaduh hingga sakit dan sebagainya. Namun perlakuan beliau yang tidak bermoral ini tidak digambarkan oleh Abdullah sebagai mewakili seluruh watak orang Inggeris. Jelaslah bahawa Abdullah cukup bistari dalam mengolah penilaiannya tentang watak orang Inggeris ini.
Selain itu, Abdullah memprotes tindakan Raffles yang sangat memuji pemerintah Inggeris dimana pada pandangan Abdullah inilah punca yang menyebabkan mengapa para ilmuan kolonial Inggeris sanggup menyebarkan karyanya dengan melabelkan masyarakat peribumi Melayu sebagai pemalas. Ini kerana bagi Abdullah pelukisan gambaran yang disebarkan oleh para kolonial itu nyatanya tidak adil kerana sifat malas, kejam, zalim, takut dimiliki oleh kelompok penguasa kolonial. Begitu juga tuduhan malas yang dilemparkan oleh orang Belanda, Sepanyol dan Inggeris terhadap peribumi Melayu jelasnya tidak mempunyai alasan yang nyata kerana pada dasarnya peribumi tidak pernah mengecap malas masyarakat mereka. Ini kerana mereka benar-benar sedar akan sistem nilai-nilai peribumi yang malas sangat menghayati ketekunan dan kerja. Begitu juga dalam catatan sejarah, ada menekankan tentang nilai kerja dan ketekunan. Sebagi contoh, undang-undang ini merupakan intisari hukum adat sungai Ujung, Negeri Sembilan. Dalam konteks ini melalui fasal 113 ada menekankan tentang nilai kerja dan ketekunan melalui fasal 99 ada menggulungkan akar kejahatan kedalamnya; adu ayam dan perjudian, minum-minuman, menghisap candu, kemalasan dan menghindari pekerjaan perlu dijauhkan. Jelaslah disini bahawa landasan falsafah daripada intisari ini merupakan perpaduan antara Islam dan adat iaitu hukum adat sebelum abad 16 dalam hal ini dikatakan naskhah tersebut ditulis dari abad 18. Namun jadi persoalannya disini naskhah tersebut dirumuskan dalam tempoh sebelum kedatangan kolonial. Jadi jelaslah bahawa alasan pihak kolonial mengenai peribumi Melayu yang dianggap malas itu sebagai tidak berasas. Sehubungan itu, menurut Abdullah lagi pada dasarnya nilai-nilai yang diketengahkan oleh undang-undang tersebut adalah hal yang biasa bagi dunia melayu dimana masyarakat Melayu sangat mencela kemalasan. Begitu juga dalam masyarakat Melayu adalah suatu keaiban apabila dikatakan pemalas, sehingga mereka mengatakan bahawa seorang yang dapat menundukkan kegemaran malasnya adalah seorang yang berani. Selain itu Abdullah tidak menafikan bahawa kemalasan turut ada pada orang Melayu tetapi ia digambarkan secara bijak dan tidak menganggap sebagai kemalasan yang tulin. Dalam kemalasan orang-orang Melayu dihubungkan dengan Penguasa Melayu dan hamba raja. Abdullah mencatatkan bahawa kemalasan lelaki melayu di Pahang, Kelantan dan Terengganu dikaitkan dengan kehidupan mereka yang penuh ketakutan terhadap penguasa ditempat mereka. Dalam hal ini punca kemalasan adalah akibat dari tekanan dan kekejaman para Raja dan tokoh penting itu. Penduduk berasa tidak berguna untuk bekerja keras dan memungut keuntungan yang kemudiannya akan dirampas. Sebaliknya mereka lebih senang hidup dalam kemiskinan dan menderita. Disini Abdullah menjelaskan mengenai penganiayaan itu secara terperinci, dimana rakyat yang mempunyai rumah yang besar, ladang dan tanah beberapa petak sahaja maka Raja pasti menghubunginya. Diceritakan bahawa Raja sering meminta dan meminjam pada orang tersebut dan jika orang itu menolak permintaan Raja tersebut maka raja akan merampas kekayaan mereka. Namun apa yang menyedihkan disini ialah raja tidak pernah membayar kembali setiap apa yang diminta itu. Dalam hubungan ini lebih buruk lagi sekiranya orang itu melawan maka orang tersebut akan dibunuh atau didenda. Jelaslah disini bahawa daripada gambaran peribumi ini maka tidak hairanlah timbul rasa tidak puas yang akhirnya melahirkan tindakan dimana rakyat tidak mahu berusaha dan bekerja untuk mencari harta.
Justeru itu, pandapat sarjana seperti Clifford ada mengatakan mengenai gambaran mengenai Melayu ia menolak kecaman tentang kemalasan orang Melayu. Menurut beliau, pandangan yang menyatakan golongan Melayu sebagai golongan yang tidak menguntungkan haruslah disangkal sama sekali ini kerana seringkali pandangan Barat memperkatakan nilai sumbangan imigran Cina sebaliknya dalam konteks ini sumbangan sumbangan orang Melayu sering dipekecilkan. Jelaslah disini berlaku ketidak adilan. Ini kerana orang Melayu yang banyak memainkan peranan seperti mengurus negeri, menjadi anggota polis, pengeluar bahan makanan dan sebagainya. Namun, apa yang menyedihkan pihak kolonial sering melupakan sumbangan orang Melayu ini. Tegasnya sokongan orang Melayu dan pimpinan Melayu yang banyak menyempurnakan tujuan mereka. Seterusnya, perbincangan ini juga tidak terhad kepada orang Melayu di Tanah Melayu, sebaliknya juga orang Filipina di kepulauan Filipina. Dalam perbinmcangan ini orang filipina juag telah digambarkan secara negatif oleh orang Sepanyol dan para pelancong Eropah yang lain. Caceri, menulis tentang masyarakat Filipina setelah mengunjungi Filipina tahun 1696 mengatakan bahawa penduduk Filipina menyerupai masyarakat Melayu dari segi kedangkalan pandangan mereka. Menurut Careri lagi tentang orang Bisaya ia berpendapat bahawa mereka menjadi malas sejak orang Sepanyol menguasai mereka. Katanya “kemalasan merekalah yang membuat mereka nampak tidak banyak akal, mereka sepenuhnya kecanduan terhadap hal ini, jika dalam perjalanan mereka menemukan duri terkena kaki mereka, mereka tidak membongkok untuk membuangnya ke luar jalan agar orang lain tidak memijaknya”. Jelaslah disini bahawa orang Filipina digambarkan sebagai masyarakat yang malas.
Sehubungan itu, St. Augustine turut menggambarkan orang Filipina
sebagai bagus dalam kerajinan tangan mereka membuat perahu dan bertindak
sebagai pelaut, askar dan penyelam. Mereka membuat mesin, bedil meriam
dan loceng. Mereka menghasilkan makanan utama dan perkhidmatan bagi orang-orang
Sepanyol. . Nyatakan disini San Agustin tidak melebih-lebihkan ciri positif
orang-orang Filipina ini sebaliknya lebih berminat dalam menokok menambah
tentang kemalasan peribumi Filipina. Ini dapat dibuktikan apabila beliau
bersemangat telah meluluskan perwatakan orang Filipina dengan 30 ciri negatif.
Begitu juga imej orang Filipina dari abad 17 hingga 19 digambarkan juga
sebagai pemalas oleh orang-orang Sepanyol. Kenyataan ini disangkal oleh
Sinibeldo De Mas dalam Informe De Las Islas Filifinasnya (1842) mengulas
dan membantah beberapa tanggapan San Agustin yang menyamaratakan sikap
masyarakat Filipina dalam soal pinjam-meminjam, tentang tingkah laku anak-anak
muda yang mengabdi dalam biara, ia berpendapat orang Sepanyol sendiri yang
melakukan di negara mereka sendiri. Jadi, tidak ada sebab mengapa orang
Filipina sahaja dilabelkan sedemikian rupa.
Disamping itu juga imej orang Jawa sejak abad 18 hingga 20 juga
tidak ketinggalan dari dilabelkan malas oleh kolonial Barat. Kemalasan
orang Jawa sangat meluas digembar-gemburkan sejak kekuasaan kolonial Belanda
berkembang di pulau itu menjelang abad ke-19. Dalam hal ini, gagasan tentang
masyarakat Jawa yang malas tampil setelah Sistem Tanaman Paksa oleh Van
Den Bosch diterapkan pada peribumi. Begitu juga dengan perlaksanaan Sistem
Tanaman Paksa 1930 itu maka banyak pendapat negatif tentang sifat orang
Jawa yang malas sering diperkatakan. Kesan daripada itulah maka tidak hairan
masyarakat Jawa yang dianggap malas oleh kolonial Belanda sudah sebati
dalam fikiran para penulis lain. Sehubungan itu juga, Sistem Tanaman Paksa
yang diperkenalkan pada praktisnya mengakibatkan beberap perlakuan kejam.
20 tahun pemerasan terhadap peribumi. Akibat dari penindasan dan kekejaman
maka lahirlah perasaan tidak puas hati masyarakat peibumi terhadap pihak
kolonial. wujud situasi keadaan yang nampak tidak selasa oleh kolonial
Barat iaitu Belanda dimana mereka dengan mudah melemparkan label bahawa
peribumi Jawa sebagai masyarakat yang malas. Dalam hal ini perkara penting
yang perlu diketahui ialah kemalasan orang Jawa itu adalah bertepatan
dan wajar dengan tindakannya kerana ia dapat dinyatakan dengan Novelis
terkenal pengkritik Sistem Tanaman Paksa Edward Douwes Dekker (Max Havelaan
1860) dimana Dekker menentang tema tentang peribumi yang malas. Dimana
penindasan den perlakuan buruk terhadap penduduk peribumi, melibatkan mereka
menjadi lesu.Belanda sering mengesa dan memersa tenaga peribumi dan memaksa
mereka menanam tanaman tanpa meminta persetujuan masyarakat peribumi.
Dalam hal ini reaksi masyarakat Jawa yang acuh tak acuh terhadap kerja
paksa merupakan protes diam-diam terhadap politik pemerintah Belanda yang
memaksa mereka menanam berbagai tanaman wang. Pemaksaan ini dibuat kerana
penduduk Eropah ditanah jajahan tidak bersedia sebagai pekerja ladang.
Dengan ini maka tidak hairanlah kenapa penduduk peribumi dianggap sebagai
peribumi yang malas. Ini kerana protes yang digambarkan oleh masyarakat
Jawa seperti tahun 1917, dua orang Raden dibuang ke Edau kerana kesalahannya
mengabaikan tanaman kopi. Seterusnya 1706 pemimpin Jawa dibuang kepulau
Buru dengan alasan ‘malas’ dan seorang pemimpin Sumedang dicabuk dengan
rotan dan dihukum lima tahun penjara 1805 kerana melalaikan pengurusan
ladang Belanda. Daripada penjelasan ini jelaslah protes yang ditunjukkan
oleh peribumi Jawa sebagai tanda menentang tindakan kolonial itu rupanya
telah dianggap dan disalah tafsirkan sebagai penduduk peribumi yang malas.
Namun dalam perbincangan ini terdapat juga pandangan Barat seperti Muntingle
yang menolak tanggapan malas terhadap peribumi Jawa ini. Ini kerana menurut
Muntinghe menegaskan bahawa orang-orang Eropah dengan adil apa pun tidak
cekap untuk bercucuk tanam dibawah iklim tropika. Ketidaksediaan penduduk
Eropah inilah yang membuat pemerintah kolonial mengerah tenaga kerja peribumi
yang enggan di ajak, dan keengganan inilah yang dipandang sebagai kemalasan.
Dalam konteks malabelkan sesuatu bangsa itu perlulah ditinjau
dengan lebih teliti, mengapa pelabelan itu perlu dikhususkan pada satu-satu
bangsa sahaja. Dalam membicarakan soal kemalasan, orang Melayu mempunyai
alasan yang tersendiri dalam mengungkapkan kemalasan itu. Orang Melayu
memperolehi jolokan malas kerana tidak mahu menjadi alat dalam sistem perdagangan
kapitalisme kolonial. Situasi inilah yang memaparkan orang Melayu
malas. Orang Melayu tidak mahu menjadi tiang yang menyangga untuk kesenangan
orang Eropah. Mereka tidak mahu menjalin hubungan fungsional dengan orang
Eropah. Sehubungan itu gambaran kemalasan orang Melayu dapat dibidas dengan
alasan yang kukuh dimana oarng Melayu di Province Wellesley yang menyatakan
pemudanya tidak terlibat dalam perdagangan kolonial yang kebanyakannya
berniaga yang mana bertentangan dengan orang Islam. Daripada kegiatan Barat
sendiri, ada menunjukkan bahawa orang Melayu bagus dalam kerjanya, bukan
apa yang dikatakan oleh penjajah. Contohnya orang Melayu sebagai pengawas
yang baik, ahli bomba orang-orang Melayu dan Jawa, dan pekerja yang
bagus yang tidak menimbulkan kecelakaan dalam menguruskan terowong sebelum
15 tahun. Dan banyak lagi contoh lain.
Dalam konsep ini, Orang Melayu dianggap pemalas oleh kolonial
Barat kerana orang Melayu tidak suka bekerja dibawah kolonial yang menjatuhkan
maruah orang seterusnya konsep kerajinan orang Melayu dibuktikan oleh
Winstedt dimana menyatakan bahawa masyarakat Melayu akan rajin apabila
minatnya timbul. Daripada apa yang diertikan kepada masyarakat Melayu yang
malas adalah tidak tepat, kerana dapat dilihat erti kerajinan itu
bermaksud kemahuan bekerja pada tingkat yang tidak mewarnai dalam lingkungan
kapitalis kolonial. Tegasnya disini, tuduhan kemalasan Melayu bukan disebabkan
oleh kemalasan yang sebenarnya sebaliknya disebabkan penolakan mereka untuk
bekerja sebagai buruh ladang, dan ketidakadilan mereka dalam kegiatan ekonomi
kapitalis serta yang dikuasai oleh kolonial.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, buku “Mitos Peribumi Malas” yang dihasilkan oleh Syed
Hussien al-Attas ini jelasnya mempunyai mesej yang menyatakan tentang apa
yang dikatakan tentang mitos itu sendiri. Kenyataan ini dapat diungkapkan
demikian rupa ekoran bukti-bukti yang diambil oleh beliau dari beberapa
orang tokoh dan pandangan seperti Raffles, Abdullah Abdul Kadir Munsyi,
Clifford, St. Augustine, dan beberapa orang tokoh yang terkenal. Dalam
hal ini konsep yang cuba ditulis oleh beliau ini nyatanya mempunyai keselarasan
idea yang yang wajar membuktikan idea-idea yang dipaparkan oleh para ilmuan
dan kolonial baratjelasnya tidak mempunyai alasan yang kukuh serta diungkapkan
dengan sewenang-wenangnya tanpa penelitian yang sewajarnya oleh yang demikian
mak mitos yang diperkata disini adalah bertepatan denagn idea yang
ingin disamakan. Jadi buku ini tidak perlu dipertikaikan aliran ideanya
kerana ia memiliki kehendak aliran dan konsep mitos itu sendiri. Kenyataan
n ini bukan tidak berasas sebaliknya lairan idea yang dikupas dalam buku
ini sudah cukup untuk menjawab kemuskilan yang wujud dalam menangani tanggapan
para sarjana barat yang cenderung dalam menjatuhkan maruah peribumi Melayu.
Maka, buku ini banyak menghasilkan idea kesedaran dan menyemarakkan rasa
bangga dan cintakan bangsa, agama dan tanahair.