Make your own free website on Tripod.com
PKPMS HOMEPAGE PKPMS HOMEPAGE

SELAMAT DATANG KE HALAMAN PKPMS

Anda adalah Pelawat yang Ke-



Keluaran Ogos 1996
PENJANAAN POTENSI PELAJAR 
MEREALISASIKAN AMAL ISLAMI


Dunia dewasa ini sedang mengalami pelbagai perubahan yang pesat dan
dahsyat. Terlalu banyak 'new realities' yang harus ditangani. Malah 
apa yang dinamakan masa depan itu sebenarnya sudah kita masuki. 
Hakikat inilah yang diungkapkan oleh Peter F. Drucker ' The future 
already around us'.
Oleh itu dalam keadaan apapun, sama ada bersedia atau tidak, kita akan menyongsong hari esok dengan situasi yang lebih mencabar. Kita harap kita mampu meneruskan perjalanan dengan istiqamah di atas GARIS-GARIS BESAR HALUAN PERJUANGAN dengan lebih komited. Kita harus cukup ' well informed' dalam erti mampu memperoleh maklumat yang secukupnya tentang perubahan-perubahan yang berlaku. Dengan kata lain kita harus mempunyai kekuatan intelektual dan ketajaman daya analisis. Sebagai pelajar yang menjadi pemimpin masa akan datang ini, sekiranya tidak mempunyai ' thinking capacity' atau kemampuan berfikir, yang tidak punya budaya membaca dan mampu mengikuti dunia perbukuan tidak akan mempu mengangkat martabat umat di zaman ilmu, zaman yang segala- galanya harus 'knowledge based' atau berasaskan ilmu.
Sebagai sebuah persatuan Islam PKPMS akan berusaha memberikan keutamaan kepada usaha mempersiapkan para dai'e khususnya golongan para pelajar ini untuk merealisasikan cita-cita Islam sebenarnya sebagai teras semasa dalam semua aspek kehidupan. Justeru itu, sebagai pelajar mesti perperanan mendapat seterusnya memberikan pengisian konkrit dan bermakna.
Bagaimana pun, harapan ini akan tinggal harapan semata-mata bila kita gagal memanfaatkan kedewasaan kita. Kita mestilah berusaha menyerlahkan kedewasaan ini dalam setiap segi urusan jika mahu sebaris dengan golongan Ulu-baqiyah, golongan istimewa pembenteras kerosakan di maya pada.
Lantaran itu, sudah sampai waktunya kita memperkukuhkan program dan pengisian meninggalkan tahap umumiyat dan 'philosophical framework' ke tahap penjabaran, pemerincian konkrit dan implementasi praktik. Sudah sampai saatnya untuk kita serius menyahut cabaran semasa dan mengemblengkan seluruh potensi kita (pelajar) untuk merealisasikan amal Islami. Setiap warga harakah mesti menyumbang dan setiap sumbangan itu penting. PKPMS mesti mampu menggerakkan keupayaan maksimum supaya idealisme Islam yang diperjuangakan selama ini dapat diterjemahkan ke alam nyata dalam batas dan ruang lingkup yang termampu.
Sabda rasulullah s.a.w; 'amalan yang paling disenangi Allah Ta'ala adalah solat diawal waktunya, berbakti kepada ibubapa dan berjuang di jalan Allah Azza Wajalla'

Keluaran Ogos 1996

RENUNGAN

ALLAH SUKA KEPADA ORANG YANG MEMPERBAIKI AMAL KERJANYA

	Tahun 1416H telah pun  kita lewati. Kini kita sedang berada di tahun 1417H yang bukan sahaja 
bakal menghidangkan beraneka lagi persoalan hidup, bahkan menjanjikan peningkatan usia. Ini dengan 
sendirinya menghampirkan kita ke ambang pintu kubur meskipun saat dan ketika ajal menjemput kita tiada 
siapa yang mengetahui kecuali Allah SWT. Tidak dapat tidak keadaan ini yang diwarnai kenyataan dunia 
hanya tempat persinggahan, maka sudah semestinyalah kita berusaha memperbaiki amal kerja (ikhtiar) 
guna untuk mencapai keredhaan Allah SWT agar dapat menikmati hidup yang lebih bermakna di dunia dan 
akhirat. Kerana itulah Rasulullah SAW menyarankan kepada kita supaya berusaha bersungguh-sungguh 
seolah-olah  kita akan hidup selama-lamanya dan beramal ibadat sungguh-sungguh seolah-olah kita akan 
mati pada esok hari.
	Dalam menyahut seruan Rasulullah SAW tersebut, kita harus bijak, menmanfaatkan segala 
kesempatan yang dikurniakan Allah SWT sebelum ditimpa berbagai-bagai corak kesengsaraan atau 
kesulitan hidup.
	Jelasnya, dengan tubuh badan yang sihat kita boleh melakukan kerja dengan baik dan memuaskan. 
Disamping itu, keadaan yang sihat mengizinkan kita mempertingkatkan serta memperbaiki amal ibadat 
untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT. Namun apabila badan mengalami sakit-sakit, kemungkinan 
segala kerja akan terjejas dan amal pun turut berkurangan oleh hal yang demikian, sementara badan masih 
sihat dan bertenaga kita dianjurkan supaya memperbaiki serta meningkatkan amal tanpa mengabaikan 
tuntutan mengisi keperluan  hidup di dunia iaitu mencari nafkah untuk menyara diri dan ahli keluarga.
	Demikianlah juga masa yang lapang merupakan suatu nikmat kerana ia meyediakan ruang kepada 
kita untuk menambahkan amal serta menjalankan aktiviti yang dapat emningkatkan taraf hidup. Dengan 
kata lain, adalah sesuatu hal yang merugikan jika kita mempersia-siakan masa yang terluang itu berlalu 
tanpa amal dan kerja-kerja yang berafaedah. Ini kerana dalam kesempitan masa atau masa yang sudah 
suntuk amal dan usaha yang dilakukan kurang sempurna yang secara tidak langsung menjejaskan arah dan 
matlamat amal dan kerja yang diusahakan.
Pergunakanlah lima kesempatan sebelum datangmnya lima kesempitan iaitu; pergunakanlah kesempatan sihatmu sebelum datang sakitmu, pergunakanlah masa lapangmu sebelum datang kesempitan, pergunakanlah kesempatan hari mudamu sebelum datang hari tuamu, pergunakanlah kesempatan harta kekayaanmu sebelum datang kemiskinan dan pergunakanlah kesempatan masa hidupmu sebelum datang saat kematianmu. (hadis riwayat Al-Hakim)