RESEARCH
PERKEMBANGAN POLITIK SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA MEMPENGARUHI PERJUANGAN KEMERDEKAAN DI TANAH MELAYU.
 

PENGENALAN

Kependudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) iaitu lebih kurang 3 tahun 8 bulan telah menggalakkan kemunculan dan kemajuan semangat kebangsaan di negara ini. Kesedaran anti penjajahn yang tersebar selepas perang dunia kedua telah mengembleng nasionalis golongan Melayu membabit diri dalam politik, samaada dalam pendekatan yang radikal atai tidak.. pengalaman menjawat jawatan kanan seperti pegawai daerah serta pelbagai tekanan ekonomi di zaman Jepun ini telah mendimbulkan rasa kendiri dalam diri orang Melayu itu untuk memerintah negara sendiri. Zaman ini juga telah wujud permusuhan kaum antara kaum Melayu dan Cina yang akhirnya membentuk penubuhan parti-parti politik mengikut kaum yang mendukung penubuhannya. Kekalahan Jepu menyemarakkan lagi pihak kolonial British untuk menghidupkan gagasan Malayan Union yang pernah difikir semasa perang berlangsung lagi. Pelaksanaan ini merupakan faktor penting dalam sejarah Malaysia kerana ia telah menghidupkan dan memarakkan semangat orang Melayu. Yang paling penting ia telah memulakan gerakan politik anti British dengan cara terbuka. Malah merupakan bibit-bibit permulaan perpaduan orang Melayu untuk memperjuangkan kemerdekaan. Perjuangan ini bertambah pesat ekoran terlaksananya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Darurat yang berlangsung selama 13 tahun itu telah mempercepatkan lagi proses kemerdekaan Tanah melayu. Hinggalah tahun 1955 iaitu apabila pilihanraya Persekutuan/umum diadakan, politik Tanah Melayu mengalami perubahan drastik ekoran pendudukan Jepun. Jelas dilihat selepas perang Dunia ke-2. British terpaksa rela menyediakan dan melatih serta membimbing anak-anak Melayu tempatan menerajui negara.
 

MALAYAN UNION 1946

Dikatakan pelaksanaan Malayan Union pada April 11946 di Tanah Melayu telah menyemarakkan semangat nasionalisme penduduk tempatan khususnya orang-orang Melayu. Mereka merasakan adat dan tradissi tercabar, Malayan Union secara drastk menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada negeri-negeri naungan British kepada jajahan langsung British, menghapuskan hak istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dengan memperkenalkan konsep kerakyatan 'jus soli' iaitu kewarganegaraan diberikan kepada semua orang asing yang dilahirkan di tanah Melayu serta mereka yyg berumur 18 tahun ke atas daan telah bermastautin selama 10 daaripada 15 tahun sebelum 15 februari 1942, ertaa emnghapuskan kedaulatan raja-raaja Melayu. Orang-orang Melayu terasa terancam berikutaan sewenag-wenangnya orang bukan Melayu khususnya Cina dan India menjaadi rakyat di negara ini.  Keadaan ini menimbulkan kegusaran orang Melayu kehilangan kuasa politik dan tergugat institussi trdisional. Hal ini telah menimbulkan tentangan yang dipimpin oleh pegawaai-pegaaaai daan golongan bangsawan Melayu seerti Dato Onn Jaafar. Mereka terasa terhinaa dengan sikap pihak British yang angkuh bertindak sesuka hati dalam meengemukakan pembahaaruan. Bantahan brtambah hebat berikutan peranan aakhbaar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara mengkritik dan menghebah keburukan Malayan Union. Keadaan ini disemarkkan lagi oleh galakan daripada ppegawai British yang telah bersara seperti Frank Swettanham, George Maxwell daan Winstedt melalui penulisan mereka diakhbar-akhbar britiish menyatakan kekesalan mereka terhadap caara ketidakadilan British membuaat pembaharua perlembagaan. Naamun begitu orang Melayu menentang dengan cara yang lebih teratur dan bersifat kolektif, antaranya berbentuk demonstrasi bantahan seperti di Kelantan oleh Persatuan Peretiaan Melayu 1945 dan 1946 di Kedah dan Johor. Selain itu suatu perjumpaaan pada 11 Mac 1946 iaitu Kongres Melayu yaang pertama menggabungkan 41 pertubuhan Melayu termasuklah PKKM dan bersetuju membentuk Kongres Melayu Seluruh Tanaah Melayu. Iaa bermatlaamat untuk menyatupaadukan orang Melayu dalam satu badan epnyuaraann yang kuat supaya Malayan Union dimansuhkan. Ketika ini Kongres ini belum mempunyaai sebaarang rancangan kemasyarakaktan daan ekonomi yang tertentu sebaliknyaa hanya mahu memulih kembali edaulatan raja-raja Melayu dan hak-haak orang Melayu sebagai bumipuera.
 Ia juga telah mengistiharkan  bahawa perjanjian Mac Michael itu tidak sah kerana rtiada persetujuan dan perbincaangan pembesar Melayu dan raakyat jelata. Melalui Kongres ini Pertubuhaan Kebangsaan Bersatu (UMNO) ditubuhkan pada 11 Mei 1946 bagi memelihara kepentingan orang Melayu, dimana Dato Onn Jaafar ebagai Presiden utama dan pertama. Keengganan penerimaan Malayan Union ini diburukkan lagi aapabila kaum Cina dan India turut mengkritik sesetengah bahagian gagasan itu. Bantahan-bantahan orang Melayu menjadi begitu memuncak menjelang Mei 1946, akhirnya British terpaksa akur bagi mengesampingkan berlakunya aktiviti komunis daan pelampau Melayu yang mahukaan penyatuan politik dengan Indonesia. Mereke sedaar baahawaa sejaauhmana sekali pun sokongan orang Cina dan India terhadap gagasan ini masih tidak dapat menandingi kehebatan bantahan orang Melayu. Akhirnya satu perundngan perubahan perlembagaan dilakukan yang kemudiannya melahirkan Persekutun Tanah Melayu pada taahun 1948. Ternyata Malayan Union adalah satu peristiwwa yang mempunyai raahmaat yang tersembunyi. Dimana buat pertama kali umat Melayu bangun menentang British melalui penyatuan.
 

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Hasil daripada perundingan jawatankuasa kerja yang mengandungi wakil-wakil kerajaan, sultan-sultan dan UMNO, berjaya membentuk perlembagaan baru iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1948. Antara ciri-cirinbya ialah pemerintahan NNegeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat diletakkan dibawa satu pemeerintahan manakala Singapuraa menjadi tanah jajahan British; kerajaan persekutuan ditadbir oleh Pesuruhjaay British, Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuaan daan Majlis Perundangan Persekutuan membatu pentadbiran, Majlis-Raja-Raja melyu menasihati Pesuruhjaya Tinggi berkenaan hak-hak istimewa orang Melayu dan agama Islam, syarat-syarat kewarganegaraaan diperketatkan daan hak-hak istemewa orang-orang Melayu sebbagai kaum bumiputera diperakui. Secara lahiriah persekutuan ini memberi peluang kepada anak-anak tempatan mentadbirkan negara melalui peluang memegang jawatan penting seperti Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri dan lain-lain lagi, bagi memastikan mereka dapatmemimpin negara leas merdeka. Dari aspek geopolitik pula buat pertama kali semua negeri Tanah Melayu dietakkan dalam satu pentadbiran. Namun secar halusnya pula British telah berjaya membuka kerakyatan pada kaum-kaum lain. Ini dapat dilihaat melalui petikan;

"melalui penubuhan Persekutuan Tanah Melayyu, dalam tahun 1948, British telah memujuk kaum Melayu supaya menerima bukan Melayu sebagai warganegara denagn syarat-syarat yang lebih ektat...."

secaara tak sedar, kini Tanah Melayu bukan sahaja milik ekseekkutif orang melyu tetapi  milik beersama kaaum-kaaum laain. Haal ini di tentang oleh PKKM yang ddaahulunya menyertai UMNO, atas perbeezaan prinsip perjuangan PKKM atau Partai Kebangsaan Melayu ditubuhkan pada Oktober 1945, diasaskan oleh nasionaalis-nasionalis Melayu yang berjiwaa Melayu dengan cogaankata 'membela hak keadilan putera Melayu' bertujuan untuk memerdekkan bangsa dan taanah air. Ia juga bermatlaamat menyatukan bangsaa Melayu dan menyerapkan emangat kebangsaan Melayu ke dalam jiwa orang Melayu seluruhnya melalui gaabungaan kemerdekaan bersama Indonesia yang dikenali sebagai Republik Indonesia Raya, meningkatkan taraf ekonomi dalam bidang industri, perdagangan dan pertanian. Disamping mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-seekolah. Iaa dianggap parti radikal kerana berani mengkritik British serta sentiasa membakar semangat kebangsaan orang. Melayu. Perbezaan prinsip perjuangan PKKM iaitu penentangannya didasarkan atas kkeentingan rakyat jelata dan demi membela maruah dan kedudukan mereka bukanlah didasarkan untuk meembela kedudukan kaaum fuedal. Maanakala UMNO pula yang ditubuhkan pada 11 Mei merupakan gabungan pertubuhan Melayu hanya pada tahun 1948 baru wujud sebagai unit politik dan dipimpin oleh golongan brpendidikan Inggeris seperti Dato Onn Jaffar. Pada awalnya ia bukanlah ebuah parti politik untuk menuntut kemerdekaan tetapi sekadar membuat beberapa program pendidikan, ekonomi  dan kebajikan daan kepentingan orang Melayu. Selain itu telah wujud jugaa API (Angkatan Pemuda Insaf) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Masing-masing dipimpin oleh Ahmad Boestamam dan Shamsiah Fakeh. Ia menyediakan kekuatan sebagai pejuang barisan hadapan untuk negara. Disamping itu memberikan latihan dalam bidang politik kepada pemuda Melayu supaya boleh mempimpin dalam apa jua keadaan. Ia melaungkan slogan 'merdeka dengan darah' melalui ucapan Boestamam;

'kemerdekaan tidak boleh dicapai melalui saaliva atau rayuaan, ia harus diperjuangkan dengan menumpahkan darah'

sikap radikal ini menyebabkan ia diharamkan oleh britiush pada Julai 1947, manakala PKKM pada darurat 1948. Jelas disini IMNO yang sanggup mengikut telunjuk British terus kekal berbanding yang radikal. Penubuhan UMNO, PKKM, API dan sebagainya menunjukkan wujud politik perkauman yang mementingkan orang Melayu. Manakala kaum Cina dan India yang dulunya mementingkan perjuangan berkiblatkan negeri amsing-masing. Penetngan orang Melayu ini telah memberikan kesedaran kepada keedua-dua kaum ini untuk menubuhkan parti politik bagi menjaga kepentingan kaum mereka di tanah Melayu.
 Maalayan Demokratik Union, MDU ditubuhkan pada Disember 1945 bermatlamat mengadakan tentangan yang dihara[pkaan dapat mengimbangkan sedikit pengaruh nasionalisme Melayu supaya mereka tidak terhimpit dan tertekan. Berikutan ini lahirlaah Aall Malaya Counsil Of Joint Action atau AMCJA padaa 1946 yang diketuai oleh Tun Tan Cheng lok. Dimana kesemua pertubuhannya bersifat kiri belaka, manakala ahlinyaa dikatakan lebih kurang 400,000 oorang antara matlamatnya;

1. Negara tanah Melayu yang bersatu termasuk Singapura
2. Satu majlis perundangan pusat yang dipilih seenuhnya bagi seluruh taanah Melayu.
3. Hak-hak politik sama rata bagi semua yang menganggap tanah Melayu sebagai negara mereka yang sebenar dan tempat tumpuan taat setia mereka.
4. Sultan-sultan akan menjadi pemerintah yang penuh berdaulat dan berperlembagaan serta meneria nasihat-nassihat orang ramai melalui badan-badan demokrasi.
5. Perkara-perkara agama Islam adalah dibawah kuasa tunggal orang-orang Melayu.
6. Perhatian istimewa hendaklah diberikan tumppuan terhadap kemajuan orang Melayu.

Matlamat ini secara tdak disedari cuba menarik orang Melayu untuk bergabung. Akhirnya PKKM menyertai AMCJA dan menubuhkan pusat Tenaga Rakyat atau PUTERA yang terdiri daripada nukleus-nukleus PKKM iaitu API, AWAS, HIZBUL dan lain-lain termasuk PKKM sendiri.

1. Parti ini memasukkan empat prinsip iaitu;
2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi negara ini
3. Hal ehwal luar negeri dan pertahanan negeri adalah tanggungjawab bersama kerajaan tanah Melayu dan British
4. Melayu hendaklah menjadi gelaran bagi seorang kerakyatan atau taraf kebangsaan di tanah elayu.
5. Bendera kerajaan negeri mestilah mengandungi warna-warna kebangsaan tanah Melayu.

Gabungan parti ini tidak mempersetujui usul-usul perlembagaan persekutuan sebaliknya mengusulkan kemasukan Singapuraa ke dalam Persekutuaan tanah Melayu, pengurangan kuasa kerajaan British contohnya membangkang terhadap kuasa yang luas di tangan Pesuruhjaya tinggi sebagai ketua kerajaan persekutuan. PUTERA di bawwah pimpinan Dr. Burhanuddin Helmi dan Ishak Hj. Muhammad berpendapat cadangan sal terlalu berfaedah kepada British dan kurang demokratik.
 Sehubungan ini Ogos 1947 Tan Cheng Lok menganjurkan satu perjumpaan beasr di Dewan Perniagaan Cina, kesatuan-kesatuan sekerja dan lain-lain untuk membantah itu dan emnganjurkan satu Hartal (penutupan semua kedai) di seluruh Malaya. Hartal ini telah berjaya dilancarkan tetapi matlamat untuk mempengaruhi British gagal sebaliknya ia dinggap sebagai perbuatan subersif. Dengan ini perjanjian persekutuan dikuatkuasakan pada Februari  1948.
 Persatuan Cina Semalaya, MCA ditubuhkan pada 27 Februari 1949. Tun Tan Cheng Lok sebagai presiden pertamanya, bertujuan menjaga kepentingan kaum Cina di Tanah Melayu. MCA mendapat galakan dari British yang bertujuan menggunakan MCA untuk mematahkan sokogan orang Cina kepada PKM. MCA ebih merupakan sebuah badan kkebajiakn yang diasaskan oleh taukeh-taukeh Cina untuk menjaga kepentingan diri mereka. MCA hanya bertukar menjadi pertubuhan politik dalam tahun 1952 kerana du a sebab;

1. Sebagai reaksi kepada politik Melayu yang sudah mempunyai sebuah parti dan
2. Usaha untuk menyatukan masyarakat Cina supaya mempunyai kesetiaan politik terhadap MCA dan bukannya PKM yang pada waktu itu mendapat sokongan besar dr masyarakat Cina.

Kerjasama MCA dengan British diperlhatkan melalui usaha memindahkan setinggan Cina dipinggir hutan ke kampung-kampung baru.
 Kaum India pula menubuhkan MIC, Kongres India Semalaya pada Ogos 1946. Peringkat awalnya merupakan persatuan kelas pertengahan India dan dianggotai oleh aahli profesional berpendidikan Inggeris yang mempunyai kepentingan sendiri. Parti ini secar sedar menyertai AMCJA kerana beranggapan ini akan menguatkan partinya yang ketika itu lemah. Dalam masa darurat MIC telah beralih semila menjadikan parti perkaumaan semata-mata. Jelas disini parti yang tertubuh selepas perang adalah berbentuk perkauman, dimana masing-masing menentang demi kepentingn kaum mereka. Keadaan ini menampakkan perubahan apabila UMNO pimpuinan Dato Onn Jaafar menggalakkan kerjasama yang lebih rapat di anatar orang Melayu dan ukan Melayu bagi menuntut kemerdekaan daripada British tetapi ramai ahli UMNO berpendapat sekirannyaa ini berlaku UMNO tidak lagi memerjuangkan hak-hak orang Melayu semata-mata. Pada 27 Ogos, Dato Onn dengan rasmi letak jawatan dan diikuti oleh kebanyakan anggota jawatakuasa mereka ini menubuhkan parti politik yang baru iaitu parti Kemerdekaan Tanah Melayu (IMP). Ia bboleh dianggap ssebuah parti politik yaang tidaak bersifat pperkauan, ditubuhkan pada tahun 1951. Ia muncul dari kegagalan Dato Onn untuk melebarkan asas UMNO supaya semua kaum dapat diiterima menjadi anggota iaitu membuka keahliannya kepada semua rakyat persekutuan Tanah Melayu, rakyat British dan penduduk semenanjung Tanah Melayu yang teah tinggal selam ebih daripada 10 tahun. Tetapi disesbabkan ketika itu politik perkauman masih menebal dikalangan penduduk tanah Melayu, maka parti ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Akhirnay, mereka menubuhkan parti negara yang bersifat perkauman Melayu. Jelas disini parti yang bersifaat percamppuraan kaum tidak berjaya menambat hati penduduk kerana pada umumnya ketika itu kepentingan perkauman jelas menguasai suasana politik.  Wujud juga parti yang bersifat ideologi seperti Parti Ilam Setanah Melayu (PAS). Paarti ini beridealogikan kepada agama Islam. Matlamatnya pulaa ialah penubuhan sebuah negara yang berdasarkan peratura Tuhan. Parti ini kebanyakannya dianggotai oleh pemimpin agama dikampung-kampung daan guru-guru agama. Para pemimpin parti ini telah menuduh UMNO sebagai bersifat Malaya daan bukan bersifat Melayu. Namun parti ini pada keseluruhannya tidak mendapat sokongan yang menyeluruh daripada penduduk kerana ia terbatas kepada orang Islam sahaja.
 Walaupun usaha Dato Onn untuk menyatukan kaum menemui kegagalan tetapi sebanrnya melahirkan bibit-bibit perpaduan, ini etrbukti apabila Tunku Abdul Rahman selepas Dato Onn menubuhkan partiPerikatan melalui kerjasama umum antara UMNO dan MCA untuk mencapai kemerdekaan. Selepas pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur memperlihatkan kemenaangan kepada parti ini dimana memeperolehi sembilan kerusi dari 12 kerusi yang dipertandingkan. Bakinya 2 kepada IMP dan 1 kepada calon bebas. Malah parti ini juga mencapai kejayaan ang cemerlang di Melaka, Johor Bahru, Batu pahat dan Muar. Perkembangan ini elah menggalakkan MIC menyertai perikatan pada Oktober 1954. Sekaligus menjadikan parti ini sebuah parti politik yang terbesar ditanah Melayu ketika itu. Atas desakan tegas UMNO untuk mengadakan pilihanraya Majlis Mesyuarat Persekututuan dimana majlis ini mempunyai 52 anggota yang dengan memberi kuasa kepada parti yang menang memilih 5 daripada 7 anggota yang akan dilantik oleh pemerintah British. Akhirnyaa pada 27 Julai 1955, pilihanraya Kebangsaaan persekutuan Tanah Melayu diadakan pertama kalinyaa. Ketiga-tiga parti tersebut telah keluar bertanding. Antara saingannya ialah parti negara, parti Islam Semalaya , parti Progresif rakyat, parti Buruh Semalaya, ikatan Melayu Perak dan lain-laain lagi. Keputuasan pilihanraya itu telah memberi kemenangan besar kepada perikatan diamna telah memenangi 511 keerusi daripada 52 yang dipertandingkan. Era ini menunjukkan bahawa kemajuan ke arah kemerdekaan hanya boleh dicapai dengan kerjasama dari ketiga-tiga kaum terbessar di Tanah Melayu. Selanjutnya paarti ini telah membentuk sebuah kkabinet dengan diketuai oleh Tunku Abdul rahman sebagai Ketua Menteri. Iaiatu terdri daripada 10 menteri, 6 dari UMNO, 3 dari MCA dan seorang dari MIC. Kemerdekaan yang dipaci pada 31 Ogos 1957 sebenarnya belum bebas dalam rangka yang sebenarnya, dimana pegawai British masih meminkan peranan mereka dalam soal pemerintahan kementerian penting seperti Kementerian Pertanian, Kementeriak Perkhidmatan Awam dan lain-lain laagi masih dikuasai oleh pegawai-pegawai British.
 

KESIMPULAN

Pada peringkat awal, parti plitik di Tanah Melayu kebanyakkannya bercorak perkauman dan ideologi seperti PKKM, MDU, PAS, UMNO, MCA dan lain-lain lagi. Namun idea Dato Onn dibawah IMP yang bercorak terbuka kepada semua kaum menjadi landasan kepada perkembangan politik di Tanah Melayu. Walaupun ia gagal pada permulaan tetapi Parti Perikatan yang mengamalkan konsep ini telah berjaya dalam pilihanraya pada 1955. Ini menunjukkan masyarakat dalam hal kemerdekaan sanggup melupakan kepentingan masing-masing bagi menghalau British di tanah Melayu . melalui pilihanraya itu, pemimpin Melayu secara langsung didedahan mengenai sistem demokrasi Berparlimen. Akhirnya tanah Melayu mencapai kemerdekaan melalui perpaduan antara tiga kaum ini pada 31 Ogos 1957, manakala Malayan Union merupakan perintis bagi penyatuan ketiga-tiga kaum ini iaitu Melayu, India, dan Cina.
 
 



Nota Akhir
 
  1. Ramlah Adam, Dato Onn Jaaafar Pengasas Kemerdekaan, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuaala Lumpur, 1993, Hlm 82
  2. Zainal Abidin Abdul Waahid, Sejarah Malaysia Sepintas Lalu, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1972, Hlm 122
  3. Barbara Watson Andaya Dan Leonard Andaya, Sejarah Malaysia, Macmillan Publisher, Petaling Jaya, 1983, Hlm 298
  4. Lofti Ismail, Sejarah Malaysia 1400-11963, Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti, 1978, Hlm 248
  5. Firdaus Abdullah, Radical Malay Politics:It's Origin And Early Develompent, Pelanduk Publicaation, Petaling Jaya, 1985, Hlm 77
  6. Ahmad Bustamam,merintis jalan kepuncak, Penerbitan Pustaka Kejora, Kuala Lumpur, 1972, Hlm 121
  7. Ibid, Hlm 55
  8. K J Ratmaan, Faham Perkauman Dan Proses Politik Di Malaya, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1969, Hlm 171
  9. Zaainaal Abidin, Op.Cit, Hlm 127
  10. Ibid, Hlm 128
  11. Ibid, Hlm 127
  12. Simandjuntak, Federalisme Tanah Melayu 1945-1963:Satu Kaajian Mengenai Masalah-Masalah Persekutuan Di Dalam Sebuah Masyarakat Majmuk. Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya, 1985, Hlm 70
  13. Ibid
  14. Zainal Abidin, Op.Cit, Hlm 162
  15. K. J. Ratnam, op.cit, , Hlm 181
  16. Lofti Ismail, Op.Cit, Hlm 284

 BALIK