Make your own free website on Tripod.com
KEGIATAN PKPMS

PROGRAM KEPIMPINAN PELAJAR


Tarikh : 18-19 April 1998
Tempat : SMK Putatan
Penganjur : SMK Putatan dan Angkatan Belia Islam Malaysia
Pelaksana : Ahli PKPMS-ABIM Sabah (15 orang)
Sasaran : Pelajar SMK Putatan (pengawas, pengerusi)
Bilangan : 131 orang Muslim dan Bukan Muslim

Program ini adalah satu lagi program PKPMS dalam bulan april ini iaitu Kurss kepada pelajar SMK Putatan yang kebanyakannya adalah pengawas dan pengerusi persatuan. Ini adalah untuk memupuk aspek kepimpinan dan identiti diri pelajar agar punya kualiti kepimpinan. Dalam masa dua hari ini telah diadakah pelbagai aktiviti yang padat dan ia adalah satu latihan penuh (total Traning) antara aktivitinya ialah ceramah, LDK, riadah subuh, riadah petang, kembara dan dialog.

Kembara telah dijalankan di sekitar pekan Putatan dan melibatkan lima checkpoint yang mana salah satu check point tersebut adalah perjalanan ke ASTEC (ABIM Student Center). Checkpoint empat.

Agenda yang paling hangat antara pelajar dan guru ialah sesi Dialog antara Pelajar dengan Pengetua, Guru pengawas, guru-guru kanan dan kakitangan sekolah. Pada masa ini pelajar meluahkan segala permasalahan dan dijawab oleh guru. Kehangatan dialog ini ialah apabila pelajar dan guru bersikap terbuka dan saling menerima kritikan antara satu sama lain.

Pada masa perasmian-penutupan pengetua SMK Putatan telah mengistiharkan SMK Putatan adalah Sekolah Angkat ABIM dan Pengarah pendidikan Penampang amat menghargai penglibatan ABIM dalam membentuk pelajar cemerlang dan berharap program seperti ini akan kerap dijalankan lagi pada masa-masa akan datang.

Sekian. Wassalam

Madzani @ Saidie Nusa


BALIK