Make your own free website on Tripod.com
KEGIATAN PKPMS

PROGRAM WARISAN

Tarikh : 13-19 April 1998
Tempat : Pusat Pembangunan Minda Daerah Sipitang
Penganjur : YPEIM Sabah
Pelaksana : Ahli-ahli PKPMS (UM, UTM, ITM)
Sasaran : Pelajar dan Masyarakat
Pengisian : IT, games, Ceramah, Kuliah, Tamrin,
Kehadiran : 300-400 orang (dalam masa lima hari)

Program ini adalah program anjuran Pusat Pembangunan Minda daerah Sipitang tetapi telah dilaksanakan oleh ahli-ahli PKPMS sepenuhnya. Ia adalah bertujuan menarik minat masyarakat setempat dan pelajar dalam memperkayatakan lagi aktiviti-aktiviti seharian mereka dengan perkara yang bersifat keilmuan. Antara objetif program ini adalah

  1. Penerapan nilai dan sikap mencintai IT sebagai satu dari cabang ilmu yang penting dalam era mendatang.
  2. Penerapan nilai dan sikap mencintai ilmu melalui pendekatan pemupukan budaya suka membaca dikalangan masyarakat setempat.
  3. Mengeratkan silaturahim dan ukhuwah antara masyarakat setempat

Antara sasaran utama ialah golongan pelajar dan juga masyarakat setempat . ia telah diadakan pada 13-19 mei 1998 di PPMS dan dipengerusikan oleh saudara Nurashid. Para pelaksana pula adalah ahli-ahli PKPMS yan sedang atau telah tamat pengajian di UM, UTM dan ITM cawangan Sabah (Menggatal).

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti Penganalan Komputer yang disampaikan oleh Pengarah Program Abdullah Bade, yang mnerangkan tentang Hardware dan software, saudara Abdullah adalah pelajar UTM Skudai dalam bidang Sains Komputer.Pengenalan Internet pula disampaikan oleh Setiausaha Program, Madzani @ Saidie Nusa iaitu pelajar Universiti Malaya. Kedua-dua sesi ini adalah sesi yang paling lama engambil masa iaitu selama empat hari bermula hari selasa hingga Jumaat. Selain itu para peserta juga disajikan dengan tayangan video yang diketuai oleh saudara Mi'an dan Hashim yang ditayangkan setiap hari pagi dan petang. Selain itu Saudara. Saudara Mi'an, Kamal, Abdul Rahim dan Abdullah pelajar UTM manakala saudara Jamal, Mohd Fuad, hashim, yahya, Sagapar dan Fadley merupakan pelajar ITM Menggatal.

Selain Pengenalan Komputer dan Internet dan tayangan Video diadakan juga permainan dalaman seperti Dam ular, SAHIBA, SAIDINA, melukis poster, Kuiz perdana, pertandingan bercerita, Spelling B, Deklamasi Sajak dan Puisi, mencari harta karun. Selain itu setiap habisnya satu program telah diadakan muhasabah untuk menilai keberkesanan program.

Pada sebelah malamnya pula diadakan pula ceramah dan bengkel yang dikendalikan oleh Saudara Abdullah dan Madzani antaranya ialah "PKPMS dan Dasar-dasar perjuangannya", "ABIM dalam konteks Masyarakat/pelajar", "Senario Umat Islam Sabah", Pada hari Khamis hingga Sabtu pelajar-pelajar dan masyarakat telah mendaftar penggunaan E-mail melalui Hotmail.selain itu juga PKPMS telah menubuhkan unit Usrah dan pustakawan di PPMS sebagai satu cara kaderisasi dan tarbiyyah ahli PKPMS.

Sekian, wassalam

Madzani @ Saidie Nusa


BALIK