Make your own free website on Tripod.com
History Research PENGLIBATAN KUASA BARAT DAN HAL EHWAL TEMPATAN PADA KURUN KE 19 MENCETUSKAN TINDAK BALAS PERIBUMI MALAYSIA. BINCANGKAN.
 
 

Boleh dikatan bahawa penglibatan kuasa barat terutama British telah bermula padsa akhir kurun ke 18. pendudukan  British  di Malaysia pada masa itu yang lebih dikenali sebagai Tanah melayu tewlah ditentang. Ini dapat dilihat antara tahun 1784 hingga 1891 dimana pendudukan  British  di Pulau Pinang telah ditentang oleh orang me;layu yang diketuai oleh Sultan Abdullah iaitu sultan Kedah pada masa itu. ini adalh kerana Francis L:ight telah menduduki pulau Pinang secara haram. Perjanjian Inggeris Belanda pada 17 Mac 1824 telah emnyebabkan British terus kukluh bertapak. Ini kerana sebelum memiliki Melaka  British  telah memperolehi singapura melalui Stanford Raffless. pada Januari 1812. Ini berdasarkan petikan yang terdapat dalam buku a History of Malaysia, "pada asasnya hanya tinggal , bila dan bagimana saja pemerintahan  British  akan diperluaskan keseluruh semamnjung."

Kedatabngan Inggeris di tanah Melayu adalah disebabkan oleh kekayaan sumber semulajadi Tanah Melayu dengan Bijih Timah, Emas dan Lainlain. Kedatangan untuk mengaut kjeuntungan ini gbagaimanapun ditentang kerana sikap barat yang ego dengan kletamadunan mereka. ditambah pula kejahilan mereka dalam adat dan sosio budaya orang melayu. penentang orang melayu boleh dikategorikan kepada tigfa bentuk iaitu.

gerakan yang dipimpin oleh golongan bangsawan seperti di Naning, Perak dan negeri Sembilan serta Pahang.
Golongan orang Biasa iaiatu bukan golongan bangsawan tetapi atas arahan golongan bangsawan seperti di Pasir Putih , Kelantan.
Golongan Ulama seperti yang berlaku di Terengganu.

Sesungguhnya, bukan mudah bagi  British  untuik menakluki tanah Melayu kerana mereka mendapat tentangan daripada orang melayu. dalam membincangkan kebangkitan-kebangkitan anti- British  di Semenanjung Tanah Melayu ini akan dilihat gerakan anti  British  di naning 1831-1832, Negeri Sembilan 1875, perak 1875, pahang 1891-1895, Kelantan 1915, terengganu 1922-1928.

Kedatangan  British  adalah untuk menakluki dengan harapan mengambil kekayaan yang terdapat di Tanah melayu. Bagaimanapun hasrat ini terhalang akibat dari perang saudara, merebut takhta, perang antara kongsi gelap dan perlanunan. kegiatan kongsi Gelap yang tekenal ialah antara Gee Hin dan Hai San di Perak. Ghee Hin dan Haisan saling bermusuhan antara satu sama lain untuk emndapatkan kawasan perlombongan. keadaan ini telah menyebabkan keadaan negeri perak tidak tenteram. aktiviti perdagangan di perak tel;ahh terjejas ini memeksa pedagang dio perak menulis surat kepada pejabat di singapura. selain itu, etrdapat rayuan daripada saudagar cina. pada bulan september 1875, misalnya terdapat rayuan yang mendesak daripada 248 saudagar cina di negeri selat.

keadaan kacau bilau juga terdapat di selangor. senario ini telah diambil kesempatan oleh Sir Andrew Clarke yang diketahui Imperialisme telah mendesak supaya sultan abdul samad menerima seorang pembantu residen. kejadian melanun ini berlaku poada ogos 1874. dimana ia memberikan alasan untuk mencadangakan supaya Frank Sweetenham tinggal dibandar langat sebagai pembantu residen. terdapat banyak alasan yang menunjukkan bahawa  British  campurtangan untuk mendapatkan bahan mentah dan mencari punca kewangan. Buktinya  penjajhan di naning dimana pihak British telah mmebuat perhitungan bahawa apabila naning telah ditakluki sekurang-kurangnya hasil naning dapat memberi pendapatan dan kewangan di neheri selat. Ini terbukti apabila menghantar utusan untuk mendapatkan daripada hasil naning sebagaimana pemberian naning kepada belanda. bagaimanapun menurut naning penghantaran tersebut adalah sebagai tanda persahabatan naning denban belanda. untukl itu, naning tiada terikat denmgan mana-mana negara. begitu juga denbgan perak yang kaya dengan bijih timah. apabila perjanjian pangkor dibuat serta merta romnbakan dalam pemungutan cukai dibuat oleh JWW Birch. ini adalah bertujuan untuk mendapatkan keuntungan kepada kerajaan British. Bukti british campurtangan di Tanah Melayu kerana bahan mentah jelas dapat dilihat daripada laporan mengenai kekayaan Pahang yang dibuat oleh Frank Sweetenham yang telah mengembara merentas semenanjung pada tahun 1885 memperkuatkan lagi kepercayaan ini. apabila harga timah naik melambung tinggi mencapai paras yang tidak diduga, bnegitu pula keinginan yang mendesak dikalangan pedagang selat. Keyakinan Weld supaya kekayaan galian Pahnag yang dikatakan banyak iotu patut dibawah kawalan british menjadi matlamat pentadbirannya. seperti dengan mana-mana negara eropah yang lain masing-masing berlumba-lumba untuk meluaskan jajahan takluk. british juga tidak terlepas peluang untuk meluaskan jajahan takluk dan  mennambah bilangan negara yang dijajah. pernyataan ini terbukti melalui petikan oleh andaya dalam bukunya "........ simpati London yang semakin meningkat terhadap cita-cita besar perluasan jajahan takluk jelas kepada orang disingapura". daripada petikan ini dapatlah dihuraikan bahawa kedatangan british bukan sahaja untuk mengaut ekkayaan tetapi juga untuk memperluaskan jajahan takluk.
 

Dasar untuk memperluaskan jajahan takluk ini timbul apabila da kuasa barat lain dirantau ini dan paling menakutkan  briitish ialah ada kuasa barat lain sudah meiliki tanah jajahan di rantau ini. keadaan ini emnyebabkan british takut kalau-kalau kawasan yang kaya dengan bijih , emas dan galian yang lain diambil oleh kuasa yang lain. negara-negara tersebut sepereti jerman dan perancis. ini ejlas apabila dari tahun 1880 gerakan kedepan menjadi deras mementumnya iaitu satu perkembangan yang berpunca dari kebimbangan di london mengenai ancamann terhadap pertuanan british di semenanjung kegiatan pihak jerman dilautan pasifik adalah mencemaskan. sementara pihak perancis terus memperkukuhkan kedudukan di vietnam, kemboja dan laos. masa depan siam yang tersepit diantara burma dan beritish di indochiona perancis boleh dikatakan kabur.
 
tentangan orang melayu etrhadap campurtangan British

NANING

tentangan orang melayu yuang pertama ialah Naning ini adalah kerana British telah campurtangan dalam hal ehwalk politik dan pentadbiran negeri tersebut ini jelas  dapat dilihat apabila british menguasai melaka dan mendakwa bahawa naning adalah sebahagian daripada melaka. pihak British telah mengaskanm bahawa segala peraturanm-peraturan yang dijalankan di melaka akan turut dilaksanakan di annaing. kenyataan ini bercanggah dengan nilai-nilai tradisi naning. selain daripada itu, naning adalah sebiuah negeri yang bebas dari mana-mana kuasa. selain itu juga,. pihak British telah meminta naning memberi satu persepuluh daripada hasil naning. Ini sebagaimana naning dengan belanda dahulu dan perjanjian dengan british pada 1801 dimana menurut perjanjian ini naningmemberi satu persepuluh daripada naning . tetapi bagi p[ihak naning ia hanyalah sebagai tanda persahabatan dan tanpa paksaan . ketegasan pihak British dan Dol Said telah menyebabkan kegentingan antara dua pihak. oleh kerana tiada apa-apa reaksi dari Dol Said pada julai 1831 British telah menghantar satu ekspedisi bersama 200 orang tentera telah menyerang naning. tetapi dapat dipatahkan oleh tentera Dol Said dan pengikut-pengikutnya pada 1832 pula naning telah diserang oelh orang-orang British. pihak British mendakwa bahawa serangan tersebut adalah sebagai  membaik pulih maruah mereka yang telah tewas pada 1831. pertempuran kali ini telah memihak kepada pihak British. pihak penghulu Dol Said gagal dalam pertempuran ini kerana tiada bantuan luar. ini dapat dilihat pada 1831 Yam Tuan Ali Rembau telah menghantar menantunya Sayyid Syaaban untuk mebnatu Dol Said. tetapi apabila piuhak British membuat hubungan dengan Renbau bantuan tersebut tiada lagi kerana British telah memberi amaran kepada rembau

PERAK

diPerak british telah menjadikan kacau bilau sebagai alasan. ini dapat dilihat apabila pedagang yang menghantar surat untuk memohon supaya campurtangan di Perak . ditambah pula perminataan dariapad raja Abdullah beserta keingunan British untuk meluaskan jajahan takluk dan mengaut kekayaan di perak yang kaya dengan bijih timah. ini dapat dilihat apabila birch mula sampai dan ingin mengaut dena memungut cukai untuk dijadikan wang negara  British. penentanga terhadap  British bermula apabila  British campurtangan dalam hal pentadbiran selepas termeterainya perjanjian pangkor. pada januari 1874. pada 4 november 1874 seorang residen  British telah dihantar iaitu JWW Birch. satu kejutan telah berlaku apabila  British mengadakan pusat pungutan cukai yang dil;etakkan dibawah seorang peghawai eropah. selain itu, etrdaopat pembaharuan lain seperti permit balak, cukai perahu, senjata, padi dan cukai memotong attap. cukai-cukai baru yang diperkenalkan telah menjejasakan punca pendapatan pembesar-pembesar temmpatan. paling menyinggung sultan Abdullah ialah Birch telah membatalkan kontrak pajakannya kepada saudagar cina. paling menjelekkan pula ialah kedungguan bircah dala adat resam orang melayu. Birch telah cuba menghapuskan perjudian sseperti berlaga ayam. dan menbghapuskan perhambaan. dalam satu kes Birch telah membawa seorang perempuan melayu denagn berpakaian cina di atas sampan dan membawanya ke tempat penginapan.

dalam usahanya untuk memungut cukai birch telah cuba mendapatkan tandatangan untuk mengistiharkan kebenaran. ugutan tersebut ialah jika sultan Abdullah tidak bersetuju jawatan sultan akan dilucutkan dan diganti oleh raja Yusuf. kerana takut jawatannya dilucutkan sultan Abdullah telah menandatangani perjanjian tersebut. untuk menghapuskan ini satu mesyuarat telah diadakan pada 12 julai 1875 dalam mesyuarat ini sultan telah menjadi penegrusi dan dihadiri oleh pembesar kerajaan atau wakil pembesar. perjumpaan ini telah diadakan  diDurian sebatang iaiatu rumah Haji Mta Yassin dalam menyertai ini tiga labngkah telah diambil iaitu  memberi racun, bermain hantu, dan bunuh. langkah sedemikian ini dalah untuk membunuh Birch. kesemua langkah telah diambil ettapi menemui kegagalan. Semasa Birch ke Pasir Salak datuk Maharajalela telah meminta supaya langkah ketiga diambil oleh beliau, pada 2 november 1875 Birch telah dibunuh dan mayatnya telah dijumpai pada 6 nuvember 1875. pihak  British di Singapura telah mengantar 2 pasukan tentera untuk menangkap datuk Maharaja lela, Datuk sagor, Pandak endut dan Siputum dan pengikutnya   telah dihukum gantung di taiping pada 20 Jun 1877. Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, L:aksamana Wan Mohammad dan Shahbandar telah dibuang negeri ke Pulau Sycless. Raja yusuf telah dilantik menjadi sultan.

NEGERI SEMBILAN

Campur tangan British di Negeri Sembilan mula pada 1874 di Sungau Ujung. Ini adalah kerana Datuk kenal;an Sayid Abdul Rahman dan Said Ahmad membuat perjanjian dengan british tanpa pengetahuan Datuk Syah Bandar Abdul tunggal yang menetap di kepayang. Mengikut adat, Syah bandar adalah waris di air dan dato kelana adalah waris di darat. Sebarang persetujuan harus di buat perbincangan tetapi datuk kelana  membuat perjanjian dengan british pada 21 April 1874 tanpa perbincangan. Dato bandar telah bertelagah dan berperang pada 1874.

Dalam perrang ini british telah campurtangan dan mengambil alih dalam pepereangan ini. Dalam pertempuran ini datuk bandar mengaku kalah dan dibuang negeri ke singapura. Satu lagi pertempuran telah berlaku di negeri Sembilan adalah antara Yam Tuan Antah dengan british. Tengku Antah menjadi Yamtuan besar dengan persetujuan semua Penghulu kecuali Dato Kelana Ahmad Bukit. Dalam pertempuran ini Yam Tuan Antah tewas dan terpaksa berundur ke Johor. Dengan bantuan Maharaja Abu Bakar, Yamtuan Antah menyerah diri dan diberi semula pangkat dan kedudukan pada 1876.

 
PAHANG
 

sistesm residen di pahang bermula pada 8 oktober 1887. iaitu setelah termeterainya perjanjian di Pekan antara Wan Bendahara Ahmad yang menjadi sultan kemudiannya dengan pihak British. pada 24 ogos 1888, Wan Ahmad telah menandatangani satu surat perjanjian yang membenarkan petempatan seorang pegawai British sebagai residen di Pahang tetapi denagn syarat hak dan kuasa pemerintahan tradisionalnya dikekalkan . untuk itu J. P. Rodger telah dilantik menjadi seorang residen di pahang yang pertama. sistem ini sebenarnya berjalan pada julai 1889. J.P.Rodger sebagaimana residen British yang lain telah membuat peraturan yang baru. iaitu:-


• setiap daerah diletak di bawah  seorang majestrit dan pemungut cukai adalah orang british.
• cukai baru diperkenalkan
• buruh paksa dan perhambaan diharamkan
• senjata tidak dibenarkan.


pembaharuan ini telah mendapat tentangan pembesar melayu pahang iaitu dato bahaman. ini berikutan beliau hanya ditawarkan elaun sebanyak 840 ringgit setahun. beliau menolak  dn memohon 600 ringgit setahun tetapi permohonannya tidak diperdulikan. tetapi sultan Wan Ahmad menawarkan 50 ringgit. bagaimanpun tawaran ini tidak di terima oleh DatoBahaman. pembaharuan ini juga tidak dipersetujui oleh Maharaja Jelai, Tok Gajah kerana sebab yang sama. mereka telah bergabung tenaga untuk menentang British. Dato Bahaman telah memulakan penentangan. Dato bahaman telah di tangkap. Dalam perjalanan ke balai polis Lubuk trua pasukan  British telah diserang oleh Dato Bahaman. Dalam penentangan ini juga  dato bahaman telah di bantu oleh mat Kilau iaitu anak kepada Tok Gajah dan panglima Muda jempol. Dalam satu pertempuran, Dato Bahaman berundur keran tidak mahu beperang dengan pasukan sultan. Semasa dalam pelarian ini, Dato bahaman telah menemui Tok Ku Paloh atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman al -Idrus. pertemuan ini telah memberi inspirasi bagi pertempyran selanjutnya yang bersifa perang jihad.

Sekali lagi Dato Bahaman terpaksa berundur kerana tidak dapat menghadapi tentera  British. Dato Bahaman telah berundur ke Kelantan, dan terengganu. Pada 1895 mereka menyerah diri kepada siam dan dibawah ke sana.
 

SELANGOR

Keadaan huru hara di elangor yang disebabkan oleh perang saudara antar pembesarp-pembesar melayu dan pertempran antara pelombong-pelombong cina memberi pelung kepada  British untuk campurtangan. perang ini adalah untuk meguasai kelang yang kaya dengan bijih Timah. petempuran ini mermula apabila pada 1850 sultan muhammad mengurniakan kelang kepada raja Abdullah. Baginda telah mengenepikan Raja Mahdi, anak raja sulaiman. sebelum ini kelang berada di bawah raja Sulaiman yang meninggal dunia. sultan muhammad yang mangkat pada 1857 telah diganti oleh sultan abdul samad. pada 1867 raja mahdi telah berjaya mengusir Raja Abdullah.

Pada 1868 sultan abdul Samad telah melantik Tengku Kudin atau Tengku Ziaaudin sebagai wizurai untuk menamatkan perang saudara ini. perang ini bertambah buruk apabila adanya pertelingkahan antara pelombong cina iaitu Puak Kah Yeng Chew yang berpusat di Kanching dengan Puak Few Chew yang berpusat di Kuala Lumpur-Ampang. Puak Kah Yeng Chew adalah puak Ghee Hin dan Puak Few Chew adalah puak Hai San. pada 1868 Yap Ah Loy adalah kapitan cina di Kuala Lumpur. Pada 1869 wakil Yap Ah Loy telah dibunuh oleh Puak Kah Yeng Chew.

Kegiatan perlanunan di Selangor telah membuka peluang kepada British lebih luas apabila terjadinya perlanunan di Sungai Langat dan labu pada ogos 1874 memberi peluang kepada Sir Andrew Clarke untuk menghantar Frank Sweetenham tinggal bersama Sultan Abdul Samad. Tujuannya adalah untuk mengelak pihak Raja Mahdi memperkukuhkan pengaruhnya di Selangor. Pada bulan oktober 1874 Sultan Abdul Samad meminta British untuk melindunginya. J.G. davidson dilantik sebagai Residen dan Frank Sweettenham sebagai penolong Residen.

KELANTAN

DiKelantan,  British mula campur tangan apabila termeterainya perjanjian Siam- British pada 1902.  British telah menghantar G.A. Graham untuk emnjadi penasihat dikelantan pada 1903. Tugas G.A. Graham adalah menasihati sultan kecuali aspek agama dan adat istiadat Islam. Semasa perlantikan GA Graham ini juga sstu bentuk pentadbiran yang baru telah dibentuk iaitu negeri telah dipecahkan kepada jajahan.

Untuk itu Pasir Putih telah ditadbirkan oleh pegawai daerah. Dengan ini tradisi Engku Besar Jeram tergugat. Pada masa ini Engku besar ialah Tun Ahmad. Beliau telah kehilangan kuasa kerana pembaharuan ini. Tun Ahmad juga terpaksa membayar cukai yang sebelumnya tidak pernah dikenakan ke atasnya. kemerosotan kuasa ketara apabila dilantik sebagai Tok Kweng Muda yang berada di bawah kuasa Tuk Kweng (penghulu). Tok Kweng pula bertanggungjawab kepada pegawai daerah. paling mendukacitakan ia tidak dibenarkan memungut cukai yang sebelum ini tugas beliau.

Tun Ahmad meminta jasa baik Tok Janggut untuk menjalankan kempen menentang pembaharuan ini. Tok janggut pula meminta bantuan Haji Said, Penghulu Adam dan ishak Merbul. Pada 1905 undang-undang padi telah diperkenalkan. Penduduk kampung telah dimestikan melaporkan jumlah tanah kepada Tok Kweng. Jadi penduduk terpaksa membayarnya. Paling menyedihkan apabila penduduk pula terpaksa membayar cukai walaupun tanah tidak diusahakan. Antara cukai lain yang dikenakan ilah Sirih 5 sen sejunjung dan lembu serta kerbau 20 sen setahun.

Penentang terbuka dilakukan apabila Che Latiff menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut pada 29 April 1915. Bagaimanapun Sarjan Che Wan telah dibunuh oleh Tok Janggut  apabila cuba mengarinya. Penentangan Tok Janggut  dan engku Besar terus mara ke pasir Putih. Che Latiff telah lari ke Kota Bharu. Dalam satu pertempuran Tok Janggut  telah terbunuh iaitu 24 Mei 1915 di kampung Pupuh, mayatnya telah disiat dan diarak barulah dikebumikan di Pasir Putih.

SARAWAK

Penduduk Sarawak dan Sabah juga tidak terlepas daripada penjajahan British. Apa yang membezakan ialah di Sarwak ia di jajah oleh orang perseorangan iaitu James Brooke. pemerintahan Raja Brooke ini mermula pada 1840an. Ketika James Brooke sampai di singapura, Raja Muda Hashim seorang pembesar brunei telah memiunta James Brooke  mengamankan sarawak. Raja Muda Hashim bersetuju memrikan sarawak kepada James Brooke. Dengan bantuan James Brooke ini, Pengiran Indra Mahkota telah dikalahkan. Demi menunaikan janjinya pada James Brooke sarawak telah diserahkan. Bagaimanapu ia telah ditentang oleh penduduk tempatan.

James Brooke telah ditentang oleh rentap. Bagaimana pun rentap juga tewas. James Brooke telah ditentang oleh syarif masahoir . penentangan ini dikenali sebagai ‘ malay ploc’ atau pakatan orang Melayu. Penentangan ini telah menemui kegagalan. Syarif masahor telah dibuang negeri ke singapura. Trut terlibat bersama sharif masahor ialah datu Patinggi abdul Ghapur yang telah dibuang negeri ke Jawa.

SABAH

Di Sabah Penjajahan british telah beralku melalui Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Campurtangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di sabah ini telah mendapat tentangan. Tentangan ini diketuai oleh Datu Muhammad salleh ataui lebih dikenali sebagai Mat Salleh. Mat Salleh telah disokong oleh penduduk tempatan yang menentang kompeni. Bagaimana pun penentangan ini tidak berjaya kerana dapat diatasi oleh tentera kompeni pada 1900. Kegiatan penentangan british di Sabah ialah dipimpin oleh Antanum pada  1915. Pemberontakan ini lebih dikenali sebagai kebangkitan Rundum.

kesimpulan

walaupun pihak British  cuba untuk menguasai sepenuhnya tanah Melayu, tetapi percubaan mereka menemui jalan buntu. negeri tersebut telah cuba sedaya upaya untuk membebaskan diri daripada cengkaman kekuasaan inggeris. ini kerana mereka tidak mahu menerima pentadbiran inggeris di negeri mereka. mulai 1874, sedikit demi sedikit kuasa sultan telah pun diambil oleh residen. selepas pembentukan perekutuan pada tahun 1896, kuasa sultan telah diambil oleh residen jeneral. disini dapat dilihat bahawa sultan telah menjadi boneka sahaja menuruti apa saja perancangan British . kebangkitan pembesar-pembesar melayu menentang british tidak dapat dibendunglagi. ini kerana kuasa merka juga terhapus sebagaimana sultan mereka. hak mereka dalam memungut cukai telah diambil alih oleh pegawai-pegawai british.. rakyat jelata pula menentang british kerana tidak puashati tentang cukai yang terlalu tinggi dan membebankan. mereka menyertai pembesar merka untuk menentang british .kecanggihan senjata pihak lawan menyebabakan orang melayu telah tewas akhirnya.
 

1. Andaya Barbara Watson dan Leonarad, Y., A History of Malaysia Reprint (Hong Kong), The Macmillan Press Ltd. 1992
 
2. Abdullah Zakaria bin Ghazali,Agama dan kebangkitan Anti-British di Tanah Melayu, Tamadun Islam di Malaysia, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 1980
 
3. L.A.Mills, British  Malaya 1824-1867
 
4. Mubin Sheppard , The Tomb of Dato Abdul Said, Dato Naning Malaya in History, Vol.xNo 1, 1967
 
5. Husin bin Ismail, A Malay Narrative of the Late Naning Expendition Sc(tv) Khamis ,1932
 
6. Darus Ahmad, Orang Besar Tanah Ayer, Sinaran Bros  11 Julai 1985
 
7. Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim, Mohd. Yusuf Ibrahim,et.al, Malaysia- Warisan dan Perkembangan, Dewan Bahasa Dan pustaka, Kuala Lumpur, 1992
 


BALIK