Make your own free website on Tripod.com
Research Department (Madzani)
BINCANGKAN GERAKAN TERHADAP BRITISH DI KELANTAN PADA TAHUN 1915.


    Pada tahun 1915, telah berlaku gerakan penentangan terhadap British di kelantan iaitu di daerah Pasir Putih, daerah ini terletak berhamopira dengan sempadan kelantan-terengganu, dan lebih kuurang 27 batu dari bandar kota bharu. gerakan penentangan ini dipelopori oleh beberap pembesar tempatan yang terkenal di daera pasir putih iaitu Engku Besar Jeram Tuan Ahmad, Haji Mat Hassan Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut. Panglima Munah, Penghulu Adam, Haji said Marbol dan encik ishak. Namun begitu, diantara tokoh yang paling menonjol dalam gerakan menentang penjajah british ialah Tok Janggut dan dipercayai berusia lebih kurang 62 tahun pada masa itu.
     sebenarnya telah ada bibit-bibit penentangan terhadap pentadbiran British di daerah pasir putih, sebelum tahun 1915 lagi. namun penentangan adalah lebih kepada bentuk protes atau perasaan tidak puas hati dikalangan pembesar tempatan khasnya Engku Besar Jeram Tuan Ahmad. Kedatangan WA Graham sebagai pesuruhjaya Siam di kelantan selepas setahun termeterainya perjanjian siam-great britain 1902 telah menyebabkan berlakunya perubahan pentadbira dikelantan. pesuruhjaya ini telah mencadangkan pembentukan daerah di kelantan dan telah diperkenankan oleh sultan Muhammad IV. sehubungan itu, encik ibrahim yang berasal dari singapura telah dilantik menjadi pegawai daerah Pasir Puteh yang pertama. pegawai daerah ini bertanggungjawab menguruskan perjalanan pentadbiran daerah yang melibatkan soal pungutan cukai, tanah dan kehakiman. kewujudan jawatan ini sememangnya kurang disenangi oleh Engku Besar Jeram kerana kekuasaan tradisinya terjejas apabila kuasa memungt cukai ditentukan oleh pegawai daerah dan segala hasil cukai perlu dibayar kepada pejabat daerah. malahan pelantikan pegawai ini juga bermakna Engku Besar Jeram terpaksa menerima dan mematuhi arahan yang diberikan. keadaan ini sudah pasti akan merendahkan kedudukan sebagai pembesar kawasan Jeram dan ini menambahkan perasaan tidak puas hati Engku Besar Jeram yang sepetutnya dilantik sebagai pegawai daerah di daerah pasir putih. walaubagaimana pun Engku Besar Jeram hanya dilantik sebagai Tok Kweng Muda.
     Encik ibrahim yang dilantik sebagai pegawai daerah pertama pasir puteh pada tahun 1905, telah melaksanakan satu sistem baru dalam pungutan hasil cukai bagi meningkatkan hasil perbendaharaan negeri. justeru itu peraturan hasil padi dan kelapa telah diluluskan oleh kerajaan pada tahun 1905 dan dilaksanakan diseluruh negeri kelantan. mengikut peraturan yang diluluskan itu, Tok Kweng telah diberi kuasa untuk mengutip dan menilai hasil tanama padi setiap kampung dan segala hasil yang dipungut itu perlu diserahkan kepada pegawai daerah. hasil-hasil tanaman padi ini dinilai mengikut penjuru tanah apabila sesuatau kawasan melebihi daripada 200 depa persegi. setiap penjuru dikenakan hasil padi sebanyak tiga kupang setahun. sementara itu bagi ladang dikenakan sebanyak 30 kupang setahun. beberapa pengecualian telah diberikan kepada raja dan kaum kerabat diraja Tok Kweng dikecualikan sebanyak 32 penjuru, Tok Imam 24 penjuru atau 32 penjuru, tk bilai 16 penjuru, kerani tok kweng 8 penjuru dan tanah wakaf.
     pelakanaan peraturan ini amat dirasai oleh rakyat yang kebanyakan mengusahakan tanaman padi sebagai sara hidup. justeru itu tidak hairanlah ramai rakyat khasnya dari kalangan petani telah menyokong tindakan Tok Janggut dan beberapa pembesar tempatan dalam menentang pentadbiran british di Pasir Putih. ini dibuktikan apabila dianggarkan 2000 orang penduduk tempatan telah memberi sokongan kepada tok Janggut dalam menentang British di kelantan.
     walau bagaimanpun apabila encik ibrahm digantikan oleh encik nik salleh atau encik leh pada tahu n 1910 sebagai pegawai daerah pasir putih, suasana tegang yang berlaku dikalangan pembesar-pembesar temptan dan penduduk tempatan terhadap pentadbiran british di daerah tersebut kembali reda apabila encik leh seorang anak jati negeri kelantan yang lebih memehami masalah penduduk tempatan tidak begitu tegas elaksanakan undang-undang memngut cukai di daerah itu.
     pada tahun 1912, encik latif dari singapura telah mengambil alih tugas sebagai pegawai daerah menggantikan encik leh. keadaan yang sebelum ini reda kembali tegang semual lebih-lebih lagi encik latif melaksanakan semmula secara tegas peraturan membayar cukai kepada pihak kerajaan. ini berikutan kemerosotan hasil cukai semasa pentadbiran encik leh. kemudiannya pada 19 mac 1914 pengistiharan notis no. 4/1914 menegnai cukai tetap tanah dilulskan oleh majlis mesyuarat negeri, sistem ini telah dikuat kuasakan pada 1 januari 1915. mengikut sistem ini cukai tahunan adalah pertanian dikenakan di antara seringgit dan seringgit dua puluh sen seekar terhadap tanah kelas satu 80 sen seekar tanah kelas dua, 60 sen seekar bagi tanah kelas ketiga, dan 40 senseekar bagi tanah kelas keempat. setiap tanah sama ada dikerjakan atau tidak diwjibkan membayar cukai. sememangnya sistem cukai yang baru ini membebankan rakyat pasir putih lebih-lebih lagi dirasai oleh pera petani apabila tanah yang tidak dikerjakan oleh mereka turut dikenakan cukai. sebelum itu para petani telah pun dibebankan dengan cukai hasl-hasil pertanian seperti padi sawah 97 1/2 sen seekar, padi huma 46 sen seekar, pokok buah-buahan sekupang sepokok, pokok kelapa yang berbuah 3 sen sepohon, sirih 5 sen sejunjung, binatang pelharaan iaitu lebu dan kerbau 20 sen seekor, anjing dan babi 50 sen setiap seekor. bebanan yang dirasai oleh para petani ini telah mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pegawai daerah encik latif yang begitu tegas melaksanakan peraturan membayar cukai ini. da dikatakan encik latif mengenakan denda berlipat kali ganda bagi mereka yang gagal membayar cukai pada masa yang ditetapkan. malahan keturunan raja Jeram turut dipaksa membayar hasil-hasil pertanian yang sebelum ini mereka dikecualikan da ini menambahkan lagi perasaan benci para pembesar tempatan khasnya Engku Besar Jeram yang pada mulanya lagi kurang senang dengan kedatangan pegawai daerah ke pasair putih.
     seterusnya kegawatan yang berlaku ini menyebabkan Tok Jnaggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam, Haji Said merbol, Encik Ishak dan penduduk kampung pasir putih telah bersetuju untuk tidak membayar hasil tanah kepada pihak kerajaan. keadaan ini menyebabkan hasil kerajaan menurun, contohnya cukai kawasan bukit Abal dan gaal menurun secara mendadak dariapad 3000 kepada 89.32. oleh itu dapatlah dikatakan bahawa permuafakatan di antara pembesar tempatan dengan penduduk pasir putih merupakan penentangan awal secara terbuka terhadap kerajaan british di kelantan.
     pada 29 april 1915, Tok jnaggut bersama-sama dengan pengikutnya telah mengadakan mesyuarat di kampung tok Akib. dalam mesyuarat itu mereka telah bersetuju untuk memulau pembayaran hasil dan menyerang bandar pasir putih. pada masa yang sama saman atau waran tangkap telah dikeluarkan kepada Tok janggut dan pengikut-pengikut kuatnya untuk detang ke pejabta daerah memberi tunjuk sebab berkenaan pemulauan hasil cukai kerajaan. sarjan che wan sulaiman dengan beberapa mata-mata telah dipertanggungjawabkan melaksanakan tugas tersebut. setibanya mereka di sana iaitu kampung Tok Akib untuk menangkap Tok Jnaggut, berlaku pertengkaran di antara kedua-dua pihak akhirnya Tk Janggut tela sempat menikam Sarjah Che Wan sulaiman. sementara itu mata-mata tersebut telah dibebaskan dan mereka masing-masing telah menceritakan perkara sebenarnya yang berlaku kepaa encik latif. dengan ini dapatlah dikatakan bahawa pembunuhan sarjan che wan telah memulakan gerakan penentangan yang lebig tegas dan berani oleh tok anggut dan pengikut-pengikutnya dalam menentnag pihak british di kelantan.
     sementara itu encik latif yang menerima berita kematian sarjan che wan telah menarah lima atau lapan orang anggota polis untuk menangkap Tok Janggut. apabila para anggota polis itu tiba di kampung kelubi, mereka telah diberitahu bahawa Tok Jnaggut dan pengikutnya sedang bersedia untuk mara kepasir putih. oleh itu mereka telah dinasihatkan pulang dan memebrithukepada encik latif supaya berundur atau meninggalkan bandar pasir putih dengan sefera. akhirnya encik latif bersama-sama engikutnya termasuk Tok Kweng tuan muda jeram dan Tok kweng anang mamat semarak telah berangkat meninggalkan bandar pasir putih ke kota bharu engan menaiki perahu melalui sungai semarak.
     seterusnya gerakan penentangan yang dilakukan oleh Tok Janggut den pengikut telah melancarkan serangan ke atas bandar pasir puteh. turut serta dalam gerakan ini ialah Engku Besar jeram dan beberapa pembesar tempatan yang lain yang telah menggabungkan tenaga bagi menjayakan serangan tersebut. tiga ketumbukan telah digunakan dalam melancarkan serangan ke atas bandar pasir Putih iaitu ketumbukan pertama mengikut arah angin utara yang diketui oleh Hji Said, satu lagi ikut arah angin timur laut di bawah pimpinan Tok janggut dan panglima Ishak marbol dan yang ketiga angin barat daya yang diketui oleh Engku Besar jeram dan penghulu Adam. mereka akhirnya telah berjaya tiba di bandar tersebut da dengan mudah saja menguasai bandar itu disebabkan encik latif dan pengikut-pengikutnya telah melariakn diri ke kota bharu. dengan kejayaan ini bolehlah dikatakan gerakan penentangan Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya ke atas pihak british kerana matlamat mereka untuk menghalau pegawai-pegawai british di bandar pasir puteh telah tercapai. sehubungan itu kerajaan sementara telah dibentuk yang diketuai Tok Janggut sebagai ketua pemerintah atau raja, tok Janggut sebagai perana menteri, dan dibantu oleh Haji said dan sahar Merbol sebagai pegawai daerah.
     sementara itu sultan Muhammad IV telah menitahkan dato' Menteri ( Mohd. Hassan Ismail) dan dato' Bentara Setia ( Haji Nik Mahmud Haji Ismail) untuk pergi ke Pasir Puteh berunding dengan Engku Besar Jeram, tok Janggut dan pembesar-pembesar tempatan yang lai. walau bagaimanapun kedua-dua pembesar ini hanya bertemu dengan Dato' Imam Lebai Kadir di cherang Tuli dan seterusnya kedua-dua pembesar ini hanya menyerahkan tugas perundingan ini kepadanya sebelum berangkat semula ke istana Kota Bharu. pada 3 mei 1915 perjumpaan telah diadakan di rumah dato' imam dengan Engku Besar Jeram. bagaimana pun tok janggut tidak menghadiri perjumpaan tersebut dengan alasan bahawa adalah sama saja keterangan di antaranya dengan Engku Besar Jeram mengenai sebab serangan ke atas Pegawai daerah Pasir Puteh. Dalam keterangan tersebut Encik Haji Senik yang mewakili Engku Besar Jeram dan penduduk tempatan telah menyatakan kepada dato' Imam Lebai Kadir sebab-sebab berlakunya serangan ke atas Encik Latif iaitu:

pemerintahan sangat zalim dan keras tidak seperti pemerintahan yang sudah-sudah. pemerintahan selalu menyakitkan hati rakyat iaitu kasar tutur katanya, sumpah seranahnya, maki hamun sangat pedih pendengaran selalu perkataan-perkataannya tidak diyakini rakyat.

kami semua rakyat tidak suka negeri kami diperntah oleh anak luar negeri (singapura) dan mnejadi ketua disini kerana tiada adat istiadat seperti itu di negeri ini.

kami suka kaum kerabat yang mmerintah sendiri disini wal hal pun beliau tidak ada kepandaian-kepandaian dan kecil sekalipun. keran anegeri kelantan ini dari asalnya kepunyaan raja.

undang-undang yang dijalankan disini sangat berat seperti dikenakan hasil kepala, hasil peliharaan lembu, kerbau anjing babi, hasil tanaman dan hasil tanah semuanya itu menyusahkan rakyat dan lagi terlewat daripada membeyar hasil-hasil itu maka didenda berlipat kali ganda yang mana menyusahkan lagi kami sekalian rakyat.

dari zaman-berzaman lagi adalah titah perintah dari kaum keluarga Raja Jeram tidak dikenakan daripada bayaran segala hasil mashul yang tersebut tadi. tetapi semasa pemerintahan encil latif tidak terkecuali semuanya mesti dibayar. juga tidak akan dilelong segala harta dan hak-haknya.....


     dengan penjelassan yang tersebut di atas dato imam lebai kadir pada keesokan harinya telah pergi menghadap sultan muhammad IV di kota bharu. dato' imam lebai kadir telah meminta sultan menibang kehendak rakyat Jeram dan mnegampunkan mereka, tetapi baginda sultan atas nasihat penasihat british di kelantan, enggan mengampunkan mereka. dengan menggunakan alasan kononnya baginda sultan bimbnag seranga ke atas pasir Puteh merupakan satu percubaan oleh pihak tok janggut dan Engku Besar Jeram untuk memisahkan daerah Pasir Puteh daripad pemerintahn baginda sultan. mengikut laporan 1912 telah berlaku uatu peistiwa;

.......... during the year trengganu had claim to a large slice of the district (pasir Puteh) and special commission for the status was engagel in unsuccessful effort to reach a settlement.


     sememangnya kenyataan ini diragui kerana seperti sedia maklum tok janggut, Engku Besar Jeram dan penduduk -penduduk jeram bukanlah hendk memisahkan daerah ini daripada pemerintahan baginda sultan kelantan tetapi hakikatnya adalah menentantg pegawai british yang mentadbir dengan zalim dan kejam ke atas penduduk di daerah Pasir Puteh, dengan mengenakan pelbagai hasil cukai.
     sementara itu pasukan bantuan dari singapura telah tia di tumpat pada 5 mei 1915 dan pada tarikh yang sama telah tida di kota Bharu. pasukan bantan ini dipimpin oleh kolonel C. W. Brownlow dengan kapal perang SS Kaka dan kapten Marryat dengan kapal perang HMS Cadmus, yang membawa seramai 230 orang askar dan mesinggan. selepas itu bantuan tambahan telah tiba di kota bharu dengan kapal SS Calypso pada 12 Mei 1915 yang dikenali sebagai pasukan malaya states guide. pasukan british ini mara ke gunung pada 5 mei 1915 dan seterusnya ke bukit jawa 8 mei 1915 dan akhirnya tiba di pasir puteh pada 9 mei 1915. ketibaan pasukan pemerintah british ini dihadapi oleh tok janggut dan pengikut-pengikutnya dengan cara menyembunyikan diri ke hutan atau daerah besut. ini bukan bermakna tok janggut dan pegikut-pengikutnya aalh pengecut tetapi ia adalah merupakan strategi peperngan untuk mengelakka ramai rakyatterkorban. kegagalan phak british untuk menyekat dan mengekang kebangkitan tok janggut dan pengikut-pengikutnya di pasir Puteh dengan cara mengesan dan menangkap mereka yang terlibat menyebabkan sultan kelantan dengan nasihat penasihat British W Langham Carter telah menurunkan tandatangannya ke atas surat pengistiharaan memaklumkan 5 pemimpin iaitu tok janggut, Engku Besar Jeram , penghulu adam, che shak dan haji said menyerah diri dari tempoh 7 hari da sekirnya gagal berbuat demikian ruah mereka akan dibakar dan segala harta benda akan dirampas. di samping itu hadiah juga ditawarkan kepada sesiapa sahaa yang berjaya menangkap salah seorang daripada kelimalima pemimpin tersebut iaitu akan diberi wang ganjaran sebanyak 500 ringgit tidak kira mereka yang berjaya di tangkap itu hidup atau mati.
     kegagalan pihak british untuk mengesan dan menangkap tok janggut, Engku Besar Jeram dan beberapa orang pembesar yang lain serta pengikut-pengikutnya menyebabkan mereka (british) menggunakan cara ang tidak berperikemanusiaan iaitu dengan membakar istana Engku Besar Jeram, rumah tok Janggut dan beberapa rumah penduduk kampung Jeram. Tindakan ritish ini , diketahui oleh Tok Janggut, Engku Besar Jeram dan pengikut-pengikutnya. sehubungan itu mereka telah berpakat untuk menyerang balas dan pada malam 23 mei 1915 tok Janggut bersama-sama Engku Besar Jeram pengikut masing-masing menyerang kubu british di Pasir Puteh. namun tiada tentangan yang diberikan oleh pihak british, sebaliknya mereka hanya bertahan saja walaupun dikatakan lebih kurang 20 das tembakan telah dibedil di kubu tersebut. kemudiannya pada keesokan harinya 24 mei 1915 tok janggut, Engku Besar Jeram dan para pejuang yang lain menghadapi serangan tentera british yang diketui oleh major Borton bersama- sama 50 orang askar sikh dan 7 orang pegawai eropah. pertempuran telah berlaku di antara kedua-dua belah pihak di kampung Dalam Pupuh. Akhirna dalam pertempuran tersebut dilaporkan bahawa tok Janggut dan beberapa pengikutnya telah terkorban. sementara itu Engku Besar Jeram mengalami kecederaan di paha telah diselamatkan oleh wan Deraman ke Reman, selatan thailand dan tidak berapa tahun kemudian beliau telah meninggal dunia di sana. mayat tok Jnaggut telah di arak di Pasir Puteh dan kota bharu dan seterusnya digantung kepala ke bawah di Padang merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

Kesimpulan
     kebangkitan Tok jangut merupakan reaksi-reaksi penduduk kelantan menentang pihak penjajah british di kelantan, walaupun kebangkitan tersebut berkesudahan dengan kegagalan tetapi ia membuktikan bahawa penduduk daerah Pasir Puteh tidak begitu mudah menerima kedatangan dan penglibtaan penjajah british di daerah tersebut. malahan semangat perjuangan yang telah ditujukkan oleh tok janggut telah menjadi obor kebangkitan umat melayu bagi menuntut kemerdekaan dari penjajah.


Bibliografi

Abdullah Amirah, Riawat Hidup Tok Janggut Dan Peperangan Di Kelantan, Sinaran Bros Ltd, Pulau Pinang, 1957

Abdullah Zakaria Ghazali, Peribumi Dan Penjajha: Gerakan Tentangan Di Malysia, Jurnal Sejarah, Persatuan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Bil 23, 1995.

Berita Minggu 22 September 1996

Nik Annuar Nik Mahmud, Sejarah Jeram Dan Kebangkitan Tok Janggut (1915), Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1972.

W. R. Roff (Ed), Kelantan Religion, Society And Politic In A Malay State, Kuala Lumpur, Oxford University Press, 1974

Yahya Abdullah, Peperangan Tok Janggut Atau Balasan Derhaka, The Muslim Printing Press, Kota Bharu, 1955


BALIK