Make your own free website on Tripod.com
Research Department (Madzani)
REFORMASI


     Gerakan reformasi agama berlaku di eropah pada abad ke 16 dan mempunyai banyak pengertian. Reformasi adalah satu revolusi intelek, sosial dan ekonomi. Ia juga bertujuan untuk memulihkan institusi gereja yang teruk tercemar. Untuk tujuan itu telah muncul beberapa tokoh reformis seperti mrtin luther. Ulrich zwingli, john calvin dan lain-lain yang ingin kembali kepada gereja lama yang sebenar.
     Ada banyak fakor yang membangkitkan gerakan reformasi ini. Anataranya adalah masalah dalaman gereja seperti sikap institusi itu yang cenderung kepada duniawi, masalah kewangan paus, moral yang rendah dikelangan paderi-paderi. Kejahilan mereka dalamm bahas latin hingga menyebabkan ajaran dan penerangan mereka tidak tepat. Perubahan dalam cara-cara beribadat juga tibul. Terutama dalam upacara menyembah. Institusi paus dan pentadbiran rm dikatakan ada melakukan dosa birokrasi iaitu penyelewengan simony, pluralism dan nepotisme.
     Kewujudan golongan humanis seperti eramus of rotterdam dengan bukunya ' praise of holly' turut emnyelar penyeleengan gereka katolik. Dengan adanya mesin cetak telah memudahkan lagi idea-idea dari golongan humanis sampai kepada masyarakat yang telah pun menitikberatkan ilmu pentahuan kesan dari renaissance. Mereka ini telah mendapat sokongan dari goongan kelas menengah.
     Gerakan ini bermula di jerman oleh seorang yang bernama martin luther. Beliau menentang sikap gereja yang menjual penebusan dosa dan memperdayakan orang kempung agar membayar dan menderma wang kepada tabung pengampunan paus. Penentang beliau ini ada terkandung dalam tesisnya 'ninty five tesis'. Dalam tulisannya yang lain bertajuk ' a prulue concerning the babylonish captivity of the church' beliau telah mengurangkan 7 sakramen kepada 3 sahaja iaitu baptisme, eucharist dan penebusan dosa.
     Di switzerland pula gerakan reformasi dipelopori oleh ulrich zwingli yang kemudiannya d sambung oleh john calvin. Zwingli tidak mencipta organisasi gereja baru tetapi hanya memperluaskan lagi onsep moral protestan. Beliau juga telah mengubah peranan gereja dengan mnegaakan khutbah yang responsif dan menghapuskan liturgik katolik. Penulisan beliau ialah '67 articles' telah diterima sebagai doktrin rasmi mazhab protestan.
     Bagi john calvin pula beliau menganggap pengampunan hanya datang dari tuhan, oleh itu salurannnya hanyalah denga berdoa kepada tuhan bukannya melalui perantaraan orang lain. Beliau telah menenmui konsep 'election and predesnation' maknanya, dipilih dan ditakdirkan. Beliau turut mengilhamkan sebuah konsep kerajaan yang terdiri dari 4 kumpulan iaitu rahib, golongan tua, doktor dan ahli gereja. Dengan penubuhan sebuah akademi pada tahun 1559, geneva menjadi tumpuan kegatan mualigh dan plarian aliran-aliran lain
     Gerakan reformasi ini telah meberi kesan yang ketara. Antaranya ialaha musnahnya perpaduan agama, kewujudan mazhab baru, mengukuhkan kedudukan negara kebangsaan. Toleransi agama, mengembangkan kesusasteraan, mengembangkan kapitalism, perang agama dan perang 30 tahun.


Helm, P.J. The Reformation 1517-1564, History Of Europe 1450-1660,


BALIK