Make your own free website on Tripod.com
Research Department (Madzani)
THE RULES AND THE EMPIRE


    sebelum pergerakan demokrasi di Gracchi. Senat masih memonopoli kuasa politik di Rom. Ahli-ahli senat ini terdiri daripada golongan atasan atau bangsawan. golongan bangsawan telah mengamalkan perkara ang tidak sewajarnya seperti rasuah, untuk dipilih sebagai ahli senat. kuasa senat ini berterusan walaupun ia mendapat tentangan kerana ketidakcekapan dan kekerasan yang dilakukan. peristiwa di Gracchi telah menyebabkan berlakunya penentangan de atas golongan bangsawan. ini mengakibatkan politik dan ekonomi rom terjejas. keadaan ini membawa kepada pemberontakan dan seterusnya berlaku perang saudara yang akhirnya sistem tradisi dijatuhkan.
    selepas itu berlaku satu reformasi politik iaitu peralihan sistem pemerintahan kepada era empayar. semasa caesar, beliau telih dikenali sebagai diktator sehingga kematiannya. pemerintahan rom telah diambilalih raja baru yang lebih adil iaitu augustus. pemerintahannya dikatakan bagus, baik serta cuba memulihkan keadaan di rom. ia dikenali sebagai zaman pax romana dan juga keamanan telah dapat diwujudkan. sistem pemerintahan telah disatukan di bawah satu unit pentadbiran. disamping itu augustus juga melakukan perubahan ke atas pentadbiran Rom. antaranya ialah membahagikan pentadbiran kepada beberapa bahagian, membentuk sistem ketenteraan yang cekap, menjalankan sistem percukaian yang adil, menyusun semula sistem kewangan dan pelbagainya lagi.
    Dengan pemerintahan Augustus, rom berjaya mewujudkan sebuah empayar yang besar. perkembangan bandar-bandar adalah bersifat kosmopolitan. Pendek kata, perubahan atau pembaharuan yang dibuat agak berjaya dalam ketiga-tiga aspek iaitu politik, ekonomi dan sosial. Pada masa yang sama juga tidak wujud golongan pembangkang atau penentang di kalangan rakyatnya. Namun begitu, selepas pemerintahan Augustus Rom mula mengalami kemerosotan


Rujukan

Grant, M. The World Of Rome


BALIK