DOKUMEN PENYERAHAN SABAH KEPADA Syarikat Berpiagam Borneo Utara

 

PENDAHULUAN

Dokumen-dokumen ini berkaitan dengan pemberian beberapa jajahan Brunei kepada satu pihak Barat oleh Sultan dan kerajaan Brunei. Pihak Barat ini yang digelar The Overback Dent Syndicate atau Sendikit Syarikat Overback. Sultan Brunei telah memajakkan wilayah-wilayah atau jajahan yang disebut 'Sabah' sekarang ini kepada sendikit ini. Pada masa itu Kerajaan Brunei mempunyai kedaulatan ke atas sebahagian besar kawasan Sabah. Kawasan yang diserahkan adalah dari barat iaitu Sungai Sulaman ke kawasan timur iaitu Sungai Sibuku. Pada tahun 1877 sendikit ini telah perolehi hak ke atas kawasan-kawasan yang dikuasai oleh Kesultanan Brunei di Sabah.

 

ANALISIS DOKUMEN KE 3

Dokumen perjanjian ini menunjukkan pajakan jajahan hak kerajaan semasa pemerintahan Sultan Abdul Mu'min ibn al-marhum Seri Paduka Maulana Abdul Wahab. Perjanjian ini dibuat pada 29 Disember 1877. Bukti menunjukkan yang jajahan ini adalah hak kerajaan di bawah kata "… Adapun sebab telah dianugerahi pajakan ini, maka Gustavus Baron de Overback bersama-sama Aifred Dent Esquire yang tersebut namanya diatas ini berjanji akan membayar dua ribu ringgit pada satu tahun akan dibayar pada tiap-tiap tahun kepada Bawah Duli Yang di-Pertuan dan kepada penggantinya yang datang kemudian kelak."
Maksud penggantinya yang datang kemudian kelak ini adalah Sultan yang baru, yang akan mentadbir kerajaan kelak. Dan penggantinya itu mestilah Sultan atau wazir yang telah disahkan bukannya mesti dari keturunan Sultan Abdul Mu'min juga . Ini kerana syarat bagi jajahan hak kerajaan adalah jajahan itu tidak boleh diwarisi oleh keturunan samada keluarga Sultan atau wazir. Dan jajahan kerajaan juga tidak boleh dijual kepada orang lain kerana ia hak kerajaan kecuali mendapat persetujuan atau sokongan dari Majlis Tertinggi seperti Panggeran Bendahara, Panggeran Pemancha, Panggeran Digadong dan Panggeran Temenggung.
Dokumen ini menunjukkan pajakan yang dibuat oleh Sultan Abdul Mu'min kepada Tuan Gustavus Baron de Overback dan Alfred Dent Esquire, kongsi-kongsinya, pengganti-penggantinya dan wakilnya. Baron de Overback adalah Konsul Austria yang ditempatkan di Hong Kong. Manakala Alfred Dent adalah seorang pedagang yang terkenal di Hong Kong. Beliau pemilik London Trading Firm of Dent Brothers. Dan Baron sendiri pernah bekerja dengan firma Dent and Co pada 1869. Oleh itu mereka mempunyai cita-cita untuk menguasai kawasan Borneo.
Sultan telah memajakkan jajahan dari Paitan ke Sungai Sibuku, antaranya termasuk Paitan, Sugut, Bonggaya, Labok, Sandakan, Chinabatangan, Mumiang dan semua jajahan sepanjang Sungai Sibuku dan pulau-pulau di dalam 9 mile dari tepi laut. Menggunakan 9 mile sebab telah ditetapkan dalam undang-undang. Setelah memajakkan jajahan ini mereka berhak membuat apa sahaja.
Tuan Gustavus Baron de Overback bersama-sama Aifred Dent telah berjanji akan membayar 2 ribu ringgit setiap tahun kepada Sultan Abdul Mu''in dan sultan yang seterusnya. Sekiranya dalam masa 3 tahun mereka tidak membayar apa yang telah dijanjikan, sultan berhak ambil balik segala jajahan yang telah dipajakkan itu. Dan dengan itu perjanjian ini akan terbatal.

Dokumen keempat ini di tandatangani pada 29 Desember 1877 antara pangeran Temenggong Sahibulbahar ibn al marhum seri paduka maulana as sultan Omar Ali Saifuddin dengan Tuan Gustavus Baron de overbeck dan Alfred Dent. Dokumen ini menunjukkan kepada kita Pangeran Sahibulbahar telah memajak tanah miliknya atau lebih dikenali sebagai jajahan Tulinnya iaitu Kimanis dan Benoni kepada Tuan Gustavus dan rakan kongsinya yang lain dengan bayaran sebanyak 3 ribu ringgit setiap tahun.
Tanah ini tanah Tulin Sepertimana diterangkan dalam dokumen ini antaranya :
"….berjanji membayar kepada pangeran Temenggong dan kepada waris dan wakilnya……".

Waris dalam pernyataan tersebut menunjukkan pajakan ini adalah tanah tulin atau pusaka kerana jajahan tulin adalah kepunyaan individu atau persendirian samaada milik sultan, wazir atau pembesar-pembesar lain. Jajahan ini adalah kepunyaan pusaka iaitu boleh diwarisi dari turun temurun. Malah tanah ini boleh dipajakkan pada sesiapa saja kerana hanya memerlukan persetujuan individu tetapi sultan masih ada hak kedaulatan atas jajahan itu iaitu perlu mematuhi undang-undang atau peraturan dari sultan Brunei. Sebab itulah dalam dokumen ini tidak terdapat cop mohor dari sultan yang perlu adalah cop pengesahan dari pemilik tanah jajahan ini iaitu Pangeran Temenggong. Selain itu pendapatan yang diperolehi dari jajahan ini adalah untuk kekayaan individu bukan untuk kerajaan hanya kerajaan memperoleh royalti kecil.
Antara syarat perjanjian tersebut sekiranya dalam masa tiga tahun Baron tidak membayar apa yang telah ditetapkan secara serta merta Pangeran Temenggong boleh mengambil balik jajahan yang telah dipajakkan itu. Selain itu Baron berjanji akan membantu Temenggong dengan secukup-cukupnya kepada Pangeran Temenggong bagi menangani masalah didalam negeri Brunei kerana dalam abad 19 Brunei menghadapi pergolakkan Politik. Oleh itu jalan mudah untuk menyelamatkan keadaan adalah minta perlindungan dari pihak Barat umpamanya membekalkan senjata melalui jalan diplomasi seperti membuat perjanjian seperti ini.

Perbezaan dokumen

Dokumen 1,2 4 adalah berkaitan dengan pajakan tanah jajahan Tulin samada milik sultan, wazir atau pembesar yang lain. Jajahan ini adalah kepunyaan pusaka iaitu boleh diwarisi dari turun temurun. Malah tanah ini boleh dipajakkan pada sesiapa saja kerana hanya memerlukan persetujuan individu tetapi sultan masih ada hak kedaulatan atas jajahan itu iaitu perlu mematuhi undang-undang atau peraturan dari sultan Brunei. Ini menunjukkan keadaan politik semasa ini tidak stabil dimana hubungan sultan dan pembesar tidak rapat dan longgar yang pentingnya siapa yang dapat menguasai rakyat dan kaya mempunyai kekuatan . sehinggakan pembesar boleh membuat keputusan dengan memajakkan tanahnya tanpa persetujuan dari sultan sendiri.
Manakala dokumen 3 adalah mengenai pajakkan tanah milik kerajaan atau tanah kuripan antara syarat bagi jajahan hak kerajaan adalah jajahan itu tidak boleh diwarisi oleh keturunan samada keluarga Sultan atau wazir. Dan jajahan kerajaan juga tidak boleh dijual kepada orang lain kerana ia hak kerajaan kecuali mendapat persetujuan atau sokongan dari Majlis Tertinggi seperti Panggeran Bendahara, Panggeran Pemancha, Panggeran Digadong dan Panggeran Temenggung. sepertimana didalam dokumen tersebut terdapat dua cap mohor pengesahan satu dari pihak sultan dan satu lagi dari majlis tertinggi. Tanah ini juga hanya dikendalikan semasa zaman pemerintahan seseorang sultan sahaja apabila berlaku perubahan tampuk pemerintahan secara serta merta diletakkan dibawah kelolaan sultan yang baru pula.

Dilihat pajakan yang dilakukan secara keseluruhannya adalah bermatlamatkan ekonomi dan juga politik . Walaupun tanah kuripan tidak boleh dipajakkan pada orang asing tetapi atas dasar ekonomi dan kepentingan politik sebabkan syarat ini diabaikan apabila sultan Abdul Mu'min contohnya telah memajakannya kepada Baron. Begitu juga dalam dokumen yang lain seperti dokumen 4 pula Pangeran Temenggong memajakan tanah atas dasar kepentingan ekonomi dan keselamatan pemerintahannya

 

 

 

Kesimpulan
Sebelum ini Brunei terkenal sebagai sebuah kuasa yang berwibawa dan berpengaruh di kawasan Borneo. Tapi setelah kemasukkan kuasa barat dan campurtangan mereka dalam hal pentadbiran menyebabkan kesultanan Brunei menjadi lemah apatah lagi masalah politik dalaman yang berat dimana masing-masing mementingkan kedudukan sebagai pembesar dan sultan didalam kawsan yang luas membolehkan Barat secara halus memperoleh banyak jajahan melalui perjanjian-perjanjian seperti ini.


BIBLIOGRAFI

 

L.R.Wright, The Origins of British Borneo, Hong Kong University Press, 1970

Nicholas Tarling, Britain, The Brooks dan Brunei, Oxford University Press London, 1971

P.Lays, "Observation on The Brunei Political System 1883-1885 JMBRAS, Vol.41 Pt.. 2, 1968

Ranjit Singh, Brunei 1839-1983 The Problem Political of Survival, Oxford University Press, New york, 1991


 

BALIK