Make your own free website on Tripod.com

PERKEMBANGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA DARI MALAYAN UNION HINGGA MALAYSIA TERBENTUK.

 

 

Pengenalan

Sejarah perlembagaan bagi Malaysia dikatakan oleh Mohd. Aris Othman bermula pada 10 Sepember 1877 di Kuala Kangsar apabila Raja Muda Yusuf dan Residen British Sir Hugh Low menerangkan tujuan diadakan Majlis Mesyuarat Negeri, "…To submit for…. Consideration…. And in the hope at receiving advice and assistance all important subjects concerning the welfare of the states and it's inhabitats which might present any dificulties. Involve extensve modifcations of existing laws or custum, or be considered of general interest."
Namun, apabila dirujuk Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 didapati keterangan ini adalah bercanggah dan boleh dikatakan bahawa perlembagaan yang diperkenalkan oleh British sebenarnya telahpun diperkenalkan melalui Perjanjian Pangkor 1874. Perjanjian Pangkor menyebabkan British mula berkuasa menentukan undang-undang mengikut kehendaknya tanpa melibatkan Sultan dan pembesar Melayu. Sultan dan Pembesar Melayu hanya berhak di dalam hal-hal keagamaan dan adat istiadat Melayu. Ini didasari melalui perjanjian Pangkor 20 Januari 1876, perkara 6 yang menyatakan bahawa Residen adaah berkuasa penuh dalam semua hal dan dan bertindak sebagai mahkamah manakala Sultan haruslah meminta nasihat daripada Residen dan wajib mematuhinya kecuali yang berkaitan dengan Agama dan adat-istiadat Melayu . Secara tidak langsung, bermula 1874 Sultan dan Pembesar Melayu telah hilang kuasa dan dirampas oleh British dengan alasan melindungi atau menanungi.

Perlembagaan Malayan Union

Perlembagaan Pangkor 1874 ini kekal sehinggalah Jepun menjajah Malaysia dan apabila Jepun menyerah kalah dalam perang dunia kedua, British kembali ke Tanah Melayu dan memperkenalkan Malayan Union. Malayan Union ini adalah untuk menukarkan status 'melindungi' kepada status "koloni" penuh British seperti yang dinyatakan oleh Zainal Abidin Abdul Wahid " The British for from trying to make amend for it's failure to honour the treaties of protection insteand tried to colonies Malaya, Changing the states of the Malay States from protec torates to colonies" . British telah menyatakan untuk terus menguasai 'Tanah Melayu' dan menjadikannya jajahan penuh British. Oleh kerana itu, Harold Macmicheal telah dihantar untuk membuat perjanjian formal dengan Sultan Melayu dan telah menyelesaikan tugasnya pada 25 Disember 1945 . Selain itu, Malayan Union ini juga mempunyai peranan lain iaitu tujuan Malayan Union semata-mata meyenangkan pentadbiran British dengan menyatukan pentadbiran. Segala kuasa terletak di tangan Gabenor yang boleh membatalkan segala keputusan Majlis Perundangan manakala Raja-raja Melayu hanya berkuasa dalam hal-ehwal Agama Islam dan adat Istiadat orang-orang Melayu . Sultan telah hilang kuasa setelah menandatangani perjanjian ini dan ini bermakna Sultan hanya boneka semata-mata untuk memastikan orang Melayu tidak menentang British.
Lantaran itu, Perlembagaan Malayan Union telah diselenggarakan oleh pihak British Colonial Office. Malayan Union diselenggarakan di England yang diusulkan oleh kerajaan 'Labour' yang memerintah pada masa itu. Perlembagaan ini bukanlah hasil daripada perbincangan atau rundingan dengan Sultan atau mana-mana pegawai di Tanah Melayu . Antara perlembagaan Malayan Union ialah ;

1. Malayan diketuai oleh gabenor yang berkuasa penuh dalam perkhidmatan awam dan tidak akan bertanggungjawab kepada majlis undangan

2. Sultan menjadi ketua negeri dan hanya penasihat, bersidang dalam Majlis Sultan yang mana majlis ini yang memberikan nasihat kepada gabenor apabila gabenor memerlukan nasihat itu. Apabila Malayan Union di tubuhkan Negeri-negeri Selat dimansuhkan sementara Singapura telah dijadikan sebuah Tanah Jajahan British yang berasingan dan disebabkan Malayan Union Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di mansuhkan . Dalam perkara ini rancangan Malayan Union menjelaskan bahawa British mengambilalih kuasa yang dipunyai oleh Sultan negeri-negeri Melayu termasuklah Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka dicantumkan dibawah kuasa pusat yang diketuai oleh gabenor. Manakala Singapura adalah jajahan yang terasing daripada Malayan Union. Gabenor dinasihatkan oleh Sultan tetapi tidak semestinya mengikuti nasihat Sultan ini. Sultan hanya menjadi ketua agama dalam negeri-masing-masing . Jelas ini amat berbeza dengan Perjanjian Pangkor 1874, iaitu Sultan harus meminta nasihat daripada Residen dan wajib mematuhinya. Tetapi perlembagaan Malayan Union, gabenor akan diberi nasihat tetapi tidak semestinya mematuhinya. Jelas Sultan kehilangan kuasa selain hanya sebagai ketua agama negeri masing-masing.

3. Majlis Undangan mempunyai bilangan ahli rasmi dan tidak rasmi yang sama banyak dan gabenor mempunyai kuasa membatal atau meluluskan satu-satu undang-undang walaupun tanpa pandangan Sultan. Disini menunjukkan Sultan telah tidak ada peranan lagi malah boleh dikatakan Sultan seperti rakyat biasa saja. Sultan hanya lambang bagi orang Melayu agar orang Melayu tidak bangkit memberontak.

4. Sultan pula dimasukkan dalam Majlis Penasihat Melayu yang ditubuhkan dalam tiap-tiap negeri dan hanya menguruskan hal ehwal agama Islam sahaja. Berdasarkan pernyataan ini ia mempunyai persamaan dengan Perjanjian Pangkor 1874 . Ini bermakna Malayan Union terus saja menggunakan perjanjian Pangkor sebagai asas untuk mengabui Sultan dan masyarakat Melayu.

5. Singapura dijadikan negara jajahan yang berasingan dan mempunyai gabenor dan majlisnya sendiri. Atas aasan bahawa rakyat Singapura mempunyai kerakyatan tersendiri dan dengan menyatakan untuk mengimbangi orang Melayu dan Cina serta India di Singapura ketika itu kaum Cina dan India bilangannya adalah lebih 3 juta orang. Bila dirujuk pembentukan Malaysia, Singapura telah turut serta dan setelah diistiharkan 'merdeka' Singapura keluar dan terus menjadi satu entiti negara yang berasingan. Berdasarkan ini, Perlembagaan Malaysia adalah jelas menunjukkan penerusan perlembagaan Malayan Union.

6. Gabenor dilantik untuk Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.

7. Kewarganegaraan boleh diberikan kepada sesiapa saja yang menganggap negeri in adalah negeri mereka. Seperti yang dinyatakan oleh Zulkifli Abdullah . Prinsip ini juga dikenali sebagai Jus Soli seperti dinyatakan oleh Zainal Abidin Abdul Wahid . Malayan Union ini juga sebenarnya telah disokong oleh masyarakat Cina kerana ia membolehkan mereka mendapat kewarganegaraan. Malah Tan Cheng Lock juga telah menghantar memorandumnya kepada pihak British tentang pendirian masyarakat Cina terutamanya dalam hal kewarganegaraan .

 

Harold Mac Micheal tiba di Malaysia untuk membuat laporan kepada pihak British pada Oktober 1945 hingga Januari 1946 , tujuannya ialah ;

1. Mendapatkan perjanjian rasmi dengan Sultan-sultan Melayu untuk mendapatkan kuasa penuh diserahkan kepada British.
2. Melaporkan tentang pendirian raja
3. Mengesa setujui Malayan Union

Dan sehingga Januari 1946 Harold Mac Micheal telah mendapatkan sembilan tandatangan Sultan dan April 1946 Malayan Union telah diwartakan dan gabenor pertamanya ialah Edward Dent . Namun kerana protes orang Melayu yang memulaukan Majlis Penasihat dan Sultan-Sultan Melayu tidak menghadiri upacara angkat sumpah menyebabkan Malayan Union dimansuhkan atas desakan orang Melayu. Namun British masih berdalih untuk menyatukan negeri Melayu menjadi satu agar mudah diperintah dan dikendalikan, walaupun Malayan Union tidak dilaksanakan tetapi semangat Malayan Union masih terus dilaksanakan Lantaran itu, satu perjanjian telah dibuat antara Raja Melayu dengan Kerajaan British pada 21 Januari 1948 dan terbentuklah Federation of Malaya atau diterjemahkan sebagai Persekutuan Tanah Melayu yang berkuatkuasa pada 1 Februari 1948 .

 

Perlembagaan Federated Malay State

Perlembagaan Federated Malay State masih lagi mengekalkan beberapa isi penting perlembagaan Malayan Union iaitu;

1. Melalui pelembagaan Federated Malay State 1948 hal-hal kewarganegaraan masih lagi terbuka tetapi dengan agenda tertentu. Kerakyataan dibuat sama ada secara automatik ataupun membuat permohonan . Iaitu;

· Kerakyatan automatik
· Kerakyataan automatik akan diberikan kepada sesiapa saja yang menjadi rakyat Sultan Melayu dan British pada bila-bila masa saja.

· Kerakyataan permohonan
· Seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 8 tahun dariada masa 12 tahun sebelum memohon. Atau
· Seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 15 tahun daripada masa 20 tahun sebelum memohon.

2. Raja Melayu mendapat semula kuasanya iaitu seperti sebelum pendudukan Jepun. Ini bermakna Sultan-Sultan negeri-negeri Melayu akan tertakluk berdasarkan Perjanjian Pangkor 1874.

3. Kerajaan British mempunyai PesuruhJaya Tinggi yang dilantik oleh kerajaan British. PesuruhJaya Tinggi mempunyai kuasa dalam segala hal dan dinasihatkan oleh majlis mesyuarat kerajaan tetapi pesuruhjaya tinggi boleh menghiraukan nasihat ini . Dan ini menunjukkan PesuruhJaya Tinggi mempunyai bidang kuasa yang lebih berbanding Sultan. Dan ia merupakan penerusan Malayan Union. Cuma bezanya Federated Malay State ada;lah Pesuruhjaya Tinggi manakala Malayan Union adalah Gabenor.

4. Pesuruhjaya Tinggi mempunyai tanggungjawab mempertahankan mana-mana hak negeri-negeri Melayu, Negeri-negeri Selat dan kuasa raja Melayu.

Desakan mahukan kemerdekaan menyebabkan British terpaksa mengadakan Pilihanraya. Pilihanraya ini telah diadakan dan keputusan pilihanraya telah dimenangi oleh Parti Perikatan yang mengandungi UMNO, MCA dan MIC dengan mendapat 51 kerusi . Setelah pilihanraya , badan Membuat Undang-undang dibentuk dan satu mesyuarat Perlembagaan diadakan di London dari 8 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh empat wakil raja, ketua Menteri, tiga menteri lain, Pesuruhjaya Tinggi dan penasihatnya. Perlembagaan dibentuk untuk Federated Malay State atau diterjemahkan sebagai Persekutuan Tanah Melayu supaya mampu berkerajaan sendiri dan "merdeka dalam Komenwealth". Perlembagaan ini berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957 . Perlembagaan Malaysia adalah yang tertinggi dan agak sukar untuk dipinda iaitu ia terkandung Dalam fasal (1) perkara 4 Perlembagan Malaysia disebutkan "Perlembagaan ini ialah undang-undang tertinggi bagi persekutuan dan mana-manan undang-undang yang dibuat selepas hari merdeka yang bertentangan dengan Perlembagaan ini mana setakat mana pertentangannya akan terbatal undang-undang itu . Oleh kerana ketinggiannya Perlembagaan bertulis mempunyai 3 syarat ;

1) Perlembagaan itu kukuh iaitu sukar hendak dipinda melainkan ada peruntukan di dalam Perlembagaan itu yang membolehkan pindan itu dibuat

2) Parlimen hanya mempunyai kuasa membuat undang-undang didalam apa-apa perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan itu

3) Tafsiran Perlembagaan terletak di tangan mahkamah.

Sekira diperhatikan perlembagaan ini juga pada pandangan Muhamed Suffian Hashim menggabungkan peruntukan daripada perlembagaan India yang telah diubahsuai dan kelihatan di atas kertas amatlah kompleks dan menyebabkan seorang pemerhati beranggapan perlembagaan Malaysia telah ditulis oleh seorang profesor gila dalam bidang undang-undang perlembagaan yang mencuba dengan sebebas-bebasnya teori-teori perlembagaan .;

Perlembagaan Malaysia

Pada 27 mei 1961 Tunku Abdul Rahman hasrat bentuk Malaysia dan disambut baik oleh British kerana ia akan menjadikan hal ini memudahkan British menguasai Malaysia dengan badan Komenwelnya. Kemudian satu Jawatankuasa telah dibentuk diketuai oleh Lord Cabbold untuk menyiasat kehendak penduduk Sabah dan Sarawak dan selesai pada Februari 1962 dan laporan siap pada 21 jun 1962 .
Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu satu undang-undang di panggil Akta Malaysia di luluskan pada 26 ogos 1963 untuk sesuaikan konsep dan stuktur penubuhan Malaysia . Malaysia terbentuk pada 16 september 1963 .

Antara Akta Malaysia ialah ;

1) Hal-hal luar negeri jadi tanggungjawab kerajaan pusat
2) Agama Islam agama rasmi tetapi diberi kebebasan beragama
3) Bahasa Melayu bahasa rasmi tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh terus digunakan
4) Kerajaan di Borneo beransur-ansur diubah mengikut Persekutuan Tanah Melayu
5) Negeri Borneo diberi peluang capai kerajaan
6) Borneo mengawal kuasa imigresan, perkhidmatan awam.
7) Semua warganegara Persekutuan dan Singapura boleh dapat kewarganegaraan secara automatik dan akan dapat hak yang sama
8) Bumiputera Borneo akan dapat hak yang sama seperti orang Melayu.

Setelah sekian lama maka kerajaan Malaysia memudahkan tugasnya dengan mengubah dan membuat beberapa pindaan sehinggalah terbentuk Perlembagaan Malaysia yang memasukkan Sabah dan Sarawak di Dalam Perlembagaan ini. Dan Sehingga sekarang Perlembagaan Malaysia ini mengandungi

1) Ketinggian Perlembagaan Persekutuan
2) Yang Dipertuan Agung
3) Raja dan Yang Dipertua Negeri
4) Jemaah Menteri
5) Parlimen
6) Pilihan raya
7) Kehakiman
8) Perkhidmatan awam
9) Negeri-negeri
10) Perhubungan persekutuan dan negiri
11) Peruntukan kewangan 12) Kebebasan asasi
13) Perbuatan surbertif, kuasa darurat dan tahanan pencegahan
14) Agama islam
15) Kewarganegaraan
16) Orang melayu dan bumiputera di sabah dan sarawak
17) Bahasa kebangsaan
18) Ibukota persekutuan
19) Pindaan perlembagaan

Sekiranya dilihat perlembagaan yang dibentuk ini, ia masih lagi mengekalkan apa yang terkandung di dalam Malayan Union kemudian Federated of Malaya iaitu kekuasaan akan tertumpu pada seseorang sahaja iaitu Perdana Menteri manakala Yang Dipertuan Agung hanya menjadi Ketua Agama Islam seluruh Persekutuan serta setiap negeri mempunyai Majlis Agama yang menasihati Raja-raja tentang agama Islam . Ia masih sama lagi dengan peruntukan di dalam Perjanjian Pangkor iaitu Raja sebagai pengendali Agama dan adat-Istiadat Melayu manakala pentadbiran diasingkan daripada aspek keagamaan. Sekiranya dilihat Malayan Union kekuasaan tertumpu pada Gabenor, Federated of Malaya pula adalah PesuruhJaya Tinggi dan Perlembagaan Malaysia pula ialah Perdana Menteri. Ini bermakna perkembangannya adalah mengikut apa yang terkandung didaam Perlembagaan Malayan Union.

Kesimpulannya

Bolehlah dikatakan bahawa perkembangan Perlembagaan Malaysia dari Malayan Union adalah mendatar dan menyerupai antara satu sama lain. Hanya beberapa peruntukan diubah untuk mengabui pandangan dan pendirian orang Melayu tetapi konsep atau pengisiannya adalah bermatlamatkan sama iaitu terus mengekalkan Malaysia dibawah kerajaan British. Kemerdekaan yang sebenarnya adalah kemerdekaan dalam Komenwel dan masih lagi dalam bentuk neo-colonialisme. Pembentukkan Malaysia dengan menggabungkan Sabah dan Sarawak serta Singapura merupakan satu agande untuk menyatukan pentadbiran dan menggabungkann negeri-negeri ini dibawah satu pentadbiran. Singapura pula punya pendirian yang sama. Sekiranya dilihat Perlembagaan Malayan Union diteruskan kerana di dalam Perlembagaan Union yang dibicarakan di atas telah jelas dinyatakan bahawa Singapura diasingkan daripada Tanah Melayu dan mempunyai pentadbiran tersendiri dan sehingga ini, perlembagaan itu etrleksana apabila Singapura memang mempunyai pentadbiarnnya sendiri tetapi masih lagi didalam Komenwel.

 


Nota Akhir

Mohd. Aris Othman Perkembangan Perlembagaan Malaysia, Petaling Jaya, Fajar Bakti, 1983, hlm. 5

Parkinson, C. Northcote, British Intervention In Malaya 1867-1877, University Malaya Press, Kuala Lumpur, 1964, Hlm 323-324. Petikan itu berbunyi " That the Sultan receive and provide a suitable residence for a British Officer to be called Resident, Who shall be accredited to his court, and whose advice must be asked and acted upon on all questions other than those touching Malay Religion and Custom."

Zainal Abidin Adbdul Wahid, Glimpses of Malaysian History, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990.

James De V. Allen, The Malayan Union, Southeast Asia Studies, Yale University, United States Of America, 1967, Hlm 153.

Mohd. Salleh Abas, Sejarah Perlembagaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1984, hlm 25.

Mohd. Aris Othman,of.cit., hlm. 40-41

Ibid, hlm. 39-40

Mohd. Salleh Abas, op.cit., hlm 25-26.

Mohd. Aris Othman,of.cit, hlm. 38-39

Parkinson, C. Northcote, op. Cit., Hlm 323-325

Zulkifli Abdullah, " institution of a Malaya citizenship which will give equal citizenship rights to those who can claim Malaya to be thee homeland"

Zainal Abidin Abdul Wahid,op.cit, hlm. 111, Zainal menyatakan" If Implied that any person born in Malaya. After the esablishment of the Malaya union would be eligible to become citizen.

James De V. Allen, op.cit, Hlm 128, Laporan penuh ini mengandungi segala apa pandangan Harold Macmicheal dan perjalananya mendapatkan sembilan Sultan Melayu yang menandatangani Perjanjian Malayan Union. Laporan ini boleh dibaca di halaman 153-167.

Ibid, Hlm 153, antara kenyataan Tan Cheng Lock berkenaan kewarganegaraan Cina ia menyatakan "regard themselves in course of time as Malayan first and Vhinese secondly as long as they make Malaya their home.". Memorandum Tan Cheng Lock ini boleh dibaca di halaman 123-131.

Mohd. Aris Othman,of.cit hlm. 43-44

Ibid, hlm. 45

Mohd. Salleh Abas, Sejarah Perlembagaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1984, hlm 25

Zainal Abidin Abdul Wahid,op.cit, hlm 112, Zainal menulis "Introduced a citizenship law convering the whole country and enabling the non indigenous inhabits to became the citizens of Malaya.

Mohd. Salleh Abas, op.cit., hlm 28

Ibid,hlm 32.

Mohd. Aris Othman,of.cit, hlm.10

Mohd. Salleh Abas, op.cit., hlm 3

Ibidhlm 5-6

Tun Muhamed Suffian Hashim, Pengenalan Perlembagaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1984. Hlm 7.

Ibid, Hlm 7

Mohd. Salleh Abas, op.cit.,hlm 37-38

Ibid, hlm 41.

Mohd. Aris Othman,of.cit, hlm

Tun Muhamed Suffian Hashim, Pengenalan Sistem Undang-Undang Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990.

Tun Muhamed Suffian Hashim, Pengenalan Perlembagaan Malaysia, Op.cit,. Hlm 343-346.


BALIK