Make your own free website on Tripod.com

'Burial practices' merupakan salah sebuah ciri kebudayaan manusia yang penting. Bincangkan jenis-jenis pengkebumian yang pernah dijumpai di Gua niah, Gunung Runtuh, Gua Cha dan Gua Sireh.

 

PENGENALAN

'BURIAL PRACTICES' merupakan salah satu ciri kebudayaan manusia yang penting. Kepentingan burial practices ini dapat dilihat dari segi pentafsiran dalam melihat sistem sosialnya,pola ekonomi dan kepercayaannya, daris egi assemblaj dalam melihat ke[pada data negatif dan pentarikhan relatif, dari aspek teknologi,dari segi jenis pengkebumian dalam kerana ia adalah satu ciri kebudayaan, serta dari aspek 'skeleter remain'.Pengkebumian ini adalah 'feature' iaitu kaji insitu dan mengkaji stratigrafi dan barang yang terdapat sebelum diangkat dan apa yang dikaji adsalah taburan dan hubungan kawasan tersebut.Pengkebumian ini dikaji kerana ia adalah satu tinggalan arkeologi yang senang dijumpai. Malah dalam melihat kepada tapak pengkebumian ini, ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu tapak terdedah dan tapak terlindung. Namun dalam melihat 'burial practices' sebagai sebuah ciri kebudayaan manusia yang penting, perbincangan akan mengkhususkan kepada tapak Gua Niah dan Gua Gunung Runtuh.

JENIS PENGKEBUMIAN

Pengkebumian yang akan diperbincangkan di sini adalah lebih mengkhususkan kepada tapak di Gua Niah dan Gua Gunung runtuh.
Dilihat kepada jenis pengkebumian, di Gua Niah sahaja terdapat 7 jenis pengkebumian. Antaranya adalah;

1. Pengkebumian melentur
2. Pengkebumian duduk
3. 'mutilation' (pengudungan)
4. Pengkebumian pepanjang
5. Pengkebumian berganda (multiple)
6. Pengkebumian cara 'cremation' (bakar mayat)
7. Burnt burials (bakar)

Gua Niah merupakan 'continuous cave occupation' dan ini terbukti dengan terjumpanya banyak alat-alat kebudayaan dari zaman Paleolitik hinggalah ke zaman awal logam. Malah tapak ini juga boleh dibahagikan kepada kepada 2 sektor utama iaitu;

1. Kawasan yang terdedah ( dari pintu masuk ke sebelah selatan, penuh dengan tahi kelawar dan juga terdedah kepada pancaran cahaya matahari dan juga hujan).Ia juga dikenali sabagai kawasan tapak kediaman.

2. Kawasan sebelah ini gelap dan penuh dengan tahi kelawar. Ia dikenalpasti sebagai pengkebumian kerana pengkebumian tertumpu di sini. Daripada Gua Niah sahaja didapati terdapat 166 pengkebumian yang dijumpai dan 66 daripada keseluruhannya adalah pengkebumian pepanjang, dikuti burnt burials dengan 33 pengkebumian, 26 pengkebumian 'cremation', 18 lagi pengkebumian melentur, mutilations pula sebanyak 17 kubur, pengkebumian cara duduk sebanyak 4 dijumpai dan hanya 2 sahaja pengkebumian berganda/multiple. Secara kasarnya, kedalaman pengkebumian ini adalah antara 1-50 inci. Bagi Gua Gunung runtuh pula, tengkorak yang ditemui adalah pengkebumian primer yang terletak 6 meter dari sebelah selatan pintu masuk ke Gua Gunung Runtuh dan ia dikatakan adalah seorang lelaki berbangsa Australomelanesoid yang meninggal dlam usia 40-an. Tengkorak yang dijumpai ini dikenali sebagai 'Perak Man'. Hanya 'Perak Man' sahaja yang merupakan manusia yang dikebumikan di dalam gua ini di mana ia digunakan sebagai tempat kediaman sejak sebelum 13 ribu tahun dahulu. Perak Man dijumpai pada tahun 1990 iaitu dalam musim ekskavasi dengan kedalamannya antara 90-100 cm malah dapat dilihat kesemua tulang-tulangnya. Disebabkan kedudukannya dalam posisi foetal, kepanjangannya adalah 70 cm dan lengannya memanjang 13 cm ke dalam trench A1.

CARA PENGKEBUMIAN

Setiap jenis pengkebumian menunjukkan cara yang berbeza dari segi posisi kedudukannya dan di bawah akan diterangkan tentang perkara ini serta dapat menunjukkan perbezaan antara satu sama lain.

1. Pengkebumian melentur.
Cara pengkebumian ini ialah ia terkumpul baring sebelah kanan atau kiri badannya dengan tulang belakang merintangi mulut gua (utara-selatan), muka menghadap ke arah luar dengan tulang panjangnya melentur dengan erat. Sikunya pula berlipat ke atas tubuhnya. Kadang-kala dengan satu tangan menahan dagunya (thinker position) dan kakinya dengan buku lali ke punggung. Di samping itu, dalam pengkebumian jenis ini menunjukkan tidak ada bukti mengenai pembungkusan rasmi. Ia diandaikan yang mayat diikat dengan ketat dalam tempat yang tidak tahan lama seperti bakul atau tikar.

1. Pengkebumian cara duduk
Mayat diletakkan ke dalam tanah dalam posisi duduk dan kakinya secara rapat membentuk duduk yang bersudut. Dalam proses pereputan, bahagian atas badan akan runtuh.

2. Pengkebumian cara 'Mutilations'
Di dalam 'mutilations', yang dijumpai hanya rangka yang tidak lengkap ataupun tidak sempurna.

3. Pengkebumian pepanjang
Biasanya badan memanjang di belakang dengan dagunya di atas dada dan tengkorak menghala ke arah gua (timur), kaki pula ke arah barat.Namun didapati 5 pengkebumian tidak ikut cara ini iaitu 4 pengkebumian (tapak 1,68,102,104) terletak variasi 45 darjah denagan tengkorak menghadap selatan dan kaki arah pintu masuk gua (utara) manakala 1 lagi pengkebumian (tapak 158), tengkorak menghadap arah Barat. Pengkebumian ini tidak dalam dan serpihannya ditindih oleh 'burnt burial'. 31 pengkebumian jelas menggambarkan kedudukan lengannya dan 28 daripadanya terletak mengikut 2 cara iaitu; Lengan atasnya di sepanjang badan, kemudian dibongkok naik dari siku, tangan kemudian diletakkan di bawah dagu dan di atas dada. Lengan atas diletak di sepanjang badan dan merintangi tulang belakang dengan bersudut serong. Tangannya pula diletak di atas dada dan satu lagi memanjang di bawah merentangi kawasan punggung (10 pengkebumian)

4. Pengkebumian 'multiple'
Dalam 'multiple burial', terdapat lebih dari satu pengkebumian iaitu 2 atau 3 dalam satu jumpaan. Kedalaman kubur ini adalah ari 11-12 inci dan majoritinya menyerupai pengkebumian pepanjang.

5. Pengkebumian cara 'Cremations' Cara ini merujuk kepada pengkebumian melalui pembakaran mayat. Hampir sama caranya dengan 'burnt burials'.

6. 'Burnt burials'
Ia membawa maksud kepada pembakaran mayat. Malah, 'burnt burials' merupakan pengkebumian yang lebih awal diamalkan berbanding dengan cara 'cremations'. Bagi Gua Gunung Runtuh, ia merupakan sebuah tapak pengkebumian insitu. Cara pengkebumiannya adalah dengan kakinya dilipat ke atas dengan lututnya bengkok dan tangannya terletak di atas abdomen dan bahu. Badan mayat ini berkemungkinan disediakan dahulu sebelum dilakukan 'rigor mortis'. ('Rigor mortis' membawa maksud keadaan mayat dalam keadaan kaku). Dasarnya, Perak Man ini dikebumikan dengan daging, siput laut, dan juga alat-alat batu semuanya terletak di sekeliling badan.

ASSOCIATIONS

Dalam 'association' dapat dilihat dilihat dengan jelas objek-objek material yang disertakan dalam pengkebumian ini seperti alat-alat batu dan sisa makanan sama ada sisa tulang atau kulit siput.
Di Gua Niah, objek-objek material juga dijumpai bersama-sama dengan pengkebumian-pengkebumian ini. Antara material yang dijumpai boleh dibahagikan kepada 3 iaitu batu-batan, tulang dan kulit siput. Alat batu yang dijumpai bersama-sama ini ialah penetak batu kapur dari bawah tengkorak (dapat dilihat pada pengkebumian 173),'edge-ground pebble' dan serpihan kapak pebel. Tulang yang dijumpai adalah 'bantal tulang badak sumbu', tulang yang bahagian hujung runcing dan dikilatkan, dan gigi binatang besar yang dikatakan berkemungkinan kepunyaan orang utan atau babi.
Selain itu, contoh lain dari tapak Gua Niah ini dapat dilihat dari pengkebumian jenis 'burnt burials'. Daripada pengkebumian ini didapati 3 pengkebumian mengandungi hematit dan 4 lagi dijumpai bersama-sama dengan damar yang beku. Bersama-sama dengan pengkebumian jenis ini, tidak dijumpai alat batu yang digilap kecuali serpihan-serpihannya. Serpihan dari 'quadrangular adze' dan serpihan jed dijumpai pada kubur 151. Terdapat juga serpihan batu keras jika dibandingkan dengan jenis 'quadrangular adze' yang terdapat dalam kubur 28-30 disamping terdapatnya 2 periuk batu hematit, tulang dan tembikar tanah. Jenis penetak batu kapur dan objek-objek gangsa yang berkemungkinan pisau juga dijumpai.
Bagi Gua Gunung Runtuh, bersama-samanya pengkebumiannya, dapat dilihat adanya daging, tulang dan kulit siput. Daging bertaburan di ats lantai dan terdapt di 3 kelompok iaitu di bahagian bahu, sebelah badannya dan bahagian kakinya. 2 tukul batu, kepingan batu dan 3 alat-alat batu terletak jauh sedikit dari badannya. Siput pula bertaburan di segenap lantai dengan tinggalan siput yang paling besar terletak paling hampir dengan badan. Hampir 3000 'riverine shells' telah dikumpul dan binatang diburu untuk pengkebumian ini. Malah diketahui yang Perak Man ini dikemunikan paling kurang 5 jenis daging iaitu daging babi, daging rusa, biawak besar, kura-kura dan monyet.
Senarai penuh artifak-artifak yang dijumpai bersama-sama Perak Man ini ialah dengan 10 peralatan batu, 2878 foodshells dan daging iaitu dengan berat sisa tulangnya 1.261 kg. Terdapat 10 alat batu di mana terdiri daripada 3 tukul batu, 2 kepingan batu, 1 'ovul unifacial pebble tool' dan 4 lagi alat batu pelbagai. Bagi jumpaan tulang binatang ini, 90 peratus daripadanya tidak dapat dikenalpasti. Antaranya juga dijumpai serpihan tulang yang terbakar. Daripada serpihan tulang kecil yang terbakar ini, dikatakan yang daging dipanggang atas api dan dipotong menjadi kecil untuk pengkebumian. Jenis binatang yang dikenalpasti ialah babi, rusa, monyet, biawak, kura-kura dan kemungkinan kijang, siamang dan harimau bintang. Kebanyakan siput yang dijumpai adalah jenis Brotia costula dan diikuti dengan jenis Brotia spinosa. Malah siput ini masih lagi boleh dijumpai di sungai-sungai berhampiran dan dimakan hingga hari ini.

KESIMPULAN

Pelbagai jenis pengkebumian secara tidak langsung memperlihatkan ciri kebudayaan yang terdapat dalam masyarakat yang mendiami sesebuah tapak tersebut. Gua Niah misalnya, merupakan tapak kompenan pelbagai telah memperlihatklan pelbagai jenis pengkebumian telah dijalankan di mana ia datang dari beberapa zaman. Di sini mungkin ada signifikannya dari segi kedudukan masyarakat. Jenis pengkebumian ini secara tidak langsung menunjukkan status sosial masyarakat. Perak Man misalnya, merupakan tapak yang istimewa kerana hanya Perak Man sahaja yang dijumpai di Gua Gunung Runtuh. Ini mungkin menunjukkan bahawa individu ini mepunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat kerana dikebumikan berasingan dan bersendirian. Pengkebumian yang disertakan dengan barang mewah misalnya juga menunjukkan ketinggian darjat seseorang itu dalam masyarakat.Contoh dari luar dapat dilihat di Knok Phnom Di di mana terdapatnya kubur wanita yang ditanam dengan pelbagai barang perhiasan yang mewah seperti gelang tangan batu di samping terdapatnya manik-manik. Jelas kepada kita bahawa 'burial practices' merupakan satu ciri kebudayaan manusia yang penting dalam memberi tafsiran pada masyarakat silam.


BIBLIOGRAFI

Harrisson, Barbara,1967, "A Clasificatin of Stone Age Burials from Niah Great Cave, Sarawak""SMJ Jilid 5 (siri baru) No. 32-33

Zuraina Majid(ed) The Excavation of Gua Gunung Runtuh and the Discovery of the Perak Man in Malaysia, Kuala Lumpur, 1994