Make your own free website on Tripod.com

Ulasan artikel "Institusi Perhambaan dalam Masyarakat Melayu Tradisional : Satu Analisa dari Segi Teori Nilai" oleh Hanapi Dollah dalam Jurnal JEBAT.

 

Saya memang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh penulis artikel ini , "Institusi perhambaan dianggarkan telah wujud sebelum kedatangan pengaruh Hindu. Dan semasa Kerajaan Melayu Melaka ianya sudah bertapak dengan kukuh dalam masyarakat Melayu" Ini adalah lanjutan daripada pengenalan cara-cara pemerintah Hindu dan akibatnya wujud golongan bangsawan dan golongan rakyat.

Memang benarlah laporan yang dibuat oleh penjajah barat biasanya berat sebelah. Tapi terkadang-kadang jika difikirkan semula pendapat mereka ada benarnya juga. Seperti di dalam artikel menyebut, Swettenham melaporkan yang pembesar Melayu membelenggui rakyatnya dengan hutang. Dengan cara itu pembesar dapat menjadikan rakyatnya sebagai hamba. Manakala Maxwell pula berpendapat institusi perhambaan itu suatu bentuk 'ketidakadilan yang ganas'. Jika kita lihat atau singkap sejarah dahulu sememangnyalah rakyat dahulu ditindas oleh golongan atasan. Seperti komentar oleh Hugh Clifford dalam tulisan Hanapi bahawa rakyat tidak mempunyai hak ke atas harta, tanaman, anak dan isteri, hatta keatas dirinya sendiri kesemuanya milik Raja.

Di dalam artikel ini juga ada menyatakan pendapat Gullick,. .…orang Melayu akan menyerahkan kebebasan mereka….. Ini tidak bermaksud orang dahulu sengaja mencari susah dengan menjadi hamba, tapi bagi orang dahulu hamba itu adalah kerja yang mulia kerana sikap taat setia dapat ditunjukkan dengan jelas. Saya juga tidak setuju dengan penyataan masyarakat pada masa itu ramai yang tidak mempunyai rumah sendiri. Ini kerana masyarakat pada masa itu bukannya dalam zaman pra sejarah lagi yang tinggal di dalam gua dan suka berpindah randah. Dan satu lagi tidak dinyatakan zaman bila ini berlaku, bagi pendapat saya ianya mungkin zaman Kesultanan Melaka pada abad 15. Jikalau pada zaman inilah mana ada masyarakat dalam keadaan kacau bilau dan tidak stabil. Masyarakat pada masa itu dalam keadaan aman dibawah pemerintahan sultannya. Bagi pendapat saya masyarakat amat gemar menghambakan diri pada orang besar semata-mata untuk tunjuk bertapa mereka taat dan setia pada pemerintah. Kita dapat lihat dalam penyataan ini, Dalam sistem politik tradisi mustahil bagi seseorang rakyat biasa meningkatkan darjatnya dan masuk kelas pemerintah. Penyataan ' Perhambaan adalah institusi yang menjalinkan hubungan kerjasama antara golongan bangsawan dengan rakyat biasa…' Kerjasama yang dilakukan bermaksud sebagai penyokong kepada pemerintah, pengabdian yang dilakukan oleh rakyat telah digunakan oleh golongan pemerintah untuk mencari pengikut-pengikut. Mana-mana pemerintah yang mempunyai pengikut atau hamba yang ramai akan menunjukkan kekayaan atau status yang tinggi dalam masyarakat. Di dalam artikel ini juga ada menyatakan tulisan Swettenham, beliau mengatakan sesetengah orang Melayu secara sukarela membuat hutang dari pemerintah, tujuannya untuk menjadi hamba kepada pembesar atau Raja Melayu. Ini dilakukan oleh orang Melayu kerana mereka percaya berkhidmat kepada raja memberikan mereka peluang peningkatan keduniaan dan keakhiratan. Kerana konsep dewaraja dalam agama Hindu telah digunakan oleh orang Melayu pada raja-raja mereka. Dimana seseorang pemerintah itu kedudukannya sangat tinggi dalam masyarakat, dalam Islam raja dianggap sebagai khalifah atau pemimpin pada semua makhluk di muka bumi ini dan kita sebagai rakyatnya hendaklah menghormatinya. Saya amat setuju dengan penyataan penulis dalam artikel ini berkenaan …institusi sosial juga bergantung kuat kepada nilai-nilai dalam masyarakat tersebut. Ini termasuk juga institusi perhambaan, memang benar institusi perhambaan ini wujud dalam diri masyarakat itu sendiri, Dimana mereka beranggapan orang-orang besar menjadi penaung ekonomi kepada golongan rakyat yang susah dan hidup merana dan bagi masyarakat juga kerja sebagai hamba ini adalah mulia. Dikatakan juga hubungan antara pembesar dengan rakyat adalah "hubungan bertimbal balik" dimana pemerintah menyediakan kepimpinan dan keselamatan kepada rakyat sebagai balasan rakyat menyerahkan taat setianya dan tenaga kepada pemerintah. Ini memang benar tapi jika difikir secara logiknya adakah pemimpin itu jalankan tanggungjawabnya. Kebanyakan mereka hanya pentingkan perutisme sahaja, asalkan mereka kaya dan senang, akhirnya kehidupan rakyat tidak difikirkan.Tapi rakyat ini bodoh tunduk terus pada orang atas. Ini kerana rakyat telah mengelar sultan dan kerabat diraja sebagai penaung, mereka boleh dapat ketaatsetiaan yaang tidak berbelah bagi dari rakyatnya. Rakyat hanya berlindung bawah sultan dari musuh, manakala dari segi ekonomi hanya sultan sahaja ada hak mengerah rakyat bertani. Saya berpendapat taat setia yang mengenepikan kepentingan diri sendiri itu adalah taat setia yang membuta tuli. Contohnya di dalam Sejarah Melayu, Hang Tuah walaupun wira pada zaman itu tetapi dia telah difitnah berkehendakkan seorang dayang diraja. Walaupun begitu beliau tetap taksub pada pemerintahnya dan sanggup menerima apa sahaja hukuman yang dijatuhkan keatasnya walaupun dia tidak bersalah Hang Tuah langsung tidak mahu membela diri kerana beliau memegang prinsip "Pantang Anak Melayu Menderhaka" dan taat setianya itu sangat dihargai oleh masyarakat zaman itu. Tapi ini adalah taat setia yang betul-betul bodoh kerana dia lebih pentingkan diri orang lain berbanding dirinya sendiri. Baginya biar dirinya merana asalkan orang lain bahagia. Tapi apa boleh buat taat setia tidak berbelah bahagi ini telah lama tertanam dalam jiwa dan sebati dalam diri masyarakat Melayu. Masyarakat masa itu sangat memandang tinggi kedudukan sultan kerana dianggap mempunyai daulat dan sesiapa yang derhaka akan dapat nasib yang buruk. Kalaulah prinsip "Pantang Anak Melayu Menderhaka" masih terus dikekalkan , alamatnya orang Melayu kita tidak kemana masih ditampuk lama yang sentiasa akur apa yang orang atas kata dan suruh seperti burung belatuk yang sentiasa mengangguk-anggukkan kepalanya.

Saya setuju dengan penyataan hamba memberi khidmat dan taat setia, kerana setiap hamba yang berada dibawah naungan tuannya pastinya akan menumpahkan segala taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap tuannya dan sanggup melakukan apa sahaja walaupun melibatkan nyawanya. Tetapi saya kurang setuju dengan penyataan tuan menyediakan jaminan hidup, ini kerana tidak semua tuan pada hamba itu yang menjaga semua hamba dibawah naungannya. Kebiasaannya tuan itu hanya memeras tenaga hamba itu kerana mereka beranggapan yang hamba itu hina . Perbezaan hamba orang Melayu dengan orang Barat memang ketara, orang Barat menganggap perhambaan itu adalah dasar penindasan sesama manusia yang paling hina. Bagi orang Barat hamba adalah barangan yang boleh digunakan dan diperdagangkan sesuka hati pemiliknya. Ini terbukti dengan jelas pada penindasan atas kaum wanita. Wanita dijadikan barang untuk memuaskan hawa nafsu lelaki sedangkan selama ini mereka tidak dipedulikan.

Nietzsche tidak pernah jemu mencaci wanita. Bidalan yang tegas dibuatnya, 'Kamu pergi berjumpa wanita? Jangan lupa cemetimu.' Di dalam Will to Power beliau berkata: 'kita menikmati wanita seperti kita menikmati makhluk lain, mereka sentiasa jadi keseronokan kepada jiwa setiap lelaki yang tegang dan mempunyai pengetahuan mendalam.'

Di dalam artikel ini juga ada menyebut tentang hamba yang mendapat layanan yang baik dari tuannya, tetapi tidak semua hamba mendapat layanan yang baik kebiasaannya hanya hamba raja sahaja yang mendapat layanan baik iaitu orang merdeka yang telah melakukan jenayah, kemudian ditangkap lalu dapat pengampunan raja. Saya tidak bersetuju dengan pernyataan yang mengatakan hamba mengambil kesempatan dengan bermalas-malasan dan berpeleseran apabila dapat layanan yang baik dari tuannya. Ini kerana tidak ada bukti yang menunjukkan adanya hamba yang bermalas-malasan itu.

Sebagai kesimpulannya, perhambaaan dalam masyarakat Melayu merupakan institusi sosial yang mendukung nilai-nilai masyarakat. Saya amat bersetuju dengan pendapat ini kerana sebenarnya istilah hamba kerapkali disebut-sebut dalam Sejarah Melayu berhubung dengan tugas mereka dalam berbagai-bagai kegiatan masyarakat untuk kepentingan tuannya. Dan kemunculan institusi hamba di Melaka, sering dikaitkan dengan tradisi perhambaan dalam masyarakat Arab atau Islam dan wujudnya sistem kasta dalam masyarakat Hindu. Seorang hamba dalam masyarakat Melayu bukanlah seperti hamba yang ditakrif oleh Barat yang mana menjadi barang dagangan serta menjual maruah diri kerana kesengsaraan hidup. Bagi masyarakat Melayu rakyat kena patuh pada pemerintah dan dalam sistem perhambaan yang penting adalah ketaatsetiaan rakyat kepada pemerintahan. Tiada dorongan perubahan diri untuk bekerja keras dalam lapangan ekonomi kecuali kerja-kerja bagi kepentingan raja sahaja.


Bibliografi

A. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Cahaya Pantai (Malaysia) Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1994.

Bertrand, Russell, Sejarah Falsafah Barat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1993.

Hanapi Dollah, Mandat Pemerintahan Raja-raja Melayu : Satu Perbincangan Berdasarkan Teks Sistem Sejarah dan Ketatanegaraan dalam Jurnal Sejarah Universiti Malaya, No. 4, 1996.

M.A Fawzi Basri, Cempaka Sari, Sejarah Kesultanan Negeri Perak, United Selangor Press, 1986.

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989.

Norazit Selat, Penaung di dalam Masyarakat Melayu : Tradisi dan Moden dalam Mohd Taib Osman et.al, Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1987.

W.G Shellabear, Sejarah Melayu, Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1975.