Make your own free website on Tripod.com

KAJIAN KES

 

Kes ini adalah diambil bersumberkan dari sebuah Majalah Ibu iaitu menyentuh mngenai kisah seorang kanak-kanak perempuan yang tidak merasakan kecacatan yang dialaminya sebagai penghalang kepada kegiatan yang diceburinya malah begitu aktif dalam aktivi-aktiviti sekolahnya. Siti Nurlizawati Shafudin, merupakan bekas penuntut Sekolah Rendah Khas (Cacat Penglihatan) Jalan Batu di Kuala Lumpur telah bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum sekolahnya. "Saya ingin menceburi apa sahaja bidang yang sesuai untuk golongan cacat. Saya rasa golongan seperti saya tidak harus menumpukan kepada pelajarannya sahaja, malah perlu juga menyertai sukan," kata Siti Nurlizawati yang cacat penglihatan kepada wartawan Majalah Ibu ini. Pencapaiannya dalam bidang akademik adalah cemerlang dan begitu juga dengan bidang lain di mana dia telah mewakili sekolahnya dalam temasya sukan yang diadakan khas bagi pelajar Sekolah Rendah Khas Seluruh Malaysia malah mengakui mempunyai semangat kesukanan yang tebal dalam dirinya. Dia juga menunjukkan pencapaian yang baik dalam bidang penulisan. Hasilnya, dia pernah menjadi naib johan dalam peraduan mengarang Bahasa Melayu untuk murid-murid Sekolah Rendah Khas Seluruh Malaysia. Baginya, dia berpegang teguh kepada pesan ibunya supaya belajar bersungguh-sungguh serta sentiasa mengingatkan dirinya yang kecacatan ini tidak menghalangnya untuk membina cita-citanya. Malah, beliau telah diasuh berdikari sejak dari kecil lagi oleh ibu bapanya dan hasilnya dia dapat menguruskan diri sendiri dengan sempurna sama ada di rumah atau pun di sekolah. Katanya lagi dengan tegas, " Kalau boleh, Siti tidak mahu menyusahkan orang lain". Jelas kepada kita di sini yang peranan keluarga amat penting dalam memberi bimbingan dan sokongan moral serta dorongan bagi membangunkan keyakinan diri individu-individu ini. Malah pihak sekolah juga banyak membantu dalam mendedahkan serta mendekatkan diri individu-individu ini dengan masyarakat luar. Ini akan mendorong individu-individu ini lebih giat berusaha dalam meningkatkan pencapaian diri dan juga satu keazaman yang kental dalam memasukkan diri mereka dalam persekitaran sosial yang ada.