Make your own free website on Tripod.com

Tahun-tahun 1920an hingga 1930an merupakan dua dekad terpenting dalam perkembangan sejarah politik di Malaysia . bincangkan.
 
 

    Setelah termetrinya Perjanjian Pangkor pada 1874, pemerintahan British telah tertubuh secara sahnya di Perak. Menjelang 1919, seluruh semenanjung Tanah Melayu telah menjadi milik kerajaan British. Semenjak bermulanya pemerintahan kolonial ini, kehidupan masyarakat di Tanah Melayu telah mengalami perubahan. Sultan dan pembesar kehilangan kuasa, mereka dibenarkan menggunakan gelaran mereka. Tapi hanya itu sahaja , semua kuasa mereka diambil oleh British dan sebagai imbuhannya mereka diberi pencen oleh British. Pemberian pencen ini telah menjadi tanda permulaan awal dalam perubahan masyarakat. Kini dalam pendangan masyarakat, bukannya British yang berada di bawah sultan tetapi sebaliknya. Sistem ekonomi baru yang yang dibawa oleh British juga telah menghancurkan sama sekali sistem ekonomi tradisional yang dijalankan oleh masyarakat Melayu. Dimana sistem pertukaran barangtelah diubah kepada sistem yang menggunakan wang. Ini meyebabkan nilai wang kini menjadi faktor yang lebih penting berbanding sistenm pertukaran barangsebelum ini. Pengenalan baru ini bukan sahaja telah mengubah kedudukan ekonomi seseorang itu tetapi turut turut merubah kedudukan sosial seseorang itu dalam masyarakat.

    Ini adalah sejenis public policy yang dijalankan oleh pentadbiran kolonial yang ditujukan khas kepada masyarakat Melayu ketika itu kerana mereka merupakan masyarakat tempatan. Jika mereka memberontak akan menyebabkan kedudukan British bergoncang. Melalui public policy ini, hanya nsegelintir sahaja masyarakat yang dibrenarkan menyertai pergerakan poliytik. Ini berlaku kerana British mahu apa yang inigin disampaikan kepada masyarakat nanti tidak akan menimbulkan apa-apa tindakan protes dan sikap anti kerajaan. Namun begitu pemerintahan British tetap meninggalkan kesan pro dan kontra keatas masyarakat di Tanah Melayu teruatamanya keatas orang Melayu. Sultan kehilangan kuasa, begitu juga dengan pembesar-pembesar. Di peringkat yang lebih rendah iaitu di peringkat jawatan penghulu, ada yang masih berkhidmat tetapi ada berlaku perubahan iaitu daripada wakil kepada rakyat kini menjadi wakil kepada kerajaan British. Mereka akan menjalankan apa sahaja yang diarahkan oleh kerajaan koloni. Pentadbiran corak baru ini telah membawa perkembangan dan kemajuan yang amat memuaskan dan menguntungkan. Namun begitu keuntungan ini hanya pada satu pihak, iaitu pihak British. Pemodal-pemodal daripada Eropah telah dibawa masuk dalam jumlah yang banyak. Pihak British juga telah menanam sejumlah besar modal dalam perusahaan yang terdapat di Tanah Melayu terutamanya dalam perusahaan perladangan getah. Bagi menjayakan perusahaan ini buruh-buruh dari India telah dibawa masuk. Pada awalnya jumlah mereka hanya sedikit sahaja tetapi industri ini semakin berkembang, jumlah mereka semakin ramai. Orang-orang Cina juga semakin ramai masuk. Sama ada dibawa masuk oleh perusahaan yang memmerlukan khidmat mereka ataupun mereka datang sendiri ke Tanah Melayu. Mereka cebur diri dalam pelbagai , samada dalam perlombongan ataupun dalam perniagaan. Kemasukan imigran yang bertalu-talu ini telah meyebabkan berlakunya pertambahan penduduk terutamanya di negeri-negeri melayu bersekutu. Ini menyebabkan pada tahun 1891 sahaja terdapat sejumlah 424218 orang di negeri -negeri ini. Hanya 10 tahun kemudian, jumlahnya sudah mencapai 678590 orang. secAr tidak langsung, kehadiran imigran yang terlalu ramai ini telah membawa masalah baru kepada masyarakat tempaatn. Ini disebabkan oleh dua faktor iaiytu:terjadinya pengelompokan kaum, ekonomi serta pengasingan tempat tinggal diantara masyarakat- masyarakat ini. Orang-orang Melayu sengaja dibiarkan berada didalam kelompok tradisi mereka dan menjalankan aktiviti tradisional mereka iaitu aktiviti penangkapan ikan dan pertanian sara diri. Orang-orang Cina pula berada dalam aktiviti ekonomi komersial iaitu aktiviti perniagaan dan perlombongan samaada sebagai pemolik atau pekerja manakala orang-orang India pula berada dalam aktiviti perladangan iaitu sebagai buruh kasar.

    Disini mereka bukan sahaja dipisahkan oleh faktor ekonomi dan kumpulan masyarakat malahan tempat dimana merka tinggal juga berbeza. Sebelum ketibaan British , kebanyakkan petempatan-ptempatan didirikan di kawasan tepi pantai. British kemudiannya telah memperkenalkan petempatan baru di kawasan pedalaman dengan pembukaan jalan perhubungan terutamanyan jalan keretapi. Oleh kerana jalan ini menjadi jalan perhubungan untuk menghantar keluaran-keluarn seperti bijih timag dan getah ke pelabuhan dan tempat peruasahaannya menyebabkan berlakunya perkembangan di petempatan baru ini. Petempatan yang kecil asalnya itu mula berkemabang hingga membentuk kawasan bandar manakala petempatan asal masyarakat Melayu kini semakin terpinggir. Sebagai hasilnya, imigran yang tertumpu ke kawasan yang baru dibuka ini memperoleh kehidupan yang lebih baik berbanding masyarakat Melayu. Perubahan dalam kehidupan mereka ini ada disebutkan dalam Neracha, isu bulan Jun tahun 1913yang menyatakan bahawa" ada dikalangan imigran Cina yang dahulunya datang sehelai sepinggang kini sudah menjadi " our master, our rich merchant, our ruler" Perkembangan ini secara tidak langsungtelah menarik lebih ramai lagi imigran ke Tanah Melayu hinggakan jumlah mereka telah melebihi masyarakat tempatan di kawasan-kawasan tertentu. Pada tahun 1930an, orang-orang Cina sahaja telah membentuk 39% daripada populasi British Malaya berbanding 44.7% orang Melayu. Dihampir semua negeri kecuali di negeri-negeri melayu tidak bersekutu jumlah mereka tealh melebihi jumlah penduduk tempatan. Di selangor misalnya hanya 23.1% sahaja penduduknya terdiri daripada orang Melayu , 45.3% adalah terdiri daripada orang Cina. Di Perak pula jumlah orang Cina adalah 42.5% berbanding hanya 35.6% orang Melayu. Kumpulan imigran yang ramai ini telah juga meyebabkan berlakunya penambahan dalam hasil pendapatan Tanah Melayu. Sebahagian besar dari hasil ini digunakan untuk memperbaiki perkhidmatan awam, kesihatan dan pembinaan sekolah oleh pihak British. Namun begitu pertembungan nilai berlaku. Masyarakat di bandar dapat menikmati lebih daripada masyarakat di kampung. Mobiliti masyarakat kampung berada dalam keadaan statik. S. Husin Ali menyatakan " the malays were still langging behindand were confined to agriculture wheres both the Indians and Chinese were making headway in industry and commerce". Bukan sahaja dari segi ekonomi, masyarakat Melayu turut ketinggalan dalam pendidikan terutamanya dalam pendidikan dalam bahasa Inggeris. Ini berlaku kerana sekolah-sekolah Inggeris biasanya diuruskan oleh mubaligh-mubaligh Kristian dan ini menimbulkan kerisauan dalam jiwa ibu bapa Melayu untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Inggeris. Lagipun sekolah-sekolah ini berada di kawasan bandar dan berada jauh dari kawasan dimana orang Melayu tinggal. Ketinggalan orang Melayu ini ada diperkatakan oleh Dr. Samad dalam the malays Tribune, the malays had fallen behind" in the struggle for knowladge and for a better livehood" Pendidikan kemudian telah memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan masyarakat Melayu. Selain daripada sekolah-sekolah Inggeris, terdapat juga sekolah agama dan sekolah Melayu untuk pendidikan masyarakat Melayu. Kedua-dua sekolah tersebut telah menerapkan semnagat keislaman diantara masyarakat Melayu dan juga memainkan peranan penting dalam melakukan reformasi pemikiran dalam masyarakat. Penularan pendidikan ini juga menandakan bermulanya zaman transisi. Ini kerana semakin ramai guru-guru Melayu yang dihasilkan yang sedari akan ketinggalan dan keadaan mereka yang disisihkan. Mereka menyedari kini betapa sebelum ini mereka tertinggal dari semua segi. Contoh yang paling ketara adalah dalam mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik selepas menamatkan pendidikan di sekolah Melayu. Peluang untuk mereka mendapatkan pekerjaan yang lebih baik seperti meyeratai pihak kerajaan. Peluang untuk mereka mendaptkan pekerjaan yang baik amatlah terhad. Perkeambangan sejarh politik Menifestasi fizikal terhadappergerakan politik di Tanah Melayu telah dikesan melalui peningkatan dalam kemunculan kelab-kelab, sekolha dan juga kemuncukan akhbar-akhbar. Neracha, warta malaya, al-ikhwan dan saudara telah muncul dalam masa transisi ini dan samaada secaraterang atau tersembunyi , akhbar-akhbar ini sedikit sebnayak ada menyentuh hal-hal dan keadaan masyarakat ketika itu yang akhirnya membangkitkan semnagat kebangsaan dalam jiwa masyarakat. Namun apa yang paling nyata dan jelas dalam memainkan peranan ini adalah akhbar yang dikeluarkan oleh kawasan luar datri Tanah Melayu seperti seruan azhar, semanagt islam dan seruan timur yang diedit dan dikeluarkan oleh pelajar Melayu dan Indoneisa yang mendapt pendidikan di universiti azhar dan lain-lain institusi pengajian di timur tengah. Pergerakan pemikiran modernist ini kemudiannya semakin menular membawa pemikiran masyarakat Tanah Melayu ke arah idea Pan Islamic dari Mesir dan Turki. Ini menyebabkan semakin ramai masyarakat bersetuju bahawa kunci kejayaan kepada kemajuan adalah melalui pendidikan. Kesedaran masyarakat Melayu tentang hakikat bahawa Islam tidak menghalang anak-anak mereka ke sekolah-sekolah yang ada mengikut kemampuan mereka. Perubahan ini menyebabkan pada tahun 1920an hingga 1930an, jum;lah pelajar lelaki di sekolah-sekolah Inggeris telah meningkat.

Pemikiran politik masyarakat Melayu semakin berkembang lagi seiring dengan keadaan semasa. Kini ekonomi dan sosialpula dijadikan asas. Ini berlaku apabila timbulnya kesedarn dalam jiwa masyarakat kerana berlakunya tekanan ketika itu. Tekanan akibat masalah ekonomi dan ancaman dari orang-orang asing keatas hak keistimewaan orang Melayu telah menggugat mereka. Hasilnya, ketika ini wujudlah parti politi yang pertama di Tanah Melayu yang ditubuhkan di singapura dengan nama kesatuan melayu singapura.melalui kesatuan ini masyarakat mula menilai kedudukan ekonomi mereka dan mencari sebab mengapa mereka tertinggal di belakang masyarakat asing. Berdasarkan penubuhan kesatuan melayu singapura ini juga kita lihat bahawa penubuhan kesatuan politik yang pertama ini telah ditubuhkan di kawasan dimana kebudayaan Melayu menerima tekanan yang hebat dari elemen-elemen asing yang menyebabkan masyarakat Melayu merasakan kedudukan mereka kini tidak selamat lagi. Penubuhan Kesatuan Melayu Singapura pada awalnya mungkin tidak mendedahkan apa-apa kesan tetapi ia telah menandakan permulaan kerjasama diantara masyarakat Melayu dan kerajaan bagi mereka bukan milik pegawai-pegawai sahaja. Ia juga milik mereka. Sementar itu, dalam tempoh yang sama permintaan dari masyarakat asing ( Cina dan India) untuk mendaptkan hak yang sama di Tanah Melayu mula ketara. Jika sebelum ini mereka tidak memberikan apa-apa reaksi terhadap Tanah Melayu ( kedatangan mereka hanya untuk mencari wang sahaja ) kini ia berubah. Kedua-dua kaum ini sudah mempunyai asas politik yang kukuh di negara asal masing-masing. Ini mereka gambarkan melalui ketaatan mereka kepada negara asal mereka. Namun begitu berikutan perpecahan politik diantara kuomitang dan komunis di China pada 1926, masyarakat Cina yang lahir di negeri-negeri Selat mula mengalihkan pandangan mereka ke Tanah Melayu. Mereka mahu diakui sebagai rakyat Tanah Melayu. Ketua-ketua kesatuam mereka dan ahli-ahli Straits Settlement Legistif Counsil mula menyuarakan kehendak mereka untuk mendapatkan layanan yang sama dnegan orang Melayu. Salah seorang dari mereka dalam ucapannya di Hu Yu Siah pada 6 Februari 1931 telah menyatakan: "who said this malay country? When captain Light come here did he find any malays or kampung? Our forefathers come here and had worked as labourers and they did not remit money back to China. They spent their money here and by this means the goverment was able to open this country into a civilised one. We have become one with this country. This is ours, country.." apa yang menariknya, ketika itu orang-orang Melayu tidask lagi sepertimana mereka pada suatu masa dahulu. Pada tahun-tahun 1920an, jika ada apa-apa persoalan yang timbul dan berkait dengan masyarakat Melayu, tiada apa-apa reaksi yang diberikan oleh orang-orang Melayu. Tetapi menjelang 1937 orang Melayu bagaikan hidup dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan British dan juga populasi asing. Apa sahaja tindakan yang melibatkan hak orang Melayu akan menerima reaksi masyarakat Melayu. Kekurangan masyarakat Melayu hanyalah dari teraju kepimpinan. Masyarakat tidak mempunyai pemimpin yang mampu memimpin mereka dalam menangani keadaan ketika itu. Namun begitu keadaan mula berubah pada 1937, iaitu apabila sekali lagi berlaku perubahan dalam pergerakan politik Melayu. Diantara tahun 1937 hingga 1939, bagaikan cendawan tumbuh, pertubuhan -pertubuhan Melayu muncul di hampir keseluruhan Tanah Melayu. Di melaka, pulau pinang, pahang, selangor , negeri sembilan dan seberang prai. Tertubuh juga pergerakan politik radikal salain dari parti berahaluan kanan ini. Iaitu kesatuan Melayu Muda. Dan yang nyata sekali kesatuan ini telah meninggalkan banyak kesan berbanding kesatuan-kesatuan lain. Ini kerana persatuan ini di pimpin bukan golongan elit. Kebanyakkan pemimpinnya terdiri daripada rakyat biasa yang mendapat pendidikan Melayu , Inggeris dan pendidiakn agama. Oleh kerana mereka bukan dari golongan elit maka pemikiran mereka juga tidak terkongkong sebagaimana golongan elit yang tertakluk di bawah kerajaan British ketika itu. Namun begitu walaupun ppertubuhan-pertubuhan ini muncul dalam keadaan berselerak dan terpisah-pisah antara satu sama lainnamun mereka masih terikat kerana mereka mempunyai objektif yang sama dan juga telah bersama-sama membuka jalan kepada organisasime yang sebenarnya.

Kesimpulan Ketika inilah jalinan bibit-bibit kebangsaan semakin erat terjalin dalam jiwa masyarakat walaupun hanya di peringkat ketua sahaja. Mnamun ina sudah cukup untuk menjajnjikan kesatuan diantara mereka dikemudian hari. Peperangan dan kehadiran Jepun telah menghalangperkembangan selanjutnya. Walaubagaimanapun sebelum itu terjadi masyarakat Melayu sebagai satu bangsa telah menemui matlamat masa hadapan mereka.


Bibliografi

Gullick, J.M, The Malay Administrator

Raden Soenarno, Malay Nationalism 1896-1941

Roff, W.R, The Origin Of Malaya Nationalism, Pustaka Ilmu, Kuala Lumpur, 1967

S. Husin Ali, Malaya Peasant Society And Leadership, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1975

Zainal Abidin Abdul Wahid (Etal), Malaysia, Warisan Dan Perkembangan, ( Edisi Kedua ), Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1996