Make your own free website on Tripod.com

SOVIET UNION MEMBANTU VIETNAM SEMASA PERANG VIETNAM, KONFLIK SINO-SOVIET MEMBAWA KESAN KEPADA PERANG INDOCHINA YANG LEBIH UMUM.
 
 

    Perang vietnam mempunyai tiga peringkat. Peringkat pertama pada 1945-1954 iaitu peringkat pembebasan.tapah kedua Dari tahun 1954-1975, dimana peringkat penyatuan vietnam dan ketiga 1978-1991 dengan pendudukan vietnam keatas Kemboja. Semasa tercetusnya perang vietnam, terdapat tiga kuasa besar yang turut serta berperanan.Iaitruy amerika Syarikat, soviet dan china. Banyak bantuan dan sumbangan ynag telah diberikan oleh ketiga-tiga kuasa besar dalam Perang vietnam dan pasti ada sebab-sebab semndiri penglibatan mereka di vietnam. Penglibatan soviet di vietnam Mempunyai sebab sebab tersendiri. Penglibatannya tidak dapat diasingkan daripada kepentinagn politik dan ideologi. Dimana, soviet merupakan kuasa besar dunia yang berfahaman komunis yang ingin mempertahankan fahamana Komunisismenya. Dan Vietnam mendokong fahaman komunis, kerana itulah soviet membantu dan menyokong Vietnam

    Semasa tercetusnya perang di Vietnam. Vietnam selatan adalah berfahaman sosialis dan dibantu oleh amarika yang Merupakan kuasa besar berfahaman sosialis. Bantuan soviet adalah penting dalam usahanya mempertahankan  mana-mana Negara yang mendokong fahaman komunisime supaya tidak jatuh ke tangan sosialis. Tanpa bantuan daripada soviet sudah Pasti DRV akan jatuh ketangan sosialis kerana ia tidak mampu menangani amerika. Pertentangan ideologi telah wujud Setelah wujudkna perang dunia ketiga iaitu perang dingin. Di dalam perang dingin setiap kuasa besar cuba mempengaruhi Kuasa-kuasa kecil untuk kepentingan ekonomi dan politik. Dan tidak ketingalan amarika dan soviet dengan cara Menghulurkan bantuan bagi mendapatkan pengaruh terutamanya di dunia ketiga. Kerana itu boleh juga dikatakan Campurtangan di vietnam adalah untuk mengisi kekosongan di Vietnam utara di dalam menyekat kemaraan kuasa Amerika.kemasukan soviet adalah untuk mengimabangi kuasa besar amerika di Vietnam selatan dalam memastikan Keutuhan ideologi komunis. Senadainya Vietnam utara jatuh ketangan sosialis dan tiada penglibatan soviet sudah pasti ia Akan menatuhkan maruah soviet sebagai kuasa besar komunis. Bantuan dari soviet amat diperlukan oleh DRV dalam Menjatuhkan Vietnam selatan. Dan penglibatan di vietnam akan menaikkan nya di mata dunia ketiga.. Keuasa besar ini Mempunyai kekuatan senjata nuklear dan tidak mustahil sekiranya akan tercetus perang nuklear.Tetapi rusia tidak boleh Ada yang memulakakan perang nukler yang besar dan ini akan menghancurkan dunia, disamping usa mencurahkan Wangnya kepada vietnam selatan, rusia telah memperuntukkan wang yang lebih banyak untuk kuasa nuklearnya supaya Rusia dapat mencapai persamaan strategik secara kasar dan untuk angkatan lautnya, yang dalam tahun-tahun kebelangakangan ini telah muncul sebagai kuasa utama diplomasi kapal perang sejagat. Ini menunjukkan Soviet Union tidak mahu kalah di daam menandingi Amerika Syarikat. Penyertaan Soviet Union di Vietnam utara bukannya sendiri, tetapi kuasa besar China yang juga berfahaman komunis juga turut serta dalam memberikan bantuan semasa perang Vietnam walaupun kedua-duanya negara yang berfahaman komunis tetapi dalam masa yang saama berlaku perlumbaan diantara mereka untuk merebut tempat  dari golongan kiri di negara dunia ketiga. Kerana itu perlunya Soviet Union turut membantu Vietnam supaya tidak dimonopilo sepenuhnya oleh China.

    Mereka berlumba-lumba memberikan bantuan supaya masih-masiing dapat  memonopoli tempat di Vietnam. Tanpa bantuan daripada kedua kuasa besar ini sudah pasti Vietnam utara tidak mampu menagkis serangan Amerika Syarikat. Bantuan Soviet Union meningkat selepas lawatan kosygin pada tahun 1965 terutamanya dalam industri berat, petrolium, besi dan senjata. Soviet Union juga melatih kader-kader Vietnam utara dalam semua hal. Dalam tahun 1967 dan 1968 contohnya seramai 5000 kader-kadaer Vietnam utara menerima latihan Soviet Union, labih kurang 3000 bantuan tentera teknikal yang dihantar ke Vietnam utara untuk mereka mengajar bangaimana hendak menggunakan senjata yang dihantar oleh Soviet Union. Berdasarkan artikle Krasnala Zvezda pada 11 disember 1967, terdapat pengajar tentera bekerja  di bahagian pengurusan pelur berpandu di Vietnam dan turut menyertai operasi menembak jatuh kapal terbang milik Amerika Syarikat. Surat rasmi pegawai Soviet Union mengakui lebihdaripada 1000 rakyat Soviet Union mati di Vietnam sepanjang perang. Selain itu terdapat juga bantuan makanan dan dalam aspek pertanian. Namun begitu, cina juga tidak ketinggalan di dalam  memberikan bantuan kepada Vietnam utara. Chia membekalan senjata, peluru berpandu dan egenier untuk membina jalan raya, saluran air dan landasan keretapi, hina juga tidak ingin kalah di dalam merebut pengaruh dari golongan kiri di Vietnam utara. Terdapat cadagan semasa perjanjian Geneva untuk menyatukan Vietnam utara dan Vietnam selatan. Tetapi tidak dipersetujui oleh Amerika Syarikat. Kerana penyatuan Vietnam berada di bawah pemerintahan komunis.  Amerika Syarikat  tetap mendakwa ada dua Vietnam meskipun Soviet Union mendakwa hanya wujud satu Vietnam.

Pertelingkahan sino-soviet berdasarkan kepada strategik dan teknik yang mana Soviet Union tida ingin menggunakan cara kekerasan bagi mencapai kemenangan dan mencadangkan kerjasama komunis dengan pemerintah yang bercirikan komunis untuk mencapai matlamat revolusi, dan China lebih cenderung dengan cara kekerasan.  Dan masing-masing  cuba merebut tempat di Vietnam. China mencurigai kejujuran Soviet Union dalam membantu persaudaraan  komunis dan berkompromi dengan Amerika Syarikat yang akan merugikan dunia Komunis. China bimbang usaha Soviet Union yang cuba membendung pengaruh cina dan terbukti bagi China apabila Soviet Union memihak kepada India secara senyap apabila tercetusnya perang sempadan antara India dan China sedangkan India merupakan negara sosialis. Konflik di antara kedua kuasa ini telah menimnbukan kuasa ketegangan yang kritikal di Vietnam utara. Kedua-duanya merupakan pembeka;l utama ke hanoi, namun begitu pertelingkahan Moscow dan Peking adalah memberi kesan yang sebaliknya ke atas Vietnam utara. Kedua-dua kuasa besar ini berlumba-lumba membantu Hanoi menentang Amerika Syarikat, China cuba memujukj hanoi supaya tidak menerima bantuan dari Soviet Union melainkan apabila mereka tidak mampu untuk membekalkan keperluan yang canggih.masing-masing tidak ingin mengaku kalah serangan ideologi China keatas Soviet Union telah memaksa Soviet Union bertindak di Vietnam lebih dari  yang diingini  oleh Soviet Union. Bererti China telah berjaya menghalang Soviet Union dari mengambil  sikap yang sederhana di Indochina. Nyatalah Soviet Union tidak mahu mengaku kalah  dengan di dalam mempengaruhi DRV dan ini menguntukna indochina. Mulai 1965 pemimpin Soviet Union memutuskan untuk meningkatkan taraf bantuan ekonomi dan militer pada DRV. Ini sebagai sambutan kempen yang  dilancarkan sempena lawatan Elexei Kosyginke Hanoi. Lawatan ini diikuti pula erta merta DRV mengeluarkan satu laporan rami bahawa Soviet Union akan membekalkan bantuan teknikal termasuk pembinaan lomong arang batu dan perluasan kemudahan pertanian yang sedia ada. Pertelingkahan ini telah memberi peluang kepada DRV untuk mempergunakan kedua-dua kuasa besar ini. Sikap berkecuali telah diamalkan oleh DRV terhadap konflik ini merupakan satu strateginya untuk memperolehi bantuan dari kedua-dua pihak. Ini merupakan satu alasan yang baik supaya kedua-didua kuasa ini menekan kem sosialis di selatan Vietnam walaupun ia tahu bukannya mudah untuk menjatuhkan kem sosialis menyebabkan kedua-dua kuasa ini merasakan perlu menang dalam usaha menjatuhkan sosialis.

Pertelingkahan sino-soviet bukanlah bertujuan memburukkan lagi perang, namun ia telah menguntungkan Hanoi. Peking cuba mencari pengaruh di indichina dalam usaha menghalang pengaruh Soviet Union.  Permusuhan ini membolehkan membabitkan mereka supaya  mendapat pengiktirafan antarabangsa bagi NLF (national Liberation France) supaya mewajarkan penyatuan Vietnam. Akibatnya Soviet Union terpaksa, membabitkan diri lebih dari kemahuannya. Bantuan kian meningkat apabila perang kian hebat, contohnya, bantuan Soviet Union dalam aspek ketenteraan dan makanan sebanyak us$365 juta pada tahun 1954-1964 meningkat kepada us$705 juta. Pertelingkahan ini menunjukkan moscow telah berjaya menggubalkan dasar DRV, apabila DRV menetapkan tentera China tidak seharusnya mengambil bahagian di dalam perang Vietnam dan Vietnam lebih suka menggunakan tenteranya di dalam peperangan. Ini penting untuk menjaga maruah Vietnam utara dan DRV tidak dikuasai oleh monopoli China jika menang dalam perang di indochina. Dan penglibatan China pasti  membolehkan Amerika Syarikat menggunakan alasan campurtangan China ini untuk menyerang DRV.

Hanoi juga tidak menyokong pendirian China yang ingin menggunakan cara kekerasan. Namun begitu, pengumuman Nixon untuk berundur secara militer telah mebgurangkan tekanan ke atas Hanoi. Dan kuasa komunis serta mengurangkan bekalan senjata kepada DRV. Dan kesempatan ini telah digunakan oleh Soviet Union bahawa cara diplomasi adalah lebh baik daripada cara kekerasan yang dicadangkan oelh Moa Tze Tung. Ini menunjukkan bahawa, penglibatan kusa besar komunis banyak membantu ietnam utara di dalam menghadapi masalahnya. Tanpa campurtangan mereka sudah tentu Vietnam utara akan hancur. Dengan adanya krisis di antara sinosoviet telah menyebabkan maslah di Vietnam di pandang serius dan membawa kepada pengunduran Amerika Syarikat bagi mengendurkan suasana yang tegang agar tidak mencetuskan perang secara terbuka yang tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.