Make your own free website on Tripod.com

NASKHAH MELAYU YANG BERCORAK SEJARAH SEBAGAI SUMBER SEJARAH MELAYU.

Pengenalan

Terdapat banyak hasil naskhah Melayu boleh digunakan sebagai bahan atau sumberdalam penulisan sejarah. Pada tahun 1980 sahaja, sudah terdapat lebih kurang 50 buah naskhah Melayu tradisional yang telah dieditkan dakam bentuk prosa dan puisi dan digunakan sebagagai karya bercorak historis. Ini termasuklah karaya yang bersifat sastera sejarah seperti Sejarah Melayu dan hasil sastera undang-undang seperti Undang-Undang Melayu Lama, Undang-Undang Melaka, Undang-Undang Kedah dan Adat Acheh. Selain itu, terdapat juga naskhah yang berbentuk hikayat seperti hikayat merong maha wangsa, salasilah seperti salasilah Melayu dan bugis, akhbar seperti bintang timur, surat seperti dari adjeng kartini kepad sahabatdi belanda, persetiaan seperti persetiaan bangkok dan diari persendirian seperti diari peribadi Tun Ku Abdul Rahman. Naskhah-naskhah Melayu lama yang bercorak sejarah ini diambil atau digunakan oelh para ilmuan dan sejarahwan dalam mengkaji hal ehwal masa lalu iaitu merujuk dan meneliti sesuatu yang lampau menerusi bahan dokumentasi lalu mentafsirkannya.

Melalui naskhah-naskhah inilah perbincangan mengeani konsep masyarakat Melayu tradisi, kaedah masyarakat tersebut menulis sejarah, pandangan dan falsafah terhadapdunia, pengertian sejarah dan sebagainya akan dapat diketengahkan. Naskhah-naskhah ini tersebar dan berselerak di bebrapa buah bandar besar di dunia, akibat pengalaman sejarah tanah air. Naskhah ini juga menjadi milik orang perseorangan, disimpan di istana-istan tradisional. Ini disebabkan bahawa istana menjadi pudat kegiatan intelektualisme Melayu tradisional di rantau alam Melayu ini.

Naskhah Melayu sebagai sumber sejarah

1. klasifikasi naskhah
menjalankan pengkajian dan penyelidikan untuk tujuan meneliti, manapis apatah lagi menggunakan fakta-fakta dari naskhah-naskhah berbentuk karya sastera Melayu tradisional bukanlah hakikat, persoalan dan proses yang mudah dilakukan. Hal ini diakui sendiri oleh seorang intelek bernama J.J Ras yang menyatakan: ...that succesful study of malay historical text may prove very difficult. Sememangnya penyelidikan yang menggunakan naskhah-naskhah Melayu tradisional yang dikategorikan sebagai "genre" sastera Melayu klasik bersifat sejarah bukanlah mudah dilakukan. Kegaitan keatas naskhah " genre" ini baik yang dalam bentuk karangan prosa mahupun puisi tertakluk kepada dua fenomena. Pertama, dari segi penyelenggaran teks, ini ditinjau sebagai satu hasil sastera tradisional Melayu. Persoalan nilai dan estitika tentang penulisan, kebudayan, filologi agama, falsafah serta soal ketepatan teksnya diberikan pertimbangan yang berat. Jedua, penulisan seperti ini kurang mirip dan kurang cenderung kepada kajian nilai-nilai sejarahnya. Sebaliknya kajian dan penyelidikan sesebuah teks yang dipandang sepenuhnya sebagai satu penulisan sejarah dan digunakan untuk keprluan sejarah. Lantaran itu penyelidiakn akan menghadapi berbagai masalah ketika mengendalikan atau menggunakan naskhah berbentuk ini. Contoh yang paling dekat kita, dapat dilihat pada teks Sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang. Ada pihak yang mengklasifikasikan naskhah tersebut sebagai naskhah yang bersifat sejarah dengan cara penyampaian yang penuh setitika. Namuan ada pula pihak yang mendakwa ia bukan karya sejarah sebaliknya hanya merupakan karaya sastera kerana tumpuan kepada pihak istana dan persoalan sosio budaya masyarakat Melayu. Namuan disebabkan terdapat nilai kebenaran sejarah pada naskhah tersebut(hasil kajian dari sarjana yang mengklasifikasikan karya ini sebagai hasil sejarah ) maka ini menunjukkan bahawa teks sastera sejarah atau sejarah sastera ini wajar diajdikan sebagai sumber dalam penulisan sejarah. Dalam hal in pendekatan (approach) dan pengkaedahan (methodologi) ilmu sejarah membolehkan seseorang penyelidik menilai unsur sejarah dalam naskhah sedemikian.

2. penggunaan naskhah Melayu sebagai sumber sejarah oleh orientalis barat.
Nilai atau unsur sejarah yang terdapat dalam naskhah-naskhah Melayu juga diakui oleh para orientalis dan intelektualime barat. Buka setakat itu sahaja, bagi mereka naskhah ini penting untuk mengetahui budaya masyarakat Melayu dan melihat lebih dekat car pemikirn, falsafah serta the way of life masyarakat ini. Bagi orientalis ini -naskhah Melayu membolehkan mereka menerokai bidang pengajian ilmiah yang mana mereka gunakan -naskhah Melayu ini sebagai sumber dalam bidang penulisan keilmuan yang dinamakan pensejarahan Melayu. Penerangan ini juga menyokong bahawa naskhah Melayu sememangnya amat berharga dan berguna sebagai sumber bagi menulis sejarah.contoh Francois Valentijn, penulis Belanda menulis Oud en Nieuw ost-indien. Dalam menulis tantang sejarah Melaka dan kerajaan-kerajaan Melayu beliau menyebut sumber Sejarah Melayu iaitu "soelalet Essalatine", or the generology of the king of the malay coast and of Malacca. Setelah mendalami nilai sejarah teks Sejarah Melayu John Lyden 1821 menterjemahkan kitab ini ke dalan bahasa iNggeris dan diikuti pila oleh Astride Morre pada tahun 1876 menterjemahkan ke dalam bahasa Perancis yang berjudul "Le Sadjerat Malayou. Oleg penggunaan naskhah Melayu berunsur sejarah telah dgunakan dikalangan sarjana Barat sejak abad ke 18 lagi dan ini dapat menjelaskan bahawa pengiktirafan naskhah Melayu sebagai sebuah sejarah.

3. unsur non historical
permasalahan yang amat kerap dibangkitkan mengenai pengkajian naskhah-naskhah bercorak sejarah ini ialah tentang kewujudan pencampuran unsur-unsur fantasi yang dianggap non-historical. Kebanyakkan naskhah-naskhah Melayu terpengaruh kepada dua unsur. Pertama, unsur magical yang berdasarkan kepada konsepsi yang dikenali sebagai mitos, lagenda, magis dan sebagainya. Keduanya, unsur feitenkennis iaitu mengandungi kualaiti dan kebenaran sejarah. Dalam hal ini Roolvink menjelaskan pendapatnya:
" soal ini sanagt rapat dengan soal persejarahan (historical) Melayu ...pada umumnya dapat dikatakan bahawa buku-buku sejarah dalam sastera Melayu klasik terdiri atas dua bahagian, bahagian pertama bersifat Mythis-lagendaris sahaja, yang mencerminkan keadaan dahulu kala, tantang permulaan berlakunya adat istiadat dan sebagainya; dan satu bahagian lagi yang kurang Mythis-lagendaris tetapi lebih bersifat historis, lebih sesuai dengankenyataan sejarah, teristimewa jika pengarangnya menceritkan tentang masanya sendiri."
Tujuan karya ini bagi Hoesein Djajanigrat ialah " for the glorification of the king/kings." Tumpuan biasanya diberikan kepada istana atau negara kota seperti pasai, Acheh, palembang, sumatera, johor, perak, kedah, pahang, mengkasar, tailo dan sebagainya. Penumpuan kepada raja atau istana begitu mutlak sehingga sukar untuk menilai fakta sejarah dalam naskhah tersebut. Dalam hal ini, beberapa orientalis barat seperti r. O winstedt, p.j veth dan john crawfurd memandang rendah pada naskhah Melayu sebegini. Mengapa? Di sini , profesor dato' yusoff hashim cuba menolak penilaian rendah tokoh-tokoh tersebutterhadap naskhah-naskhah Melayu. Beliau mengemukan pendapat, pertama, mereka bukanlah sarjana sebenar dan bukan pengkaji ilmu masyarakat yang sejati sebaliknya merka hanya pegawai tadbir. Keduanya, dalam penilaian mereka terhadap naskhah Melayu mereka melihat hal ini sepenuhnya dari pandangan atau kacamata barat, budaya barat atau norma barat. Selain iti tokoh-tokoh ini sememangnya memandang rendah terhadap masyarakat Melayu yang dianggap masih jauh ketinggalan dalambanyak aspek dan beranggapan merekalah y yangerbaik dan termaju. Oleh itu ciri-ciri magical, mitos, lagenda, dongeng dan istana centric dalam naskhah Melayu tidak perlu dijadikan alasan untuk menolak sesebuah naskhah sebagai sumber yang mempunyai nilai sejarah. Telah menjadi kbiasaan bagi penulis dahulu untuk menambah 'rempah ratus' sedemikian untuk ' membungai' karya mereka agar tidak sahaja mempunyai kandungan yang penting tapi mempunyai cara penyampaian yang unik dan indah. Perkara ini perlu penggunaan bahasa yang puitis.

Dalam hal yang berkaitan juga, individu yang menjalankan penyelidikan hendaklah menilai dan menggunakan pendekatan serta pengkaedahan ilmu sejarah dengan sebaik mungkin untuk mengelakkan pengkajian dan penyelidikan yang hanya merugikan. Penyelidik seharusnya mempunyai pandanagn yang positif terhadap naskhah Melayu agar dapat menilai sumber ini sebagai naskhah yang mempunyai nilai sejarah. Dalam hal ini J.J Ras yang menyatakan:
" ...dongeng tidak sahaja berkait dengan asal usul kebudayaan sesuatu dinasti, sebenarnya mengandungi nilai sejarah yang tinggi buat mereka yang tahu menggunakannya."
Sokongan J.J Ras ini terhadap naskhah Melayu menyebabkan sarjana-sarjana lain yang menumpu perhatian kepada naskhah-naskhah yang bukan bercorak sejarah. Mereka menggunakan teori dan method yang didakwa sebagai antropological dan ethnological. Malah naskhah-naskhah ini dihubungkaitkan dnegan unsur-unsur sejarah dan teori pensejarahan sehingga naskhah-naskhah yang tidak bercorak sejarah itu menjelma dan dapat dikaji.

4. unsur simbolisme, anakronisme dan ramalan
bagi Rosenthal kebanyakkan monograf yang dihasilkan mengenai sejarah sezaman adalah penulisan yang dilakukan atas perintah raja yang ingin melihat jasanya (dan kerap juga wangsanya) atau peristiwa yang penting dalam zaman pemerintahannya diabadikan dalam penulisan. Oleh itu, penulis menulis adalah untuk menggembirakan atau menyukakan hati sultan atau rajanya. Sejarawan juga menulis demi kepentingan zuriatnya dan juga bangsa keturunannya opada masa akan datang. Dalam karya penulis terdapat juga unsur-unsur simbolisme, ramalan dan anakronisme yang dijadikan kiasan atau sindiran terhadap perbuatan mahupun peribadi tokoh-tokoh tersebut.dalam kitab Sejarah Melayu terdapat unsur simbolik dan merupakan unsur penting dalam penulisan seperti ini. Unsur ini sememangnya ada kaitan dnegan lagenda dan mitos.dan masyarakat Melayu tradisional mengkritik raja secar terang-terangan akan dianggap menderhaka dan akan menerima hukuman bunuh dengan perbagai car. Oleh dengan kaedah penulisan yang diselitkan unsur-unsur ini membolehkan penulis tadi mengkritik, menegur raja secar sinis. Dalam hal ini naskhah-naskhah Melayu tidak sahaja bersifat istana centrik yang terlalu. Tetapi penjelasan yang menyatakan tentang kezaliman, kekejaman, tamak haloba, nafsu berahi golongan ini. Jadi dalam hal ini wujud penyataan yang balance terhadap golongan ini. Cuma cara menyatakan pujian dan sanjungan itu berbeza dengan menyatakan kritikan. Pujian secar teran dan kritikan secara simbolik. Namun begitu unsur simbolik juga digunakan untuk membina imej raja sebagai dewa dan mempunyai kuasa sakral dan bersifat luarbiasa disamping dapat memberi landasan itu pada kedudukan politik raja dan dinastinya. Beberapa unsur simbolik dalam naskhah Melayu dapat kita tinjau seperti hikayat merong mahawangsa yang mendedahkan tentang "raja bersiung" kerana keluar siungnya dan baginda dikatakan suka meminum darah manusia. Dalam Sejarah Melayu, Sultan Mahmus Syah dikatakan sanggup memenuhi tuntutan Puteri Gunung Ledang yang begitu berat kerana mementingkan nafsu berahi baginda sahaja. Permintaan Puteri Gunung Ledang iaitu 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati kuman, jambatan emas dan istana di puncak gunung Ledang yang diusahakan dengan mengerah rakyat jelata tanpa mengambilkira kesukaran yang dihadapi. Dalam Tuhfat Al-Nafis, Sultan Mahmud Syah II dinyatakan bahawa tegak kemaluannya walaupun telah mangkat. Simbolik yang cuba dijelaskan ialah Sultan mempunyai nafsu yang besar. Contoh lain ,Raja Bugis bermimpi kemaluan menjadi naga dan peristiwa ini dijadikan petanda kejayaan 5 orang beradik di kepulauan Riau Lingga. Raja Acheh misalnya pula dikatakan bermimpi kencing sehingga bah seluruh negeri dan ramalan Sultan Acheh telah menjadi raja yang mashyur.

Unsur anakronisme yang meluas juga ditemui dalam naskhah Melayu . anakronisme dalam pensejarahan Melayu pada umumnya dihubungkan dengan masa berlakunya sesuatu peristiwa serta penukaran kepada peristiwa itu sendiri. Secara ringkasnya anakronisme sebagai kesalahan menggunakan tarikhdan tempat peristiwa yang berlaku sesuai dengan masa dan tarikh sebenarnya.contohnya peminangan Puteri Gunung Ledang dicatatkan dalam kitab Sejarah Melayu yang diselenggarakan oleh R.o. winstedt dan kitanb Sejarah Melayu yang diselenggarakan oleh shellabear menampakkan unsur anakronisme. Dalam edisi winstedt, Sultan mansur syah ingin meminang Puteri Gunung Ledang, tetapi edisi shellabear Sultan Melaka yang terakhir iaitu Sultan Mahmus Syah yang ingin meminang Puteri Gunung Ledang. Sememangnya unsur-unsur ini menjadi masalah dalam menjalankan kajian terhadap naskhah-naskhah Melayu. Namun Hoesein Djajaningrat menyatakan bahawa unsur-unsur inidigunakan sebagi mencemerlangkan seseorang atau beberapa orang raja. Begitu juga bagi Syair perang mengkasar, menurut Cyrill skinner " untuk menyukakan hati yang mendengarnya". Oleh itu undur-undur seperti ini dijadikan sebagai pewarna atau pemanis dalam naskhah Melayu agar tampil indakh, unik dan menarik. Oleh kerana ia dilahirkan olehsuatu bentuk masyarakatm temapatan, maka segala rangka kajian terhadap persoalan ini patut dirujuk dan dikembalikan kepada masyarakat itu sendiri ( inilah yang dilupai oleh Winstedt, p.j veth dan john Crawfurd) dalam menilai naskhah Melayu. Maksudnya mendalami atau melihat masyarakat terdahulu dari perspektif "space and time" masyarakat tersebut. Inilah yang sukar dilakukan.

5. mengadakan kajian perbandingan
naskhah-naskhah Melayu yang kita temui hari ini bukan naskhah asli sebaliknya naskhah salinan. Tntang ini Cowan umpamanya menegaskan:
the malay copyist, unlike his Balinese counterpart, is at liberty to make correction, to add materials here and there or to commit words and sentences.
Akibat daripada perbualan ini Cowan menjelaskan:
" A malay copyist is not anakronisme mere copyist : he is an author himxelf."

Oleh sebab itu konsep penulis dan penyalin dalam kesusasteraan Melayu tradisional,khasnya yang berbentuk sejarah membawa pengertian yang bertimbal balik. Ada juga berlaku tokok tambah. Hal ini berlakiu dalam kitab Sejarah Melayu pada edisi shellabear yang banyak bahan baru yang ditambah dan dibuang yang kemudiannya digunakan oleh penyalin kemudiannya. Isinya jauh lebih panjang daripada Sejarah Melayu edisi winstedt.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku di lain masa dikatakan berlaku pada mas aberlainan pula mengikut selera dan citarasanya sendiri. Diambilnya peristiwa-peristiwa mashyur seperti peminangan Puteri Gunung Ledang dan penemuan tokoh dari Melaka dengan Betara Patih Gajah Madah dan sebagaimana pada kitab-kitab sejarah yang berkenaan lantas diapplykannya kepada mana-mana peristiwa yang disukainya atau disanjungi tanpa memikirkan tentang kesenian dan keasliannya. Pada hakikatnya sejarah yang sebenarnya berlaku setelah beberapa masa berlalu anakronisme. Dalam hal ini kajian perbandingan terahadap beberapa naskhah Melayu yang mempunyai tajuk tetapi lain edisi itu penting untuk meneliti dan menganalisa seterusnya dapatkan nilai sejarah pada naskhah tersebut. Dalam hal ini kajian terhadap naskhah asli yang terbaik.

6. lain-lain
penggunaan naskhah Melayu sebagai sumber sejarah Malaysia juga menghadapi masalah kerana terdapatnya penggunaan perkataan-perkataan Melayu klasik yang tidak digunakan lagi pada masa kini. Sebagai contoh jurubatu, chukai bea dan pabean. Halangan kepada penyelidik yang tidak mahir dengantulisan tersebut. Turut menjadi masalah apabila terdapat dokumen-dokumen yang tersimpan di Arkiby diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia dan tidak boleh dibuka dalam tempoh 25 tahun atau selama-kamanya. Dokumen seperti ini dikhuatiri akan menjejaskan keamanan negara, hubungan anatara kaum atau menjatuhkan maruag seseorang. Sebagai contoh dokumen yang mencatatkan tentang aktiviti komunis di negara ini. Kemungkinan besar golongan tradisional terlibat dengan aktiviti komunis masih hidup atau saudara -mara mereka dikenali. Ini akan menyebabkan berlaku tindakan balas dendam dari mereka yang pernah melalui ancaman komunis.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, naskhah-naskhah Melayu yang bercorak sejarah dan tidak bercorak sejarah boleh digunakan sebagi sumber sejarah Melayu. Walaupun kadang kala sukar untuk menilai unsur dan kualiti sejarah tersebut kerana banyak strategi penulisan yang mengelirukan, bukanlah menjadi alasan untuk par ilmuan menolak seratus peratus naskhah tersebut sebagi naskhah bukan bercorak sejarah. Pada hal, sejarah itu sendiri merupakan disiplin yang amat luas yang meliputi aspek ilmu, budaya, filologi, sosiologi, antropologi, ethologi, falsafah dan sebagainya. Untuk Pengkajian naskhah Melayu perlu bagi pengkaji dan penyelidik mengetahui latar belakang sejarah seterusnya menggunakan sdisiplin sejarah agar dapat membuat tafsiran dan menyempurnakan kajian.


Bibiliografi

Muhammad Yusoff Hashim, Persejarahan Melayu Nusantara: Kajian Mengenai Sumber, Penghayatan, Masalah Dan Tafsiran Naskhah-Naskhah Terpilih Sejarah Melayu, Teks Publising Sdn Bhd. Kuala Lumpur, 1998

Muhammad Yusoff Hashim, Syair Sultan Maulana: Satu Penelitian Kritis Tentang Hasil Pensejarahan Melayu Tradisional, Universiti Malaya, 1998

Muhd Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1971

Muhd Yusof Ibrahim Dan Mahuyudin Hj. Yahya, Sejarawan Dan Pensejarahan: Ketokohan Dan Karya, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1998