PENGUJUDAN SEATO (SOUTHEAST ASIA TREATY ORGANIZATION) MENCERMINKAN KEPENTINGAN AMERIKA SYARIKAT DI ASIA TENGGARA

Southeast Asia Teraty Organization (SEATO) telah ditandatangani pada 8 September 1954 di Manila oleh 8 buah negara (kuasa) iaitu Filipina, Tahailand, Pakistan , amerika Syarikat, perancis , Britain, New Zealand dan Australia. SEATO merupakan satu pakatan militer yang dianjurkan oleh Amerika bagi membendung pengaruh komunis dari merebak ke Asia Tenggara.

Secara Ringkasnya, ketetapan ini menjelaskan bahawa ia mewajibkan semua peserta mengambil tindakan selaras denagn perlembagaan masing-masing untuk menghadapi bahaya umum yang berbangkit daripada serangan bersenjata atau sebarang ancaman terhadapa negara peserta di kawasan 'treaty' ataupun kawasan yang dimasukkan ke dalam treaty. Sementara itu kawasan treaty adalah merujuk kepada kawasan am Asia Tenggara. Seluruh wilayah pihak Asia dan kawasan am Barat daya Pasifik. Dan mealui protokal tambahan, telah meluaskan perlindungan SEATO kepada Loas dan Vietnam Selatan, tetapi tidak termasuk Hanoi dan Hong Kong. Seterusnya menegaskan bahawa ia hanya dibataskan kepada serangan pihak komunis.

Secara teorinya, SEATO menjamin akan mengambil langkah-langkah secara kolektif bagi mengelakkan atau membalas denagan cara yang wajar sebarang usaha yang bertujuan untuk merosakkan atau menghancurkan kestabilan politik dan integriti wilayah di bawah lindungan SEATO. Selain itu, SEATO berhasrat untuk menjalin kerjasama dalam meningkatkan pembangunan ekonomi, termasuk dalam memberi bantuan teknikal bagi meningkatkan taraf ekonomi dan sosial yang lebih baik bagi negara anggota.

Amerika menganjurkan penubuhan SEATO kerana berpendapat bahawa perekmbangan ideologi komunis dalam arena plitik antarabangsa akan emnjejaskan kedudukan kem anti komunis yang dipimpin oleh Amerika sendiri. Pakatan militer ini adalah sejajar dengan penubuhan NATO pada 1947, yan berperanan membendung pengaruh soviiet union di eropah barat.. Amerika mendapati, sebuah jentera perlu diwujudkan bagi menahan atau membendung komunisme di kawasan Asia Tenggara, yang mana kebanyakan negara-negara di Asia Tenggara baru sahaja mencapai kemerdekaan selpeas perang dunia kedua dan tentunya sangat lemah untuk menghadapi pengaruh ideologi komunis yang dianggap sebagai menafikan hak dan keadilan manusia. Di Asia. Pengaruh komunis dijangka akan tersebar melalui Peking setelah Revolusi Mao Tze Tung berjaya menyingkirkan kerajaan Nasionalis, pimpinan Chiang kai sek, yang pro Barat. Peristiwa ini telah menimbulkan rasa kecewa di kalangan politik Amerika. Dan Amerika tidak mahu Asia Tenggara jatuh ketangan kuasa komunis iaitu mengalami nasib yang sama seperti China.

Pedapat tentang kepungkinan berlakunya kesan teori Domino amat emmbimbangkan kem anti komunis. Ini terbukti apabilakomunis telah bertapak kukuh di Vietnam utara dan mendapat pengiktirafan diplomatik oleh Soviet Union dan China. Presiden Eisenhower meyatakan bahawa, kejatuhan Indoochin akan membawa kepada kejatuhan Burma, Tahiland, Malaya dan Indonesia. Seterusnya india kan diselubungi oleh komunis dan Australia, New Zealand, Filipina dan Farmosa serta Jepu akan menerima ancaman yang hebat. Sekiranya keadaan ini berlaku, ia pasti menjadi satru tamparan hebat kepada ideologi kapitalis yang dikritik oleh teori Marxisme sebagai mengaut keuntungan yang tinggi dari negara kapitalis. Oleh kerana merasakan diri mereka sebuah negara yang paling berdaya menyekat kesan Domino ini, maka Amerika cuba melanjutkan jentera Nato ke Asia melalui SEATO.

Walau apapun alasan yang diberoikan oleh Amerika terhadap peri pentingnya kewujudan Seato di Rantau Asia Tenggara, kita dapat elihat bahawa, di sebalik ketetapan yang telah dicapai dalam persidangannya, Amerika didapati cuba mendapatkan sokongan untuk mengekalkan pengaruhnya di Vietnam Selatan. Perhubungan multlateral yang diasaskan oleh penubuhan SEATO, memberi eluang kepada Amerika untuk terus mengekalkan status kolonialnya di Vietnam Selatan dengan alasan untuk mengelakkan pengaruh imperialisme Soviet yang didakwa akan mengancam demokrasi dan keselamatan negara. Malahan Amerika tidak menerima Persidangan Geneva (April-Julai 1954) kerana menganggapnya sebagai mempercepatkan perluasan pengaruh komunis di China. Dan sanggup mengekalkan kemerdekaan regim anti komunis pimpinan Bao Dai di Vietnam Selatan. Amerika didapati menggunakan kedudukan SEATO untuk menghalang penyatuan Vietnam yang dicadangkan oleh Persidangan Geneva.

Bantuan yang diberikan oleh Amerika kepada Perancis dalam perang Indochina yang ternyata mengugat kedudukan Perancis telah mencerminkan pendirian Amerika terhadap matlamat menghalang perkembangan komunis di Asia Tenggara, walaupun pada mulanya menganggap kedudukan Perancis di Indochina sebagai usaha untuk mengekalkan kolonialisme. Dimana daam perang Indochina pertama, Amerika telah menanggung 80 peratus perbelanjaaj eperangan ini. Malah Amerika mengumumkan bahawa Indochina mempunyai kepentingan strategik untuk keselamatan Amerika dan memberi amaran kepada China terhadap sebarang gangguan secara langsung atau tidak langsung akan menimbulkan konflik yang serius

Bagaimanapun, di satu pihak iaitu Filipina, menganggap bantuan ketenteraan yang diberikan oleh Amerika kepada perancis ini tidak menepati ketetapan yang diberikan dalam kedua-dua 'treaty' yang telah dipersetujui sama ada bilateral (1952) ataupun SEATO. Dimana, kebanyakan kelengkapan militer Amerika di Filipina digunakan untuk emmbantu operasi di Indochina tanpa sebarang perbincangan terlebih dahulu. Ini membayangkan Amerika sebanarnya tidak memerlkan sebarang nasihat dari negara seperti Filipina, melainkan sokongan mutilateral melalui SEATO.

Disamping itu, pihak China mengamati kewujudan SEATO bukan bertujuan untuk menyekat kemaraan komunis, kerana sejak penubuhan SEATo , di dapati, tiada sebarang ancaman berbahaya komunis ke atas negara-negara anggota SEATO. Sebaliknya, China mendakwa Seato adalah alat untuk Amerika melibatkan diri secara langsung dalam kancah politik tempatan sambil meraih tiket untuk menghalalkan tindakan militer di Vietnam dan Indochina. SEATO sendiri tidak memenuhi sifat mewujudkan pertahanan secara kolektif, dimana negara-negara Asia Tenggara yang menyertai SEATO tidak mempunyai kedudukan penting dalam membuat keputusan berhubung vcampurtangan militer SEATO. Namun China tidak menoolak bahawa aktiviti militer SEATO adalah anti komunis.

Pendapat China tidak ada bezanya dengan burma yang mengamalkan daras berkecuali msepenuhnya dalam dasar luarnya. Walaupun Burma aktif dalam 'colombo plan' dan mengetui persidangan ASIEN, tetepi menolak mana-mana blok militer seperto SEATO. Perdama Menterinya , U Nu, dalam ucapan di hadapan National Press Club di Washington pada 1 Julai 1955, menegaskan Burma telah Merdeka dan berdaulat. Sebagai sebuah nehara yang merdeka, ia tidak mahu didominasi mana-mana kuasa dalam pakatan militer mahupun 'big ower'. Putera Norodon Sinanouk turut memberi kenyataan kepada Amerika bahawa ".... Your SEATO offer us protection which can olny bring us dishonour.... if you want peace, don't prepare for war; don't talk war; stay away from every preparation that may contribute to war...."

Bagaimanapun, sekiranya merujuk kepada perkembangan di Asia Tenggara pada tempoh penubuhan SEATO, kita terpaksa akur bahawa Amerika sebenarnya mempunyai peluang yang menarik untuk mencapai matlama terusrat dan tersirat dalam pakatan ini (SEATO) kerana pada masa ini, Asia Tenggara sendiri menghadapi era' kekosongan kuasa' selepas jepun gagal mempertahankan kejayaan prestijnya semasa perang dunia kedua di Asia Tenggara dan terpaksa tunduk kepada kekuatan barat dan berundur dari kawasan Asia Tenggara.

Kesempatan ini dengan mudah diisi oleh Amerika yang sememangnya telah memulakan kempen anti komiunis di Eropah dan melanjutkannya ke Asia Tenggara berpandukan motf yang sama. Lalu secara tidak langsng mendapat peluang untuk mendapatkan sokongan terhadap penglibatan dalam perang dengan Vietnam.

Berdasarkan penyataan di atas, dapat disimpulkan bahawa SEATO semeamangnya mencerminkan kepentingan Amerika di Asia Tenggara. Bagaimanapun, SEATO telah berusaha merealisasikan ketetapannya yang lain seperti memberikan kerjasama dalam bidang ekonomi dan pembangunan sosial. Misalnya beberapa projek yang mengadakan projek latihan pekerja mahir terutama bagi negara sedang membangun seperti Pakistan, Thailand dan Filipina. Contohnya dua pusat latihan telah didirikan di Dacca dan Karachi pada 1963 dan 1964.

Selain itu, penyelidikan dalam bidang perubatan turut mendapat perhatian terutama berkaitan epidmic seperti olera dan sebagainya. ' caltural interchange' mendapat perhatian kerana ia jugadapat memelihara kerjasama di kalngan anggota SEATO.

Kesimpulannya,

Pengujudan SEATO yang dianjurkan oleh Amerika secara langsung atau sult, telah menyediakan suatu perbatasan Perang Dingin di antara dua kem, kem komunis dan kem anti komunis. In i secara tidak lagsung juga teah membawa negara-negara Asia Tenggara mul aterlibat dalam perang Ideologi pimpinan Amerika dan Sioviet Union. Bagaimanapun, SEATO di anggap telah menghalang kerjasama yeng sememangnya suda sedia kala dicerminkan oleh ketidaktentuan dan konflik selepas perang dunia kedua, yang mana telah membawa kepada pengujudan SEATO, suatu bentuk pembendungan ideologi komunis oleh Amerika di Asia Tenggara. Apabila negara-negera SEATO muala mempersoalkan dasar utama penubuhan SEATO dan penubuhan ASEAN pada 1967, selaku pertubuhan asli serantau maka SEATO kelihatan semakin lemah. Selain itu, negara-negara di Asia Tenggara lebh meminati kkonsep berkecuali dan menerima ZOFPAN, akirnya SEATO tidak dapat diselamatkan lagi pada 1977, ia telah berkubur dari persada perhubungan politik serantau di Asia Tenggara dan politik antarabangsa.


Bibliografi

SEATO:1954-1964, SEATO, Bangkok, Thailand, 1964

The SEATO, Central Office of Information, London, 1965

K. S. Nathan, "Vietnam dan Dasar Luar Amerika Syarikat", dalam , Dasar Luar Amerika di Asia, Penerbitan Sarjana, MAAS, KL, 1987.

Lea E. William, Southeast Asia - History, Oxford UP, New York, 1976

William T. Tow, US Foreign Policy and Asian Pasific Security; A Transregional Approach, Westview press, Colorado, 1982

Khew Guat Hoon, An Analysis of China Attitudes Towards ASEAN 1967-1976, Occasional Paper No. 48, ISAS, Singapore, 1977

Claude A. Buss, Southeast Asia in Today's World, Princeton, New jersey, 1958

Peter Polomka, "ASEAN and the law of the sea, a preliminay look at the prospects of regional cooperation, ISAS, 1975.