Make your own free website on Tripod.com

THE GREEK STATE
 
 

    Didalam bab ini diceritakan serta sedikit latar belakang negara Greek. Dan perkembangannya meliputi aspek politik, sosial dan ekonomi.. negera Greek adalah tamadun yang terawal yang bermula di pulau Crete yang terletak dilaut Aegean. Tamadun Crete mencapai kegemilangannya antara tahun 160-1400 SM yang dikenali sebagai zaman agung. Kemudiannyaa dikenali sebagai Tamadun Mycenae selepas ia berkembang ke Tanah Besar Greek. Bngsa Greek yang pertama telah memasuki tanah besar ialah bangsa Achean. Orang-orang Dorian telah berjaya menawan dan membahagikan Greek kepada polis atau negara kota. Polis-polis in adalah berasingan dan saling bermusuhan. Kebanyakan penduduknya berkerja sebagai buruh-buruh di ladang dan akhirnya mereka sendiri menjadi hamba apabila tanah mereka dirampas.

Dalam sepek politik, turut diperkenalkan ilah institusi eksekutif, legaslatif dan kehakiman disamping badan-badan lain seperti majlis perhimpunan, majlis council, majistret dan juri. Sistem kehakiman daan kerakyatan diperketatkan lagi bagi menjamin kemaanan dan keadilan di Greek. Kerakyatan diberi kepada mereka yang menjadi ahli demes sahaja. Athens pula mengamalkan sistem demokrasi dimana ideologi [politik yang mementingkan kebebasan berfikir dan bersuara untuk mewujudkan sebuah negara yang dikongsi bersama rakyat dan terdapat persamaan hak untuk semua.

Dalam bidang ekonomi, masyarakat Greek menjalankan pertanian, penternakan, industri kecilan dan perdagangan. Penduduk Greek terutamanya Athens menguasai perdagangan timur mediteranian dan laut hitam. Greek telah mengeksport tembikar dan bahan galian seperti besi.

Seterussnya dalam bidang endidikan, tokoh falsafah terkenal seperti Socrates, pPlato dan Aristotle menekankan pendidikan untuk memajukan diri. Socrates menggalakkan penuntutnya menggunakan akal dan berfikir secra logiik. Plato pula menubuhkan sebuah sekolah falsafah di Athens iaitu Academy. Ia juga menerbitka buku 'Republik' manakala Aristotle menubuhkan sekolah yang dikenali dengan nama 'Lyceum'. Oleh aspek pendidikan merupakan perekmbangan dalam bidang sosial.