Make your own free website on Tripod.com

TAMADUN GREEK
 
 

    Tamadun Greek merupakan sebuah tamadun yang dianggap sebagai asas kegemilangan ketamadunan Eropah dan dunia amnya. Tamadun telah terbina setelah kedatangan orang-orang Greek pada 3000 SM hingga 2000 SM dari Yunani. Tamadun ini terletak ditengahjalan utara yang sejuk dan selatan yang agak tropika. Keadaan iklim yang sederhana yang terlindung oleh gunung balkan telah digambarkan sebagai yang terunik di dunia.

Pada mulanya mmereka hidup secara berpuak-puak dan saling terpisah antara satu sama lain. Lama-kelamahan penduduk setiap lembah da dataran telah bergabug dan membentuk satu kumuniti politik dan bersama-sama untuk menyembah dewa-dewa dan aktiviti-aktiviti lain. Pusat komuniti itu lazimnya ialah satu kawasan yang berbatu yang tinggi ditengah-tengah dataran dan dari mana dapat dilihat seluruh kawasan sekitar. Pusat komuniti ini dipanggil Polis.

Polis bermaksud Kota Kubu atau City State, yang mempunyai masyarakat dan undang-undang sendiri. Dibahagian tengah terdapat Acropolis. Ia merangkumi keseluruhan aspek kehidupan termasuk politik, ekonomi dan sebagainya. Ada terdapat kira-kira 300 buah polis di Greek. Antara yang terkenal ialah Athens dan saparta yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Setiap polis mempunyai sistem politi yang tersendiri. Perkembangan pemikiran telah menyebabkan sisitem monarki beralih kepada oligarki dan kemudian kepada demikrasi. Keadaan ini telah ditimbulkan di Athens 500-300 SM sehingga ia menjuarai kosep terbuka dan demokrasi. Perubahan kepada demiokrasi telah memberi pekluang kepada rakyat untuk bersuara dan menjadi pemimpin.

Dengan perkembangan dalam bidang sosial, ekonomi ditambah pula dengan kekuatan tentera maka kerajaan mereka bertambah demokratik.

"Satu prinsip penting yang menjadi dasar demokrasi ialah pemerintah oleh amatur; bukan pakar, tetapi orang biasa, dipilih oleh orang ramai, mesti memerintah negera itu. Inilah yang difahamkan oleh orang Athens dengan kedaulatan."

Semasa perhimpunan dijalankan orang ramai boleh bersuara dan emmberikan pendapat mereka. Orang Athens akan berusaha untuk menghapuskan kelas pemerintah dengan cara menjadikan kerja itu sebagai satu asas ekonomi. Sistem politik di Athens terbahagi kepada empat institusi utama iaitu Assembleg, onsul (counsil), Majestrit dan Juri. Assemblej ialah institusi yang tertinggi dan disamakan dengan Perlimen. Ia adalah merupakan tempat perhimpunan warganegara yang berumur 30 tahun dan ke atas dan tidak melibatkan golongan hamba. Di Athens merupakan demokrasi perwakilan tetapi citizen menduduki demokrasi. Fungsi utama assemblej ialah untuk menentukan dasar, mengubal undang-undang, membincangkan soal kewangan dan cukai malahan tentang peperangan dan tentera dan pelantikan duta. Ia menjadi badan untuk mengawal pentadbiran negara. Anggota badan ini akan membincangkan dan berdebat tentang isi isu yang dikemukakan.

Badan kedua ialah Majlis atau Konsul. Ia adalah sebuah kabinet yang dilantik oleh assemblej untuk jangka masa satu tahun dan berfungsi sebagai penggerak dan jalankan dasar-dasar kerajaan. Mereka yang dilantik mesti berumur 60 tahun dan akan kembali kekampung setelah tamat tempoh.

Majistret pula ialah pegawai tadbir yang dilantik sebagai pembantu konsul. Kerja-kerja yang dijalankan oialah sebagai pembanci dan pemungut cukai. Juri ialah sebagai mahkamah untuk menyelesaikan masalahrakyat dan pentadbir. Ia akan menghukum sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat.

Stretagi ialah menteri pertahanan yang dilantik setahun sekali. Disparta pula sistem politiknya adalah bersifat autorkatik atau kuasa mutlak. Ia dimonopoli oleh golongan atasan sahaja. Keadaan ini berlaku kerana untuk meimbangi keadaan majoriti golongan hamba yang meliputi 70% penduduk Sparta. Jikalau Athens terkenal sebagai sebuah polis demokrasi, Sparta pula terkenal sebagai simbol kehidupan ynag ketat dn disiplin yang tinggi. Ini terjadi kerana 30% sahaja dikira sebagai warganegara dn layak untuk berkuasa dan mempunyai hak. Kuasa raja adalah diperlukan untuk mengawal pemberontakan.

Institusi yang tertinggi dalam politik Sparta ialah Diarchy yang menjadi pemerintah. Ia dibantu oleh majlis Euphrates yang terdiri daripada lima orang yang dipilih. Counsil pula ialah sebagai mahkamah dan terdiri daripada 28 orang untuk mengawasi pentadbiran. Ketiga-tiga golongan tersebut telah dilantik oleh golongan citizen. Golongan hamba dalam polis di Sparta hanya layak untuk menjadi kuli tentera sahaja.

Jika ditinjau dari aspek struktur masyarakat pula, Athens lebih mengamalkan konsep terbuka dan demikrasi. Struktur masyarakat Athens terbahagi kepada dua kumpulan nesar iaitu citizen dan slave. Citizen adalah golongan yang terbesar dan merukapan peribumi Athens. Golongan ini merupakan pentadbir dan dapat menjadi pemerintah Athens. Golongan citizen layak memegang jawatan-jawatan dalam sisitem politik. Mereka dapat menjawat setiap jawatan tersebut dalam seumur hidup sekali

Golongan hamba dikenali sebagai Slave dan penduduk minoriti malah pendatang. Golongan ini diperolehi melalui tawaan perang. Mengikut pandangan orang Athens golongan ini bukanlah hamba abdi tetapi manusia biasa yang cuma tiada hak dalam pemerintahan dan politik. Mereka boleh memiliki tanah dan boleh berkahwin. Dikatakan

" mereka bukan hidup merempat, mereka memakai pakaian seperti warganegara biasa, dan tidak dihina apabila berada diman-mana."

Dasar demokrasi yang diamalkan telah menyebabkan rakyat mempunyai tanggungjawab dalam pemerntahan. Citizen dapat memegang jawatan dan menduduki assemblej sekali dalam seumur hidup, berumur 30 tahun tanpa ada pilihanraya. Dengan ini tiada specialization dalam polis Greek.

Di Sparta pul agolongan Heltos ataupun hamba merupakan 70 % pensusuk Sparta, namun begitu mereka tidak emmpunyai hak dalam pemerintahan. Mereka melakukan kerja untuk golongan citizen dan melakukan kerja untuk orang lain. Golongan Heltos dierloehi dari tawanan perang.

"orang Sparta tidak dibenarkan berniaga atau bertani, keraj ini dilakukan oleh Helot, dan warganegara diharamkan memegang wang."

Arus iklim menyebabkan mereka bersenang hati dengan kehidupan yang sederhana. Mereka boleh menikmati iklim baik sepanjang tahun dan dengan kepintaran akal mereka, mereka lebih suka bergiat dalam politik daripada kebendaan. Mereka lebih mementingkan pemikiran akal dan polisme mereka oleh itu, sebahagian daripada kehidupna mereka telah dihabiskan diluar rumah dan biasanya berkumpul di Aropolis. Disini mereka akan emmbincangkan mengenai aktiviti harian dan politik. Keadaan demokrasi menyebabkan mereka lebih bebas dan berfikiran luas. Keadaan tersebut telah menyebabkan di athnes ramai lahrnya ahli falsafah dan pemikir yang unggul seperti Socrates, Palto dan Aristotle.

Dalam kebudayaan Athens, drama adalah satu pendidikan dan membentuk kerohanian yang berkesan dalam membentuk semangat Athens. Drama juga adalah alat kemegahan Athens. Mereka akan berduyun-duyun ke theater tanpa pulang ke rumah terlebih dahulu. Selain daripada itu mereka juga aktif dalam bidang puisi dan bersyair.

Kehidupan sosial masyarakat Sparta adalah berlainan sekali, kerana masyarakat adalah milik negara. Dengan ini kehidupan mereka terkongkong dan pemikiran mereka lambat berkembang. Keadaan ini dapat dibuktikan apabila kanak-kanak yang berumut tujuh tahun dipisahkan daripada orang tua an dimasukkan ke dalam berek ketenteraan dan diasuh untuk berkhidmat untuk negera. Setelah mereka berumur 30 tahun, baru diberi tahap kerakyatan didibenarkan berkahwin. Mereka juga digambarkan

"keindahan dan sifat lembut tidak terdapat dalam kehidupan orang Sparta. Mereka terkenal dengan sifat buruk dan makanan kotor. Orang Sparta adalah pejuang yang baik, tetapi pemerintah yang dahsyar sekali di Greek."

Kekebalan disiplin mereka tidak dapat ditandingi. Mereka hanya bertuhan kepada undang-undang sahaja.

Dalam bidang ketenteraan pula, Athens amat kuat dalam di bawah Themistoles. Mereka mempunyai semangat untuk meluaskan empayar mereka. Keadaan ini berlaku kerana sikap keyakinan mereka dan keadaan negara mereka yang kecil. Berkhidmat di dalam bidang ketenteraan adalah perkara biasa dalam kehidupan Athens. Mereka boleh dikerah pada bila-bila maa sahaja.

Kekuatan tentera Athens telah menjadi daya penarik kepada Sparta untuk meperkukuhkan mereka. Setiap kanak-kanak akan dimasukkan ke dalam pusat latiha ketenteraan dan berpisah denga orang tua merea. Para ibu pula marus melahirkan bayi-byi yang sihat dan cergas. Teknik yang digunakan oleh Sparta telah melahirkan tentera yang berdisiplin tinggi.

Dalam bidang pendidikan pula ternyata penduduk polis Athens mendahului Sparta. Keadaan ini dapat dibuktikan dengan adanya Academy, ramai ahli-ahi falsafah dan sastera telah wujud seperti Pythagoras, Addyamnder dan ramai lagi. Perkembangan pendidikan di Sparta agak lembat kerana kedanan poloitiknya yang tertutup dan monarki.

Walaupun setiap polis mempunyai perbezaan namun dalam hal keagamaan, polis Sparta dan Athens adalah sama iaitu menyembah animisme dan dewa-dewa. Sebagai contoh, pimimpin pericles di Athens telah membina rumah-rumah berhala untuk dewa-dewa. Tample of the Virgin telah dibina diacropolis oleh arkitek Ictiras, yang mana ia dibuat daripada batu marmar dari gunung pentelelicius. Oleh itu bidang kesenian mempunyai pertalian denga senibina.

Dalam ketamadunan Greek, wanita tidak mempunyai tempat dalam pemerintahan Greek. Di Athens anak-anak perempuan di pinggit daan di bimbing untuk menjadi surirumah yang baik. Mereka terpaksa berkahwin kerana kebebasan yang sebenarnya tidak diberikan kepada mereka. Dengan itu, penjaga sah terhaadapnya terserah dari tangan seorang lelaki ke tangan lelaki yang lain. Disparta pula, golongan wanita hanya diperlukan untuk melahirkan anak yang gagah perkasa untuk menjadi wira dalam bidag ketenteraan.

Kesimpulan yang dpat diambil ialah setiap polis di Greek mempunyai tahap ketamadunan yang tinggi. Pada dasarnya mereka mempunyai pemikiran yang maju dan menjadi ikutan sehingga kini. Perkembangan demikrasi telah menjadi dasar kepada tamadun yang muncul selepas itu.


BIBLIOGRAFI

W.N. Weech, Sejarah Dunia, Jilid I, DBP, KL, 1976.

F. Kitto, The Greeks, Vol. 3, Kanada, Panguin, 1954

Ernest Bablt, The Politices of Aristotle