Kehilngan Kepimpinan Hasan Al-Banna Menyebabkan Ikhwanulmuslimin tidak punya kekuatan Politik.
 
 

    PENDAHULUAN

“Beliau adalah seorang besar yang mendapat taufiq dan tidak mahu menyalahi jalan yang benar. Beliau bukan sahaja menarik orang kepada agama, bahkan juga beliau telah mengisi hati kami dengan perasaan cinta kepada Islam dan melebur kami laksana emas di dalam api, ke dalam acuan yang bersih. Hasan Al-Banna telah dibunuh orang pada suatu hari yang amat gelap dalam sejarah. Dengan kehilangannya maka kemanusiaan telah kehilangan seorang manusia yang jarang sekali  dilahirkan oleh zaman orang yang seperti beliau”.

Pada 12 Februari 1949, Hasan Al-Banna telah ditembak ketika keluar dari bangunan Ikhwan Al Muslimin untuk menaiki kereta sewa dan beliau meninggal dunia di hospital beberapa ketika. Kematian Hasan Al-Banna telah dirancang oleh Polis Rahsia Kerajaan kerana menuntut bela atas kematian Perdana Menteri yang telah dibunuh oleh seorang mahasiswa yang bertindak atas daya usahanya sendiri kerana marahkan pembubaran Ikhwan Al Muslimin .
Berdasarkan kepada petikan diatas menunjukkan Hasan Al-Banna sememangnya adalah tokoh yang amat penting ketika itu. Diantara tahun 1948-1954  merupakan tahap terpenting penglibatan ikhwan al-muslimin dalam proses politik di Mesir. Pada akhir tahun 1940-an dan awal 1950-an gerakan ini berjaya muncul sebagai sebuah organisasi yang paling mendapat sambutan rakyat mengatasi pengaruh yang sebelum ini secara tradisi dimonopoli oleh parti Ward terutama semasa Hasan Al-Banna masih hidup.
Sebagai pengasas Ikhwan Al-Mukminin,Ketiadaannya untuk memimpin Ikhwan Al-Mukminin menjadi faktor utama meyebabkan Ikhwan Al-Mukminin gagal merebut kuasa politik Mesir pada tahun 1948-1954. Juga ditahun tersebut berlaku perubahan pentadbiran oleh sekumpulan pegawai tentera yang dikenali sebagai free officer yang bertindak merampas kuasa pimpinan Gamal Abdul Nasser iaitu seorang tokoh yang berjaya menyingkirkan rakan-rakan yang tidak sealiran dengannya dan yang paling penting, berjaya memusnahkan pengaruh Ikhwan Al-Muslimin.
Kematian Hasan Al-Banna meninggalkan kesan yang amat besar terhadap corak dan nasib masa depan gerakan tersebut. Kekosongan pemimpin selepas kematiannya mencetuskan perebutan kuasa di kalangan pucuk pimpinan. Ini  sebabkan organisasi ini tidak begitu berkesan mendominasikan politik mesir. Malah Ikhwan Al-Muslimin memainkan peranan kecil dalam Revolusi Julai 1952.  Juga  Ikhwan Al-Muslimin menghadapi tekanan hebat dari pemerintah.

LATAR BELAKANG HASAN AL-BANNA
Al- Imam Hasan Al-Banna di lahirkan dalam bulan Oktober  pada tahun 1906 di desa Al Mahmudiyyah  Mesir. Kampungnya ini adalah sebuah perkampungan  para petani yang masih berpegang kuat kepada amalan-amalan  cara hidup tradisi. Hidupnya sejak kecil terpelihara dari noda-noda dan pengaruh luar kerana kehidupan keluarga dan masyarakat tradisional di kampungnya berpegang kuat dengan amalan dan nilai-nilai Islam dalam kehidupan mereka. Keluarga Hasan Al-Banna  adalah keluaraga Ulama dan dihormati oleh masyarakat setempat.
Ayahnya Sheikh Ahmad bin Abdul Rahman Al Banna seorang Ulama, Imam, guru dan pengarang yang terkemuka dan juga dipengaruhi oleh cita-cita perjuangan Sheikh Muhammad Abduh yang menjadi salah seorang pelopor gerakan ‘ pembaharuan ‘ di Mesir. Nyatalah disini peribadi, keilmuan dan ketokohan beliau adalah lahir dari peribadi dan ketokohan ayahnya ini. Hasan Al-Banna juga dikatakan seorang yang berwibawa wajahnya, mantap keimannya, tajam dan cerdas daya pemikirannya, petah dalam ucapan, tinggi semangat juangnya dan amat dihormati teraju kepimpinannya. Berkat daya kepimpinan, didikan dan bimbingannya, Ikhwan Al Muslimin telah melahirkan ramai barisan Mujahid-mujahid Da’wah yang gilang-gemilang  dalam sejarah kebangkitan Islam di abad ini.

KETOKOHAN INTELEKNYA
Sejak kecil sudah terdedah dengan pembelajaran . ketika usianya lapan tahun telah memulakan pembelajaran di sebuah sekolah rakyat di kampungnya. Usianya dua belas tahun memasuki sekolah rendah dan mula terlibat dalam persatuan antaranya badan ‘latihan akhlak ‘.  Dari sinilah terserlahnya sifat-sifat kepimpinannya sebagai seorang pemimpin. Beliau juga dipengaruhi oleh pemikiran pertubuhan sufi yang dikenali sebagai Ikhwan Al Hasafiyyah.  Beliau juga terlibat dalam pemberontakan 1919 dan turut menyertai demonstrasi  dan menggubah dan mendeklamasikan sajak dengan semangat yang berkobar-kobar.
Tahun 1922 bermula bergiat dalam pertubuhan yang lebih besar seperti  Ikhwan Al Hasafiyyah yang bertujuan untuk ,memelihara prinsip-prinsip akhlak Islam dan menentang gerakan da’yah Kristian di bandar Qahirah dan beliau terpengaruh   dengan ajaran Al Imam Al Ghazali.  Beliau juga aktif dalam melakukan penelahan di luar seperti rajin membaca buku-buku Tasawwuf, sejarah Rasullullah, kisah-kisah perjuangan pahlawan yang mempertahankan tanah air dan agama serta kisah-kisah perjuangan menuju jalan Allah. Oleh kerana pengalamannya ini menyebabkan walaupun beliau bukan seorang ahli falsafah atau seorang pemikir dalam ertikata yang sebenarnya tetapi beliau adalah seorang yang mempunyai kemampuan yang tinggi dan kefahaman Islam yang mendalam.
Tahun 1923 beliau memasuki sebuah institusi pengajian tinggi pada masa itu. Ketika ini juga beliau telah mula memerhati dan menganalisa keadaan politik negara Mesir. Antaranya dapat melihat dengan jelas pergolakan politik, aliran-aliran yang menentang agama yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk, aliran Non Islamic di Universiti Mesir yang yang beraggapan universiti tersebut tidak akan dapat menegakkan sekularismenya melainkan dengan menentang agama dan memerangi tradisi-tradisi sosial yang berbentuk agama yang keseluruhannya untuk melemahkan pengaruh agama. Dari sinilah beliau menganalisa penyakit-penyakit sosial yang dihadapi dan cara-cara untuk mengatasi. Sehinggakan beliau menjelaskan.” Kami begitu risau hingga sampai kami menangis”.
Hasan Al-Banna juga melibatkan diri dalam Persekutuan Budi Utama Islam yang giat memberi ceramah-ceramah Islam  di beberapa masjid, tempat perhimpunan ramai seperti kedai-kedai kopi rakyat di merata pelusuk desa. Disinilah terjalinnya hubungan dengan tokoh-tokoh pemimpin Islam yang terkenal di zaman itu antaranya Muhibuddin Al Khatib, Muhammad Rashid Reda dan Farid Wajdi. Pernah menjadi guru bahasa Arab di sekolah rendah di bandar Isma’iliyyah di wilayah terusan Suez dan berkhidmat di bidang perguruan Islam selama sembilan belas tahun sehinggalah pada tahun 1946.
 Sebenarnya di sinilah beliau menyusun kegiatan dakwahnya dengan berkesan dan teratur. Malah beliau menyokong  Persekutuan Belia Islam di bawah pimpinan Muhibuddin Al Khatib di tahun 1927 dan menjadi  wakil majalah Al Fatah iaitu majalah yang menjadi jurucakap badan-badan dan pertubuhan  Islam yang lain dimasa itu.  Pendedahan yang lama dan banyak dalam aktiviti da’wah danberorganisasi dan berdakwah serta bergaul dengan orang ramai iaitu  tokoh pemimpin dan orang biasa menyebabkan beliau amat dikenali dan pengalamannya digunakan sebaik mungkin dalam melatih pengikutnya hingga beliau berjaya mengasaskan sebuah organisasi yang kukuh dan berperanan penting dalam kebangkitan Islam di Mesir iaitu Ikhwan Al-Muslimin. Anwar Al Sadat ada menyatakan bahawa,
“Dia mempunyai sesuatu yang menghairankan, menguasai gerak hati memahami masalah-masalah yang dihadapi oleh Mesir.”
Kebolehannya inilah yang tidak dimiliki oleh pemimpin selepasnya dalam Ikhwan Al-Muslimin.

PENUBUHAN IKHWAN AL MUSLIMIN
Ditubuhkan pada bulan Mac 1928 di bandar Isma’iliyyah. Pertubuhan ini berkembang pesat. Antara yang ikut serta dalam perjuangannya ini pada peringkat awal adalah adik bungsunya Abdul Rahman Al Banna dan enam sahabatnya yang  lain.  Pertubuhan ini telah berkembang subur di masa tercetusnya perang dunia yang kedua dan berjaya menjadi salah satu kuasa politik yang bertarung semasa itu dan model sebagai gerakan Islam yamg mampu menghadapi cabaran semasa.
Terdapat tiga strategi dalam mengatur  Ikhwan Al Muslimin iaitu peringkat pertama memperkenalkan Ikhwan Al Muslimin dan menyebarkan da’wah asas melalui ceramah-ceramah dan mengadakan kegiatan kebajikan  masyarakat. Keduanya membentuk keperibadian anggota-anggota Ikhwan Al Muslimin sebagai persediaan untuk melancarkan jihad. Ketiganya, melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas tetapi penekan sepenuhnya kepada ahli-ahlinya dengan disiplin perjuangan yang tinggi.
Sebagai sebuah gerakan massa, Ikhwan Al-Muslimin menumpukan perhatian kepada bidang ekonomi dan sosial dalam menyebarkan da’wahnya. Dalam bidang ekonomi  Ikhwan Al-Muslimin berjaya menubuhkan kilang tekstil, syarikat perniagaan, syarikat pengiklanan. Manakala dalam  bidang sosial pula Ikhwan Al-Muslimin menubuhkan sekolah, pusat perkhidmatan, mengadakan kelas petang di seluruh negara. Kesannya Ikhwan Al-Muslimin mendapat sambutan bukan saja di Mesir bahkan ke negara-negara Arab yang lain di Timur Tengah.
Di kemuncak kegemilangannya Ikhwan Al-Muslimin berjaya mewujudkan lebih 2000 cawangan di seluruh Mesir dengan keanggotaan dianggarkan seramai dua juta orang. Juga banyak cawangannya terbentuk di beberapa negara seperti Iran, Syria, afrika Utara dan Pakistan. Dan kebanyakkannya terdiri daripada golongan kelas menengah dan penduduk bandar seperti para intelek, para pekerja dan sedikit sahaja dari kalangan petani dan penduduk desa.
Bagi Hasan Al-Banna perjuangan Islam Ikhwan Al-Muslimin bukanlah Islam yang hanya memberi penekanan kepada persoalan ibadah semata-mata tetapi merangkumi  perkara yang berkaitan dengan  urusan negara dan ummah. Sehingga beliau menyatakan bahawa, “ sesungguhnya Islam adalah agama, dunia, politik dan negara.”
Seluruh umat dianggap sebagai satu ummah dan tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain oleh batas-batas geografi. dan  masih berpendapat keagungan islam hanya boleh tercapai dengan mengembalikan keagungan bangsa Arab. Untuk itu beliau menekankan perlu wujud perpaduan Arab sebagai pra-syarat bagi mengembalikan keagunganIislam. Beliau tidak yakin Islam boleh dibangunkan oleh bangsa lain selain dari bangsa Arab. Oleh itu Ikhwan Al-Muslimin berperanan penting menggerakkan penentangan rakyat terhadap pendudukan Inggeris di Mesir  dan apabila meletus perang palestin,Ikhwan al-muslimin merupakan satu-satunya organisasi yang berjaya menghantar sukarelawan terlatih untuk membantu saudara sesama Islam menentang pengganas-pengganas zionis.

PERGOLAKAN DALAMAN
Hasan Al-Banna juga mengasaskan Pasukan Bersenjata berikutan dari ancaman Zionis di Palestin dan ianya diawasi dan dikawal oleh Hasan Al-Banna. Beberapa Peranan pasukan bersenjata Ikhwan Al-Muslimin seperti terlibat dalam perang Arab-Israel tahun 1948-1949. Kekalahan Arab menyebabkan timbul kebencian kepada pemerintahan beraja dan juga pendudukan Inggeris. Oleh itu pengalaman anggota pasukan bersenjata  Ikhwan Al-Muslimin  berperanan mencetuskan tindakan bersenjata terutama keatas kepentingan Inggeris, penyokongnya dan kumpulan-kumpulan lain yang menjadi saingannya.   Dari sinilah bermulanya ketidakstabilan dalam pegurusan Ikhwan Al-Muslimin dimana niat suci Hasan Al-Banna untuk menjamin kepentingan seluruh umat Islam melalui Pasukan Bersenjata tetapi telah disalah erti oleh pengikut yang menyalahgunakan fungsi pasukan tersebut. Malah Anwar Al-Sadat menyatakan bahawa, “wujudnya pasukan ini  tanpa menyaring keanggotaannya  merupakan kesilapan yang besar kerana ia membiakkan kuman penyelewengan pada masa akan datang.”
Kesannya pasukan ini penyumbang pencetus suasana politik yang tidak stabil di Mesir terutamanya di sepanjang tahun 1948 - 1949 dan menjejaskan imej Ikhwan Al-Mukminin di mata rakyat sebagai sebuah organisasi da’wah dan mendedahkan organisasi ini kepada tindakbalas yang sangat kejam daripada pihak pemerintah. contohnya banyak kegiatan yang dilakukan adalah   di luar pengetahuan dan bukan arahan dari Hasan Al-Banna sehingga wujud keganasan-keganasan politik antaranya pengeboman rumah Abdul Fattah Amr Pasya ( pro British), pengeboman rumah Mustapha Nahhas Pasya, serangan ke atas pejabat kumpulan akhbar Eropah di kaherah dan percubaan bunuh.
Kesannya pada disember 1948 Ikhwan Al-Muslimini semasa Mesir di bawah pimpinan Nikrasyi Pasya telah mengharamkan gerakan ini, penangkapan 32 orang Ikhwan Al-Muslimin bersama-sama dengan sejumlah senjata, bahan letupan, dan dokumen yang  ada kaitan dengan keganasan tersebut. Semua  cawangan organisasi Ikhwan Al Muslimin dibubarkan dan harta bendanya diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Dalam Negeri. Ikhwan Al Muslimin juga dituduh sebagai musuh ketat kerajaan yang cukup lengkap dengan persediaan senjata, hospital-hospital, sekolah-sekolah, kilang-kilang dan syarikat perniagaan yang kukuh. Hasan Al-Banna tidak pula ditangkap keran tidak ada bukti kukuh mengaitkannya  beliau dengan keganasan tersebut.  Pada Hasan Al-Banna senjata tersebut digunakan hanya ubtuk peperangan menentang Zionis di Palestin dan sememangnya telah diketahui oleh pemerintah Mesir.  Hasan Al-Banna yang masih bebas berusaha untuk menyelamatkan organisasi ini tetapi tidak dapat menemui jalan-jalan damai dengan Perdana Menteri Al Nukrasi Bassa.
Tindakan pemerintah ini menyebabkan beberapa anggota Ikhwan Al-Muslimin bertindak  untuk membunuh perdana menteri nokrasyi Pasya. Pada 28 disember 1948 beliau telah mati  ditembak dan pembunuhnya adalah seorang anggota Ikhwan Al-Muslimin, abdul meguib ahmad hasan,pelajar veteriner yang menyamar sebagai anggota polis. Dengan ini tercetus satu hubungan yang tegang  antara anggota Ikhwan Al-Muslimin dengan pemerintah. Hasan Al-Banna menentang perbuatan keganasan ahlinya namun gagal juga untuk mengawal kegiatan tersebut. Pertukaran  pemerintah menyebabkan tekanan  bertambah keatas Ikhwan Al-Muslimin iaitu ramai anggota gerakan ini ditangkap dan ditahan di khemah-khemah tahanan dan harta benda mereka dirampas. Usaha Hasan Al-Banna untuk menyelamatkan suasana ini gagal walaupun beliau tidak ditangkap tetapi pergerakannya terbatas. Kesannya Hasan Al-Banna telah ditembak mati pada 12 februari 1949 di hadapan ibu pejabat pertubuhan syukbanul muslimin oleh pasukan polis Rahsia Mesir.  Kesannya menjejaskan imej gerakan ini dan membahayakan kewujudan masa hadapan Ikhwan Al-Muslimin.
Kematian Hasan Al-Banna juga menyebabkan  masalah  menentukan siapakah yang layak untuk mengambilalih jawatan musyidul Aam menyebabkan kehancuran kekuatan pengaruh Ikhwan Al-Muslimin dalam politik Mesir juga walaupun Ikhwan Al-Muslimin mempunyai anggota yang ramai berjumlah dua juta orang berbanding free Officers yang hanya lima puluh orang tetapi Ikhwan Al-Mukminin gagal menguasai golongan yang lebih kecil ini.  Ini  berikutan tiada penyediaan pelapis yang berwibawa kerana kedudukan Hasan Al-Banna tidak pernah dicabar.
Selepas kematian Hasan Al-Banna, Hasan Al-Hudaybi  telah dilantik sebagai pengganti Hasan Al-Banna. Beliau  dilantik kerana dianggap orang yang paling layak menggantikan Hasan Al-Banna juga hubungannya  dengan istana dapat memberi ruang mengendurkan tekanan yang dihadapi oleh Ikhwan Al-Muslimin. Namun perlantikannya tidak dipersetujui seratus peratus oleh semua ahli syura dan ini kemudiannya mencetuskan perpecahan yang ketara dikalangan pucuk pimpinan kerana dianggap Hasan Al-Hudaybi masih baru dalam Ikhwan Al-Muslimin dan bukan dari kalangan pengasas gerakan ini  dan personaliti beliau dengan Hasan Al-Banna adalah amat berbeza dimana beliau dari kalangan orang yang berada dan bukan seorang orator seperti Hasan Al-Banna.

PENINDASAN
Konflik antara organisasi ini dengan free officers juga menajdikan organisai ini lemah kemudiannya dimana berlaku pengharaman dan penindasan ke atas gerakan , pemimpin dan pengikut ikhwan al-muslimin hadapi pelbagai tekanan dan ada di kalangan mereka dihukum mati atau menjalani hukuman penjara yang panjang.r260
Pergolakan ini berterusan dan memberi ruang kepada Free Officers mempergunakan kelemahan Ikhwan Al-Muslimin sebagai gerakan memperolehi pengaruh dari rakyat Mesir ketika itu. Sepertimana pengakuan daripada Anwar Al-Sadat menyatakana bahawa,
“Ikhwan Al-Muslimin kawan yang berguna kepada gerakan kami. Kami dapat menggunakan pertubuhan itu sebagai landasan untuk mencapai tujuan kami”.
Antara langkah  kerjasama dan persefahaman yang djalinkan ialah pada peringkat awal memenuhi tuntutan Ikhwan Al-Muslimin supaya dibuka kembali kes pembunuhan Hasan Al-Banna, membebaskan anggota-anggota yang dipenjarakan, pembubaran Pasukan Polis Rahsia dan perlantikan Kolonel Rashad Muhanna seorang penyokong Ikhwan Al-Muslimin sebagai salah seorang menteri di kabinet di dalam kerajaan sementara.  Malangnya disini selepas kematian Hasan Al-Banna peneraju selepasnya tidak menggunakan kesempatan dengan pengaruh yang luas untuk mendominasikan politik mesir sebaliknya hanya menjadi penyumbang kepada keutuhan Free Officers ini. Kesannya dengan mudah Ikhwan Al-Muslimin disingkirkan dari politik mesir.
Ini bermula dengan perbezaan pendapat mengenai rancangan reformasi tanah iaitu projek pertama revolusi. Ikhwan Al-Muslimin membantah keputusan Free Officer hanya memberi 200 feddan tanah yang boleh dimiliki individu sebaliknya dibolehkan memiliki seluas 500 feddan. Bantahan ini  menyababkan Ikhwan Al-Muslimin dianggap sebagai raksioner dan penghalang kepada penerusan revolusi sedangkan maksud sebenar pelaksanaan reformasi ini adalah bertujuan menaikkan imej mereka di kalangan petani yang sebelum ini diekspolitasi oleh tuan-tuan tanah bukan bertujuan kebajikan sebenar untuk rakyat. Inilah yang ditentang oleh Ikhwan Al-Muslimin. Selain itu hubungan juga menjadi renggang dengan hanya menerima seorang daripada tiga  pencalonan pemimpin utama gerakan Ikhwan Al-Muslimin ke dalam kabinet yang di ketuai oleh Neguib iaitu hanya hasan al Baquri.  Bagi Hasan al-Hudaybi daripada hanya seorang lebih baik tiada langsung  yang menyertai kabinet tersebut dan memutuskan menolak pelawaan menyertai kabinet. Tetapi Hasan al-Baguri mengambil keputusan menyertai kabinet dan kesannya beliau dipecat.
 Penyingkiran Hasan al-Baguri seoramng pemimpin yang pernah disebut memimpin Ikhwan Al-Muslimin selepas kematian Hasan Al-Banna menyebabkan bertambahnya keretakan perpaduan dalam gerakan ini.  Beberapa orang yang terkeluar dari majlis Syura ini kemudiannya bertindak merampas ibupejabat Ikhwan Al-Muslimin bagi memaksa perletakkan jawatan Hasan al-Hudaybi tetapi berjaya dikawal oleh beliau. Namun malangnya keretakan ini bertambah jelas apabila ramai di kalangan pucuk pimpinan dipecat keanggotaannya. Antara yang dipecat ialah Salah Ashmawi, Muhammad Al-ghazali dan Sayyid Sabig yang dianggap reaksi mencemarkan keutuhan gerakan ini kerana ianya menyebabkan perpaduan di kalangan anggota gerakan tersebut menjadi semakin goncang.  Free Officers  juga berjaya membersihkan pengaruh Ikhwan Al-Muslimin dalam majlis Revolusi tersebut dengan menggugurkan kedudukan Rashad Muhanna daripada menyertai majlis tersebut kerana tindakan lantang beliau bersuara supaya dilaksanakan perlembagaan Islam di Mesir.
Perpecahan yang berlaku menyebabkan memudahkan tindakan tegas Majlis Revolusi menghancur kan Ikhwan Al-Muslimin yang menjadi persaingannya untuk menguasai politik mesir. Oleh itu Kemuncak dari keruncingan hubungan kedua-dua gerakan ini ialah apabila berlaku pergaduhan di universiti Kaherah, di Giza antara pelajar pro Ikhwan Al-Muslimin dengan penyokong perhimpunan Pembebasan. kesannya merupakan alasan kukuh mengharamkan Ikhwan Al-Muslimin dan pemimpindan penyokong Ikhwan Al-Muslimin telah ditangkap iaitu seramai 450 orang anggota Ikhwan Al-Muslimin termasuk anggota majlis syura dan mursidul Aamnya, Hasan al-Hudaybi  yang dituduh mengumpulkan tenaga untuk menggulingkan kerajaan., membelot kepada negara, cuba mempengaruhi dan meningkatkan keanggotaannya di dalam pasukan polis dan tentera berdasarkan jumpaan sejumlah senjata serta bahan letupan di rumah Hasan al-Ashmawi yang dianggap sedang merancang satu tindakan bersenjata dan mencetuskan huru-hara. 268r namun sebenarnya senjata tersebut adalah digunakan untuk menentang Iggeris di zon terusan suez.
Tindakan berat dan kejam keatas Ikhwan Al-Muslimin semakin jelas semasa  Ikhwan Al-Muslimin menentang perundingan Inggeris-Mesir berhubung dengan masa depan Terusan suez dengan termeterainya perjanjian pada 19 Oktober 1954. Bagi Inggeris walupun mereka terpaksa mengundurkan tenteranya dari terusan suez tetapi peruntukkan yang membolehkan mereka kembali semula ke Mesir jika keadaan memaksa. Manakala disebelah Majlis Revolusi dengan termeterainya perjanjian tersebut dapat menaikkan imej mereka berjaya mengusir inggeris dari Mesir walaupun terpaksa bertolak ansur dalam beberapa perkara. Sebaliknya Ikhwan Al-Muslimin berpendapat tiada tolak-ansur dalam penyelesaian terusan suez kecuali mengistiharkan jihad terhadap pendudukan Inggeris .
Bulan Ogos menyaksikan pergaduhan berlaku antara penyokong Ikhwan Al-Muslimin dengan polis di Rawda. Kemuncak tekanan terhadap Ikhwan Al-Muslimin ialah pada sepanjang september dan Oktober 1954 seperti di Tanta dan Mit Ghamar iaitu  kubu kuat Ikhwan Al-Muslimin. Tekanan lain ialah dengan mengistiharkan pelucutan kewarganegaraan enam orang rakyat Mesir yang juga pemimpin Ikhwan Al-Muslimin dan mereka  dituduh merosakkan imej negara dan mengancam hubungan Mesir dengan negara jiran arabnya antaranya Said Ramadan, Abdul hakim Abidin dan  Saad al-Din.
Kesannya Mahmud Abdul Latiff iaitu seorang anggota pertubuhan  Bersenjata Ikhwan Al-Muslimin telah bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah Nasser semasa berucap untuk merasmikan pemngunduran tentera British daripada Zon Terusan Suez tapi uasahanya gagal untuk mencederakn Nasser. Namun ada menyatakan kemungkinan ini adalah perancangan Nasser bagi memberinya peluang untuk menindas Ikhwan Al-Muslimin.
kesannya pada 27 oktober 1954 seramai lebih kurang  7000 termasuk penyokong dan pemimpin Ikhwan Al-Muslimin ditangkap. Tangkapan ini diberi liputan meluas oleh media yang dikuasai oleh kerajaan dan malangnya propaganda yang tidak benar iaitu Ikhwan Al-Muslimin dicap sebagai musuh rakyat sama seperti Parti Wafd, golongan Diraja dan komunis yang sebelum ini telah ditumpaskan. Tahanan disiksa menyebabkan mereka mengaku bersalah dan akhirnya Tribunal Rakyat yang mengadili anggota  dan pemimpin Ikhwan Al-Muslimin telah membuat keputusan pada 4 Disember  1954 menjatuhkan hukuman  iaitu tjuh orang dihukum bunuh, tujuh orang dipenjarakan seumur hidup, dua lagi dipenajrakan selama 15 tahun dan dua lagi dibebaskan.
Tindakan  kejam Nasser ini meyebabkan ramai pemimpin Ikhwan Al-Muslimin yang tidak ditangkap terpaksa melarikan diri dan mendapat perlindunagn politik di beberapa buah negara-negara arab dan Eropah. Kesannya juga memudarkan dominasi politik Ikhwan Al-Muslimin dan mengambil masa yang panjang untuk memulihkan kedudukan politiknya di Mesir.

FAKTOR LAIN
Kegagalan pendekatan dalam penglibatan politik antaranya memberi kepercayaan dan bekerjasama dengan seseorang yang pernah cuba menghancurkan Ikhwan Al-Mukminin pada suatu ketika jika diselidiki pasti sokongan Neguib kepada gerakan tersebut lebih bersifat untuk menjaga kepentingan peribadinya.
Peranan Inggeris yang bekerjasama dengan Nasser menindas Ikhwan Al-Mukminin  dan Inggeris juga menjadi talam dua muka iaitu berbincang bersama dengan   Ikhwan Al-Mukminin dalam percubaannya untuk membunuh Nasser tetapi dalam masa yang sama membocorkan rahsia bertujuan untuk menjatuhkan imej Ikhwan Al-Mukminin supaya mereka dapat  menduduki Mesir melalui perjanjian yang telah ditandatangani dan tidak mendapat tentangan daripada Ikhwan Al-Mukminin.
Peranan Naser bijak dalam mengendalikan percaturan politiknya di Mesir. Beliau berjaya menyingkirkan kesemua musuh luaran yang boleh menggugat kedudukannya dan yang tidak sealiran dengannya di dalam Majlis revolusi . kesannya beliau muncul sebagai tokoh yang tidak tercabar di dalam arena politik Mesir sehinggalah kematiannya dalam tahun 1971. Yang paling utama dalam merealisasikan cita-citanya  hilang sama sekali nilai perikemanusiaan terhadap sesama Islam di Mesir terutama tindakan kejamnya terhadap Ikhwan Al-Mukminin  yang sebenarnya banyak berjasa kepada pemerintah dan rakyat dari aspek kebangkitan semula Islam di Mesir.

KESIMPULAN

Faktor ketiadaan Hasan Al-Banna menerajui Ikhwan Al-Muslimin adalah faktor terpenting menyebabkan organisasi ini  tidak dapat mendominasikan kuasa politik di Mesir  kerana selepas kematiannya didapati tiada satu pemimpin pun yang layak dengan personaliti Hasan Al-Banna dan berlaku perpecahan dan berpuak-puak dalam organisasi tersebut bagi membolehkan tokoh tertentu layak menjadi pengganti Hasan Al-Banna.  Sekiranya  Hasan Al-Banna masih hidup, berkemungkinan besar masalah mencari pengganti tidak timbul dan dapat  menghindari masalah perpecahan dan masalah berpuak-puak tersebut kerana kesemua penyokongnya amat menghormati dan menyanjunginya.
Selain itu ketiadaan beliau meyebabkan tekanan yang amat kejam dan berani oleh  pemerintah untuk menghapuskan organisasi ini supaya dapat menghilangkan persaingan dalam politik Mesir.  Kesannya melemahkan pengaruh organisasi ini dengan imej yang tidak baik dan kehilangan pemimpin ramai samada dihukum bunuh, dipenjara dan melarikan diri ke negara lain untuk mendapatkan perlindungan. Mustahil dalam keadaan tertekan organisasi ini dapat berkembang. Sudah pasti memerlukan jangka masa yang amat panjang untuk memulihkan imej dan penyokongnya  sepertimana kekecewaan Hasan Al-Banna melihat struktur yang dibinanya selama dua puluh tahun telah musnah dalam sekelip mata.
Disini dapatlah dilihat bukan satu bulan atau satu tahun beliau memimpin dan mendidik anggotanya tetapi menjangkau dua puluh tahun. Dengan ini mustahillah  Ikhwan Al-Muslimin yang telah lemah pengaruhnya ini dapat dipulihkan dalam dua atau tiga tahun. Apatahlagi dalam mendominasikan kuasa politik yang menghadapi batasan dalam bentuk kekejaman.
 

Dengan ini benarlah apa yang dikatakan oleh  anak muridnya iaitu Said Ramadan bahawa,
Dengan kehilangannya maka kemanusiaan telah kehilangan seorang manusia yang jarang sekali dilahirkan oleh zaman orang yang seperti beliau”.



NOTA AKHIR
 
  1.   Lam Chong Loong,  Konflik Politik Dan Perjuangan Al Ikhwan Al-Mukminin  Di Mesir, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1997, Hlm.58
  2.   Abu Saif (Penterjemah), Tiga Bingkisan Risalah Da’wah, Dewan Pustaka Fajar, Selangor, 1983, Hlm.8  ada menyatakan bahawa Jenazah Hasan Al-Banna telah dikebumikan di bawah kawalan kereta –kereta kebal dan kereta perisai dan tidak dibenarkan disaksikan oleh orang ramai kecuali keluarganya sendiri. Sumbangan beliau sebagai pejuang Islam di abad dua puluh dan langkah perjuangannya telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan yang dinamis di merata tempat.
  3.   Mohd Redzuan Othman, “ Gerakan Islam Dan Proses Politik Di Mesir : Satu Analisa  Terhadap Kegagalan Ikhwan Al-Muslimin Dalam Perebutan Kuasa “, Islamika 1V, 1991, Hlm.260
  4.   Abu Saif (Penterjemah), Tiga Bingkisan Da’wah,  hlm.3-4
  5.   Ibid., hlm.5-7
  6.   Ibid., hlm. 5. Yang  bertujuan mengenakan tindakan tatatertib dalam bentuk denda-denda ke atas ahlinya yang mengeluarkan kata-kata cacian dan maki hamun kepada teman-teman sejawatnya atau melakukan perbuatan yang menyalahi agama.
  7.   Ibid., hlm 5. Disini beliau bertemu  Ahmad Al Sakri yang kemudiannya merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam pertubuhan Ikhwan Al Muslimin kemudiannya.
  8.   Mohd Redzuan Othman, hlm.260
  9.   Abu Saif (Penterjemah), Tiga Bingkisan Da’wah, hlm.6
  10.   Ahmad Boestamam (Penterjemah), Pemberontakan Di Lembah Nil, Dewan Bahasa Dan Pustaka, kuala Lumpur, 1976,  hlm.17
  11.   Abu Saif (Penterjemah), hlm.7-8
  12.   Lam chong loong, Konflik Politik Dan Perjuangan Al Ikhwan Al-Mukminin  Di Mesir,  hlm.6.  Ada   menyatakan pengikut setia Hasan Al-Banna iaitu Hafiz Hamid, ahmad Hasri, Fuad Ibrahim, Abdul Rahman Abdullah, Ismail’Izz dan Zaki Maghribi.
  13.   Mohd Redzuan Othman, hlm.260
  14.   Ibid., hlm260
  15.   Dr Ali Muhammad Garishah, Dakwah Dan Mendakwah : Meningkap Ketokohan Hasan Al-Banna, Thinker’s Library, Selangor, 1991, Hlm.28
  16.   Mohd Redzuan Othman, hlm.261
  17.   Ibid., hlm.261
  18.   Ibid., hlm. 259
  19.   Ibid., hlm.261
  20.   Ahmad Boestamam (Penterjemah), Pemberontakan Di Lembah Nil, hlm.16
  21.   Mohd Redzuan Othman, hlm. 273
  22.   Abu Saif (Penterjemah), hlm. 8
  23.   Mohd Redzuan Othman, hlm. 262
  24.   Ibid., hlm. 262
  25.   Ibid., hlm. 263
  26.   Ibid., hlm. 263. Hasan Hudaybi layak kerana beliau bekas salah seorang hakim. Oleh itu latarbelakang perundangannya dapat menyelesaikan  kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh Ikhwan Al-Muslimin berikutan pembubarannya, mempunyai sikap yang sederhana, tenang dan lemah lembut. Sikapnya ini dapat menyatukan kembali kumpulan-kumpulan yang terdapat dalam gerakan Ikhwan Al-Muslimin
  27.   Ibid., hlm. 263. Tokoh lain Seperti  Salah Ashmawi dan Hasan al-Baquri.
  28.   Ibid., hlm. 264
  29.   Ahmad Boestamam (Penterjemah), hlm. 16
  30.   Mohd Redzuan Othman,  hlm. 264
  31.   Ibid., hlm. 265. Selain  beliau, dicalonkan juga Hasan Al Ashmawi dan Munir Al-Dalla
  32.   Ibid., hlm. 266
  33.   Ibid., hlm. 267
  34.   Ibid., hlm. 271
  35.   Ibid., hlm. 271
  36.   Ibid., hlm. 272
  37.   Ibid., hlm. 272-273
  38.   Ibid., hlm. 274
  39.   Lam chong loong, Konflik Politik Dan Perjuangan Al Ikhwan Al-Mukminin  Di Mesir,  hlm.52-53
  40.   Ibid., hlm.58


BIBLIOGRAFI

1. Abu Saif (Penterjemah), Tiga Bingkisan Risalah Da’wah, Dewan Pustaka Fajar, Selangor, 1983

2. Ahmad Boestamam (Penterjemah), Pemberontakan Di Lembah Nil, Dewan Bahasa Dan Pustaka, kuala Lumpur, 1976

3. Ali Muhammad Garishah, Dakwah Dan Mendakwah : Meningkap Ketokohan Hasan Al-Banna, Thinker’s Library, Selangor, 1991

4. Lam Chong Loong,  Konflik Politik Dan Perjuangan Al Ikhwan Al-Mukminin  Di Mesir, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1997

5. Mohd Redzuan Othman, “ Gerakan Islam Dan Proses Politik Di Mesir : Satu Analisa  Terhadap Kegagalan Ikhwan Al-Muslimin Dalam Perebutan Kuasa “, Islamika 1V, 1991,