Make your own free website on Tripod.com
ULASAN BUKU
 

Tajuk            : 14 bulan dalam tahanan seorang diri
Pengarang     : Zulkifli hj. Ahmad (bekas presiden PBMUM)
Penerbit        : Jamil dan Shah Interprise

    Buku ini secara keseluruhannya banyak memaparkan pengisahan dan pengalaman pahit getir penulis sebagai salah seoang yang terlibat secara langsung dalam pergolakan politik tanahair dalam tahun 60an dan 70an. Beliau juga terlibat secar aktif dalam perjuangan mahasiswa dalam menyuarakan ha orang melayu semasa ia sendiri menerajui tampuk pimpinan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) dalam tahun 972-973. Banyak isu yang di perdebatkan antaranya isu kolej Abdul Rahman, rasuah, Tan Sri Abdullah Ayub, bahasa dan banyak lagi. Sepanjang tempoh tersebut, beliau terpaksa mengalami  dan melihat sendiri ketidakadilan berlaku dalam hidupnya kesan dari penyelewengan indivu tertentu dalam pemerintahan dan kepentingan kuasa.
    Sesuai denagn kesengsaraan yang dihadapi oleh beliau sepanjang zaman tersebut,maa banyaklah juga sentimen-sentimen ketidakpuasan hatimempengaruhi corak pengisahan ini. Sering pembaca dibawa bersama untuk menilai ketidakadian pelaksanaan dasar terutama pelaksanaan “undang-undang keselamatan dalam negeri (ISA) terhadap sebilangan kecil golongan yang berani bersuara menyatakan hak sebagai seorang rakyat yang prihatin  kepada kesejahteraan rakyat dan bangsanya. Namun sebilang kecil inilah yang memikul tekanan dan bebanan yang amat besar dan berat.
    Penulis pada mulanya menyuarakan masalah sosioekonomi, pendidikan anak watan melayu singapura dan pendapatan yang kurang memuaskan pada aktivis perfileman melayu singapura. Sehinggalah berlakunya perpisahan singapura dari malaysia pun penulis bekerja keras menyuarakn pendapatnya. Rentetan dari keadaan ini menyeret penulis  bertindak menyuarakan pendirian berani kepada Perdana Menteri Yang Teramat Mulia Tengku Abdul Rahman ketika itu supaya meletak jawatan. Keadaan ini telah dijadikan alasan penahannya di bawah ISA . sepanjang dua kali penahannya dalam ISA beliau merasakan rakyat yang berani bersuara inilah tida kira berjawatan tinggi atau berpelajaran dikawal dan diperlakukan sewenang-wenangnya dalam tahanan. Dapat dilihat keadian samasekali tidak bernilai apabila kuasa mengawal akal fikiran dan perikemanusiaan. Mungkin inilah juga yang ingin diperkatakan oleh Dato’ Onn kepadanya semasa penulis kecil...”orang-oang muda mesti mencampuri politik, mesti cintakan negara, mesti cintakan bangsanya, mesti sanggup berjuang kerana bangsa....”
     Di beberapa bab, penulis sering menilai tokoh-tokoh di zamannya samada berbentuk positif mahupun negatif. Ada diantara tokoh tersebut banyak mencorakkan perjalanan hidupnya seperti keriuntuhan rumahtangga, kerjaya dan cita-cita. Biasanya penulis mengharapkan tokoh ini akan menerima pembalasan yang setimpal pada suatu hari. Penulis juga ada menyatakan terdapat tokoh-tokoh  yang mempunyai bakat sebenar sebagai pemimpin tetapi tiada sokongan. Persoalannya    sokongan berbentu yang bagaimana? Berkemungkinan besarsokongan  bukan dari rakyat jelata sebaliknya dari pengampu-pengampu yang tamakkan harta dan kuasa. Jelaslah, penyelewengan telah lama berakar umbi dalam pentadbiran negara kita selama ini. Nanah  yang telah parah ini walaupun dibalut dengan baik tetapi bau yang jijik dan memualkan ini telah memberi kesan yang teruk kepada penghidunya iaitu rakyat jelata yang tidak berdosa. Penulis merasakan Keadaan yang berlaku ini bukanlah atas kepincangan dasar yang telah diperbincangkan bersama tetapi sebenarnya adalah kerana kelemahan dalam pelaksanaan dasar itu sendiri apatah lagi kepincangan ini dilakukan oleh orang yang memimpin negara ini.
     Berkemungkinan buku ini akan menjadi sebuah dokumentasi yang boleh diperdebatkan dan dianalisis oleh generasi akan datang. Selain itu ia dapat mendedahkan kepada golongan muda amnya dan mahasiswa  khususnya pada generasi akan datang bahawa kejayaan dan kenikmatan yang mereka alami dan rasai pada masa itu tidak datang dengan mudah dan percuma tetapi talah mengorbankan kebahagiaan hidup sesetengah pejuang seperti penulis dan banyak lagi yang sedar akan


BALIK