50 Fakta "X-Files" Kes Anwar
Salam buat semua,
Kebelakangan ini para pemimpin UMNO dan pihak media tempatan memberi kenyataan bahawa para penyokong Anwar adalah "taksub" dan terlalu emosional. Untuk mendapatkan sokongan rakyat yang sebegitu ramai (lebih kurang 200, 000 semasa ceramah di Masjid Negara & Dataran Merdeka) dengan mengharapkan kepada 2 faktor tersebut adalah amat tidak munasabah.
Saya ingin mengulangi pendirian saya yang tidak menyebelahi Mahathir mahupun Anwar, tetapi saya adalah penyokong kuat KEADILAN. Analisis saya adalah berdasarkan logik semata-mata dan saya percaya kebanyakan para penyokong Anwar berfikiran serupa. Sehubungan dengan itu, banyak fakta-fakta kontroversi yang boleh dikategorikan sebagai "X-Files" di dalam kes Anwar ini :-
Fakta "X-Files" 1
Surat-surat layang yang menuduh Anwar melakukan perbuatan sumbang yang
diedarkan secara
berleluasa pada tahun lepas (1997) hingga ke masjid-masjid. Apakah
motifnya dan siapakah
dalang-dalang di sebaliknya?
Fakta "X-Files" 2
Berikutan penyebaran surat-surat layang tersebut, Anwar telah mengambil
keputusan untuk
membuat laporan polis. ASP Zull Aznam Haron telah membuat laporan polis
pada 15 Ogos 1997.
Sehubungan dengan itu, pihak polis telah menjalankan siasatan dan menahan
Mohd Taib Salamon
dan Tan Ah Kow @ Tan Beng Kim. Mereka telah menyamar sebagai Pegawai
Polis Cawangan
Khas dan telah menahan dan mengugut Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu
Bakar. Ke manakah
perginya laporan-laporan polis tersebut dan pihak mana yang telah melakukan
ugutan?
(Sila rujuk surat Anwar kepada PM)
Surat ini telah disalin semula dari salinan asal Surat Datuk Seri Anwar
Ibrahim kepada Perdana Menteri Malaysia.
SULIT DAN PERSENDIRIAN
YAB. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad
Yang dikasihi Dato Seri,
Dengan hormatnya saya ingin menyambung dari surat yang saya sampaikan kepada Dato' Seri 25 Ogos 1998. Lebih dari setahun pihak polis telah mengesan adanya konspirasi untuk melaga-lagakan kita berdua dengan cara menimbulkkan keraguan orang ramai terhadfap akhlak saya (Laporan diserahkan dengan tangan). Bersama inijuga saya sertakan affidavit Dato' Nalla dan keratan akhbar mengenainya. Jelas penahanan beliau dan soalan-soalan yang ditujukan kepada beliau tiada kena mengena dengan keselamatan negara. Sebaliknya beliau dijanjikan kebebasan sekiranya beliau menandatangani kenyataan yang disediakan oleh polis untuk memalukan rakan-rakan beliau. Saya juga dimaklumkan bahawa pihak polis pernah menelefon seorang bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia dengan mengugut supaya membuat kenyataan pernah mengadakan hubungan sejenis dengan saya dan kalau tidak membuat kenyataan tersebut beliau akan didakwa atas kesalahan-kesalahan yang beliau lakukan masa lalu. Semua ini adalah maklumat tambahan yang menyokong keyakinan saya bahawa segala yang fitnah tersebut direka sebagai satu konspirasi politik terhadap saya. Saya kemukakan ini untuk pertimbangan dan kebijaksanaan
Dato' Seri.
………………………..
|
Fakta "X-Files" 3
Penyiasatan pihak polis juga telah mengaitkan Daim, Megat Junid dan
Sanusi Junid sebagai
orang-orang yang disyakki terlibat di dalam penyebaran surat-surat
layang tersebut. Ke manakah
perginya laporan-laporan polis tersebut dan pengaruhnya terhadap penyiasatan
Buku 50 Dalil? Nota
:Daim dan Megat Junid menulis surat kepada Anwar menafikan penglibatan
mereka.
(Sila rujuk surat Anwar kepada PM)
Fakta "X-Files" 4
Mahathir tidak menggalakkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang.
Namun, Peguam
Negara pada waktu itu berpendapat sebaliknya. Mengapa Mahathir tidak
membenarkan dan
menganggap bahawa tuduhan-tuduhan tersebut adalah tidak berasas dan
tidak akan dilayan, tetapi
setahun kemudian fikirannya berubah sama sekali?
(Sila rujuk surat Anwar kepada PM)
Fakta "X-Files" 5
Khabar-khabar angin yang menyatakan Anwar telah mengarahkan BPR untuk
melakukan
penyiasatan terhadap Ketua Pengarah EPU, Peguam Negara dan Ketua Polis
Negara. Anwar telah
menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa bekas Ketua Pengarah
BPR boleh
mengesahkan perkara tersebut. Siapakah sebenarnya dalang yang ingin
melagakan pihak-pihak
tersebut dengan Anwar?
(Sila rujuk surat Anwar kepada PM)
Fakta "X-Files" 6
Buku 50 Dalil diterbitkan sebelum Perhimpunan Agong UMNO 1998. Anwar
mendapatkan injunksi
mahkamah untuk mengharamkan penerbitan, pencetakan dan pengedaran buku
tersebut kerana
ianya bukan dikategorikan sebagai surat layang lagi, ada pengarang
dan penerbitnya. Mengapa
Peguam Negara yang pada mulanya berpendapat tindakan undang-undang
terhadap surat-surat
layang patut diambil, tetapi bersikap "kurang puas hati" terhadap tindakan
yang diambil oleh Anwar?
(Sila rujuk surat Anwar kepada PM)
Fakta "X-Files" 7
Berhubung dengan tindakan Anwar mendapatkan injunksi mahkamah, mengapa
Mahathir bersikap
"tidak cenderung" terhadap tindakan tersebut atas alasan tidak munasabah
walaupun
pengarangnya, Khalid Jafri, terang-terangan mencabar Anwar untuk mendakwanya
di mahkamah?
Sekiranya ada buku yang menuduh Mahathir melakukan perkara-perkara
sumbang, sudah
semestinya buku tersebut akan diharamkan dan penulisnya akan ditahan
di bawah ISA.
(Sila rujuk surat Anwar kepada PM)
Fakta "X-Files" 8
Ketua Polis Negara memberitahu Anwar bahawa Buku 50 Dalil adalah "hambar"
dan "rubbish"
("sampah") dan akan menyiasat perkara tersebut dengan terperinci. Mengapa
pendirian KPN
berubah secara drastik sekali?
(Sila rujuk surat Anwar kepada PM)
Fakta "X-Files" 9
Cara penyiasatan pihak polis yang "pelik". Sepatutnya si penuduh iaitu
pengarangnya, Khalid Jafri
ditahan dan disiasat untuk membuktikan kebenarannya, tetapi pihak polis
sebaliknya menyiasat
tuduhan-tuduhan tersebut. Di manakah logiknya? Setakat ini, pihak polis
masih belum memberikan
kenyataan bahawa Khalid Jafri telah ditahan untuk siasatan. Mengapa???
Fakta "X-Files" 10
Di dalam satu perjumpaan dengan Anwar, Ketua Polis Negara memberitahu
Anwar bahawa kes
Buku 50 Dalil adalah "kompleks". Di dalam pertemuan itu juga, dijelaskan
bahawa sebaik mungkin
permasalahan politik dibereskan secara hati kehati di antara Anwar
dan PM. Kalau difikirkan dengan
teliti, kenyataan KPN tersebut memberikan gambaran bahawa Buku 50 Dalil
terbit disebabkan
adanya MASALAH POLITIK di antara Anwar dan Mahathir bukannya MORAL!!!
(Sila rujuk surat Anwar kepada PM)
Fakta "X-Files" 11
Penguatkuasaan injunksi mahkamah terhadap Buku 50 Dalil oleh pihak
polis adalah amat lemah.
Buku tersebut diedarkan secara berleluasa tanpa perasaan takut. Mengapa
pihak polis tidak
bersikap tegas di atas peraturan tersebut???
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR
(BAHAGIAN SIVIL)
GUAMAN SIVIL NO: S1-23-40 TAHUN 1998
ANTARA
ANWAR BIN IBRAHIM . . . PLAINTIF
DAN
BIN BAKAR SHAH
Berniaga sebagai MEDIA PULAU LAGENDA . . . DEFENDAN-
DEFENDAN
PENGHAKIMAN
Ini adalah permohonan oleh Plaintif untuk suatu injuksi interlokutori untuk menahan Defendan-Defendan sama ada secara sendirinya dan/atau melalui wakil mereka, ejen-ejen, pengkhidmat-pengkhidmat, dan/atau barangsiapa yang diberikuasa oleh mereka dan/atau dilantik untuk mewakili mereka dan/atau mana-mana orang lain daripada menulis, mengulangi, mencetak, menerbitkan dan/atau mengedarkan buku bertajuk "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" (ekshibit AI-1 lampiran (2)) atau mana-mana bahagian darinya dan/atau apa-apa perkataan yang terkandung di dalamnya sama ada secara sendiri atau bersama gambar-gambar dan/atau ‘caricatures’ yang muncul di dalamnya yang adalah fitnah tentang Plaintif sama ada di dalam maksudnya yang lazim dan biasa dan/atau secara innuendo sehingga selepas selesainya guaman ini (lampiran (21)). Pada masa yang sama, Defendan-Defendan memohon, antara lain, untuk mengetepikan injuksi interlokutori exparte bertarikh 23.6.98 (lampiran (24)). Kedua-dua permohonan didengar bersama.
2. Sebelum perbicaraan bermula, saya telah dimaklumkan oleh wakil Pemegang Harta bahawa Defendan 1 ialah seorang yang bankrap yang belum dilepaskan ("undischarged bankrupt") dan oleh itu tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 38(1)(a) Akta Kebankrapan 1967 yang menetapkan bahawa beliau (Defendan 1) perlu mendapatkan kebenaran Pemegang Harta sebelum meneruskan dengan permohonannya untuk mengetepikan injuksi interlokutori exparte berkenaan. Saya memutuskan bahawa beliau ada locus standi kerana beliau bukan membawa suatu tindakan tetapi sekadar menjawab permohonan Plaintif untuk injuksi.
5. Buku tersebut yang berkulit lembut mempunyai 360 halaman di dalam mana tercetaknya nama-nama penulis dan penerbit dan ianya berharga RM20.00. Ia mengandungi 32 bab di dalam mana terdapatnya gambar-gambar personaliti-personaliti dari dalam dan luar negara.
(ii) gantirugi untuk tort konspirasi;
(iii) gantirugi "aggravated";
(b) injuksi tetap untuk untuk tujuan yang sama seperti yang dipohon di dalam permohonan kini.
Plaintif menegaskan bahawa alegasi-alegasi itu adalah palsu. Oleh itu, Plaintif mendakwa bahawa dengan penerbitan tersebut, Defendan-Defendan berniat untuk merendahkan dan menjatuhkan (maruah)nya dan mendedahkan Plaintif kepada kebencian, penghinaan dan kekejian umum dan di dalam melakukan demikian Plaintif telah dicemari dari segi reputasinya dan di dalam jawatan beliau, yang rasmi dan yang bersifat politik ("official and political"). Plaintif menyandarkan tuntutannya kepada dua kausa tindakan iaitu fitnah dan tort konspirasi.
Ber keadaan (1).
Kebenaran alegasi tersebut terserlah di dalam apa yang kononnya kenyataan bersumpah orang yang terlibat, yang akan dipanggil sebagai saksi di perbicaraan penuh. Kenyataan itu termaktub di halaman-halaman 76 sehingga 78 Buku tersebut dan diekshibitkan sebagai ekshibit KJ-7 di dalam afidavit Defendan 1 (lampiran (33)).
Ber keadaan (2).
Ini boleh dijustifikasikan dari peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas suatu laporan sulit telah dibuat kepada YAB Perdana Menteri oleh pembuat laporan berkenaan, sesalinan yang mana telahpun diberi kepada Defendan 1 dan dimuatkan di dalam Buku tersebut di halaman-halaman 53, 55 ke 57 dan 59 ke 74 dan diekshibitkan sebagai ekshibit KJ-6 di dalam afidavitnya (lampiran (33)). Polis semestinya mempunyai di dalam milikan mereka rekod berhubungan dengan tangkapan pembuat laporan sulit tersebut dan kenyataan-kenyataan pembuat berkenaan ketika dalam tahanan semasa penyiasatan polis, yang mana Mahkamah boleh membuat suatu perintah untuk penzahirnya bagi penelitian Plaintif untuk menentukan asas alegasi berkenaan. Dan selanjutnya, orang-orang yang ditangkap akan dipanggil untuk memberi keterangan di perbicaraan penuh.
Ber keadaan (3).
Kebenaran alegasi itu boleh dibuktikan menerusi pemeriksaan doktor terhadap Plaintif dan/atau orang-orang berkenaan yang terlibat. Dan selanjutnya, orang-orang berkenaan boleh dipanggil untuk memberi keterangan mengenai kebenaran alegasi tersebut di perbicaraan penuh.
Ber keadaan-keadaan (4) dan (5).
Alegasi itu boleh dibuktikan dari maklumat-maklumat yang diperolehi dari beberapa tokoh-tokoh politik dan dari keterangan bertulis yang berada di dalam milikan mereka yang telah didedahkan kepada Defendan 1 di peringkat penyelidikan penulisan Buku tersebut. Defendan 1 mengakujanji memanggil mereka dan akan menzahirkan dokumen-dokumen yang relevan di perbicaraan penuh.
Ber keadaan (6).
Defendan-Defendan bergantung kepada tegasan-tegasan di bawah keadaan (1).
Ber keadaan (7).
Kenyataan tersebut tidak bermaksud bahawa Plaintif telah terlibat di dalam kemalangan berkenaan. Kenyataan-kenyataan tersebut adalah benar dan merupakan asas laporan polis berhubungan dengan kemalangan yang berlaku pada 4.7.98 sepertimana yang dirujuk di dalam PTT.
Ber keadaan (8).
Peristiwa-peristiwa yang dirujuk itu adalah benar dan betul. Fakta-fakta berhubungkait sambutan-sambutan yang telah diberikan oleh Kerajaan Amerika Syarikat terhadap Plaintif dan tokoh-tokoh lain yang lebih penting boleh disahkan menerusi saksi dari Kerajaan AS yang akan dipanggil untuk memberi keterangan.
Selanjutnya, Defendan 1 telah menyatakan bahawa beliau seorang penulis dan pemberita dengan pengalaman selama 30 tahun. Beliau telah menghasilkan dari semasa ke semasa beberapa artikel di dalam akhbar-akhbar tempatan, artikel dan risalah berbentuk kritikan akademik tulin yang menyentuh berbagai isu-isu kepentingan awam di Malaysia seperti isu-isu semasa berhubungan dengan jawatan awam dan kepentingan awam. Beberapa karyanya diekshibitkan sebagai ekshibit KJ-5 di dalam lampiran (23). Beliau mendakwa bahawa isu-isu yang dibangkitkan di dalam Buku tersebut adalah berhubungkait dengan tindak-tanduk Plaintif yang menyandang suatu jawatan awam yang tinggi dan juga ianya adalah di dalam kepentingan awam bahawa beliau, sebagai seorang penulis dan pemberita, memikul suatu tanggungjawab untuk memaklumkan kepada umum isu-isu tersebut tanpa gangguan, ketakutan dan/atau berat sebelah. Pada pendapat saya, butiran yang diberi oleh Defendan-Defendan memandangkan keadaan-keadaan yang telah dihuraikan di dalam (Pernyataan Pembelaan) adalah memadai bagi tujuan Aturan 78, kaedah 3(2) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.
Berkenaan Fitnah
" Prinsip berkenaan telah jelas timbul oleh sebab hakikat bahawa soal adanya libel atau tidak adalah perkara-perkara untuk diputuskan berdasarkan fakta-fakta semasa perbicaraan dan terdapat juga soal tentang makna yang sebenarnya untuk diberi kepada perkataan-perkataan yang digunakan di dalam sesuatu kenyataan. Untuk menghalang seorang defendan sebelum soal-soal tersebut ditentukan adalah membelenggu pertuturan bebas. Sememangnya, adalah kerana kepentingan menentukan pertuturan bebas tidak terbelenggu yang Mahkamah mesti berhati-hati dalam mengeluarkan injuksi interim dalam suatu tindakan libel.
Dalam menerimapakai prinsip-prinsip ini, Mahkamah mementingkan kebebasan pertuturan yang berkaitan dengan kebebasan kewartawanan bila mengimbangkannya terhadap reputasi seorang individu yang, jika disalahi ("if wronged), boleh dipampas secukupnya dengan gantirugi. Mahkamah harus bertindak dengan berhati-hati dalam memberi injuksi interim untuk menghalang penerbitan kenyataan yang dikatakan berunsur fitnah. Pada hakikatnya, ia tidak sepatutnya memberi injuksi di mana defendan berkenaan mengatakan bahawa ia akan menjustifikasinya semasa perbicaraan tindakan, kecuali di mana kenyataan itu adalah jelas tidak benar atau di mana plaintif telah memuaskan Mahkamah bahawa pembelaan akan gagal. Itu telah dinyatakan dengan jelas oleh Denning M.R. dalam Harakas v. Baltic Exchange."
Ber keadaan (1)
Plaintif ada di dalam milikannya bukti bertulis bahawa pembuat apa yang dikatakan kenyataan bersumpah telah menafi membuatnya, yang akan dikemukakan semasa proses pemeriksaan dokumen.
Ber keadaan (2)
Plaintif ada di dalam milikannya bukti bertulis menafikan kebenaran kandungan laporan sulit, yang akan dikemukakan semasa proses pemeriksaan dokumen. Kenyataan-kenyataan dalam butiran adalah bersifat spekulasi sahaja.
Ber keadaan (3)
Kenyataan-kenyataan dalam butiran adalah bersifat spekulasi sahaja.
Ber keadaan (4) dan (5)
Pengataan-pengataan itu adalah kosong.
Ber keadaan (6)
Sama dengan keadaan (1).
Ber keadaan (7)
Plaintif mendakwa bahawa kenyataan melalui sindiran adalah fitnah tentangnya jika dibaca dalam konteks Buku tersebut secara keseluruhan.
Ber keadaan (8)
Pengataan-pengataan itu adalah kosong.
Berkenaan pembelaan ulasan saksama Plaintif mengatakan bahawa ia ditewaskan oleh niat jahat seperti yang dinyatakan dalam perenggan 17 lampiran (28), yang mana dengan ringkasnya adalah –
Dalam pematahan ("rebuttal") kenyataan Plaintif di bawah keadaan (1) dan (2), Defendan-Defendan mengatakan bahawa bukti-bukti bertulis yang dikatakan itu diperolehi secara paksaan dari orang-orang yang berkenaan seperti yang dihuraikan dengan terperinci dalam Buku tersebut di halaman-halaman 66 hingga 68, 76 hingga 78 dan 80 hingga 87 yang dinafikan oleh Plaintif. Pada pendapat saya, secara tersirat Defendan-Defendan mengakui kewujudan bukti-bukti bertulis tersebut.
Berkenaan tort konspirasi
Tambahan lagi, hakikat bahawa versi kedua tersebut tidak memaparkan harga jelas menunjukkan bahawa Buku tersebut tidak dikeluarkan untuk dengan keuntungan komersil sebagai matlamat tunggalnya. Ini diperkukuhkan oleh hakikat bahawa peguam Defendan tidak berhujah langsung mengenai isu kerosakan gantirugi kepada Defendan yang timbul akibat daripada penganugerahan injuksi interlokutori ex-parte, walaupun isu ini telah ditimbulkan di dalam permohonannya untuk mengetepikan injuksi interlokutori ex-parte tersebut.
Oleh yang demikian, berdasarkan kepada fakta-fakta yang didapati, adalah keputusan saya secara mendalam bahawa Plaintif telah menunjukkan isu-isu serius utnuk dibicarakan, terutamanya sama ada tujuan unggul atau paling menonjol gabungan atau konspirasi itu dan penerbitan Buku itu adalah untuk mencemarkan Plaintif. Telah diputuskan dalam kes GULF OIL LTD., di muka surat 18 para h ke i, iaitu :-
" Adalah benar bahawa tiada kesalahan dilakukan jika apa yang diterbitkan adalah benar selagi ia tidak diterbitkan lanjutan daripada suatu gabungan, dan jika pun ianya (diterbitkan lanjutan daripada suatu gabungan), masih tidak terdapat satu kesalahan kecuali jika tujuan unggul atau paling menonjol gabungan itu dan penerbitan adalah untuk mencemarkan Plaintif. Tetapi jika, terdapat kedua-dua gabungan dan tujuan unggul dan menonjol untuk mencederakan, terdapat satu kesalahan yang dilakukan. Jika seorang Plaintif menuntut dalam konspirasi, terdapat potensi adanya suatu kesalahan walaupun jika diakui, sebagaimana dalam kes ini, bahawa penerbitan itu adalah benar dan oleh itu tidak ada soal suatu tindakan dalam fitnah. Dalam kes seperti itu, Mahkamah boleh, dan di dalam pandangan saya sepatutnya meneruskan berdasarkan prinsip-prinsip seperti dalam kes-kes tort yang lain."
Bertarikh 31hb. Julai, 1998, di Kuala Lumpur.
t.t.
(DATUK WIRA HJ. MOHD NOOR BIN HJ. AHMAD)
Hakim
Mahkamah Tinggi Malaya
PEGUAM
Dr. Cyrus Das, En. Mohd Faiz Abdullah,
En. Sulaiman Azmil, En. Clement Lopez dan
Puan Leela Jesuthasan bagi Plaintif.
Tetuan Faiz & Co.
En. Mohd Haniff Khatri Abdulla,
En. Joseph Jones Fernandez dan
En. Rudeen Chua for the Defendants.
Tetuan Haniff & Rajendran.
Judgment dated 31 July 1998
d. translation/sa
Fakta "X-Files" 12
Buku 50 Dalil telah dimasukkan ke dalam beg "complimentary" para delegasi
UMNO di Persidangan
UMNO 1998. Pihak sekretariat UMNO (di bawah Sabaruddin Chik) adalah
bertanggung-jawab di
dalam pengurusan Persidangan UMNO tersebut. Bagaimana buku tersebut
boleh didapati di dalam
beg tersebut dan siapakah dalangnya?
Fakta "X-Files" 13
Hakim Mahakamah Tinggi yang telah memberikan injunksi terhadap Buku
50 Dalil telah ditukarkan
ke Johor Bahru. Masa pertukaran tersebut amatlah dicurigai untuk menjustifikasikan
sebagai
pertukaran "biasa". Mengapa beliau ditukarkan???
Dari satu sumber yang tidak rasmi mengatakan seorang hakim Kuala Lumpur
akan dipindahkan ke luar bermula 1 Oktober ini. Walau bagai mana pun tidak
pasti siapa yang akan menggantikan nya lagi.
Sumber tidak rasmi ini juga menyatakan satu mesyuarat diantara pihak polis dan Askar
Melayu Diraja (ATM) di adakan di Bkt Aman baru-baru ini . Butir mesyuarat tidak dapat
dipastikan.
Fakta "X-Files" 14
"Perletakan jawatan" serentak Ketua Pengarang Utusan Melayu, Berita
Harian dan Ketua Penyiaran
TV3. Apakah motif di sebaliknya dan siapakah dalangnya???
Fakta "X-Files" 15
Pengakuan bersumpah Ummi Hafilda yang menafikan beliau sebagai penulis
surat kepada Mahathir
dan penglibatan beliau di dalam Buku 50 Dalil. Siapakah sebenarnya
penulis surat tersebut, Khalid
Jafri???
(Sila rujuk surat sumpah Ummi Hafilda)
Fakta "X-Files" 16
2 pengakuan bersumpah Azizan Abu Bakar yang menafikan tuduhan hubungan
"homoseksual" dan
penglibatan beliau di dalam Buku 50 Dalil. Siapakah sebenarnya yang
melakukan pertuduhan
tersebut, Khalid Jafri???
(Sila rujuk surat sumpah Azizan Abu Bakar)
Fakta "X-Files" 17
Pengakuan bersumpah Kamaruddin Mat Nor yang mendedahkan adanya komplot
untuk
menjatuhkan Anwar selepas Persidangan Agong UMNO 1998 yang melibatkan
Datuk Aziz
Shamsuddin.
(Sila rujuk surat sumpah Kamaruddin Mat Nor)
Fakta "X-Files" 18
Perletakan jawatan Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank Negara. Mengapa???
Fakta "X-Files" 19
Penyiasatan pihak polis terhadap Hakim Mahkamah Tinngi, Pn. Zainon
Ali yang bersikap prejudis
serta tidak neutral. Soal-siasat seperti pihak PM atau TPM dan adakah
terdapat hubungan seksual di
antara beliau dan Anwar. Di manakah tanggungjawab "berkecuali" (neutral)
yang dilaung-laungkan
oleh pihak polis???
(Sila rujuk surat Anwar kepada PM)
Fakta "X-Files" 20
Penahanan Nallakaruppan di bawah ISA kerana terjumpanya peluru yang
tidak berdaftar di
rumahnya. Mengapa penahanannya di bawah ISA sedangkan kes sebelumnya
yang melibatkan
perkara yang sama (seorang Mejar bersara) telah ditahan dan didakwa
di bawah akta jenayah
sahaja???
Fakta "X-Files" 21
Affidavit Nalla yang mendedahkan bahawa beliau telah didera dan diancam
oleh pihak polis semasa
proses soal-siasat. Beliau juga telah mendedahkan bahawa pihak polis
telah menyuruhnya
menandatangani 3 fail yang telah disediakan untuknya sebagai pertukaran
ke atas pembebasannya.
Fakta "X-Files" 22
Pemecatan Anwar secara mengejut oleh Mahathir daripada jawatannya sebagai
TPM, Menteri
Kewangan dan semua jawatan-jawatan yang berkaitan dengannya tanpa sebarang
penjelasan yang
konkrit. Waktu yang diambil (timing) menampakkan perancangan yang rapi.
Pertama, Daim telah
dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas khususnya untuk menangani
masalah ekonomi (Ini boleh
dipertikaikan sebagai pengambilihan peranan Menteri Kewangan). Kedua,
"perletakan jawatan"
secara mengejut ketiga-tiga ketua pengarang Utusan Melayu, Berita Harian
dan TV3 (Ini boleh
dipertikaikan sebagai pengambilihan "kontrol" ke atas media massa tempatan).
Ketiga,
penangkapan Nalla (Ini boleh dipertikaikan sebagai "bukti" untuk menyabitkan
Anwar). Keempat,
Mahathir "roadshow" ke seluruh negara di mana beliau memberitahu rakyat
supaya bersedia
menerima "tindakan drastik" kerajaan (Ini boleh dipertikaikan sebagai
persiapan psikologi supaya
rakyat tidak TERLALU TERKEJUT dengan tindakan mengejut/drastik yang
akan diambil). Kelima,
"pengasingan" matawang Malaysia daripada pasaran bebas antarabangsa
(Ini boleh dipertikaikan
SEBAHAGIANNYA sebagai mekanisma untuk "memutuskan connection" ketidaktentuan
ekonomi
Malaysia daripada pasaran bebas antarabangsa, yang tidak akan diporak-perandakan
disebabkan
oleh "impact" daripada pemecatan Anwar. Walaubagaimanapun, saya juga
bersetuju
SEBAHAGIANNYA dengan tindakan PM atas dasar polisi ekonomi). Akhir
sekali, "timing" yang dipilih
sebelum SUKOM (Ini boleh dipertikaikan sebagai taktik kerajaan untuk
"menarik" sokongan rakyat
atas nama "Kebanggaan & Layanan Baik Malaysia". Ia juga akan mengalih
tumpuan rakyat daripada
isu kontroversi pemecatan Anwar.
Fakta "X-Files" 23
Kelulusan pinjaman kepada RHB oleh Danaharta untuk mengambil-alih Sime
Bank sehari selepas
pemecatan Anwar. Adakah ini merupakan salah satu motif utama pemecatan
Anwar kerana
kelulusan tersebut mestilah diberikan oleh Menteri Kewangan???
Fakta "X-Files" 24
"Kebocoran" affidavit Penguasa Musa kepada pihak media di mana affdavit
tersebut telah disiarkan
dan diedarkan oleh akhbar Malay Mail pada pukul 2 petang. Walhal, affidavit
tersebut sedang
diberikan di mahkamah pada waktu yang sama. Bagaimana "kebocoran" tersebut
boleh terjadi???
Fakta "X-Files" 25
Affidavit balas Penguasa Musa di dalam kes Nalla yang menyabitkan tuduhan-tuduhan
terhadap
Anwar. Majlis Peguam (Bar Council) telah menyatakan keperihatinan mereka
terhadap prosedur
affidavit tersebut yang tidak pernah terjadi (unprecedented) dan bagaimana
pihak media boleh
menyiarkannya sedangkan pada waktu itu hakim masih belum membuat keputusan
bahawa affidavit
tersebut boleh disiarkan sebagai dokumen umum (public document). Secara
logiknya, bagaimana
kes pertuduhan kepada Nalla boleh melibatkan pihak ketiga yang tidak
terlibat danboleh diterima oleh
hakim???
(Sila rujuk kepada kenyataan akhbar Majlis Peguam)
Fakta "X-Files" 26
Pemecatan Anwar sebagai Timbalan Presiden UMNO dan keahlian UMNO dengan
alasan "tidak
sesuai". Ke mana perginya logik "innocent until proven guilty" yang
telah digunakan oleh Mahathir
terhadap Rahim Thamby Chik dan Muhammad Taib? Mengapa harus dipecat,
tidak digantung
seperti mereka berdua?
Fakta "X-Files" 27
Prosedur pemecatan tersebut yang boleh dipertikaikan. Pemecatan Anwar
sebagai Timbalan
Presiden hanya boleh dilakukan oleh para perwakilan UMNO dengan majoriti
sekurang-kurangnya
2/3. Majlis Tertinggi (MT) UMNO tidak mempunyai kuasa untuk memecat
Anwar daripada
jawatannya sebagai Timbalan Presiden. Namun, MT mempunyai kuasa untuk
memecat keahlian
seseorang dan MT telah melakukan ini. Sehubungan dengan itu, jawatan
Anwar sebagai Timbalan
Presiden dilucutkan secara otomatik. Secara logik, jawatan yang tinggi
dilucutkan dahulu, kemudian
barulah keahliannya.
(Sila rujuk wawancara dengan Ghafar Baba di dalam Asiaweek)
Fakta "X-Files" 28
Kredibiliti Mahathir yang memanipulasikan pengumuman (Ciri-ciri kediktatoran?).
Kenyataan akhbar
Mahathir selepas mesyuarat MT yang menyatakan keputusan "sebulat suara"
oleh MT untuk
memecat Anwar. Adalah diketahui kemudiannya bahawa ketika mesyuarat,
pembelaan telah
dilakukan oleh Dato' Khalid Yunus, Dato' Ibrahim Saad, Dato' Afifuddin
Omar dan Dato' Zahid
Hamidi. Perkara yang sama berlaku ketika Persidangan Agong UMNO 1998
di mana beliau
menempelak Zahid yang tidak menngunakan saluran yang sesuai (MT) untuk
menyuarakan
ketidakpuasan hatinya terhadap isu-isu nepotisme dan kronisme. Kemudiannya,
adalah diketahui
bahawa Zahid telah mencuba namun tidak diberi peluang langsung di dalam
mesyuarat MT (sila
rujuk majalah Tamaddun isu Julai 1998).
Fakta "X-Files" 29
Sikap media-media tempatan yang nyatanya berat sebelah. Namun ianya
dinafikan oleh para
pemimpin UMNO. Sebagai contohnya, laporan-laporan seperti di bawah
oleh media-media
tempatan :-
a) Affidavit Nalla (hanya akhbar The Sun yang menyiarkan)
b) Kenyataan-kenyataan akhbar Anwar (semuanya telah "disunting" sebegitu
rupa, teramatlah
pendeknya)
c) Kenyataan akhbar Nalla oleh peguamnya (tidak ada penyiaran langsung!)
d) Putar-belit laporan media tempatan mengenai sokongan Anwar terhadap
permohonan
pengampunan Lim Guan Eng
daripada YDP Agong sebagai "persengkokolan" dengan DAP.
Fakta "X-Files" 30
Perletakan jawatan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Harun Laban. Mengapa???
Fakta "X-Files" 31
Pendedahan kenyataan akhbar Nalla yang menyatakan bahawa surat-surat
/ dokumen-dokumen
daripada korporat dan Kementerian Kewangan yang dijumpai di rumahnya
tidak ada di dalam LIST
BARANG YANG DIAMBIL POLIS. Ini telah disahkan oleh peguam Nalla.
(Sila rujuk kenyataan akhbar Nalla).
Fakta "X-Files" 32
Percanggahan fakta di antara Mahathir dan Ketua Polis Negara. Mahathir
telah menyatakan bahawa
beliau telah mempunyai bukti-bukti yang cukup untuk "menjatuhkan" hukuman
terhadap Anwar
manakala KPN pula menyatakan masih dalam siasatan. Mahathir kemudiannya
membuat
kenyataan bahawa beliau telah menjalankan siasatannya sendiri. Di sebalik
kesibukan Mahathir
sebagai PM, Menteri Dalam Negeri, Menteri Kewangan I dll. Beliau masih
lagi mempunyai masa
untuk menjalankan siasatan??? Logikkah tindakan Mahathir sebagai penyiasat,
pendakwa dan
hakim sekaligus dengan sendirinya?
Fakta "X-Files" 33
Pertuduhan terhadap Anwar yang beliau melakukan hubungan seks sumbang
di Tivolli Villa,
Flamingo Hotel dll. Bilakah perkara ini berlaku (tarikh dan masa)?
Semestinya sebagai seorang TPM
dan juga Menteri Kewangan, Anwar mempunyai jadual yang ketat dan terhad.
Keselamatan beliau
juga diawasi oleh pihak polis setiap masa. Maklumat pertuduhan itu
penting untuk memberikan
kredibiliti tuduhan tersebut supaya pemeriksaan boleh dibuat di antara
masa tuduhan dan jadual
tugas-tugas beliau dan "buku log" pihak polis.
Fakta "X-Files" 34
Kenyataan akhbar Ketua Polis Negara yang mengesahkan bukti secara DNA
bahawa kesemua
anak Azmin & Shamsidar adalah anak mereka. Walaupun KPN masih mempertikaikan
bahawa
Anwar mengeluarkan kenyataan yang beliau telah memberikan sampel darah
untuk ujian DNA, ujian
DNA tersebut telah membuktikan bahawa tuduhan Khalid Jafri yang mengatakan
Anwar mempunyai
anak luar nikah dengan Shamsidar adalah BOHONG semata-mata. Beliau
mengeluarkan kenyataan
yang Khalid Jafri akan ditahan, namun Khalid Jafri sehingga sekarang
masih belum ditahan. Sudah
ada BUKTI yang jelas bahawa Khalid Jafri telah melakukan jenayah fitnah,
mengapa beliau masih
belum ditahan???
Fakta "X-Files" 35
Kredibiliti saksi-saksi yang terdiri daripada pelacur-pelacur yang
telah dibawa oleh Daim, Sanusi
Junid dan Megat Junid kepada Mahathir. Anwar telah menyatakan kepada
Mahathir adalah tidak
sukar baginya untuk mendapat 100 orang pelacur yang mengakui mempunyai
hubungan seksual
dengan Mahathir. Ini telah diakui sendiri oleh Mahathir. Bagaimana
Mahathir boleh menerima
pengakuan saksi-saksi tersebut dengan alasan beliau telah memberikan
jaminan keselamatan
kepada mereka untuk bercakap benar??? Sekiranya Mahathir begitu yakin
dengan pengakuan
mereka, maka pendakwaan terhadap Anwar telah boleh dijalankan kerana
telah ada bukti yang
kukuh. Mengapa pendakwaan tidak dilakukan???
(Sila rujuk kepada surat Anwar kepada PM).
Fakta "X-Files" 36
Larangan penggunaan masjid-masjid untuk kegiatan "politik" dan pengedaran
risalah-risalah
mengenai kes Anwar. Mengapa larangan tersebut tidak diadakan ketika
surat-surat layang terhadap
Anwar bertaburan di masjid-masjid seluruh tanahair???
Fakta "X-Files" 37
Walaupun Buku 50 Dalil telah mendapat injunksi mahkamah, namun penyebarannya
masih
berleluasa. Buku-buku tersebut telah dihantar melalui pos ke seluruh
masjid di Malaysia
beralamatkan imam masjid. Siapakah yang menghantar buku tersebut dan
sipakah yang membiayai
kos buku dan penghantaran???
Fakta "X-Files" 38
Tahanan reman ke atas Sukma Darmawan (Adik angkat Anwar) dan Dr Munawar
Anees (penulis
ucapan Anwar) yang "pelik". Mengikut prosedur biasa, untuk mendapatkan
kebenaran tahanan
reman, pihak polis mestilah membawa tahanan ke mahkamah magistret untuk
mendapatkan
kebenaran. Di dalam kes mereka berdua, magistret telah dipanggil ke
Bukit Aman untuk
memberikan kebenaran tahanan reman. Mengapa ianya dilakukan secara
tergesa-gesa sebegitu
rupa???
Fakta "X-Files" 39
Penggunaan ISA terhadap Sukma dan Dr Anees semasa mula penahanan. Namun
apabila
pendakwaan dilakukan di mahkamah, mereka telah didakwa di bawah akta
jenayah 377D (perlakuan
seks luar tabii). Ini menunjukkan penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis
dalam menjalankan
siasatan mereka i.e. menggunakan ISA dengan sewenang-wenangnya.
Fakta "X-Files" 40
Pihak keluarga dan peguam yang dilantik oleh keluarga Sukma dan Dr
Munawar tidak dibenarkan
berjumpa sama sekali oleh pihak polis. Mereka telah dibawa terus dari
Bukit Aman ke mahkamah
dengan peguam-peguam yang telah dilantik oleh pihak polis sendiri.
Peguam yang mewakili Sukma,
Mohd Nor Don, adalah bekas pegawai polis. Di manakah KEADILAN??? Ketika
perbicaraan dan
selepas perbicaraan, pihak polis masih tidak membenarkan pihak keluarga
berjumpa dengan
mereka walaupun telah dibenarkan oleh Hakim. Mengapa???
Fakta "X-Files" 41
Kecepatan dan kecekapan mahkamah menjalankan pembacaan dakwaan, perbicaraan
dan
keputusan hakim dengan amat "efficient" (Dalam masa sejam dua). Ini
merupakan satu rekod bagi
mahkamah Malaysia dan mungkin juga dunia!!!
Fakta "X-Files" 42
Logik di mana orang yang diliwat dihukum terlebih dahulu daripada orang
yang meliwat!!! Satu
perkara yang menghairankan ialah mengapa undang-undang tersebut tidak
digunakan ke atas para
mak nyah ketika Malaysia sedang dilanda "keruntuhan akhlak" di kalangan
para remajanya. Adakah
ulamak-ulamak UMNO tidak mengetahui mengenai undang-undang ini???
Fakta "X-Files" 43
Dakwaan terhadap Anwar masih belum diberikan di mahkamah sejak pemecatannya
(2/9/98)
sehinggalah ke hari ini (24/9/98). Bagaimana pendakwaan tidak dilakukan,
manakala "hukuman"
telah dijatuhkan berlandaskan bukti-bukti yang ada pada Mahathir???
Bagaimana pula Peguam
Negara tidak dapat memulakan pendakwaan, adakah kerana tidak cukup
BUKTI atau TIDAK ADA
BUKTI???
Fakta "X-Files" 44
Persaraan Pilihan (optional retirement) oleh Ketua Pengarah Cawangan
Khas (Special Branch).
Mengapa beliau meminta persaraan pilihan di waktu yang cukup genting
(penangkapan Anwar) dan
pada umur 52 tahun (lagi 3 tahun untuk mendapatkan pencen penuh)???
Fakta "X-Files" 45
Peguam Azmin Ali (Setiausaha Peribadi Anwar) mendedahkan sejurus selepas
pembebasan Azmin
daripada tahanan reman oleh magistret Azhar Othman bahawa pihak polis
mahu mengadakan ujian
DNA sekali lagi ke atas Azmin dan Syamsidar dengan alasan ujian yang
lama telah dicemari
(tampered). Di manakah logiknya kemahuan pihak polis setelah KPN sendiri
yang membuat
kenyataan akhbar menyatakan ujian DNA yang lalu telah membuktikan kebenaran
tersebut???
Fakta "X-Files" 46
Pengumuman Mahathir yang beliau telah dimaklumkan oleh Tun Haniff Omar
(Bekas KPN) yang
Anwar ada melakukan perkara-perkara sumbang pada tahun 1993. Sekiranya
siasatan telah
dijalankan, di manakah laporan-laporan polis untuk mengesahkan kenyataan
tersebut??? Mengapa
Tun Haniff Omar tidak tampil ke hadapan selepas Anwar dipecat sebaliknya
hanya tampil setelah
Mahathir membuat "pengumuman". Adakah ini satu lagi "pengumuman" kediktatoran
Mahathir (Sila
rujuk fakta "X-Files" 28). Tambahan pula mengapa pegawai-pegawai polis
Bukit Aman berjumpa
dengan Tun Haniff Omar sebelum sessi kenyataan akhbar??? Ini telah
dilaporkan oleh berita NTV7.
Fakta "X-Files" 47
"Censorship" yang dilakukan oleh Astro ke atas berita-berita dari stesen
TV luar negara yang
berkaitan dengan kes Anwar. Mengapa kerajaan amat "jumpy" (melompat)
terhadap berita-berita
dari luar negara mengenai kes Anwar. Mahathir membuat pengumuman bahawa
media-media luar
negara membuat liputan dengan memanipulasikan fakta untuk kepentingan
mereka sahaja
(menggambarkan keburukan Malaysia). Bagaimana pula dengan media-media
tempatan? Tidakkah
kerajaan memanipulasikan media-media tempatan dengan secukup-cukupnya
untuk "menghukum"
Anwar???
Fakta "X-Files" 48
Kredibiliti Dr. Munawar Anees yang merupakan seorang cendiakawan Islam
yang amat disegani di
US dan UK. Beliau adalah pengarang kepada 15 buah buku dan juga adalah
ahli kepada "world
intellectual society" yang hanya mempunyai 14 orang ahli setakat ini.
Di manakah logiknya "ugutan"
takut kehilangan sumber mata pencarian dan status PR di Malaysia sekiranya
tidak mahu
mengadakan "hubungan" dengan Anwar??? Beliau boleh bekerja di mana-mana
sahaja dengan
reputasinya yang cemerlang. Satu lagi persoalan logik yang amat "ringan",
mengapa Anwar cari
yang tua sekiranya beliau benar-benar melakukan perbuatan tersebut???
Fakta "X-Files" 49
Kredibiliti sokongan ulamak terhadap Anwar seperti Datuk Harun Din
dan Yusof Qardawi jika
dibandingkan kredibiliti sokongan penyokong-penyokong kuat Mahathir
seperti Ibrahim Ali, Sanusi
Junid dan Megat Junid adalah amat jauh berbeza. Mengapa para ulamak
yang sentiasa diberikan
hidayah oleh Allah menyokong Anwar??? Adakah Anwar berkemungkinan besar
tidak bersalah???
Fakta "X-Files" 50
Kredibiliti Anwar sebagai seorang yang warak. Amat susah untuk mempercayai
bahawa Anwar
melakukan perbuatan-perbuatan sumbang seperti di dalam tuduhan. Tambahan
pula beliau telah
BERSUMPAH dengan nama ALLAH bahawa beliau tidak pernah melakukan perbuatan-perbuatan
terkutuk tersebut ketika mengadakan ceramahnya di Batu Pahat dan Masjid
Negara. Sebagai
seorang muslim, kita tahu bahawa ianya adalah perkara yang amat serius
dalam konteks Islam.
Namun, pihak kerajaan (UMNO) tidak akan dan masih tidak berpuas hati
dan akan meminta sesuatu
yang lebih tinggi e.g. junjung Al-Quran!!! Untuk pengetahuan semua
Al-Quran bukannya untuk
dijunjung, ianya adalah untuk dibaca, difahami dan dipraktikkan dan
UMNO sepatutnya berbuat
demikian!!!
50 Hujah Tangkis 50 Dalil
1. FITNAH
Fitnah adalah satu jenayah yang besar ke atas umat Islam. Di akhir zaman, fitnah melata begitu luas sehingga ia tidak dapat dibendung lagi. Budaya fitnah yang disusun dan dirancang sebegitu rupa digunakan demi kepentingan kabilah dan kelompok tertentu dengan hasrat cita-cita besar mereka tercapai. Golongan fasik dan munafik akan mengambil kesempatan menimbulkan fitnah ke atas orang-orang yang beriman terutamanya di kalangan pemimpin yang benar-benar memperjuangkan kebenaran. Mereka akan berusaha untuk menjatuhkan parapemimpin yang dan yang lebih aib, ada antaranya yang sanggup bersekongkol dengan golongan bukan Islam. Umat Islam sejak zaman lampau sehingga sekarang diminta supaya berhat-hati dengan fitnah golongan ini kerana ia boleh menimbulkan musibah sama ada kepada diri sendiri mahupun orang lain. Dalam al-Quran ada disebutkan, maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadapum orang fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan satu musibah ke atas kaum tanpa mengetahui keadaannya (yang sebenar) yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan itu." (al-Hujarah:6) Dalam sebuah hadis ada menyebut, fitnah adalah sama kedudukannya dengan melapah daging saudara semuslim. Rasullullah s.a.w juga ada meriwayatkan pada fitnah diwajarkan hukum bunuh. Al-Faqih Abu Laits berkata, tanda keteguhan hati (istiqamah) seseorang ialah bila ia memelihara sepluluh perkara dengan mewajibkannya atas dirinya sendiri. Antara lain dia menyebut:
1.Memelihara lidah daripada mengumpat orang lain. Dan janganlah
sebahagian kamu mengungkit
sebahagian yang lain.
2.Menjauhi buruk sangka. Adakah sesuatu yang berfaedah
umat Islam mendedahkan aib orang lain
sedangkan Allah s.w.t sendiri meminta makhluknya
melindung aib seseorang. Apakah perangai orang
yang membuat fitnah dan tohmahan itu lebih
baik daripada perangai orang yang difitnah? Sedangkan
Abdullah Ubai adalah orang Yahudi yang membuat
fitnah untuk memecah-belahkan perpaduan Islam
pada zaman sahabat. Mahukah kita menjadiAbdullah
Ubai zaman moden? Fitnah bukan sahaja
berlaku di kala umat manusia hidup tetapi
juga hampir menghadapi kematian. Rasullulah s.a.w
sentiasa berdoa dengan doa masyhurnya yang
bermaksud "Ya Allah ya Tuhanku, aku mohon
perlindungan-Mu dari azab kubur dan dari azab
neraka, dan juga dari segala pancaroba dan dugaan
hidup dan dari fitnah serta huru hara ketika
menghadapi mati dan dari fitnah dajjal."
Dalam rangkaian doa Rasullulah itu juga, baginda memohon perlindungan Allah Taala dari segala fitnah yang datang ketika huru-hara menghadapi kematian. Sesungguhnya seseorang yang berada di ambang maut, mereka sebenarnya berada di antara dua persimpangan. Mereka tidak dapat menentukan jalan mana yang bakal dilalui sama ada Allah Taala akan menetapkan kematiannya dengan husnul khatimah (kesudahan yang berjaya) atau su'ul khatimah (sebaliknya), segala terserah kepada Allah Taala.
Fitnah terhadap TPM yang juga TPUmno, Anwar Ibrahim begitu dahsyat sekali. Dirinya difitnah dan dimalukan sebegitu rupa sehingga menjejaskan maruah diri, keluarga dan setiausahanya. Anwar adalah seorang yang bersih dan tidak korup, tegas dengan prinsip perjuangan, berakhlak mulia, tekun dan kuat menjalankan tugas dan tidak mudah terpengaruh dengan budaya suku-sakat dan meterialisme dalam Umno. Dirinya tidak mudah bersekongkol dengan pemimpin Umno yang menjayakan kepentingan suku sakat, berakhlak rendah, seperti kaki betina, berjudi dan lepak di kelab malam.
Oleh kerana tiada bukti dirinya terbabit dalam apa jua skandal lainnya, maka diciptalah tuduhan skandal seks sebagai puncak segala keruntuhan moral yang diharapkan akan menjatuhkan dirinya. Anwar Ibrahim dituduh mengamalkan homoseks, mengadakan hubungan seks dengan isteri setiausahanya, yang segala-galanya adalah fitnah durjana yang mahu menjatuhkan maruah dan sekaligus cuba menjatuhkan kerjaya peolitiknya, dalam kerajaan dan parti. Ini adalah satu fitnah yang cukup jahat dan merbahaya jika ia dibiarkan berlaku kepada mana-mana pemimpin yang cintakan kebenaran, berakhlak mulia dan bersih dari pelbagai skandal. Siapakah yang mudah terpedaya bahawa Anwar Ibrahim terbabit dalam fitnah di serata tempat. Anwar Ibrahim benar-benar teraniaya, tetapi kita yakin kebenaran berada di pihaknya. Kita hanya bersabar dengan menunggu saat-saat kebenaran yang akan mengatasi kebatilan!
BERITA TERKINI GERAKAN REFORMASI
Isu Pengakuan Sukma dan Munawar di Mahkamah Sesyen
ANWAR BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH
Oleh ROZAID A. RAHMAN
BATU PAHAT 20 Sept. --- Pejuang Gerakan Reformasi, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam semalam bersumpah dengan nama Allah di hadapan ribuan masyarakat tempatan di sini bahawa dakwaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang beliau telah meliwat adik angkatnya sendiri dan juga bekas penulis ucapannya, Dr. Munawar Anees adalah satu fitnah dan tohmahan untuk menjahanamkan dirinya oleh pihak berkuasa.
Anwar berkata, beliau kecewa dan terguris kerana pihak berkuasa tergamak untuk melakukan apa sahaja asalkan boleh mendakwa dia sebagai seorang homoseksual. Dalam proses melakukan semua itu, katanya, mereka tidak lagi mengambil kira air muka keluarganya dan perasaan rakyat.
Dengan nada yang perlahan tetapi tegas, Anwar berkata, beliau tidak terlibat dengan perbuatan keji lagi dilaknati Allah itu dan sesungguhnya dakwaan-dakwaan dan fitnah seperti ini dilakukan sebegitu rupa untuk memusnahkan perjuangannya bagi menegakkan Islam, mempertahankan hak rakyat dan keadilan di bumi Malaysia ini.
"Dalam sistem komunis, untuk memusnahkan seseorang itu ialah dengan mengambarkan perbuatan sebaliknya dengan apa yang dia percaya, amalkan dan tegakkan hari ini sistem yang sama telah pun dilakukan ke atas saya saya adalah mangsa satu kumpulan manusia yang bimbang bahawa segala salahlaku mereka akan terbongkar jika saya ditakdirkan berkuasa," tegas Anwar.
Anwar menjelaskan sebelum berlepas ke sini beliau telah menghubungi guru-guru agama termasuk Datuk Dr. Harun Din berhubung isu terbaru yang difitnahkan ke atasnya kononnya beliau telah meliwat adik angkat sendiri dan juga rakannya Dr. Munawar.
"Para ulama sebenarnya melarang saya bersumpah kerana mereka berpendapat fitnah seperti ini tidak akan diterima oleh rakyat tetapi sepanjang perjalanan ke sini saya telah berfikir panjang dan saya telah membuat kesimpulan jika fitnah ini tidak saya jelaskan dengan cara yang menyakinkan, esok akan berbaris pula 30 orang pelacur yang membuat pengakuan bahawa mereka juga pernah melakukan hubungan seks dengan saya. Dan rakyat akan terus meragui dan bertanya-tanya.
"Oleh itu, malam ini, di hadapan saudara-saudari sekelian bahawa saudara semua akan menjadi saksi kepada pengakuan saya ini bahawa dengan nama Allah saya bersumpah bahawa saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu dan ini semua adalah fitnah dan tohmahan jahat untuk terus menghina dan mengaibkan seisi keluarga saya," tegas Anwar.
Pengakuan bersumpah Anwar itu adalah yang pertama kali beliau lakukan di hadapan khalayak ramai sejak isu rendah moral dilemparkan ke atasnya. Sebaik sahaja Anwar membuat pengakuan bersumpah itu, ramai yang kelihatan lega dan mereka menyambutnya dengan laungan "Allahu Akhbar"
Dalam ucapan penuh keterbukaan dan berterus terang selama lebih sejam itu, Anwar mengingatkan mereka yang terlibat memalukannya bahawa mereka juga mempunyai anak, isteri dan keluarga.
"Saya tidak tahu bagaimanakah anak-anak saya akan menghadapi saat-saat seperti ini dan bagaimanakah mereka akan berhadapan dengan masyarakat. Tetapi pada masa yang sama saya sentiasa berkata pada diri saya bahawa mereka adalah anak-anak seorang pejuang dan mulai saat itu saya sentiasa membawa mereka ke mana sahaja saya pergi supaya mereka menyaksikan sendiri reaksi rakyat terhadap saya, ujarnya.
Bagi Anwar apa yang berlaku di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam adalah satu episod malang bagi sistem pendakwaan di negara ini. Beliau mendakwa adik angkat keluarganya, Sukma Darmawan telah menjadi seorang yang tidak dikenalinya lagi.
Ketika Sukma dibawa ke mahkamah semalam, kata Anwar, dia kelihatan gugup dan tidak berani mengangkat muka dan memandang wajah bapa angkatnya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman. Malah kata Anwar adalah sesuatu yang cukup malang apabila Sukma dinafikan hak untuk mendapatkan peguam pilihannya sendiri. Sebaliknya jelas Anwar, Sukma telah dipaksa untuk diwakili oleh peguam yang disyorkan polis.
"Sistem keadilan apakah ini negara kita sudah tidak ada lagi keadilan dan kebebasan untuk membuat pilihan. Selama penahanannya, Sukma telah dinafikan hak untuk bertemu dengan keluarganya dan juga peguamnya dan saya akan memastikan kes adik angkat saya dan Dr. Munawar dibawa ke muka pengadilan untuk diadili semula oleh peguam saya," tegasnya lagi.
Anwar berkata, mereka boleh melakukan penipuan dengan menggunakan segala macam muslihat tetapi akhirnya rakyat tidak boleh dibohongi dan terus dibohongi.TAMAT
2. AKHLAK PEMUDA DI ZAMAN NABI YUSUF
Hanya golongan remaja yang memiliki benteng pertahanan iman, dan akhlak mulia merupakan golongan yang telah berjuang sepenuh upaya untuk menjadi remaja bermoral tinggi. Allah s.w.t amat menghargai kesungguhan remaja seperti itu; justeru apabila mereka tiba di Mahsyar, akan disambut dengan segala pujian dan sanjungan dari para malaikat. Malah kehadirannya akan disambut oleh Allah s.w.t dengan ucapan, "selamat datang wahai para remaja yang baik." Setelah Allah s.w.t mengucapkan selamat datangkepada para remaja yang beraklak mulia itu, lalu diperintahkan para malaikat supaya menempatkan para remaja itu di sebelah kanan. Kepada mereka disediakan sebuah bendera bewarna hijau. Allah Taala menyeru Nabi Yusuf a.s. untuk menerima bendera tersebut dan mengetahui para belia yang mukmin, beraklak, sabar, lemah lembut dan mempunyai ilmu pengetahuan. Nabi Yusuf a.s. terpilih menjadi ketua para belia yang baik budi pekerti kerana baginda adalah seorang nabi yang sangat kacak dan tampan. Keteampanannya menggoda ramai para wanita hingga ada wanita yang tertawan dan cuba menggodanya. Namun Nabi Yusuf berjaya mengatasi semua halangan dan godaan. Alangkah bertuahnya para belia itu kerana mendapat ketua seorang nabi yang termasyhur iaitu Nabi Yusuf, bersesuaian dengan ketabahan dan kekuatan baginda yang berjaya menghadapi fitnah wanita. Pelbagai program yang dianjurkan oleh Pemuda Umno adalah untuk membina ketahanan diri dan mengukuhkan iman. Pemuda sentiasa menganjurkan kem bina semangat dengan solat berjamaah lima waktu, majlis tazkirah dan qiamulail serta membaca al-Quran bersama-sama dengan didorong sendiri oleh Anwar yang pastinya hadir jika dijemput. Dalam setiap pidato, dia menasihati pemuda, jangan lari daripada prinsip perjuangan, perkukuhkan iman dan bekerja gigih demi kepentingan agama dan negara, Soalnya, apakah kita mahu menghancurkan pemimpin Umno seperti ini? Apakah pimpimpin Umno lainnya, terutama yang berada dalam lingkaran fasik dan munafik, dapat dan mampu mengajak pemuda supaya cintakan agama dan menghayati ajarannya? Anwar, melalui pidatonya dalam khemah kerja anjuran Pemuda tidak pernah menganjurkan budaya karaoke, budaya mencari perempuan dan sebagainya.
Hishammudin Tun Hussein Ketua Pemuda UMNO Malaysia lebih berminat minum Anchor Beer dari Coke. |
3. PENERBIT BUKU
Ada seorang ahli Umno yang bernama Khairuddin Abu Hassan mendakwa dirinya adalah saudara pupu Anwar. Dirinya juga yang menerbitkan, 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM. Apakah hubungan sebenar Khairuddin Dengan Anwar? Siapakah dalang di belakang Khairuddin? Mengapa Khairuddin tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun mengaku beliau terbabit mengedarkan 2,000 buku Khalid di perhimpunan Umno 1998, walhal penyebar khabar angin melalui internet pun boleh didakwa ISA. Pernahkah kita mendengar kisah Nabi Noh a.s dengan anak lelakinya sendiri yang kafir sehingga ditenggelamkan oleh bajir besar? Nabi Noh a.s dipilih mengetuai golongan insan air mat kerana pengalaman hidupnya dipenuhi dengan kepahitan, kesengsaraan ancaman dan pelbagai tentangan. Hampir 1,000 tahun masa yang digunakan oleh baginda untuk menyeru umatnya namun begitu keras tentangan umatnya terhadap seruan tauhid. Nabi Noh hanya mempunyai pengikut setia tidak sampai 100 orang malahan anaknya sendiri menjadi penentang. Ketika dunia dikaramkan dengan banjir besar hingga menenggelamkan seluruh puncak-puncak gunung bahtera Nabi Noh hanya memuatkan pengikut setianya tidak sampai seratus orang. Oleh itu, siapakah Khairuddin dari kacamata Anwar berbanding kemungkaranan putera Nabi Noh a.s. ke atas ayahnya sendiri?
SIAPAKAH KHALID JAFRI DAN 50 DALIL?
Ia seorang yang sudah berumur, bekas wartawan dan ahli sidang pengarang Kumpulun Utusan Melayu. Bila bersara, ia menjadi penulis bebas. Pernah menjadi bisnesman tetapi gagal. Dia kecewa. Dia menjadi papa tetapi mahu bergaya. Dalam usianya yang sudah lanjut dia tetap mahu jadi kaya, tetapi tidak berupaya, modal tiada, sponsor tiada, reputasi lemah semangatnya goyah, ilhamnya tandus. Maka satu hari datanglah syaitan yang menyamar sebagai malaikat yang memberikan 50 Dalil untuk ditulis dan dibukukan. Orang miskin, ketandusan ilham tanpa banyak kawan terbeliak mata berkobar-kobar semangatnya kerana ilham mesti disegerakan, |
potensi jutaan ringgit sedang menanti.
Dia menulis dengan gelojoh, bahasa 50 dalilnya mencerminkan jijik wataknya. Hasil upah kerjanya hendak dikongsi dengan keluarganya. Dia melacurkan penanya, bakatnya, fikirannya merangka 50 dalil.
Projek itu mesti disiapkan segera. Jadi dari mana dia dapat maklumat untuk membina dan mengukuhkan bukti hujahan dalilnya. Oleh kerana dia diperalatkan oleh malaikat bertopengkan syaitan menjadi suruhan
pemimpin Dajal. Mustahil seorang manusia seperti Khalid Jafri boleh dapat mencetuskan ilham untuk dihuraikan dalam 50 dalilnya. Bila dia duduk dengan Anwar sampai tahu semua salahsilah keluarganya? Bila dia masuk bilik anwar, baik di rumah di kediaman resminya, di hotel dalam dan luar negeri sampai berapa kali dia meliwat, tahu sangat nikmat Anwar dan perit mangsa Anwar kecualilah Jafri juga biasa meliwat atau diliwat.
Siapa dalang yang memberi maklumat, fakta-fakta yang dimuatkan dalam 50 dalil. Pastinya ada tukang karutnya, maka Mahathir berfatwa dan keluarkan teori konspirasi. Arahkan kekuatan jentera risiknya dalam
kerajaan dan parti. Mahathir gunakan Risik JPM, tentera dan polis, untuk membina dalil melemahkan Anwar. Orang kanannya dan jentera parti yang dipercayainya bagai nak gila membuat kajian kelemahan Anwar.
Segala teori dan maklumat palsu diserahkan kepada Khalid Jafri. Anwar mesti dihapuskan dari gerbang kuasa dan kepimpinan. Tidak apa rugi puluh juta tetapi kalau Anwar berkuasa berpuluh billion ringgit akan
hilang dari terlepas dari genggaman anak-anaknya. Adik beradik Siti Hasmah, penghulu bodoh, Mohd Razali Ali yang korup itu pun ada harta di Australia dan sekarang terajui Tabung Haji, begitu juga hulubalang parti dan korporat, dan menteri Mahathir akan terlepas peluang kalau Anwar berkuasa. Jadi belanja juta-juta untuk jatuhkan Anwar asalkan berbillion ringgit terus dalam genggaman. Nasib rakyat tidak apa terbiar.
Selamatkan korporat kerana korporat boleh sediakan pekerjaan. Jadi, Melayu lain akan terus jadi kuli dan kuncu-kuncu Mahathir terus jadi taukeh.
Semua tindak tanduk untuk menjatuhkan Anwar dipertingkatkan. Mahathir bertindak secara halus dan teratur. Mahathir adalah strategist dan pereka skim ini:
1. Setelah tomahan liar dibuat, dapat ditangkis dengan baik oleh Anwar, dia gunakan jentera kerajaan dan parti untuk kerjakan Anwar. Peroleh, reka dan cipta fakta untuk diserah kepada Khalid Jafri yang kemaruk
ringgit buat dalil. Kenapa 50, tidak 10, 20, 30 atau 100? Kerana waktu gagasan dalil dibuat umur Anwar baru 50.
2. Dia buat paksaan, ugutan ISA (Ini Saya Arah) supaya dua orang kuat dan berpengaruh Anwar letak jawatan - Pengarang Utusan dan Berita Harian.
3. Mahathir permainkan sentimen Rahim Noor. Selaku pengerusi Suruhanjaya Polis, mahathir tidak mahu sain lantikan kontrak khidmat Rahim Noor. Tak sampai seminggu lagi Rahim Noor hendak bersara,
Mahathir sain kontrak Rahim Noor tetapi bersyarat secara mulut. Lakukan, laksanakan dan sempurnakan program menjatuhkan Anwar, Rahim Noor apa lagi, terus guna ISA untuk ugut semua orang. Kalau General Hashim Ali (adik iparnya) masih dalam tentera, habislah tentera pun kena gembeling agaknya.
4. Hulubalang dan kuncu parti, diserap dalam perhimpunan UMNO dan buat kacau. Jadi Anwar boleh ditangkap bawah ISA. Boleh tahan lama sikit. Kalau tangkap bawah akta jenayah, pendek sangat 14 hari saja. Tak sempat lihat kesan psikologi pada Anwar.
5. Hakim yang buat keputusan injungsi melarang edaran buku 50 dalil dengan segera ditukar ke Johor. Ia sebagai amaran kepada hakim dan majistret lain supaya jangan membantah arahannya dan tidak melaksanakan keputusannya yang sudah ditetapkan. Ketua Hakim Negara, Salleh Abas pun kena padahnya.
6.. Pengalamannya menghapuskan kuasa Raja Melayu menjadikan kemelut Mahathir boleh buat apa saja. Inikan pula Anwar, KPN dan hakim-hakim. Para ulama Islam pun dikerjakannya, ini pula tokoh agama parti dan kerajaan. Semua takut hilang kerja, berdosa tak apa asal selamat, yang haram pun jadi halal, dosa besar pun jadi harus asalkan jawatan tetap dan Mahathir tidak marah. Menteri berjudi, berzina, berkhalwat, minum arak - para ulamak kerajaan tutup mata. Tempat khas kasino di Genting tempat sultan dan menteri berjudi - pegawai agama tutup mata. Datuk Dr Hamid Othman bertaruh satu lubang golf RM200.00 bukan judi. Tokoh agama, hakim dan UMNO tuduh orang meliwat tidak berdosa dan tidak bercanggah dengan Islam. Ini pasti bukan syiah atau sunnah waljamaah. Ini Ismailiah atau Mahathirislamisma.
7. Dalam kenyataan akhbar Mahathir pada 22/9/98, tunggu keputusan mahkamah, bila dia didapati bersalah baru rakyat insaf dan tahu siapa dan apa karektor Anwar sebenarnya (sabit kesalahan memang sudah diatur
oleh Mahathir dan akan dipatuhi). Pertuduhan dan penghakiman yang akan dibuat ke atas Anwar nanti hanyalah topeng episod ini menghalalkan perbuatan Mahathir secara undan-undang sekular. Kalau dia sudah tahu Anwar berkelakuan buruk sejak 1993, kenapa tidak ditegur dan disahkan -ve atau +ve tomahan itu, kenapa begitu lama dan tunggu sehingga buku 50 dalil yang dirancang itu diterbitkan. Mahathir gagal sebagai bapa dan pemimpin. Mahathir tutup mata sebelah dalam kes sedemikian pun boleh dianggap salahguna kuasa. Kalau kes maruah, dia boleh tutup mata, apa lagi rasuah oleh kuncu-kuncunya. Bila cara kredibiliti dan keangkuhan Rahim Noor dipersoal oleh golongan rakyat dan intelek, Mahathir guna nama Hanif Omar.
8. Skim ini memang dirancang dengan teliti oleh Mahathir bahawa dia tidak zalim, tidak tamak kuasa bila tendang Anwar. Dia gunakan segala kemudahan kedudukan, kuasa dan kerusinya untuk sandiwaranya - lupuskan kuasa Sultan, lucutkan jawatan Ketua Hakim Negara, tendang orang kuat Anwar, ugut rakyat dengan kuasa polis dan ISA (Ini Saya Arah), selamatkan Rahim Thamby Chik, apungkan Mohamad Taib, bela korporat suruhannya, kembalikan Daim, lindungi Eric Cheah dan Ananda Krishna, Francis Yeoh, belai Tajuddin Ramli, Halim Saad, Amin Shah dan Wan Azmi. Pupuk suara media termasuk TV3 (dimana Rahim Thamby Chik adalah seorang Lembaga Pengarah baru), sanjung ulamak yang dilantik, tidak berpendirian tegas tetapi yang boleh mengharuskan perbuatan haram ………….
Masya'Allah….
9. Sistem keadilan ala Mahathir adalah sistem terbalik. Orang yang membuat fitnah terlepas, orang yang difitnah diberkas. Khalid Jafri senyum ketawa dengan satu tuduhan ala kadar daripada 50 dalil yang
dikemukakannya. Itu pun bila DNA gagal dibuktikan, maknanya 49 dalili lagi yang dirangka tepat seperti yang dijangka yang membuatkan Anwar sekeluarga sengsara. ZALIM BETUL MANUSIA MANIPULASI KUASA.
BERTAUBATLAH KALAU PERCAYA KEPADA ALLAH s.w.t.
END
4. FITNAH BERNAMA AZIZAN
Ada seorang insan yang bernama Azizan Abu Bakar yang pernah menjadi pemandu peribadi isteri Anwar, Azizah selama empat tahun. Azizan mendakwa dirinya menjadi 'mangsa' kepada nafsu serakah Anwar. Kononnya, sudah menjadi mangsa selama 15 kali dan hanya mampu mendiamkan diri. Benarkah tuduhan Azizan ini? Jika benar-benar Azizan jukik dengan 'perbuatan' Anwar, mengapa mengambil tempoh yang begitu lama untuk mendedahkan perkara ini? Tidakkah Azizan boleh memberitahu Azizah mengenai aib Anwar itu? Mengapakah selepas dirinya tidak menjadi pemandu peribadi isteri Anwar barulah dia berani membuat tuduhan itu? Apakah wujud grand design yang begitu terancang di sebaliknya. Sesiapapun boleh bersumpah dengan al-Quran demi kepentingan sesuatu. Di dalam sejarah Islam sendiri, syaitan sebelum dipaksa sujud ke atas Nabi Adam adalah lebih alim dan taat berbanding manusia. Inikan insan yang bernama Azizan. Apakah khalayak umum percaya Anwar boleh mengadakan hubungan sulit sesama lelaki? Sedangkan dirinya seorang yang berakhlak dan pernah menjadi pemimpin gerakan Islam satu ketika dahulu. Jika benar Anwar berkelakuan sedemikian, sudah pasti ketika dia membaca khutbah Jumaat, dia boleh tersembam ke muka bumi kerana bala Allah adalah cepat. Anwar boleh berceramah dan berpidato, tetapi jika dia diselubungi mungkar selama ini, mimbar Jumaat akan menghukumnya dengan hukuman yang segara. (Kes ini pernah berlaku di Mesjid Telok Chengai, Kedah, di mana seorang imam gugup terketar-ketar dan jatuh rebah ketika beridiri di atas mimbar mesjid dan di siasat dari latar belakangnya, nyatalah kemungkaran. Begitu juga dengan Tanah Suci yang tidak MEMBENARKAN kaki orang yang bukan ISLAM memijaknya! Apa jadi pada isteri Suheorto sebelum masuk Islam ketika menjejakkan kaki ke Tanah Suci?)
5. HUBUNGAN SULIT
Anwar difitnah kononnya mengadakan hubungan sulit dengan isteri setiausaha sulit sendiri yang dbongkarkan adik iparnya, Ummi Hafilda bte. Ali. Bolehkah kita percaya bahawa Anwar sanggup ianiaya isteri anak buahnya sendiri? Mengapakah setiausaha sulitnya, Azmin membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan adiknya sendiri? Sedangkan Anwar sudah menganggap semua kakitangannya itu pseperti adik beradiknya sendiri. Sehingga kini hubungan Azmin dan Shamsidar baik. Tidak berlaku porak-poranda, malahan Azmin sendiri masih setia bekerja dengan Anwar. Azmin yang mendapat pendidikan di luar negara bukanlah seorang yang dayus dengan membiarkan isu ini menjejaskan maruah isteri dan anak-anaknya. Mungkinkah ada pihak yang kecewa kerana cuba memohon mendapatkan sesuatu tetapi tidak diperkenankan Anwar? Mungkinkah mereka cuba bertindak balas dengan membuat tuduhan palsu? Seperti kebiasaanya, di dalam keluarga, sikap cemburu dan tidak senang sememangnya wujud terutama membabitkan ipar duai. Apatah lagi jika ada di antara mereka yang bekerja dengan pemimpin ternama.
6. TIDAK BERTINDAK BALAS
Anwar mempunyai hemahnya sendiri kenaran tidak bertindak balas dengan menyaman mereka menfitnahnya. Ketika mula-mula surat Ummi Hafilda disebarkan, Anwar memang berhasrat mengambil tindakan undang-undang tetapi dihalang PM. Kata PM ia akan diuruskan oleh pihak polis dan Peguam Negara. Memang wajar Anwar mendapatkan injuksi mahkamah kerana 50 Dalil adalah tohmahan melulu yang menjejaskan maruah dirinya dan keluarga. Anwar cukup yakin dia mengambil tindakan sivil, akan wujud isu baru yang lain pula sehingga menyebabkan dirinya sentiasa membuang masa dengan perkara yang tidak benar ini. Tindakan tidak menyaman ini bukannya bererti benar atau tidak benar isu tersebut tetapi implikasi yang lebih jelas wujudnya satu kosnpirasi besar dan jahat yang menjatuhkan dirinya. Apakah dengan mengambil tindakan mahkamah akan selesai isu tersebut dengan pihak-pihak terbabit mendapat 'malu' dan Anwar dibebankan dengan isu lain pula?Apakah selepas ini darah Anwar akan diambil sentiasa dengan turun naik hospital apabila ada perempuan lain pula yang mendakwa dirinya disabitkan dengan skandal seks? Anwar sendiri mempunyai kebijaksanaan yang tidak diketahui oleh rakan-rakan rapatnya mahupun para peguamnya. Adalah lebih bijak dia menyerahkan isu ini kepada Peguam Negera dan siasatan polis kerana mereka yang bijak menangani tuduhan dan fitnah melata ini.
7. KEBENARAN MULAI TERBUKTI
Sudah terbukti sekarang, Khalid Jafri (Salman Rushdie?) yang dituduh menulis berita palsu dan kesnya akan didengar di mahkamah, Disember ini. Begitu juga dengan Dato' S. Nallakaruppan yang disabitkan dengan buku tersebut juga diheret ke mahkamah kerana menyimpan peluru hidup dalam jumlah yang banyak. Selepas ini, hampir pasti pihak-pihak yang cuba menimbulkan fitnah akan diseret satu persatu ke mahkamah dan di situlah akan tahu kebenaran dan kebatilan. Pastinya sebagai Menteri Dalam Negeri, Mahathir Muhammad tidak akan mendiamkan diri untuk mengarahkan mereka supaya diseret ke mahkamah.
8. HAKIM BERKATA BENAR.
Ketika mendengar permohonan untuk injuksi, hakim berkata benar, iaitu perpaduan dan kepentingan negara terutamanya ketika negara sedang di dalam keadaan kegawatan ekonomi (dan dimana mereka dapat duit untu buat bilk VVIP kat KLIA bernilai 80 juta?) adalah lebih utama berbanding dengan kebebasan media. Ini bererti 'kebebasan media' yang keterlaluan bukan sahaja membahayakan negara bahkan kepada agama. Buku politik popular yang memberi cadangan dan fikiran membina adalah baik dan dihargai berbanding dengan buku yang berunsur tohmah, fitnah dan tuduhan melulu. Adalah seribu kali labih baik membaca al-Quran daripada membaca sesebuah buku fitnah yang tidak berfaedah langsung.
9. SIAPA DI BELAKANG MEREKA?
Pastinya ada pihak-pihak tertentu yang berada di belakang penyebar fitnah. Orang ini bersikap 'baling batu sembunyi tangan'. Mungkinkah pemimpin tertinggi atau gerombolan yang kecewa dalam parti turut terbabit? Mungkinkah mereka turut menjadi penaja? Sekejap cakap isteri sendiri sebagai pelacur, sekejap cakap isteri cuba digoda Anwar dan sebagainya. Siapakah tok dalang yang suka bermain wayang kulit? Apakah mereka boleh membuktikan Anwar bernafsu serakah seperti mereka juga?
10. NEPOTISME DAN KRONISME
Anwar pernah memberikan arahan bertulis kepada pegawai di Kementerian kewangan agar tidak memberi saham kepada keluarnganya (Anwar juga tidak pernah membantu ABIM dari segi kewangan). Dia cukup perihatin kerana isu sedemikian boleh menimbulkan percanggahan kepentingan yang mengganggu kelancaran tugas sehariannya. Bagaimanapun bapa dan adik-beradik Anwar memperolehi saham bukan dari kementerian beliau dan sebaliknya daripada kementerian lain. Dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana ia di bawah Kementerian yang bukan bidang kuasanya. Ini berbeza dengan lain-lain pemimpin yang secara langsung memberi keistimewaan kepada keluarganya, termasuk mempengerusikan mesyuarat yang membuat keputusan. Tidak perlu dikhuatirkan lagi kerana bapa Anwar sendiri pernah menjadi pemimpin Umno dan sudah lama menceburkan diri dalam perniagaan sebelum dia menjadi Menteri Kewangan.
11. BUDAYA SUKU-SAKAT
Ramai orang menyebut Kamaruddin Jaafar, Kamaruddin Mohd Nor, Salamon Selamat, Sarit Jusoh serta Nasaruddin Jalil dikaitkan antara suku-sakat Anwar yang mendapat projek besar. Perlu diketahui ada di antara mereka yang tidak mendapat projek langsung daripada Anwar, sebaliknya daripada tokoh-tokoh lain yang mempunyai hubungan rapat dengan Mahathir. Ada antara mereka yang berusaha di atas kepandaian dan kepakaran sendiri tanpa perlu berlindung di bawah timbalan Presiden Umno.Jika benar mereka mendapat projek daripada Kementerian Kewangan, apakah kita tidak bersyukur keranan ia jatuh di tangan orang yang sering mengadakan qiamulail, majlis ilmu di rumahnya, berbanding dengan suku-sakat lain, yang bergelumang dengan najis arak, kaki dangdut dan karaoke, juga kaki perempuan sehingga porak poranda keluarga sendiri apabila terpampang muka turun naik mahkamah?
12. ISLAM DAN BUDAYA ILMU
Siapakah yang dilihat memperjuangkan Islam di kalangan pemimpin-pemimpin Umno secara jelas dan total? Anwar sudah membuktikan bahawa dirinya konsisten dan berterusan dalam memperjuangkan Islam progresif sepertimana yang dikehendaki oleh Mahathir. Tanpa segan silu dia sering kali memetik ayat-ayat al-Quran dan Hadis sebagai peringatan dan nasihat sama ada di hadapan audien bukan Islam dan Islam, korporat dan bukan korporat serta di kalangan cendiakawan dan bukan cendiakawan. Di mana ada pemimpin-pemimpin Umno yang bersedia untuk menyebut ayat-ayat Allah seperti beliau? Silap-silap haribulan turut serta sama-sama 'YAM SENG!' dengan para audien selepas habis sahaja majlis. Selain itu beliau juga adalah antara tokoh Umno yang kuat membaca dan cintakan ilmu pengetahuan. Di rumahnya terdapat perpustakaan yang dipenuhi buku-buku dari seluruh dunia. Budaya ilmu menjadi agenda dari JPM, Kementerian Belia, Pertanian, Pendidikan dan kini Kewangan sehingga berjaya mempertingkatkan martabat orang-orang Melayu dan Islam di negara ini yang selama ini dilihat sebagai golongan malas membaca dan gemar dengan cerita gossip.
13. LATAR BELAKANG PEJUANG ISLAM
Sebelum menjadi pemimpin kerajaan, Anwar sudah masak diuji. Dalam usia yang muda, akhir 20, yang kebanyakan generasi Melayu masakini dalam usia yang sama sibuk dengan budaya korporat dan lemah semangat, Anwar sudah dikurung ISA, hampir dua tahun kerana memperjuangkan kebenaran. Dalam usia yang muda, dirinya sudah menjadi pemimpin belia seluruh dunia Islam sedangkan ada antara pemimpin Umno yang ketika itu hanya mampu menjadi pelajar separuh aktif di pusat pengajian tinggi. Walaupun dirinya tidak berlatarbelakangkan pendidikan tinggi Islam tetapi Anwar sudah memimpin gerakan Islam. Dalam usia 30-an, Anwar menjadi pemikir Islam dalam IIIT yang berpusat di Washington D.C. Usia mudanya dipenuhi pahit getir perjuangan dan mempunyai ketahanan diri yang memuncak sehingga sanggup mengorbankan diri di bawah tahanan ISA. Siapakah antara barisan tertinggi Umno sekarang yang mempunyai latar belakang sedemikian? Malahan Anwar sanggup menolak kemewahan yang diberikan oleh pemimpin Umno ketika itu dan hanya bekerja sebagai guru di sebuah sekolah swasta.
14. PANDANGAN IBRAHIM ALI
Ketua Umno Pasir Mas, Ibrahim Ali pernah menyarakan rasa prihatinnya terhadap penahanan ISA Anwar. Berikut adalah pandangan beliau terhadap penahanan dan kewibawaan Anwar semasa dalam landasan perjuangan kebenaran : 'Anwar adalah pemimpin belia yang bermatlamat Islam Dalam saat-saat negara diancam oleh komunis dan kerajaan bekerja keras menyeru rakyat bersatu terutamanya umat Islam, maka adalah tepat sekali kalau kerajaan membebaskan Anwar secepat mungkin'.
15. PENDIDIKAN ISLAM GANTI ZERO IDEOLOGI
Semasa Anwar memegang jawatan Menteri Pendidikan, beliau telah merubah keseluruhan sistem pendidikan daripada menerima apa sahaja ideologi yang baik kepada ideologi Islam. Sedarkah kita bahawa sistem pendidikan lalu lebih menitikberatkan kebaikan iaitu 'ideologi zero' yang menerima apa sahaja ideologi asalkan baik. Bagaimanapun, Anwar telah merubah sistem pendidikan itu dengan mengambil pegawai-pegawai yang cenderung kepada tuntutan Islam agar ideologi pendidikan kita lebih telus ke arah Islam. Ketika itu juga Universiti Islam Antarabangsanya ditubuhkan yang mana kini Anwar menjadi Presidennya. Pada era Anwar memimpin, kita lihat ramai generasi muda wanita yang menutup aurat khududnya apabila keluar bekerja.
16. KEWANGAN ISLAM
Apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan, maka sistem ekonomi Islam dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Di dalam sistem perbankan sendiri sudah ada alternatif kepada masyarakat Islam yang mahu menggunakan sistem perniagaan cara Islam. Sistem muamalat sudah mula diwujudkan termasuk dilaksanakan oleh bank kepunyaan bukan Islam. Orang Islam tidak segan silu menyimpan wang mereka di bank yang bukan beoreientasikan Islam kerana pihak bank sendiri sudah menyediakan kaunter-kaunter khas sistem perbankan tanpa faedah, pinjaman cara Islam dan sebagainya. Mana ada Menteri Kewangan dahulu yang bersedia untuk menjalankan sistem perbankan cara Islam walaupun sedikit?
18. LAMBANG KELUARGA BAHAGIA
Anwar dan isterinya, Wan Azizah adalah lambang keluarga bahagia di kalangan pucuk pimpinan tertinggi Umno. Antara pemimpin tertinggi Umno yang mempunyai isteri menutup aurat adalah Anwar. Malahan dalam ucapannya juga, Wan Azizah bersuara lembut, bersopan santun dan berbudi bahasa, tidak seperti sesetengah isteri pemimpin-pemimpin Umno lainnya, kadangkala lagak mereka mengalahkan suami. Diharap bila Anwar menjadi PM, isteri-isteri pemimpin dan kakitangan kanan kerajaan tidak segan silu lagi untuk memakai tudung yang sempurna. Dan majlis-majlis hiburan yang kini memeriahkan pertemuan isteri-isteri pemimpin tertinggi kerajaan dapat dikurangkan.
19. TEGAS DENGAN PERINSIP
Dalam setiap ucapannya Anwar masih terus mengekalkan identitinya memperjuangkan golongan marhain. Sama ada ia aterlaksana atau tidak, sukar untuk diukur kerana Anwar masih no. 2. Tetapi komitmennya tidak pernah kendur. Malah banyak pihak mengantungkan harapan untuknya melahirkan masyarakat madani. Anwar tetap menyuarakan nasib orang-orang miskin sperti keperluan rumah kos rendah, pembelaan golongan desa, kemudahan infrastruktur, pendidikan dan sebagainya. Dari dahulu sehingga kini Anwar tetap tegas dengan prinsip perjuangannya.
20. LANTANG MENEGUR GOLONGAN KORPORAT
Anwar tidak segan silu menegur dan mengkritik golongan korporat yang tidak membantu golongan bawahan. Dia sering menegur golongan korporat yang lupa diri, suka berfoya-foya, meterialistik sehingga mengabaikan tanggungjawab sosial untuk membantu golongan bawahan. Golongan ini mementingkan keuntungan tanpa diikuti pertanggungjawaban sosial.
21. HUBUNGAN BAIK DENGAN ALIM ULAMAK
Anwar sering mengadakan pertemuan dengan golongan alim ulamak dan cendiakawan Islam sama ada secara formal atau tidak formal. Pelbagai program dan pertemuan sering diadakan termasuklah di kediamannya sendiri. Sebagai pemimpin yang cintakan Islam, dia sering menganjurkan solat berjamaah, solat hajat, bacaan Yaasin, ceramah agama di kediamannya mahupun di pejabatnya, yang dihadiri oleh para ulamak dan pemimpin gerakan Islam. Anwar tidak pernah meninggalkan golongan alim ulamak dalam meneruskan tradisi kebangkitan Islam di negara ini.
22. HUBUNGAN MESRA DENGAN TOKOH ISLAM LUAR NEGARA
Dia sering ditemui oleh pemimpin dan pemikir Islam luar negara. Antaranya Dr Yusuf al-Qardawi yang sudah menemui beliau beberapa kali di pejabat. Dia begitu dihormati oleh pmimpin-pemimpin gerakan Islam luar negara sehingga malaysia menjadi model sebuah negara Islam kepada mereka.
23. TERJALIN ERAT RAKAN DAN LAWAN
Anwar sentiasa menjalin hubungan erat dengan rakan-rakan beliau termasuk yang menyertai parti lain. Di sini menunjukkan dirinya tidak bongkak dan angkuh sepertimana pemimpin-pemimpin Umno lainnya yang memegang jawatan penting negara. Dia masih lagi mendengar pandangan dan pendapat rakan lamanya yang sama perjuangan dan visi walaupun sudah berlainan parti. Pemimpin PAS dan DAP, juga NGOs pastinya lebih menyenangi Anwar berbanding Mahathir disebabkan sifat keterbukaannya.
24. SAMA DAPAT SAMA RASA
Semasa dia menjadi Menteri Kewangan ramai peniaga melau, khususnya di peringkat bawahan, yang pernah mendapat peruntukan saham. Anwar lebih yakin dengan pendekatan ekonomi yang merakyat bukat elitis sifatnya. Ini termasuk peniaga-peniaga kecil dari parti pembangkang. Keadaan berbeza dengan Menteri Kewangan sebelum itu yang hanya mementingkan suku sakat. Tindakan Anwar ini bersifat 'sama dapat sama rasa'.
25. MEMBACA KHUTBAH
Siapakah pemimpin Umno yang berkebolehan berkhutbah Jumaat? Hanya ada beberapa orang pemimpin yang membaca khutbah Jumaat termasuklah Anwar. (Bukankah sepatutnya khutbah dibaca oleh PEMIMPIN sebenar?). Membaca khutbah bukanlah suatu sikap menunjuk-nunjuk, sebaliknya suatu kemestian yang dikehendaki sebagai seorang pemimpin. Ada pemimpin PAS yang cukup bimbang bila Anwar dilantik PM, dia terus berkhutbah di Masjid Negara, yang selama ini menyiarkan khutbah secara langsung.
26. BUKAN KAKI LEPAK
Pernahkah ahli-ahli Umno melihat Anwar bergebang-gebang dengan pemimpin Umno lain di kelabmalam atau coffee house persendirian, seterusnya berbual dengan gelak ketawa yang sebegitu kuat? Atau minum minuman keras dengan diiringi hilai tawa GRO?
27. PANDAI BERPIDATO
Satu-satunya pemimpin yang boleh berpidato lebih dari lima kali dalam tempoh satu hari adalah Anwar. Dia berkebolehan berucap dengan cara dan isi kandungan yang berbeza --- bergantung kepada audien. Pemimpin Umno lainnya tidak mempunyai stamina berpidato dan isi kandungannya main pukul rata sahaja. Itupun kadangkala menggunakan teks yang sudah disediakan. (Kebolehan yang diturunkan oleh ibunya sebagai Pemidato Wanita Umno)
28. MENGHIMPUNKAN KHALAYAK
29. BENARKAH ANWAR ABIMKAN UMNO?
ABIM dan Umno adalah sebuah pertubuhan jauh berbeza. ABIM adalah sebuah pertubuhan gerakan belia Islam sedangkan Umno adalah sebuah parti politik. Anwar tidak pernah bercita-cita mahu mengABIMkan Umno sepertimana yang dituduh oleh orang-orang tertentu. Apakah salah sebelum memulakan sesuatu majslis Umno dianjurkan doa dan selepas program dibacakan pula lagi selawat Nabi? Sebelum ini tidak pernah Umno menganjurkan program selawat Nabi di penghujung program. Begitu juga ketika kedengaran azan, program dihentikan seketika kerana menghormati waktu solat. Adakah itu salah? Adakah itu sudah menunjukkan Anwar sudah ABIMkan Umno? Apakah program mengadakan solat berjamaah juga sudah menunjukkan Umno disusupi unsur-unsur ABIM?
30. ORANG ABIM KUASAI UMNO
Ia isu lapuk dan memualkan. Adakah dengan kemasukan Fuad Hassan, Kamaruddin Mohd. Nor, Kamaruddin Jaafar sudah menunjukkan ABIM kuasai Umno? Apakah akhlak mereka terlalu buruk sehingga ia menakutkan ahli-ahli Umno yang lainnya? Apakah kesemua mereka ini kaki gebang di coffe house dan balik lewat malam sehingga mabuk-mabuk? Kenapakah ada golongan Umno yang iri hati dan cemburu dengan pemimpin ini yang berperangai baik? Berapa keratkah ahli ABIM yang menjadi pemimpin Umno di peringkat bahagian? Berapa orangkah yang menjadi calon pilihan raya umum lalu? Siapakah tokoh atau bekas pemimpin ABIM yang dilantik Anwar menjadi orang kanannya?
31. BAPA RASUAH
Anwar bukan bapa korupsi. Budaya Umno sudah pun diketahui umum, mengamalkan sistem saling bantu membantu dari segi kewangan pemimpinnya untuk menyaingi parti pembangkang. Budaya membantu kewangan dan projek serta pelbagai unsur lain sudah lama diterap ke dalam Umno termasuk di peringkat akar umbi. Kalaupun Anwar dilanda budaya rasuah, apakah sebelum penyertaan Anwar ke dalam Umno, atau lebih khusus lagi sebelum Anwar menjadi Menteri Kewangan, parti ini benar-benar bersih?
32. BENARKAH ANWAR BERCAKAP BOHONG?
Ada hubaya-hubaya Umno yang menuduh 90 peratus daripada kehidupan Anwar adalah pembohong. Apakah mewujudkan sistem perbankan tanpa riba juga satu pembohongan? Apakah ucapan beliau yang memetik ayat-ayat al-Quran juga bohong? Apakah isterinya memakai tudung juga bohong? Apakah kedudukannya sebagai Presiden UIA juga bohong? Apakah mengadakan pertemuan dengan Dr Yusuf al-Qardawi juga bohong? Apakah dia bersolat juga bohong? Apakah mengambil berat masalah rakyat bawahan dan golongan miskin juga bohong? (Apakah membela nasib golongan petani miskin di Baling sehingga ditahan ISA juga bohong?)
33. ISU TUN GHAFAR
Apakah pertandingan Timbalan Presiden pada 1993 lalu menunjukkan Anwar menganiayai Ghafar? Tidakkah ramai orang menyedari, malahan terpampang di media massa, menunjukkan lebih 90 peratus pucuk pimpinan tertinggi Umno bersetuju Anwar bertanding kerusi Timbalan Presiden? Majlis perisytiharannya bertanding Timbalan Presiden dihadiri hampir semua pemimpin tertinggi Umno. Kenapa Ghafar dan orang-orangnya tidak menyalahkan lain-lain pemimpin yang turut menyokong Anwar. Kenapa ramai antara mereka yang memilih Anwar berbanding Tun Ghafar? Perwakilan bahagian-bahagian Umno yang mencalonkan Anwar tidak pernah dipaksa. Tepuk dada tanyalah selera.
34. PENYELAMAT WANITA ISLAM
Dalam keadaan negara berbilang kaum, sesetengah wanita yang bertudung menghadapi dilema untuk mencari pekerjaan. Ada kalangan majikan bukan Islam, malahan majikan Islam sendiri, yang meminta wanita terbabit membuka tudung jika mahu bekerja. Sedangkan hukum menutup aurat adalah wajib. BAgaimanapun keadaan menjadi selamat apabila isteri TPM sendiri memakai tudung dan menutup aurat. Inilah untungnya pemimpin yang faham dan tahu mengenai hukum-hakam agama.
35. KECERGASAN FIZIKAL
Bentuk fizikal Anwar adalah 'sedap mata memandang'. Ini berbeza dengan sesetengah pemimpin Umno yang hampir tidak larat untuk membawa badannya sendiri keranan 'perut yang agak ke hadapan'. Fizikal yang kurus memudahkan beliau bergerak cergas dalam menjalankan sesuatu tugas. Pernah bekas seorang setiausaha politiknya dikehendaki kuruskan badan supaya dia juga dapat bekerja dengan pantas.
36. SUKAN LASAK
Anwar gemar bersukan lasak. Ini menggambarkan jiwanya yang tegas dan pantas serta sedia mengharungi cabran yang mendatang. Berbeza dengan sesetengah pemimpin Umno lainnya yang lebih selesa dengan bermain golf yang menunjukkan sedikit kemalasan dan lambat dalam mengambil tindakan.
37. PEMBELAAN ULAMAK
Fitnah dan tohmah yang ditujukan terhadap Anwar mendapat pembelaan dari golongan ulamak berwibawa, khususnya yang berada di luar Umno. Ramai di kalangan ustaz dan tokoh agama yang menyifatkan bahawa tuduhan skandal seks terhadap Anwar adalah fitnah semata-mata. Mereka beramai-ramai membaca Yaasin dan solat hajat bagi mempastikan wujudnya pembelaan ke atas Anwar. Kenapa para ulamak membela Anwar? Mereka melihat kewibawaan dan kesungguhannya untuk mendaulatkan Islam di muka bumi Malaysia ini (dan juga sebagai contoh di seluruh dunia!)
Jika seseorang yang dikenali oleh khalayak ramai sebagai orang yang istiqamah, berkeperibadian bersih dan soleh sepanjang hidupnya, tiba-tiba dituduh dengan tohmahan-tohmahan yang keji seperti berzina, melakukan perbuatan kaum Luth, membunuh dan lain-lain. Apakah hukum shariah berkenaan dengan orang yang menuduh dan orang yang dituduh? Adakah orang yang dituduh wajib membela diri? Dan apakah kewajipan masyarakat Muslim berkenaan perkara ini?
Jawapan:
Menuduh orang-orang yang bersih dengan tohmahan-tohmahan, termasuk tohmahan-tohmahan yang besar seperti berzina, liwat dan membunuh merupakan satu perbuatan yang diharamkan secara tegas oleh Islam. Bahkan ia termasuk dalam dosa-dosa besar yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah dan azab-Nya. Sebab tohmahan-tohmahan seperti itu berupaya untuk menyerang kemulian diri orang-orang yang beriman sama ada lelaki atau perempuan. Ianya juga boleh menyebabkan orang ramai berburuk sangka terhadapnya, manakala orang-orang yang rendah akhlaknya mungkin boleh melakukan tindakan-tindakan yang tidak diinginkan terhadapnya. Perkara sedemikian juga menyebabkan tersebarnya kejahatan di kalangan orang-orang yang beriman. Oleh itu, al-Quran mengecam keras perilaku seperti ini dan mengancam para pendusta yang melakukannya dengan seksaan di dunia dan di akhirat.
Firman Allah s.w.t.:
Terjemahan: Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminah tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata. Surah al-Ahzab 33:58)
Firman Allah s.w.t.:
Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik yang lengah (tidak pernah terlintas untuk melakukan perbuatan yang keji) lagi beriman (dengan tuduhan zina), mereka terkena laknat di dunia dan di akhirat dan bagi mereka azab yang besar. Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. Di hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurut semestinya, dan tahulah mereka bahawa Allahlah yang Benar, lagi yang menjelaskan (segala sesuatu menurut
hakikat yang sebenarnya). (Surah an-Nur 24: 23-25)
Para ulama telah sepakat (Ijma') mengatakan bahawa dosa dan hukuman terhadap orang yang melemparkan tuduhan ke atas lelaki mukmin adalah serupa dengan dosa dan hukuman terhadap mereka yang melemparkannya ke atas wanita mukminah. Ayat di atas turun dalam bentuk seperti ini (menggunakan perkataan mukminat) kerana ayat tersebut diturunkan khas sebagai pembelaan terhadap Ummul Mukminin Aishah As-Siddiqah Binti Abu Bakar As-Siddiq. Beliau merupakan salah seorang isteri yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w. selepas Khadijah. Peribadi yang suci ini terpaksa berhadapan dengan tuduhan yang keji.
Orang-orang munafik menyebarkan khabar angin tentangnya dan melemparkan tohmahan bahawa beliau telah melakukan skandal dengan salah seorang sahabat rasulullah s.a.w. yang tidak pernah diragui kebersihan peribadinya. Orang-orang munafik benar-benar telah menggunakan peluang ini dengan mengobarkan api fitnah.
Demikianlah kisah 'Hadith al-Ifki' yang telah mempermalukan dan meresahkan rumah nabi s.a.w., rumah Abu Bakar as-Siddiq serta seluruh bandar Madinah. Akhirnya turunlah ayat al-Quran daripada petala langit yang tujuh, bagi menerangkan perkara tersebut secara jelas dan tegas dan mengembalikan keadaan seperti sediakala. Ayat tersebut juga telah membisukan lidah-lidah para pendusta dan membersihkan kembali nama Aishah yang jujur dan suci daripada segala tuduhan jahat. Selepas turunnya ayat-ayat tersebut, kaum Muslimin pun merasa lega kerana telah terkeluar daripada fitnah yang keras dan pahit itu.
Bacalah firman Allah s.w.t pada surah an-Nur:
Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata." Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta. (Surah an-Nur 24:11-13)
Inilah hukum Allah yang tegas: Sesiapa yang menuduh orang lain telah melakukan perbuatan keji seperti berzina maka dia mesti mengukuhkan tuduhannya itu dengan mendatangkan empat orang saksi yang adil dan tidak cacat keperibadiannya. Kesemua saksi itu mestilah telah melihat yang tertuduh sedang melakukan perbuatan zina dengan perempuan secara jelas denga mata kepala mereka sendiri. Demikianlah sebagaimana yang telah diterangkan secara kiasan dalam undang-undang shariah : seperti besi celak dimasukkan ke dalam bekasnya atau seperti pena dimasukkan ke dalam botol dakwat. Jika orang yang menuduh tidak berjaya mendatangkan empat saksi sebagaimana yang diterangkan di atas, maka dia dianggap sebagai seorang pendusta di sisi Allah s.w.t. Allah menegaskan bahawa si pendusta ini mesti dikenakan hukuman shariah, bahkan dia menegaskan tiga jenis hukuman yang tertera dalam al-quran al-Karim, iaitu pada firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (Berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) 80 kali sebatan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik. (Surah an-Nur 24:4-5)
Ayat-ayat yang mulia di atas menyebutkan tiga jenis hukuman terhadap jenayah yang keji itu.
Pertama:
Hukuman fizikal, iaitu disebat sebanyak lapan puluh sebatan. Sebatan yang menyakitkan tubuh badannya itu merupakan balasan terhadap perbuatannya menyakiti peribadi orang-orang yang baik. Tuduhan yang telah disebarkannya itu juga boleh memusnahkan kehidupan orang-orang yang dituduh beserta kaum keluarganya.
Kedua:
Hukuman moral sosial, iaitu dengan menggugurkan segala pertimbangan moral dan sosial orang menuduh. Kesaksiannya dalam urusan kewangan, civil, sosial, politik tidak boleh diterima pakai. Perkataan 'kesaksian' dalam ayat di atas diturunkan dalam bentuk nakirah (am) dan berbentuk penafian. Oleh itu, ia mencakupi seluruh jenis kesaksian. Berdasarkan hal ini, orang itu wajip digugurkan haknya untuk mengundi dalam pilihan raya, terlebih lagi hak untuk diundi.
Ketiga:
Hukuman agama, iaitu dengan menggelarinya sebagai orang fasik dan memasukkannya ke dalam golongan 'Fasiqun', Al-Quran menyebutkan kefasikan sebagai lawan daripada keimanan.
Firman Allah s.w.t.:
Terjemahan: Maka adakah orang-orang yang beriman serupa dengan orang yang fasik? Mereka tidak sama. Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih, maka bagi mereka syurga-syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang mereka kerjakan. Ada pun orang-orang yang fasik, maka tempat mereka ialah neraka ... (Surah as-Sajdah 32: 18-20)
Al-Quran juga telah melekatkan gelaran fasiq ini kepada Iblis, makhluk paling
durjana. Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dia adalah daripada golongan jin, maka dia berlaku fasik (derhaka) terhadap perintah Tuhannya. (Surah al-Kahfi 18:50)
Walau bagaimanapun, dengan rahmat dan kasihnya Allah masih lagi membuka pintu taubat bagi mereka yang ingin mensucikan dan membersihkan diri. Firman-Nya:
Terjemahan: Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah an-Nur 24:5)
Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa taubat hanya diperkenankan bagi memansuhkan hukuman terakhir, iaitu penggelaran dirinya sebagai fasik. Taubat tidak akan memansuhkan hukum gugurnya kesaksian dari pihaknya. Sebab perkara 'gugurnya kesaksian' dalam ayat di atas disifatkan Allah sebagai kekal. "Dan janganlah kamu terima kesaksiann meraka buat selama-lamanya".
Jenayah melemparkan tohmahan itu boleh menjadi lebih besar jika orang yang dituduh dikenali oleh khalak ramai sebagai orang yang istiqamah dan salih. Mereka mengenalnya sebagai orang yang baik dan tidak pernah menyaksikan sebarang kejahatan dilakukannya. Sesungguhnya suara orang ramai merupakan pena-pena kebenaran. Kesaksian yang boleh dipertimbangkan hanyalah kesaksian orang-orang yang salih dan baik.
Sebab mereka merupakan saksi-saksi Allah di atas muka bumi, sepertimana yang digambarkan oleh salah satu hadith Rasulullah s.a.w.
Pandangan dan sikap Islam dalam menjaga maruah, kemulian dan kehormatan diri seseorang amat tegas dan keras. Islam tidak membenarkan seseorang Muslim menyakiti perasaan seorang saudaranya sesama Muslim dengan perkataan menghina, sama ada di hadapannya atau dibelakangnya.
Firman Allah:
Terjemahan: Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari syak wasangka, sesungguhnya sebahagian daripada syak wasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?
Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Mahan Penyayang. (Surah al-Hujurat 48:12)
Dalam satu hadith sahih, rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya: Setiap Muslim diharamkan untuk mencerobohi darah, harta dan maruah saudaranya sesama Muslim.
Jika Islam tidak menentukan sikap yang tegas seperti ini tentu akan terjadi perbalahan di antara seluruh manusia, manakala kemuliaan serta maruah diri mereka akan ditindas. Akhirnya musnahlah seluruh hak dan kebebasan.
Bertolak atas kesedaran ini pula Islam memerintahkan kita untuk tidak menceritakan aib orang lain. Demi menjaga maruah dan peribadinya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada seseorang yang menggesa Ma'iz untuk mengaku berzina sehingga dijatuhkan hukuman rejam: "Jika engkau tutupinya dengan bajumu tentu lebih baik untukmu". Rasulullah juga bersabda: "Seluruh umatku akan memperolehi pengampunan, kecuali orang-orang yang suka menyebarkan aib orang lain."
Dan baginda bersabda: "Sesiapa yang menutupi kesalahan seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupi (kesalahannya) di dunia dan akhirat".
Allah s.a.w. berfirman dalam al-quran al-karim:
Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. (Surah an-Nur 24:19)
Soalan 2
Adakah orang yang dituduh berhak untuk membela diri? Bolehkan ia dicegah dari melakukan hal itu? Apakah kewajipan masyarakat Muslim di sekelilingnya? Bolehkan mereka berdiam diri dan membiarkan perkara tersebut berlalu begitu sahaja?
Jawapan:
Hak seseorang yang dituduh dengan tuduhan melibatkan agama, maruah serta moral ialah:
Membela diri dari tuduhan orang yang telah menzaliminya dan meninggikan suaranya dalam manyuarakan kebenaran. Bahkan dalam satu ayat al-Quran Allah telah memberinya satu hak istimewa untuk melindungi kehormatan dan maruah dirinya. Firman Allah: Terjemahan: Allah tidak menyukai ucapan-ucapan buruk yang (diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang-orang yang dianiaya. Allah adalah Maha mendengar lagi Maha mengetahui. (Surah an-Nisa' 4:148)
Tidak boleh sesiapapun mencegah atau melarang orang yang dituduh daripada membela dirinya. Ia merupakan hak yang biasa dan sah di sisi hukum shariah. Allah telah memberikan peluang kepada Iblis yang dilaknat untuk berdebat mempertahankan dirinya di hadapan Tuhan seluruh alam. Iblis dengan petahnya mempertahankan kesombongannya dengan mengatakan, "Saya lebih baik daripada Adam". Bahkan pada hari kiamat, Allah juga memberi peluang kepada setiap diri untuk mengetengahkan pembelaan terhadap dirinya.
Oleh itu, masyarakat Muslim mesti memberikan peluang kepada orang yang dituduh dan melindungi hak dan kebebasannya seluas-luasnya dalam proses pembelaan itu. Dia mesti dibenarkan membela dirinya secara lisan, menulis di surat-surat khabar dan berucap di radio dan televisyen. Terutama jika pandangan umum akan memberi
kesan yang cukup besar dalam kes tersebut.
Secara shariah, dia tidak boleh diserahkan kepada taring-taring para lawannya yang mencarik-carik kredibilitinya siang dan malam dan membiarkan masyarakat awam hanya menjadi penonton tanpa mampu berbuat apa-apa. Akibatnya, pintu pun tertutup rapat di hadapan orang yang dituduh. Dia tidak mampu melawan sebab tidak memiliki sebarang kelengkapan, sedangkan para musuhnya memiliki seluruh jenis senjata. Mereka telah melucuti dirinya daripada sebarang kekuasaan, bahkan lebih dari itu, mereka juga telah mengajak orang ramai untuk ikut serta dalam 'angkatan dusta' dengan menyebarkan perkataan-perkataan jahat yang tidak pernah diingkari. Firman Allah:Terjemahan: Kamu katakan dengan mulutnya apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun dan kamu menganggapnya sebagai sesuatu yang ringan sahaja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar. (Surah an-Nur 24:15)
Masyarakat Muslim merupakan satu masyarakat yang saling bertimbang rasa dan penuh tanggung jawab antara satu sama lain. Ia tidak akan membiarkan seorang yang baik dan tidak bersalah menjadi korban satu kezaliman yang kuat, konspirasi dan makar (tipu daya) yang memusnahkan. Masyarakat Muslim tidak akan berdiam diri menyaksikan perkara itu semua, sebab seseorang yang berdiam diri terhadap kebenaran serupa dengan syaitan bisu. Allah s.w.t. berfirman: Terjemahan: Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah satu berita bohong yang nyata". (Surah an-Nur 24:12)
Inilah sepatutnya sikap masyarakat mukmin yang mengambil berat antara satu sama lain. Allah berfirman: Terjemahan: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. (Surah at-Taubat 9:71)
Rasullulah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Seorang Muslim itu merupakan saudara kepada Muslim yang lain. (Oleh itu) dia tidak boleh menzalimi atau membiarkannya terlantar. (Muttafaqun 'alaihi)
Pengertian 'tidak membiarkannya' dalam hadith di atas ialah tidak melepaskanya atau meninggalkannya begitu sahaja dalam menghadapi kesukaran. Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
Maksudnya: Tolonglah saudaramu sama ada dia zalim atau dizalimi. Para sahabat bertanya, "wahai rasulullah, tentu kami akan menolongnya jika dia dizalimi. Tetapi bagaimanakah kami menolongnya jika dia sendiri berlaku zalim? Rasulullah bersabda: "Dengan mencegahnya dari melakukan kezaliman. Begitulah cara menolongnya".
(Muttafaqun 'alaihi)
Islam mewajipkan masyarakat Muslim untuk menolong orang yang dizalimi dari terus dianiaya oleh orang zalim tanpa mengira berapa tinggi darjat atau pangkat penzalim itu. Hadith nabi menjelaskan: Maksudnya: JIka kamu melihat umatku telah takut untuk mengatakan kepada si zalim: wahai zalim, maka mereka telah ditinggalkan (Allah).
Setiap Muslim yang mengenal kebaikan peribadi saudaranya wajip membelanya jika ia mendengar saudaranya itu diberitakan secara buruk. Satu hadith menyebutkan. Maksudnya: Sesiapa yang membantah untuk (melindungi) maruah saudaranya, nescaya Allah akan menolak api neraka daripada wajahnya pada hari kiamat.
(Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)
Bagaimana caranya mewujudkan satu perbicaraan yang jujur, berkecuali dan ‘adil, tidak dipengaruhi oleh kuasa pemerintah dan hanya menggunakan syari’ah sebagai landasan hukum yang sah? Juga direstui oleh orang ramai sebagai hakim dalam memutuskan perselisihan dan pertelingkahan?
Jawapan:
Orang yang dituduh melakukan perbuatan zina (al-maqzuf), liwat atau sepertinya tidak perlu dibicarakan. Sebaliknya yang perlu dibicarakan ialah orang yang menuduh. Sebab dia telah melemparkan tuduhan ‘qazaf’ (melemparkan zina) maka diwajib mengemukakan bukti-bukti yang kukuh. Kaedah syari’ah berkenaan ini ialah : Orang yang menuduh wajib mengemukakan bukti
dan orang yang dituduh wajib mengucapkan sumpah.
Walaubagaimanapun dalam kes seperti ini, orang yang dituduh tidak dituntut untuk bersumpah. Sebab pada dasarnya setiap manusia itu bersih daripada sebarang tuduhan, sepertimana secara hukum asalnya setiap Muslim mesti berbaik sangka dan
memandang dengan pandangan yang baik sesama mereka.
Adalah haq setiap orang yang dituduh dengan tohmahan keji ini untuk menuntut orang yang menuduhnya dalam satu perbicaraan mahkamah syari’ah yang ‘adil. Manakala kewajipan seorang Qadhi Muslim yang menangani kes ini dengan cara yang diredhai
Allah dan hukum syari’ahnya ialah : menuntut penuduh untuk mengemukakan bukti berkenaan dakwaannya, iaitu empat orang saksi sepertimana yang diterangkan oleh Al-Quran. Jika dia tidak berbuat demikian maka gugurlah dakwaannya. Qadhi wajib
menegakkan hukuman Allah ke atas dirinya iaitu dengan menyebatnya sebanyak 80 sebatan, menghilangkan haqnya dalam memberikan kesaksian, dan mengecapnya sebagai fasiq melainkan jika ia bertaubat.
Pengecualian untuk hukum hanya pada satu kes sahaja sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Quran, iaitu jika seorang suami menuduh isterinya sendiri melakukan perbuatan zina. Inilah ketentuan fardhu Allah terhadap mereka berdua yang dikenali dengan istilah “al-Li’an”. Dalam hal ini , suami tidak dituntut mengemukakan empat orang saksi terhadap perbuatan zina yang dilakukan oleh isterinya sendiri dan dilihatnya dengan mata kepalanya sendiri. Dia juga tidak diwajibkan untuk terus bersekududukan bersama isterinya yang didakwa atau dikira berkelakuan buruk itu. Itulah sebabnya Allah menentukan satu prosedur hukum yang berakhir dengan perceraian abadi antara kedua-duanya. Firman Allah swt:
Terjemahan: Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), sedangkan mereka tidak mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka kesaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang benar. Dan (sumpah) yang kelima: bahawa la’nat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta. Isterinya itu dihindarkan daripada hukuman oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah, sesungguhnya suaminya itu
termasuk orang-orang yang dusta. Dan (sumpah) yang kelima bahawa la’nat Allah atasnya jika suaminya itu termasuk orang-orang yang benar.
Jika seorang pemimpin negara di beberapa kawasan berselisih pendapat dengan timbalannya mengenai isu-isu kewangan, pentadbiran, politik dan lain-lain sehingga mereka berdua saling melemparkan tuduhan-tuduhan antara satu sama lain, maka apakah cara shariah untuk menyelesaikan pertelingkahan di antara kedua-duanya?
Jawapan:
Cara yang terbaik berkenaan dengan perkara ini ialah melantik pihak berkecuali ini tidak boleh dipengaruhi oleh
pujukan atau ugutan daripada penguasa atau ganjaran atau ancaman daripada pemerintah. Dia mesti melihat kepada perkara ini dengan pandangan yang neutral, adil dan mementingkan maslahat umat, sambil berusaha sedaya upaya untuk mencari taufik daripada Allah dalam memutuskan perkara tersebut. Sesungguhnya tangan Allah itu sentiasa berada bersama jamaah, bersatu padu itu akan sentiasa mendatangkan kebaikan, manakala perpecahan adalah punca segala keburukan.
Inilah yang pernah dilakukan oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib Karramallahu Wajhah. Sebelum itu para sahabat yang berada bersamanya atau bersama Mu'awiyah juga telah melakukan perkara yang sama, kaum Khawarij menentang kebijaksanaan tersebut seraya melaungkan slogan: "tidak ada hukum kecuali hukum Allah. Tetapi Abdullah bin Abbas r.a berjaya membungkam mereka dengan hujah-hujah yang jelas dan tegas. Beliau menjelaskan bahawa usaha mencari orang tengah sebagai hakim justeru diperbolehkan oleh Allah dalam perkara-perkara yang jauh lebih remeh seperti perselisihan dalam keluarga antara suami isteri. Jika ia dibolehkan dalam perkara-perkara besar yang melibatkan perselisihan faham berkaitan dengan umat.
Selanjutnya Abdullah bin Abbas r.a membacakan firman Allah berikut dihadapan mereka: Terjemahan: Dan jika kau khuatir akan berlakunya persengketaan di antara kedua-dua (suami isteri), maka kirimlah seorang hakam (juru pendamai) daripada keluarga lelaki dan seorang hakam daripada keluarga perempuan. Jika kedua-dua orang hakam itu bermaksud mengadakan perbaikan, nescaya Allah memberi taufik kepada suami isteri itu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (Surah an-Nisa' 4:35)
Saya berpendapat bahawa satu jawatan kuasa yang terdiri daripada para cendekiawan Muslim yang bijaksana dari negara Indonesia, Pakistan, Arab Saudi atau lainnya yang dapat mengadili perselisihan ini dengan kebenaran-kebenaran yang Allah tunjukkan kepada mereka, diiringi dengan niat salih, keazaman yang benar, usaha yang bersungguh-sungguh. Dan dengan itu terlerailah segala kesulitan, terbukalah jalan dan berlakulah kesepakatan (taufik) sepertimana pesanan Allah s.w.t berkenaan juru pandamai. Terjemahan: Jika kedua orang hakam (juru pendamai) bermaksud mengadakan perbaikan nescaya Allah memberi taufik kepada mereka suami isteri itu. (Surah an-Nisa' 4:35)
Amat besar harapan saya terhadap saudara-saudara saya di negara Malaysia tercinta, agar mereka berusaha sedaya upaya untuk memadamkan api fitnah dan kembali bersatu padu memperkuatkan ketahanan bangsa demi menghadapi pakatan-pakatan jahat yang dirancang oleh kuasa-kuasa besar bagi menghancurkan mereka secara khas dan kaum muslimin secara umum. Dan itulah cara termudah bagi mereka menikmati kekayaan dan khazanah negara sedangkan umat dalam kealpaan dan bercakaran sesama sendiri.
Jiwa saya seperti berkecai dan hati saya rasa seperti dihiris melihat kejadian-kejadian yang berlaku terhadap umat Islam. Allah telah menjadikan mereka sebagai umat terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, tetapi sayangnya mereka saling melancarkan tipu daya untuk menjatuhkan antara satu sama lain. Akhirnya yang rugi tentulah negara dan bangsa sendiri. Manakala pihak yang memperolehi keuntungan daripada perselisihan tersebut ialah Israel, Amerika dan kuasa-kuasa lain yang menanti peluang untuk menyerang kaum Muslimin. Merekalah yang melaga-lagakan untuk memetik hasil daripada pergaduhan dan pertelingkahan yang berlaku. Mereka menikmati hasil yang maksimum daripada pergaduhan antara dua kelompok. Wala hawla Wala Quwata Illa Billah.
Saya mengingatkan saudara-saudara saya akan firman Allah s.w.t. Terjemahan: Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai. Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu semasa kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu jadilah kau kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara. Dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat kepadamu, agar kamu memperolehi petunjuk. (Surah Ali Imran 3:103)
38. PERTAHAN MARUAH BANGSA
Pada tahun 1987, Anwar bersama-sama dengan pemimpin Umno lainnya dengan lantang membidas dan mengkritik MCA serta DAP yang menimbulkan isu songkok dan hak keistimewan orang-orang Melayu. Anwar begitu bersemangat dan tidak mahu MCA memperkotak-katikan Umno dan orang-orang Melayu ketika itu. Anwar sendiri pernah menyergah(secara hikmah) pemberita dari media massa bukan Melayu yang bertanyakan soalan di dalam bahasa Inggeris ketika itu. Dia sanggup tidak menjadi popular walaupun ketika itu dirinya amat memerlukan publisiti.
39. BONEKA CIA
Ada tuduhan Anwar menjadi boneka CIA. Apakah Anwar terlalu bodoh dan dayus sehingg membenarkan dirinya menjadi boneka CIA, sedangkan dirinya sudah mengetahui niat jahat mereka. Anwar bukannya boneka CIA sebaliknya seorang yang tegas dengan prinsip perjuangan Islam. CIA sendiri tahu siapakah Anwar yang tegas pendirian agamanya berbanding dengan tokoh lain yang lebih mudah menjadi boneka CIA.
40. KEGAWATAN EKONOMI
Apakah kegawatan ekonomi berpunca daripada kesalahan Anwar? Apakah jatuhnya nilai ringgit dan rudumnya pasaran saham disebabkan Anwar? Apakah pula peranan Perdana Menteri, yang begitu kuat sekali mengecam Barat?(Logiknya, rakyat jelata dan Menteri Kewangan sendiri tabah menghadapi krisis ini kerana ia bukanlah kesilapan kita dan menerimanya secara hikmah. Tetapi Mahathir sebaliknya. Dia bagaikan orang hilang ingatan dengan lantang menuduh dan mengecam bangsa yang bertanggungjawab dalam hal ini. Jika kita hanya kerugian 100 atau 200 ratus RM.. adakah kita akan bertindak begini? Ini cerita orang yang dah kerugian 100 atau 200 BILLION RM! Perhatikan sahaja apa dah jadi dengan Mirzan anaknya serta syarikat-syarikat kronis yang menanggung beban hutang tidak munasabah. Inilah punca kemarahan Mahathir sebenarnya. Dia tidak marah kerana PENGANIAYAAN ASIA tetapi menjadikan ia satu alasan untuk memaki hamun orang lain dan meluahkan rasa tidak puas hati mengenai PENGANIAYAAN TERHADAP KRONISNYA!!). Tidakkah barat membalas dendam terhadap sikap Mahathir ini. Kenapa pula Anwar yang menjadi mangsanya? Apakah kegawatan ekonomi yang melanda Indonesia, Thailand, Filipina, Korea Selatan dan Jepun juga disebabkan oleh Anwar? Apakah jika ekonomi terus dipacu pertumbuhannya, Anwar akan dipuji, bukan Mahathir atau Daim?
41. HUBUNGAN MESRA PM-TPM
Hubungan Mahathir-Anwar baik dan mesra. Setiap pagi mereka bertemu dan berbincang. (Mengeluarkan idea, dipersetujui sebulat suara, dan Mahathir yang dapat nama. Ini crita lumbu punya susu, sapi dapat nama). Cara ini tidak menyenangkan hati sesetengah pemimpin Umno. Ada pemimipn Umno yang cemburu dengan hubungan baik itu. Malahan berulang kali Anwar dan Mahathir menafikan ada keretakkan antara keduanya tetapi pihak yang cemburu dan dengki terus juga menaburkan fitnah yang serupa.
42. TAAT PEMIMPIN
Selama ini Anwar taat kepada Mahathir. Dalam banyak perkara, mereka sentiasa bersama dan Anwar sendiri banyak membela Mahathir tertutamanya dalam isu krisis raja-raja dan penentangan Ku Li, 1987. Malahan Anwar tidak akan lupa sama sekali dengan jasa Mahathir yang membawanya menyertai Umno sedangkan ketia itu dirinya sudah diintip dan diintai oleh pembangkang.
43. MAINAN MEDIA ASING
Terdapat media asing yang cuba melagakan Mahathir-Anwar. Media asing sememangnya tidak menyenangi hubungan baik mereka memandangkan Mahathir sudah mempunyai seorang pengganti yang berkeupayaan. Siapakah dalam Umno kini yang setanding dengan keupayaan Anwar sebagai pengganti Mahathir? (Najib? Atau Sanusi Junid yang tak habis-habis menipu dan membohongi rakyat negeri Kedah?)
44. EDITOR TEMPATAN JADI MANGSA
Tidak semena-mena dua ketua pengarang akhbar terkemuka dan seorang pengarah operasi TV3 meletakkan jawatan. Mereka secara terhormat dipaksa meletakkan jawatan kerana desakan pihak atasan. Dikatakan mereka ini orang kuat Anwar dan banyak menimbulkan masalah kepada Umno, khususnya Presiden, daripada liputan dan laporan media di bawah kawalan masing-masing. Apakah membuat liputan yang benar tentang derita dan pedihnya kehidupan rakyat satu kesalahan? Benarkah membesar-besarkan soal Carlsberg yang menaja Sukom, isu Nor'Aishah yang dikatakan murtad dan masalah air di Lembah Klang, serta isu nepotisme dan kronisme, satu sabotaj terhadap kepimpinan Mahathir? Apakah Johan Jaafar, Nazri Abdullah dan Yunus Said telah menjatuhkan imej negara dari sudut kestabilan politik, ekonomi, keruntuhan akhlak dan melemahkan umat Islam di negara ini? Mereka terniaya kerana nafsu serakah orang yang anti-kebenaran dan kemungkaran.
45. GERAKAN MASSA
Anwar mampu menggerakkan masyarakat massa ke arah kecemerlangan. Dia berupaya mengajak rakyat supaya bersemangat untuk membina negara dan mempertahankan agama. Anwar boleh menaik dan membakar semangat rakyat jika dia mahu benar-benar menggerakkan massa. Pidatonya mambu membakar semangat dan mendorong audien bertindak. (Rusuhan berdarah sebelum dia ditangkap ISA 21/9/98). Setakat ini, tiada pemimpin lain dalam Umno yang mampu menandinginya.
46. PEMUDA BUKANNYA PRESSURE GROUP
Pemuda di zaman Anwar bukannya pressure group. Ini diakui sendiri oleh Anwar semasa menjadi ketua pemuda yang sentiasa hormat dan patuh dengna Presiden parti. Menurut Anwar, segala teguran dan cadangan daripada Pemuda akan diselesaikan melalui perjumpaan-perjumpaan dan perbincangan dengan badan induknya dan kerajaan. 'Jangan minta saya serang Presiden parti keranan saya merasakan perjuangan Pemuda Umno mesti seiring dengan pucuk pimpinan parti dan jika ada sebarang teguran ia hendaklah mengikut saluran tertentu sama ada dalam Mesyuarat Jemaah Menteri atau Majlis Tertinggi,' tegasnya.
47. GOLONGAN PENCACAI TIDAK AKAN BERHENTI
Golongan pencacai dan pencari rezeki melalui keretakan pemimpin-pemimpin Umno akan terus berusaha untuk melakukan tindakan demikian di masa-masa akan datang. Golongan ini akan sentiasa terus hidup dalam situasi Umno berpecah dan huru-hara. Mereka tidak akan mendapat rezeki mudah jika pemimpin Umno bersatu padu dan kukuh. Mereka kini cuba memecahbelahkan hubungan TPM dengan PM. Jika berjaya, mereka akan mencari orang lain pula yang akan bertindak demikian selagi hayat di kandung badan (atau sehingga tiba kiamat, janji syaitan).
48. SIAPAKAH PENYELAMAT UMMAH?
Penyelamat ummah di negara ini adalah golongan ulamak dan ilmuan Islam (yang berani). Merekalah yang berani menegeru kepimpinan termasuk peringkat atasan, jika ada antara pemimpin yang dipilih rakyat itu melakukan kemungkaran. Golongan ulamak ini turut merasai pedihnya derita fitnah yang ditanggung oleh Anwar.
49. RAHMAN
RAHMAN adalah satu teori yang cukup popular dalam pembikinan Perdana Menteri Malaysia. Ada pihak yang mengaitkan R=Rahman, A=Abdul Razak, H=Hussein Onn, M=Mahathir, A=Anwar. Bagi N, walaupun Najib popular disebut untuk mengisi slot ini, tetapi rentak politiknya yang seperti lalang membuatkan ia masih terbuka untuk calon-calon lain.
50. DENGKINISME DAN FITNAHISME
Dengki dan fitnah akan terus melanda mana-mana pemimpin Umno yang tetap ghairah mencari kebenaran. Hanya masa akan menentukan bahawa segala kebatilan akan musnah dan kebenaran akan menemui kemenangan. Tunggulah saat-saat kemenangan ini!
SURAT TERBUKA KEPADA DR. MAHATHIR MOHAMAD
Daripada : Muhammad Zahid bin Haji Md. Arip
No. Kad Pengenalan: 660622-04-5355
No. Ahli UMNO : 00461077
Tarikh : 28hb. September 1998
ALHAMDULILLAH, Segala puji-pujian Hanya Kepada ALLAH Yang Maha
Berkuasa
Lagi Maha Adil. Selawat Dan Salam Ke atas Junjungan Mulia NabiMuhammad
S.A.W.
Saudara,
Inilah kali kedua dalam hidup saya, saya mengutus surat kepada saudara
Surat pertama saya pada tahun 1993 merupakan surat tertutup, berbeza
dengan surat ini yang ditulis secara terbuka. Saya sedar dengan ketibaan
surat ini ke pangkuan saudara, tidak dapat tidak ianya akan memberi
ruang dan peluang kepada pengampu-pengampu saudara untuk menyerang
saya
dengan kenyataan-kenyataan hina dan jijik. Saya mungkin dituduh biadap
terhadap saudara ? orang yang paling berkuasa di dalam UMNO dan Kerajaan
pada masa ini.
Sesungguhnya, saya tidak gentar sama sekali kepada saudara, apatah
lagi
kepada pengampu-pengampu saudara kerana saya yakin saya di pihak yang
benar.Saya ingin tegaskan di sini, kerja tulis surat terbuka kepada
Perdana Menteri bukanlah kerja luarbiasa. Saudara dulu pun menulis
surat
terbuka kepada Yang Teramat Mulia Tunku. Jika perbuatan ini dianggap
biadab dan kurang ajar, saudaralah guru dan bapak kepada sebarang
kebiadaban dan kekurangajaran saya. Bagi saya, saya rela ditudub biadab
etrhadap saudara.Saudara sendiri pernah biadab kepada Bapa Kemerdekaan
Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku. Pada usia Yang Teramat Mulia Tunku
62
tahun pada tahun 1970, saudara pernah mengatakan Tunku telah nyanyok
dan
patut berhenti. Sekarang umur saudara 73 tahun. Ini bermakna saudara
11
tahun lebih nyanyok dari Yang Teramat Mulia Tunku.Bagi saya, saudara
memang sudah nyanyok ? orang nyanyok tidak lagi layak memimpin parti
dan
negara. Oleh tiu, saya atas nama maruah dan anak jantan, saya cabar
saudara supaya meletakkan jawatan yang saudara sandang sekarang.
Bagaimanapun, saya tahu dan saya yakin pemimpin nyanyok dan tidak tahu
malu macam saudara tidak akan meletakkan jawatan.
Kenyanyokan saudara semakin terserlah akhir-akhir ini apabila saudara
selaku Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, telah mengeluarkan
perintah menahan beberapa tokoh dari kalangan pemimpin UMNO dan NGO
yang dipercayai rapat dan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.Apa salah
jika mereka menyokong Datuk Seri Anwar? Tunjukkan kepada saya di mana
seseorang yang mereka hendak sokong? Inikah prinsip demokrasi dan
keadilan yang diamalkan oleh saudara?
Saudara sedarlah diri bahawa saudara sudah nyanyok. Memang menjadi
lumrah dan kebiasaan orang nyanyok tidak sedar dan tidak akan mengaku
bahawa dirinya telah nyanyok.
Antara yang ditahan ialah Yang Dikasihi Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad
Zahid Hamidi, Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dipilih melalui proses
parti. Beliau telah menumbangkan penyandang jawatan yang juga merupakan
tokoh bermoral tinggi yang bersih malah lebih bersih dari saudara
sendiri iaitu Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik. Datuk Zahid turut
menumbangkan Menteri Datuk Annuar Musa, Menteri Besar Tan Sri Isa Samad
dan ahli biasa Saudara Abdul Rahman Salleh.
Datuk Zahid telah hadir di rumah Datuk Seri Anwar sebagai tanda
simpati dan atas dasar persahabatan untuk beberapa waktu. Selepas
mesyuarat Exco memutuskan bahawa Datuk Zahid diminta tidak lagi
berdampingan dengan Datuk Seri Anwar sehingga nasibnya diputuskan oleh
Majlis Tertinggi UMNO, beliau telah akur dengan keputusan itu dan tidak
lagi dilihat bersama di rumah Datuk Seri Anwar. Dalam tempoh itu, beliau
telah menumpukan tugas-tugasnya sebagai Penegrusi di Bank Simpanan
Nasional dan di Kretam sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau telah
ke
Sabah atas urusan Kretam. Di Sabah, saudara telah mengeluarkan perintah
supaya beliau di tahan di bawah ISA.Terdahulu dari itu, dalam
Perhimpunan Agung Pemuda, Datuk Zahid telah dengan lantang membangkitkan
soal Nepotisme dan Kronisme yang pada pendapat Pemuda dan rakyat, gejala
buruk ini begitu berleluasa dalam kerajaan yang dipimpin oleh saudara
?
pemimpin tua lagi nyanyok.Teguran Datuk Zahid itu, telah dibidas keras
oleh saudara dalam ucapan penggulungan di hari terakhir Perhimpunan
Agung UMNO yang turut disiarkan oleh TV 1 secara langsung di seluruh
pelusuk tanahair. Maka dilihat oleh sekelian orang rakyat Malaysia
?
Melayu, Cina dan India bagaimana Presiden UMNO telah membelasah teruk
Ketua Pemuda UMNO.
Dari insiden ini, jelas dan nyatalah saudara adalah seorang pemimpin
yang sombong lagi bongkak yang tidak boleh ditegur dan menerima teguran.
Teguran akan dianggap mengkritik ? berbeza pendapat akan dianggap
melawan. Selepas dari episod malang itu, Datuk Zahid telah dihujani
dengan surat dan telegram tahniah, kata-kata perangsang, sokongan dan
semangat dari handai taulan dan rakyat jelata. Rata-rata mereka
berpendapat Datuk Zahid telah dizalimi oleh saudara. Bagi saya, saudara
boleh memukul Datuk Zahid dengan niat mengajar, tetapi hakikatnya
saudara telah mandera Datuk Zahid sehingga beliau yang tinggi akal
budinya mendapat simpati orang ramai,khususnya pendukung -pendukung
UMNO
di peringkat akar umbi.
Sekarang beliau ditahan di bawah akta zalim ISA. Kepada saudara saya
beri ingat ? saudara telah menahan Datuk Zahid dalam keadaan beliau
sihat. Dan dalam keadaan ada kuasa saudara boleh siasat beliau, saudara
boleh kurung beliau, hatta saudara boleh berbuat apa saja ke atas beliau
? tetapi INGAT ? sekiranya sesuatu yang buruk menimpa Datuk Zahid dalam
tempoh tahanan ini, biar saya tinggal seorang, tetap saya tuntut
pertanggungjawaban ini dari saudara dunia dan akhirat. Jangan saudara
fikir kuasa saudara besar sangat ? Kuasa ALLAH Maha Besar.Saya ingin
bertanya, apakah mereka yang ditahan di bawah ISA ini
benar-benar mengancam keselamatan negara atau ditakuti mengancam
keselamatan politik saudara dan suku-sakat saudara?
Jawabannya ada pada diri saudara sendiri!.
Jika mereka ditahan kerana mengancam keselamatan negara, saudara perlu
menjelaskannya kepada rakyat ancaman yang bagaimana yang mereka lakukan
serta dengan bukti-buktinya sekalai. Saya yakin saudara boleh mengadakan
bukti. Bukankah saudara adalah pakar dalam mencipta bukti -bukti palsu.
Jika tidak, saudara tidak boleh menghalang saya dan
rakyat Malaysia yang lain mempercayai bahawa penahanan mereka di bawah
ISA adalah didorong oleh kepentingan politik saudara yang ingin terus
berkuasa sampai mati.Jika kepentingan politik saudara dijadikan alasan
menahan mereka, ketahuilah saudara telah hilang pertimbangan, hilang
keperimanusiaan ? urusan UMNO, peribadi dan kerajaan telah
dicampuradukkan.Jika sebagai orang UMNO mereka bersalah ? hukumlah
mereka melalui saluran UMNO. Terlanjur menyebut soal UMNO, saya ingin
tegaskan saya adalah orang UMNO. Saya cabar saudara memecat semua orang
UMNO yang menyokong Gerakan Reformasi yang dipelopori oleh Datuk Seri
Anwar. Saya yakin dan percaya pemimpin pengecut macam saudara tidak
akan
berani berbuat demikian.
Sebaliknya saudara akan gunakan apa saja akta yang ada yang boleh
digunakan termasuk ISA dan Akta Hasutan untuk menhan saya jika surat
ini
boleh mengancam keselamatan politik saudara. Di sinilah bezanya intan
dan kaca ? Tunku dan saudara. Yang Teramat Mulia Tunku hanya pecat
saudara dari UMNO tetapi tidak menggunakan ISA atau mana-mana akta
untuk
menahan saudara.
Tindak tanduk saudara sekarang ini, sebenarnya merugikan Bangsa Melayu.
Tanpa segan silu saudara sendiri mengaku bahawa saudara orang Melayu
dan
menjadi Presiden Parti Melayu ? UMNO. Mereka yang saudara arah untuk
ditahan di bawah ISA semuanya orang Melayu belaka. Begitu juga mereka
yang ditohmah merusuh adalah orang Melayu yang dipukul oleh polis dan
FRU Melayu juga. Polis dan FRU tidak bersalah, sebaliknya saudaralah
yang harus bertanggungjawab kerana saudara adalah menteri yang menjaga
mereka. Tidakkah saudara kasihan kepada orang Melayu ini. Ke manakah
hilangnya pertimbangan kemelayuan saudara?. Saya ingin bertanya, saudara
ini jenis Melayu yang macam mana?.Tindakan saudara ini sebenarnya telah
dan akan menyusahkan keturunan saudara jua. Saudara harus ingat saudara
ana anak yang berbakat besar dalam politik tanahair. Tindakan sedemikian
hanya meneydiakan musuh untuk dia hadapi apabila saudara tiada lagi
du
dunia ini. Fikir-fikirlah sikit. Jangan kerana kita nak kenyang hari
ini, keturunan kita pula berlapar hari esok!
Pada kesempatan ini juga, saya ingin menyatakan betapa meluatnya saya
atas kenyataan biadab dan bongkak dari saudara yang telah memperkecil
-kecilkan dan mempertikaikan hukum hudud yang merupakan hukum ALLAH.
Saudara terus biadab apabila menghina dan mempersenda janggut
Rasulullah S.A.W yang merupakan sebahagian dari sunnah baginda.
Saudara
juga telah menempelak para mufti dan ulamak serta memfitnah Ustaz
Profesor Dato? Dr. Harun Din Al-Hafiz. Ini semua terkandung dalam tape
yang diedar di Arau dan tersiar dalam buku ?Layakkah Anwar Memimpin
Reformasi? karya Ahmad Lutfi Othman.
Sama ada saudara tahu atau tidak, hati rakyat yang beragama Islam
terguris sudah. Mereka begitu kecewa apabila mendapat tahu bahawa
Perdana Menteri mereka telah nyanyok dan sanggup membuat kenyataan
baidab yang sedemikian rupa.
Dari segi hukum Islam, cuba-cubalah saudara bertanya secara ikhlas
kepada mana-mana Ustaz dan Tuan Guru, apa hukumnya jika seseorang itu
mempertikai dan memperkecil-kecilkan hukum hudud serta memeprsenda
sunnah Rasulullah S.A.W.
Sehingga surat ini ditulis, belum ada sebarang penafian dari mulut
saudara mengenai perkara ini.
TAUBATLAH!!?SEBELUM TERLAMBAT!!????
Menyentuh tentang malang yang menimpa Datuk Seri Anwar, sukalah saya
menegaskan bahawa saya percaya beliau tidak bersalah sebaliknya beliau
telah dianiaya oleh konspirasi politik yang barangkali dipimpin sendiri
oleh saudara ? pemimpin tua, nyanyok lagi penakut ? yang takut dicabar
oleh Datuk Seri Anwar.
Saya yakin, saudara sememangnya takut dengan pengaruh dan kredibiliti
Datuk Seri Anwar di dalam UMNO. Saudara lebih takut lagi apabila beliau
berada di luar UMNO, kerana beliau telahpun menyatakan kesediaannya
untuk mencabar saudara di Kubang Pasu dalam Pilihanraya yang akan
datang. Sebab itu, Datuk Seri Anwar segera ditangkap dan dikurung.
Atas
dasar itu jugalah, proses mengaibkan beliau diteruskan setiap hari
dengan lebih hebat lagi. Tetapi saudara lupa masa depan politik saudara
belum tentu selamat dan INSYAALLAH Kekanda Dr. Wan Azizah akan
meneruskan perjuangan suaminya menentang dan mencabar saudara di Kubang
Pasu!.
Justeru itu, saya awal-awal lagi tidak terperanjat jika saudara akan
mengarahkan Suruhanjaya Pilihanraya untuk menambah mana-mana
peraturan baru bagi menghalang Dr. Wan Azizah dari bertanding mencabar
saudara. Barangkali jika perlu, Dr. Wan Azizah juga akan ditangkap
dan
dikurung seperti suaminya atas arahan saudara. Kalau itu semua tidak
berlaku, setidak-tidaknya saya yakin saudara mungkin akan berpindah
ke
kawasan lain yang lebih selamat buat saudara. Dan jika ini benar-benar
berlaku, ianya akan memberi gamabran kepada rakyat bahawa saudara
sememang penakut dan bacul. Selain dari cabaran yang saudara
hadapi Dr.
Wan Azizah, saudara harus ingat, saudara juga akan menghadapi cabaran
dari dalam UMNO sendiri. Ini berdasarkan sudah wujud gerakan oleh Yang
Berhormat Senator Datuk Ibrahim Ali berserta rakan-rakan dari bekas
ahli
Semangat 46 yang telah berkempen secara senyap-senyap untuk menabalkan
Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah bagi menerajui UMNO.
Baru-baru ini saya telah diberitahu, sekumpulan orang UMNO yang
bersimpati dengan Datuk Seri Anwar dan mereka ini begitu membenci dan
meluat kepada saudara telah ditemui dan dirayu oleh Datuk Ibrahim Ali
supaya mereka mengalihkan sokongan kepada Tengku Razaleigh. Mereka
ini
dijanjikan dengan kepimpinan yang lebih bersih, lebih adil, lebih
terbuka dari kepimpinan saudara yang ada sekarang. Bahkan Datuk Ibrahim
Ali juga berjanji akan menemukan mereka ini dengan Tengku
Razaleigh.Kemungkinan Tengku Razaleigh mencabar saudara lebih jelas
lagi, apabila Tengku Razaleigh dalam satu kenyataannya di Poh, Perak
baru-baru ini telah menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding
mengisi kekosongan jawatan Timbalan Presiden UMNO. Mengenai gaya politik
dan watak Tengku Razaleigh sendiri, saya yakin beliau sebenarnya hanya
berhasrat bertanding Jawatan Presiden UMNO. Kalau ini berlaku, saya
ingin menjadi orang UMNO pertama mengucapkan Selamat Jalan Romeo kepada
saudara.Dalam apda itu, saya turut terfikir barangkali saudara
sememangnya merancang untuk menyerahkan kuasa kepada Tengku Razaleigh.
Saya yakin pada pertimbangan saudara, segala pekong dan kudis saudara
semasa memerintah negara ini akan ditutup oleh Tengku Razaleigh apabila
beliau berkuasa nanti.Mengenai dukungan saya terhadap Datuk Seri Anwar,
saya sedih selepas beliau dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri
dan Menteri Kewangan, keesokannya dipecat sebagai ahli UMNO dan hilang
jawatan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Anwar telah diserang hebat
oleh dua Naib Presiden UMNO yang masing-masing berlumba-lumba siapa
yang
paling hebat mengecam Datuk Seri Anwar, kerana saya yakin pada
pertimbangan mereka siapa yang lebih hebat membelasah akan ada peluang
untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. Kepada mereka ingatlah
peringatan ALLAH, ?Kita merancang, ALLAH merancang, perancangan ALLAH
lebih baik?. Selain mereka berdua, turut menyerang moral Datuk Seri
Anwar yang dikatakan buruk ialah tokoh-tokoh bermoral terpuji yang
selama ini diketahui umum seperti Datuk Megat Junid Megat Ayob, Datuk
Sabaruddin Chik, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan ramai lagi.
Bagi saya, saya tidak hairan, memang sudah menjadi resam dunia politik
tidak ada kawan dan musuh yang kekal. Hari ini berkawan esok berlawan,
hari ini berlawan esok mungkin berkawan. Tetapi ingatlah baik-baik,
bila
pelepah bawah jatuh pelepah atas jangan ketawa, lambat laun akan jatuh
jua.Apabila bercakap soal moral, saya teringat kepada janji Puan Marina
Yusof dan saya jangka beliau akan mendedahkan perilaku tidak bermoral
saudara apabila tiba masanya nanti ? saya harap saudara dapat bersabar
menunggu saat tersebut ? tak akan lari gunung dikejar.
Pada tahun 1993, saya adalah penyokong kuat datuk saudara saya Tun
Abdul
Ghafar Baba yang ketika itu dicabar oleh Datuk Seri Anwar. Tun Ghafar
memberitahu saya bahawa saudara berjanji akan menyelamatkan beliau.
Janji saudara kami tunggu. Akhirnya janji itu dikotakan oleh saudara
dengan membuat kenyataan yang memilukan Tun Ghafar di Kuala Terengganu
?
Don't overstay your welcome?. Tun Ghafar nyata kecewa dan meletakkan
semua jawatan dalam parti dan kerajaan. Beliau telah ditipu oleh
saudara.. Dalam masa yang sama beliau mendendami Datuk Seri Anwar
sehingga kini. Dendamnya bukan kepalang.Jika pertimbangan keluarga
diambil kira, saya sepatutnya memilih untuk bersama saudara dan Tun
Ghafar membelasah Datuk Seri Anwar. Memang sukar bagi saya untuk berlain
arah apatah lagi bertentang dan berbeza pendapat dengan Tun Ghafar
?
tokoh yang cukup saya hormati suatu ketika dahulu. Saya berharap Tun
Ghafar tidak terperanjat dengan keputusan saya ini, sebagaimana saya
tidak terperanjat bagaimana beliau boleh bersama Tan Sri Abdul Tamby
Chik ke sana sini sekarang ini. Saya tidak boleh
bersekongkol mengizinkan dendam kesumat Tun Ghafar terhadap Datuk Seri
Anwar mengatasi batasan kebenaran. Setelah meneliti sekian lama
ALHAMDULILLAH di saat genting begini ALLAH bukakan pintu hati saya
untuk membuat keputusan mempertahankan kebenaran yang ada pada Datuk
Seri Anwar. Kebenaran tetap benar. Nyatakanlah kebenaran yang baru
mula
bertapak walaupun pembohongan sudah melata ke seluruh dunia.Bagi saya,
saya sememangnya mengelak untuk mencerna, apalagi mengaibkan Tun Ghafar
kerana mencerna dan mengaibkan beliau bererti menzalimi diri saya
sendiri. Saya yakin saya tidak mencerca dan mengaibkan beliau dalam
surat ini kerana apa yang saya sebutkan adalah peristiwa benar
yang telah menimpa beliau.
Walaupun begitu, sebelum saya meninggalkan pejabat semalam, saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad atas kerjasama yang beliau berikan selama ini tapi saya kata saya tidak boleh bersekongkol dengan kegiatan jahat seperti ini. Saya tidak boleh mengalah dengan percubaan kotor begini dan saya berikan dokumen yang cukup, pengakuan bersumpah dan beberapa maklumat lain yang saya kepilkan yang membantu membuktikan bahawa memang ada konspirasi politik besar terhadap saya. Saya tahu percubaan mengaibkan sepertimana kes-kes yang berlaku di mahkamah hari ini bukan untuk mencari masalah keselamatan yang dituduh tetapi lebih banyak percubaan untuk mengaibkan saya
I am committed to reform this country. I'm committed to the struggle against corruption, abuse of power and cronyism and I will not concede nor compromise. The initial uneasiness stems from the reform and change in Indonesia. Somehow or other a lot of people here became rather nervous. I don't understand why because we have taken pride in suggesting that ours is a different system … more democratic, more transparent and more accountable. But to use the instruments of government to harass, manipulate through the media and through enforcement by the police is to my mind outrageous, unacceptable, and I will have no choice but to protect, defend my credibility and innocence and to call for a reform of the system.
And I have also urged my friends and supporters to remain calm, respect the law even if they choose to arrest me and charge me over whatever crimes that I am alleged to have committed, or even to detain me under the Internal Security Act. We'll continue with our effort towards reform, we'll continue to call for UMNO in particular to respect the need for change and reform and I appeal to my friends in the party, in the opposition and the rakyat in general not to be duped by the scurrilous campaign and attack without any basis except to undermine my credibility and embarassment.
I'm grateful, I'm proud to have Azizah by me. And the children. I'm certainly sorry for them to have to face this and I hope the Malaysian media which has been quite kind in the past will give at least an opportunity for me to explain and defend my case. I know you've been directed, I don't blame you journalists or photographers. I fully appreciate, OK? I don't want too many more dismissals but at least the least you can do is to explain to your children and your family that I'm not the type that they like to portray. I don't have…. I have not amassed wealth as Finance Minister by the billions or hundreds of millions and they can always conduct a fair, just investigation, not attempt to fabricate and frame because this is contrary to the very notion of justice.
In conclusion, I must say again this is part of a larger political conspiracy. There is no basis in the allegations. You can always print them, you can always put additional evidence to them. How is it that only when the question, or allegation, that I am now preparing myself to challenge the President of the Party arise that suddenly I become a threat to the country, a foreign agent, the most corrupt person. If I continue to show my total loyalty, none of these questions would arise. And in this government, the issue of moral conduct has never been a case or an issue in the past. And this is the first serious case. And what is most unfortunate -- the fabrications -- they have even shocked me personally. The extent that the instruments of government can be used to frame and fabricate … shocking to me, the Deputy Prime Minister. I'm still the Deputy President of the Party. I hope I won't be barred from attending the meeting today or tonight. So if they decide to charge or arrest they could do it a bit later and I'll of course choose that forum to give my explanation and defence. Thank you and terima kasih.
A: I can't preclude that possibility. That this has been planned for some time, they were not prepared to move earlier because the economic system, it was not insulated, they have to wait until after the first (day of September). I thought they would have waited at least for a week but I think they have waited long enough and tolerated me long enough. And therefore even the timing confirms my belief that it is a well formed, well planned, and well orchestrated move which is political. This is beyond normal action … through the enforcement division or the Attorney General's office. Yes.
Q: If you saw this day coming, why did you not take an initiative earlier?
A: Well, I still had some hope that rationality would prevail. That the interest of the party and country should come first. Not the interest of a colleague or a few. And that was why I refrained. And you should have seen developments in the local media, both in the print and electronic media. There's a continuous attempt to insinuate, to embarrass me … accusations about sexual misconduct and working as a foreign agent have been continuing for weeks, but I have refrained from making any comment.
A: I'm not in the position to assess right now. That's why I'm appealing for calm and understanding, but I know for a fact that thousands have been denied entry to my residence. Well, I don't know … the police may think that it is an official residence too close to the Prime Minister's residence. Therefore I've decided to move to my residence as fast as possible. And I hope the police wouldn't deny … there's no law against people coming to visit me unless they want to introduce a new law -- which is possible -- which could be called an Anwar Residence Act.
Q: When you say that there is a political conspiracy against you, would you specifically say that it is by Mahathir?
A: It is certainly a political conspiracy against me, to preclude any possibility … or suspicion … that I may decide to challenge the President. I cannot establish whether for now Dato' Seri Dr Mahathir is personally directing it or involved. But I have pledged loyalty to him. I thank him and I told him that other than my real father I do regard him in all sincerity as a father, although not all fathers treat their children very fairly.
Q: Adakah di kalangan ahli Majlis Tertinggi sendiri yang terbabit dalam konspirasi politik untuk menjatuhkan Dato' Seri?
A: Ada di Majlis Tertinggi, ada yang kaya, ada yang korporat, ada yang di luar yang saya ada bukti, saya ada dokumen, saya ada tape. I am not prepared to name them now.
Q: Adakah mereka akan diheretkan ke mahkamah, Dato' Seri?
A: Ya. My next course of action is to attend the Majlis Tertinggi meeting.
Q: Do you expect to be charged?
Q: Dato' Seri, one of the most serious charges is about the child mentioned. Would you submit yourself to a DNA test which will once and for all prove your innocence?
A: Well my legal advisors strongly advised against a DNA test … that there is no credibility in the allegation … in the sense that it is not a paternity suit, it is not a custodial battle. Somebody saw the girl in a car going somewhere. I wasn't seen. They didn't know where she went, and suddenly we have a child. Now let me put it this way. Although the legal advice is very clear, I then took a decision, having discussed it with Azizah, and both Azmin and his wife, and we then decided on our own that we will conduct the DNA test because apparently the AG was keen, the IGP was keen and the Prime Minister was supportive. So I thought-- okay, why not? Since they are all supporting me on this case, wanting to establish the truth, I told them,"Yes, I'm prepared" and, al-hamdu-lliLlah, hopefully it is not tampered by now. I don't want to preclude the possibility of tampering. That is why we have done both with the police, and we have done one overseas … both have established that Azmin and his wife are the biological parents. Can you imagine and appreciate: there's no legal basis whatsoever, but I got to go … was forced … through this exercise. What do I ask for? Sympathy? Understanding? What do I ask for? I ask for justice, and I demand justice. If the Number 2 man in this country cannot be satisfied that justice will prevail, I am sorry for Malaysia.
A: Kita harap sebelumnya jangan. Tapi mesej itu tidak diperolehi dengan baik, saya percaya rakyat akan memberikan mesej yang jelas. Kita perlu peka. Reformasi harus berlaku.
Q: Memandangkan fitnah ini datangnya daripada UMNO, adakah Dato' Seri merasa wajar untuk keluar daripada UMNO?
A: Fitnah ini tidak datang dari UMNO. UMNO tidak terlibat dengan kegiatan fitnah ini. Beberapa orang yang terlibat, kebetulan ahli UMNO, tidak boleh kita putuskan dan hukum UMNO sebagai Parti yang terlibat.
Q: Adakah Dato' Seri diminta meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO?
A: Perdana Menteri ada beri bayangan kepada saya, tapi perlantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah budibicara Perdana Menteri. Kedudukan sebagai Timbalan President… itu budibicara para perwakilan. Jadi saya harap jangan ambil alih tugas.
Q: Do you wish one day you'll be a Prime Minister.
A: I got to think about it.
Q: Adakah nama-nama dalam Majlis Tertinggi yang terbabit dalam konspirasi diberi kepada polis?
A: Dalam surat saya kepada Perdana Menteri, nama-nama ini disebut. Dan ini disahkan oleh laporan polis tahun lalu. Laporan Polis tahun lalu mengesahkan nama-nama orang yang terlibat tetapi tidak ada tindakan, bahkan nasihat pun tidak diberikan kepada mereka.
A: Saya belum bersedia berbuat sekarang.
Q: You have been indirectly blamed for the contraction of the economy. Would you accept that?
A: I've been indirectly blamed for the contraction of the economy.
Q: No one has blamed you, but they said the Bank Negara…..
A: I thought Soros is being blamed, you know. So that's why I said there's a political ploy now: "Blame everybody else except me. Blame everyone else, foreign and local, except me."
Q: Do you accept being blamed for the mess of the economy?
A: I was part of the government then, I share part of the responsibility.
Q: Can I doublecheck with you Dato' Seri? You have undergone 2 DNA tests and both proved that the biological parents are the same.
A: Yeah. It cannot be two with different results, except if this result done by the police is being tampered with. Then I don't know.
Q: Why do you scare Dr. Mahathir so much? Do you think you can challenge and win?
A: I don't think…. Frankly if Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad takes a very rational view he should appreciate the fact that I am committed and continue to support him, not necessarily all his policies and decisions. I'm more liberal, more democratic and I believe in a civil society. I believe in a freer media but now things have changed somewhat. So I don't understand why he should feel so threatened.
Q: Well you said "if he took a rational view." Are you
implying that he is not being very rational these days?
A: That is for the media to interpret.
Q: Are you prepared to challenge him?
A: The question is a bit premature.
Q: With the happenings now, do you feel your political career is over?
A: We should know (soon). We leave it to God. People can plan, but God decides. In this context we should use our intelligence and be patient. I have advised my friends to follow the law and uphold party principles and save the country.
Q: Do you expect people to line up behind you at UMNO, given the fact that Mahathir has not tolerated criticism or dissent?
A: I appreciate the viewpoint. Unless the environment is free, it is going to be rather difficult. But we will have to trust.
Q: Is there a possibility you will move to an opposition party?
A: I am committed to UMNO.
Q: Dato' Seri akan mengadakan proses undang undang?
A: Am I using the legal process to defend myself? Yes, of course.
A: Ya. Sudah
Q: Ada tak dokumentasi atau kaset, surat mengatakan ada ahli Majlis Tertinggi terbabit dalam konspirasi politik?
A: Ya. Kepada Perdana Menteri.
Q: Polis?
A: Belum, sebab Polis tak tanya saya apa pun. Sampai hari ini belum tanya lagi. Saya tidaklah minta dia tanya banyak-banyak. Tapi dia buat keputusan semua, hukum, charge, tuduhan berdasarkan maklumat-maklumat sampingan diperolehi. Saya…. tak sepatah pun tak payah tanya.
Q: (inaudible)
A: The question is, have I talked to the Police and established this based on the facts, statutory declarations and documents that I possess. My reply is that the Police did not ask me, they did not even interview me. They merely accepted the flying letters and some allegations by some quarters and they then form a conclusion and recommended for action through the AG. And the AG's Office also conveniently framed these charges, maximum possible. I mean, you name it…. treason, OSA, sexual misconduct of all types.
Q: Have you seen these charges?
A: You see, I've not seen them, but then I was Deputy Prime Minister so I have some confidants around.
Q: Apakah ada pemimpin parti lain yang menjemput Dato' Seri menyertai parti mereka?
A: Tidak. Pemimpin-pemimpin UMNO telefon saya, pemimpin komponen Barisan Nasional hubungi saya, pimpinan DAP, PAS menelefon menyatakan simpati, dan saya hormat sebagai kawan, sebagai sahabat, sebagai ahli parti.
Q: Do you think that, categorically, there is no truth in any of these allegations of sexual impropriety.
A: No. It is part of a conspiracy. They were fabricated. I have documentary evidence to substantiate that. I have tapes to substantiate that. I have statutory declarations under oath to substantiate that. I have witnesses coming to tell me that they were harassed, threatened. If they do not commit themselves (to being witnesses for the prosecution), they will be charged for other offences. You mean to say that this is the democratic process? And this is a fair legal process? This is unjust administration of laws.
Q: Dato' Seri, what do you have to say about the legacy of Dr. Mahathir?
A: I must say he has done great things too, and I don't think I would deny that. I would still put on record my appreciation to all his services in the past. I don't think … it really, really hurts me to see that one could use the instrument of the government to this extent. I am totally shocked, really, I am telling you this. I'm not naïve politically, but I am shocked that they can go to this extent. Even when I was with the Youth (UMNO Youth movement), with ABIM in the past, I was harrassed but never have I seen this extent of abuse of power and harrassment. In the entire process, you know, they questioned virtually everybody. All my known friends, even members of the judiciary. If he is a man, he is transferred out. If a lady, she is asked whether she is with the Prime Minister or Deputy Prime Minister, or whether she has some private private dealings with me.
Q: Adakah kes ini hQendak disamakan dengan kes Bill Clinton?
A: Yes, they try. I want to establish this. I've been around a long time and I am going to defend myself. So don't finish all the questions today. (Laughter)
Q: Would you have challenged Mahathir in next year's (party) election?
A: Premature question.
Q: Are your movements restricted currently?
A: My movement is not restricted but … it is really unfortunate … yesterday I got the notice, today my office is sealed. I can't even take my personal belongings. If you want to act against me, Anwar Ibrahim, why harass all the other staff, clerks, office assistants and officers. They can't even enter their office. They can't even look at their files and their personal records. Yesterday there was a personal letter, a copy of a personal letter to the Prime Minister that the Police forced to be shredded. Apa ini? You know…
Q: Adakah orang ini juga akan mengalami nasib yang sama, Dato' Seri?
A: Nasib apa?
Q: Nasib yang sama, dipecat atau diminta mengundur diri?
Q: Dalam Kabinet, any of your people?
A: I don't know.
Q: Any cabinet minister involved (in the conspiracy to bring him down)?
A: Ya.
Q: You keep mentioning about things being unjust, unjust, undemocratic under Mahathir's administration. How come when you were Deputy PM you never brought it up?
A: I brought it up. You read again The Asian Renaissance. And that probably was a mistake. To many, I said too much in that book on reform, the legal system of a civil society--and people read between the lines--and the free media, you see. So don't ever suggest that I have never said (all this) in very strong terms.
Q: Dalam affidavit mahkamah dinyatakan Dato' Seri menerima RM60 juta untuk pilihanraya 1995. Boleh Dato' Seri jelaskan?
A: Duitnya di mana? Saya tak tahu.
Q: Dalam affidavitnya.
A: Ya, dalam affidavit dia. Dia dapat dokumen mana? Dia terus buat tuduhan. Sebenarnya dia tahu tuduhan itu tidak boleh disahkan buktinya tetapi cukup sekadar mempertikaikan kewibawaan saya sebab itu saya katakan tuduhan itu jahat.
Q: Benarkah Dato' Nalla selalu mengikuti Dato' Seri keluar negara dan menjadi orang tengah untuk menyebarkan berita dan menjual berita kepada negara asing?
A: Itu mereka yang kata. Dia frame charges itu. Saya tidak tahu. Yang saya tahu Dato' Nalla sekali-sekali ada ikut. Bukan dia saja, beratus orang ikut saya. Mengapa tak tangkap semua yang lain, tanya apa dia orang buat.
Q: Boleh Dato' Seri jelaskan hubungan Dato' Seri dengan Dato' Nalla?
A: Ya, dia sekali-sekali main tennis dengan saya. Saya main tennis dengan dia, ataupun Dato' Ghazi atau Allahyarham Dato' Wan Adli. Dalam kunjungan ke luar negara, beratus orang ikut saya. Yang ikut Dato' Seri Dr. Mahathir lagi ramai.
Q: Did you support capital controls? Did you argue this point?
A: I am now member of Parliament for Permatang Pauh.
Q: Sorry…
A: I am now a normal MP from Permatang Pauh, Penang.
Q: But before, I mean when you were part of this, did you have any say over capital controls?
A: We have expressed very strong views on many of these issues but when we finally decided, we have to decide as a team. And I am a team player.
Q: If you are detained under ISA, who's gonna clear your name?
(Seandainya beliau tidak meletakkan jawatan: mulai saat ini, kami meminta semua rakyat Malaysia jangan lagi memberikan kerjasama kepada Polis - biarkan semua rompakan, pergaduhan, kebakaran, dadah dan sebagainya - biarkan polis menyelesaikannya tanpa bantuan orangramai)
1) Menjadi boneka PM
Di sepanjang timbulnya isu Anwar, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim telah bertindak secara tidak professional dimana beliau telah dari awal membuat kenyataan-kenyataan yang menyerang Anwar sama seperti DS Mahathir. Ini bererti KPN telah bertindak pilih kasih dan jelas berpihak kepada Mahathir meskipun Anwar belum bersalah malah belum dihadapkan ke mahkamah.
2) Kes Datok Nalla
Peluru ditemui di rumah Datok Nalla dimana keluarga Datok Nalla sendiri tidak mengetahui akan kewujudan peluru-peluru berkenaan. Ramai percaya bahawa peluru tersebut diletakkan oleh anggota polis sendiri semata-mata untuk menahan Datok Nalla di bawah ISA dan kemudian memaksa Datok Nalla untuk membuat pelbagai pengakuan.
3) Pengakuan Datok Nalla
Jelas bahawa POLIS telah menggunakan kekerasan dan ugutan supaya Datok Nalla menandatangai afidavit yang beliau sendiri tidak tahu dan polis bertindak demikian semata-mata untuk mengaibkan DS Anwar di atas arahan DS Mahathir. Datok Nalla melalui peguamnya telah menafikan kesemua afidavit tersebut dan polis bertanggungjawab untuk menjelaskan mengapa mereka memaksa Datok Nalla! Polis telah melakukan kerja yang paling hina dan imej polis kini berada di dalam tong najis layaknya angkara arahan KPN.
4) Buku 50 Dalil
Di dalam siasatan buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM, jelas pihak polis tidak menjalankan siasatan, sebaliknya menggunakan buku tersebut sebagai asas untuk mentohmah Anwar dengan pelbagai tohmahan dan memaksa watak-watak tertentu untuk "mengaku" kononnya cereka berkenaan sebagai benar. Jelas, polis mengkhianati prinsip keadilan.
5) Pemandu diugut
Melalui pengakuan pemandu-pemandu, adalah menjadi satu fakta yang jelas kini bahawa Pemandu Datok Nalla dan Anwar diugut oleh polis untuk membuat pengakuan. Kalau benar professional, mengapa polis perlu membuat ugutan?
6) Tuduhan Liwat
Tuduhan ini sengaja diada-adakan oleh KPN atas arahan PM. Kedua-dua warganegara asing telah diketahui dipaksa dengan cara yang paling hina supaya mereka membuat pengakuan untuk mengaibkan DS Anwar. Kalau benar mereka berpengakuan ikhlas, mengapa mereka tidak dibenarkan diwakili oleh peguam masing-masing dan tidak dibenarkan menemui keluarga? Konspirasi polis yang jahat dan hina ini pasti akan menerima balasan Tuhan.
7) Lakonan Polis
Polis sengaja menyarongkan kepala Sukma dengan kain hitam sewaktu dihadapkan ke mahkamah kononnya, begitu caranya pesalah-pesalah lain lakukan. Sukma tidak dapat berbuat apa-apa kerana digari tangannya dan anggota polis dengan kasar mengheret Sukma. Sukma umpama pesalah jenayah yang membawa hukuman gantung!
8) Ugutan Kepada Anwar
KPN telah berulangkali membuat ugutan kepada DS Anwar sebelum beliau ditangkap meskipun beliau sebelum ini dikatakan dibenarkan mempertahankan diri. KPN menuduh DS Anwar melampau kerana DS Anwar menyamakan Polis sebagai anggota Mossad Israel, sedangkan beliau mengetahui hakikat sebenarnya begitu.
9) Anggota Polis yang memulakan rusuhan
Perhimpunan secara aman di Dataran Merdeka tidak akan menimbulkan sebarang kekacauan seandainya polis tidak bertindak kasar kepada orang ramai. Pihak polis telah memukul, menyepak dan menumbuk orang ramai dan pihak polis sendiri yang memulakan kekacauan.
10) Penangkapan Anwar
Polis dengan sengaja menyerbu dan memecahkan rumah Anwar meskipun tahu
bahawa Anwar boleh ditahan dengan baik. Polis berlagak seperti "lanun"
atas arahan KPN dan tiada waran yang dapat ditunjukkan sewaktu penyerbuan
dan penggelidahan tersebut. Polis bertindak di atas arahan PM kerana Anwar
dijadualkan ke Kubang Pasu (kawasan PM) selepas Dataran merdeka.
Polis terlalu zalim dan kejam sezalim dan sekejam PM, Mahathir Mohammad.
11) Menyita Rumah DS Anwar
Polis menyita rumah DS Anwar tatkala Wan Azizah tiada dirumahnya. Satu tindakan bacul oleh pihak polis untuk mengugut rakyat daripada menziarahi isteri bekas TPM dan anak-anaknya dan polis perlu bertanggungjawab di atas apa jua kemungkinan yang berlaku kepada isteri dan anak-anak DS Anwar.
12) Sikap Munafik
Tan Sri Rahim M.Nor tatkala menafikan tuduhan bahawa DS Anwar mungkin disuntik dengan HIV menyatakan bahawa kalau polis melakukan hal yang berkenaan hancurlah negara. Sedangkan orang ramai mengetahui akan kezaliman polis selama ini, peristiwa pembunuhan pendatang asing dengan gambar-gambar Polis Malaysia yang menembak mereka adalah justifikasinya yang polis cuba menyembunyikannya.
13) Azmin, isteri dan anaknya
KPN sendiri telah memaklumkan bahawa adalah sah bahawa Azmin dan isterinya adalah ayah dan ibu kepada anak yang dituduh sebagai anah luar nikah Anwar melalui ujian DNA yang dilakukan. Tetapi terdapat satu permohonan di mahkamah utk dilanjutkan penahanan Azmin di atas alasan untuk melakukan ujian darah sekali lagi dengan alasan sampel darah yang dahulu telah tercemar. Polis sengaja membuat tekanan sedemikian kerana KPN telah terlepas cakap dengan mendedahkan kebenaran bahawa anak itu anak Azmin dan oleh ujian DNA hendak diadakan sekali lagi supaya keputusannya hendak dinyatakan bahawa ia bukan anak Azmin?
14) Kenyataan Haniff Omar
KPN terus diliwat dengan membenarkan Haniff Omar, bekas KPN untuk membuat
kenyataan kononnya telah mengadu kisah Anwar kepada PM semenjak 1993. Haniff
Omar - seorang peminum arak yang kuat dan yang bertanggungjawab terhadap
pembunuhan di Memali - dapatkah dipercayai kata-katanya? Rahim mewarisi
ciri-ciri bekas KPN tersebut.
Cukuplah KPN! Bertaubatlah, seluruh rakyat Malaysia, dengan barisan
ulamak yang ramai, memohon agar Allah memberikan pengajaran kepadamu, dan
selagi engkau tidak bertaubat, engkau adalah manusia paling hina di Malaysia
ini selepas PM, dan semuga ke atasmu bala bencana Tuhan tak terperi dasyatnya.
Selagi engkau tidak memohon maaf dan menghentikan segala perbuatan mu,
ku pohon agar lidahmu akan dikelukan nanti dan tidak dapat mengucap
2 kalimah syahadah pada waktu mati mu. Ku pohon juga agar engkau dicampakkan
ke neraka paling panas sebagai pencuci dosa mu lantaran mengkhianati tanggungjawabmu.
Demi Allah, kami tidak bermain-main dengan doa ini.
Terimalah Ya ALlah, AMIN YA BABBAL-ALAMIN.