Sejak beberapa tahun yang baharu lalu, Perdana
menteri Malaysia dan menteri Pendidikan serta beberapa pemimpin UMNO serta
beberapa pemimpin UMNO yang lain telah menekankan dengan hebat peri pentingnya
bahasa Inggeris. Malahan Perdana Menteri pernah mencadangkan supaya Bahas
Inggeris menggantikan Bahas Melayu sebagai bahasa pengantar untuk kursus-kursus
sains dan teknologi tertentu di peringkat universiti. Pendirian Perdana
Menteri ini telah disokong oleh Menteri Pendidikan dengan mengeluarkan
kenyataan membolahkan universiti-universiti melaksanakan kehendak Perdana
Menteri itu.
Sebenarnya pembolehan atau kebenaran yang
diberikan oleh menteri Pendidikan itu adalah bertentangan dengan Akta Bahasa
Kebangsaan 1967. Oleh itu, timbullah tiga akta Pendidikan yang baru untuk
menghalalkan penggunaan bahasa Inggeris.
Apakah kesan Akta-akta Pendidikan ini terhadap
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi dan Bahasa Pengantar
utama? Apa pula kesanya kepada Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan?
Adakah Akta-akta ini menjejaskan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan pembentukan
satu bangsa Malaysia? Apakah masa depan pelajar lulusan pendidikan aliran
Melayu?.
Apakah peranan saudara dan saudari dalam hal yang
sangat penting ini?. Sila baca siri penerangan tentang Akta-akta Pendidikan
ini, semoga anda lebih memahami kesan-kesannya nanti. Masanya telah sampai
bagi kita menyatakan pendapat kita tentang Akta-akta ini kepada Perdana
Menteri, Menteri Pendidikan serta pemimpin-pemimpin UMNO yang lain di semua
peringkat agar akta-akta ini dipinda supaya kedaulatan dan peranan Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Bahasa pengantar Utama
dan Bahasa Perpaduan sebenarnya terjamin.
“Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan kecuali sekoalh jenis kebangsaan yang ditentukan di bawah Syeksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualaikan oleh menteri daripada subsyeksen ini” (Akta pendidikan 1995, fasal 17 (1)).
Sekali Imbas, Fasal 17 (1) Akta pendidikan 1995 ini
nampaknya tidaklah merugikan sangat dari segi kedudukan bahasa Melayu dan
pendidikan aliran melayu. tetapi sebenarnya sangat berbahaya. perkataan
‘keuali’ dalam fasal 17 ini mempunyai kaitan atau implikasi yang sangat
berat. ‘Kecuali’ ini membolehkan 1290 sekolah jenis kebangaan Cina dengan
lebih 580000 Murid serta 550 buah sekolah jenis kebangsaan Tamil yang mempunyai
murid seramai 96000 orang terus menggunakan Bahasa Cina dan bahas Tamil
sebagai pengantar.
selain itu, 60 buah sekolah menengah bebas
cina akan terus dapat emnnguanakn bahasa Cina sebagai bahasa pengantar.
Kemudian, ada 250 buah institusi pendidikan tinggi wasta yang sekarang
ini menggunakan bahas Inggeris sebagai bahas pengantar dan seterusna boleh
berbuat demikian. Menteri Pendidikan mengatakan bahawa 250 buah institusi
pendidikan Tinggi swasta ini tidak semestinya dibenarkan menggunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Bolehkan kita pegang kenyataan
Menteri Pendidikan ini. beranikah beliau menukar bahasa pengantar Kole
Tunku Abdul rahman atau kolej sunway atau kolej Damansara Utama bari bahasa
Inggeris ke Bahasa Melayu? kelau mengikut kegiatan beliau smenjak jadi
Menteri Pendidikan , “ jauh Panggang dari Api”
Jadi, apa yang dikatakan “kecuali” dalam fasal
17 itu sebenarnya meliputi bidang yang begitu luas sehingga penggunaan
bahasa-bahasa yang lain daripada Bahasa Melayu sebagai bahaa pengantar
menjadi ‘kelaziman’ dan bukan ‘kecualian’.
AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996, FASAL 41
“Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak hari ini memberi jaminan bahawa kedaulatan Bahasa Malaysia tidak akan terhakis walaupun Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar mereka” (Utusan Malaysia, 12 Januari 1996)
Merujuk kepada akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Menteri Pendidikan menyatakan bahawa kelonggaran penggunaan Bahasa Inggeris cuma diberi dalam dua keadaan sahaja, iaitu;
1. apabila pensyarah tidak boleh berbahasa Melayu
2. apabila pelajar asing tidak tahu Bahasa Melayu
Sekali lagi, sekali imbas, fasal 41(3) Akta Institusi
Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tidaklah nempaknya membahayakan kedudukan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di IPTS. tetapi, sekali lagi
kelonggaran yang diberi di dalam Fasal 41 akan menjejaskan kedudukan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama dan pendidikan aliran melayu dengan
begitu buruk. Sesebuah IPTS dibenarkan menggunakan Bahsa Inggeris sebagai
bahasa pengantar kalau pensyarahnya atau pelajarnya tidak tahu berbahasa
Melayu.
Pada Masa sekarang (1996), Kita mempunyai
8 institut PengajianTinggi Awam yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai
bahas pengantar utama. UUM, Unimas, dan UMS sedang menghadapi menghadapi
masalah kekurangan tenaga pengajar yang ramai. UUM, Misalnya, terpaksa
menggurangkan kemasukan pelajar kerana kekurangan tenaga pengajar. UMS
dan UNIMAS sedang dilanda masalah yang sama. Ini bermakna bahawa rakyat
Malaysia yang mempinyai kelayakan dan berminat menjadi pensyarah sudah
pun masuk bekerja di IPTA.
Oleh itu, kebanyakan, kalau tidakpun semua,
IPTS yang baru akan memerlukan tenagara pensyarah dari luar negara.
Akibatnya IPTS akan mengambil tenaga pensyarah yang tidak boleh berkuliah
dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, Bahasa Inggeris atau bahasa lain akan
digunakan. Perlu dingat bahawa Prime College di Kuala Lumpur mempunyai
rancangan berkembar dengan universiti-universiti di Republik Rakyat
China atau China Komunis.
Berkenaan dengan pelajar yang tidak tahu berbahasa
Melayu pula, cuba kita banayngkan senario berikut. Katakanlah ada lima
orang pelajar dari Thailand dan Vietnam belajar dalam satu kursus yang
sama dengan 25 orang pelajar Malaysia. Dapatkah kita membayangkan bahawa
IPTS yang mengajar 30 orang pelajar ini akan mengadakan Dua siri kuliah
yang sama, satu menggunakan Bahasa Melayu untuk 25 orang pelajar Malaysia
dan satu lagi menggunakan Bahasa Inggeris untuk 5 orang pelajar asing ini?
Amat sukar sekali. Lazmnya 30 orang pelajar itu akan menerima kuliah dalam
Bahasa Inggeris.
Jadi ‘kelonggaran’ ini sebenarnya bermakna
Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa pengantar utama di semua IPTS yang
baru. Oleh itu, kedudukan Bahasa Melayu dan aliran Melayu TERUS terancam.
Adakah akta-akta pendidikan yang baru diluluskan oleh Parlimen di bulan Desimber 1995 dan bulan Januari 1996 akan menjejaskan perkembangan Bahasa Melayu?
Jawapan;
Bagaimana Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 membendung
perkembangan Bahasa Melayu dan pendidikan alira Melayu telahpun dijelaskan.
Bagaimana pula akta-akta ini merosakkan perkembangan Bahasa Melayu?.
Akta-akta Pendidikan yang baharu diluluskan ini membolehkan Bahasa
Inggeris digunakan sebagai pengantar dengan meluas. Dalam satu mesyuarat
Menteri Pendidikan dengan Naib Canselor-Naib Canselor universiti-universiti
awam, (UM,UKM,USM dan lain-lain lagi), yang telah diadakan dipertengahkan
tahun 1995, naib canselor-Naib Canselor telah diminta melaksanakan penggunaan
Bahasa Inggeris bagi kursus-kursus yang sesuai, terutama dalam bidang sains
dan teknologi. (Rujuk kepada laporan kegiatan Menteri pendidikan pada 22
Jun 1995 yang disiarkan oleh New Sunday Times pada 9 Julai 1995).
Perkara ini timbul akibat kenyataan Perdana Menteri Malaysia
yang meluahkan perasaan tidak puas hati beliau tentang kelemahan dalam
Bahasa Inggeris yang terdapat di kalangan sebahagian diplomat-diplomat
Malaysia, di bahagian awal 1995. Perdana Menteri mencadangkan agar Bahasa
Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar, menggantikan Bahasa
Melayu, bagi kursus-kursusu tertentu dalam bidang sains dan teknologi di
peringkat Universiti, untuk mengatasi kelemahan dalam bahasa Inggeris ini.
Jadi, kalau kehendak Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan
ini dilaksanakan maka perkembangan Bahasa Melayu akan terbantut.
Misalnya, jika 30 mata pelajaran sains dan teknologi dikehendaki di ajar
dalam Bahasa Inggeris maka pensyarah-pensyarah yang terlibat akan lebih
cenderung menulis buku atau makalah dalamBahas Inggeris kerana kuliah mereka
diberi dalam Bahasa Inggeris. Usaha untuk mengubal istilah dalam
Bahasa Melayu bagi 30 mata pelajaran ini juga akan berkurangan atau lenyap
kerana matapelajaran-mata pelajaran ini di ajar dalam Bahasa Inggeris.
Oleh itu, Perkembangan Bahasa Melayu sekurang-kurangnya dalam 30
matapelajaran ini kan terbantut. Kalau 60 mata pelajaran?.
Apakah kesan Akta-akta Pendidikan yang baru ini terhadap nilai ekonomi Bahasa Melayu?
Jawapan;
Akta-akta Pendidikan yang baru diluluskan oleh Parlimen menekankan
peri pentingnya Bahasa Inggeris. Akta-akta ini membolehkan penggunaan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem Pendidikan Kebangsaan, baik
diperingkat universiti, kolej, sekolah menengah atau sekolah rendah. perdana
Menteri dan Menteri Pendidikan nampaknya menganggap Bahasa Melayu
tidak mampu untuk mencapai matlamay Wawasan 2020. Kelihatan yang mereka
berpendapat bahawa Bahasa Inggeris sahaja yang boleh menjamin kemajuan.
Pendapat Perdana Mneteri dan Menteri Pendidikan ini adalah tidak
benar. Sebagai bukti, negara Filipina menggunakan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar di peringkat sekolah rendah, menengah, maktab dan universiti
Tetapi Filipina tidak pun di anggap sebiah sebuah negara maju.
Sebaliknya negara Jepun dan Korea yang menggunakan bahas ibundanya
sendiri dan tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar,
sudah dan terus maju dalam bidang sains dan teknologi.
Jadi, tekanan yang berlebihan yang diberikan oleh Perdana Menteri
dan Menteri Pendidikan kepada bahasa Inggeris adalah menghairankan dan
membahayakan terutama dari segi pembentukan satu bangsa Malaysia.
Perjuangan untuk menjadikan Bahasa Melayu bahasa kebangsaan,
bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan
bukanlah satu perkara yang senang. Perjuangan untuk mendaulatkan
Bahasa Melayu telah memerlukan pengorbanan yang besar. Selepas peristiwa
Mei 13, kedudukan Bahasa Melayu mula terjamin. Rakyat Malaysia dari
semua keturunan cuba dan bergiat mempelajarinya.
Malahan, sektor swasta juga turut sama. mereka yang tidak bersetuju
dengan pendaulatan Bahasa Melayu dengan sepenuhnya juga terpaksa
mempelajari dan menggunakan Bahasa Melayu dalam pentadbiran, pengurusan
dan perhubungan rasmi kerana mereka melihat pihak kerajaan melaksanakan
penggunaan Bahasa Melayu dengan tegas pada masa itu. Tetapi apabila
Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan mula mendewakan bahas Inggeris
sejak beberapa tahun yang lalau maka pihak yang tidak mahukan Bahasa
Melayu menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama
atau tidak yakin tentang kemampuan Bahasa Melayu untuk memainkan
peranan tersebut ataupun menjadi ‘pak turut’ sahaja, telah mengambil peluang
atau meneguk di air keruh akibat daripada perubahan sikap beberapa pemimpin
tinggi UMNO.
Contohnya, seorang pegawai sebuah syarikat yang besa telah menyatakan
bahawa jika syarikatnya terpaksa mengambil pekerja Bumiputera yang berijazah
maka ia akan mengambil siswazah lulusan luar negeri. Baru-baru ini pula
(1996) sebuah syarikat besar yang lain telah mengambil kakitangan yang
berijazah seramai 50 orang, 49 daripada 50 orang ini adalah lulusan luar
negeri.
Kedua-dua peristiwa ini membuktikan bahawa nilai ekonomi
Bahasa Melayu telah merosot. Kedua-dua syarikat yang terlibat hendakkan
pekerja yang lebih fasih dalam bahasa Inggeris. Jika siswazah universiti-universiti
tempatan yang kurang fasih dalam bahasa inggeris diketepikan. Syarikat-syarikat
yang lain berpendapat bahawa mereka tidak perlu lagi mengambil siswazah
tempatan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahas pengantar utama
kerana Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan sendiri tidak yakin dengan
kemampuan Bahasa Melayu.
Sebagaimana yang anda maklum, Berita perdana RTM 2 pada jam 8
malam telah ditukar bahasanya dari Bahasa Melayu kebahasa Inggeris.
Malahan para pentadbir negara dibolehkan menulis perhubungan rasmi dalam
bahas Inggeris. Janganlah hendaknya Bahasa Melayu mengalami nasib
yang buruk sekali lagi seperti sebelum peristiwa 13 Mei 1969.
Adakah Akta-akta Pendidikan yang baru ini menjejaskan taraf Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan?.
Jawapan:
Bahasa kebangsaan dan bahas rasmi seebuah negara lazimnya adalah
bahasa yang terunggul dalam negara itu. Bahsa itu juga menjadi bahasa ilmu
dan bahas perhubungan, sepertimana yang terdapat di Indonesia, Jepun, Korea,
Jerman, Perancis dan lain-lain tetapi apabila kemampuan Bahasa Melayu
dipersoalkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Malaysia sendiri
maka sudah tentulah ini akan dan telahpun menimbulkan tandatanya dan keraguan.
Kalau Bahasa Melayu dianggap sebagai tidak mampu untuk
mencapai matlamat wawasan 2020, atau bahasa ilmu, bagaimana rakyat hendak
yakin tentang keupayaannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi?
kalau nilai ekonomi Bahasa Melayu sudah merosot, bagaimana ia hendak
menjadi bahasa yang berdaulat dan dihormati.?
Adakah Akta-akta Pendidikan yang baru ini akan menjejaskan peranan Bahasa Melayu sebagai bahas perpaduan?
Jawapan:
Akta-akta pendidikan yang baru ini ‘ menghalalkan’ penggunaan Bahasa
Inggeris dalam sistem pendidikan kebangsaan secara besaran. Misalnya, daripada
282 Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang wujud sekarang ini (1996),
250 menggunakan bahas Inggeris sebagai bahasa pengantar. Universiti-niversiti
luar negeri yang dikatakan akan menubhkan cawangan di Malaysia, oleh kerana
ia telah dibolehkan oleh Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 ,
tidak akan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa Pengantar. Selain dari
itu, pengekalan 1290 sekolah rendah jenis Kebangsaan cina, 550 buah sekolah
rendah jenis kebangsaan tamil dan 60 buah sekolah menegah bebas cina. semua
ini mengurangkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Akibatnya,
peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan akan terjejas.
Penutup
Seruan kepada rakyat Malaysia.
Demi kepentingan perpaduan kebangsaan, keperibadian atau jati diri kebangsaan serta keamanan maka amatlah mustahak bagi smeua rakyat Malaysia berusaha dan berkempe agar akta-akta Pendidikan yang baru diluluskan ini dipinda supaya Bahasa Melayu dan pendidikan aliran melayu sebenarnya dapat memainkan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa rasmi, Bahasa Ilmu, Bahasa Perhubungan, Bahasa GHarian dan bahasa perpaduan. Semoga Allah merestui dan memberkati usaha kita ini.